Friday, 16 December 2016

Perkara Terbaik Untuk Tahun 2016

Moment paling indah untuk tahun 2016 ialah bila the one and only daughter dah pandai baca buku. Mak mana yang tak risau bila anak dah nak masuk darjah 1 tapi belum lagi pandai membaca.

Masa 4 tahun Khadijah duduk rumah je. 5 tahun baru masuk tadika. Masa 6 tahun ni tukar ke tadika Kemas. Tahun lepas belum boleh membaca lagi. Of course Kak Kam tak salahkan tadika dulu sebab Kak Kam sendiri pun tak serajin mana untuk ajar dia.

Tahun ni bila bilangan murid sedikit je jadi cikgu pun boleh bagi tumpuan lebih. Alhamdulillah sekarang dah boleh baca walaupun taklah lancar sangat. 

Sekarang selalu pergi library pinjam buku supaya dia lagi rajin membaca. Kak Kam memang salute mak-mak yang rajin ajar anak sampai seawal 3, 4 tahun dah pandai membaca.

Syukuri sekecil-kecil nikmat yang kita ada, pasti Allah akan tambah nanti.

Mood : berdebar-debar sebab anak dah nak masuk darjah satu hehe.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...