Showing posts with label Kurus. Show all posts
Showing posts with label Kurus. Show all posts

Thursday 24 March 2016

Promosi Vivix Shaklee Harga Paling Murah

Alhamdulillah. Hari ni daftar seorang lagi ahli baru dengan pembelian Vivix Twin Pack. 

Memang hard to resist offer ni. 

Asalnya nak beli 1 botol je. 


Tapi terus tambah 1 lagi bila tahu pasal offer ni.

Mana taknya dapat jimat sehingga RM 300 berbanding harga biasa.

Dapat bonus lagi bulan depan lebih kurang RM 30.

Siapa lagi nak Vivix Twin Pack ni?

Boleh hubungi saya sebelum 31 Mac ni. 







Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Tuesday 8 July 2014

Testimoni Berpuasa dengan Cinch Shake Shaklee : Hilang 3 Kg

Pagi semalam saya terlewat bangun sahur. Dah pukul 5.39 am baru terjaga.. Subuh pula pukul 5.43 am. Dalam mode terkejut tu terus fikir "aku kena cepat & kenyang nih.. Kalau tak, susu badan mesti down.."

So, apa saya buat? Saya ambil sesudu Cinch Shake Cafe Latte ni, campur dengan 250 ml susu kotak Dutch Lady perisa chocolate. Shake shake shake pastu terus minum. Pastu telan sebiji B Complex & sebiji Omega Guard dengan secawan air masak.. Fuhhh, selamat sahur..

Dan yg paling magiknya, saya tak lapar hingga ke petang tau.. Susu badan pun saya pam macam biasa di ofis.. Balik keje, saya susukan (DF) pulak anak saya Iman yg setahun lebih tu.. Alhamdulillah...

So, siapa nak puasa 6 sunat Aidilfitri nanti sambil diet? Jom tiru menu sahur ni!

Pssst: saya dh turun 3 kg tau puasa ni dengan Cinch Shake Cafe Latte ni... 



Atau hubungi saya :

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
SMS/Whatsapp 0139243387

Thursday 4 July 2013

GLA Shaklee : Kebaikan dan Manfaat

Ramai wanita yang mengambil suplemen Evening Primrose Oil (EPO) keranan kebaikannya untuk kesihatan wanita. Mungkin ramai yang tidak tahu yang Shaklee juga ada vitamin seumpama itu, cuma lebih baik. GLA atau Gamma-linolenic Acid yang biasa dijual di pasaran mengandungi EPO manakala GLA Shaklee dihasilkan daripada borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA daripada EPO. Ia juga 3 kali lebih berkesan daripada EPO.


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.


Manfaat dan kebaikan GLA Complex Shaklee :  
  • Herba tradisi - Merawat ulser, melegakan kelesuan, meningkatkan stamina.
  • Menstabilkan / mengawal atur hormon - Mengurangkan simptom pra-haid (PMS) seperti kesakitan pada payudara, mood swing.
  • Membantu mengurangkan gejala menopaus - Hot flashes, insomnia, stress dan lain-lain.
  • Membantu dalam pengurangan berat badan - Seperti asid lemak yang lain, GLA meningkatkan penghasilan serotonin, yang membantu memberi rasa kenyang.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ekzema, alergi/alahan, kurap, kulit kering dan bersisik, jeragat/pigmentasi, kegatalan.
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi - Mencegah pembekuan darah, merangsang pengaliran darah dan mencegah masalah jantung.
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan kadar gula dalam darah, mengurangkan kebas dan memperbaiki fungsi saraf. 
  • Mencegah kanser 
  • Meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mencantikkan, menganjal dan melembapkan kulit






# Tidak sesuai untuk wanita hamil
# Diambil bersama makanan untuk meningkatkan kadar penyerapan.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 20 January 2013

Panduan Pengambilan Serat

  • Pilih makanan bijirin penuh seperti roti mil penuh, biskut tinggi serat, bijirin sarapan pagi dan capati. Rasulullah sangat menggemari makanan bijirin seperti barli dan oat.
  • Makan lebih sayur-sayuran, salad dan ulam-ulaman.
  • Masukkan ubi kentang, ubi kayu dan keladi dalam masakan. Sayuran berkanji juga mengandungi serat dan salah satu yang digemari Nabi SAW ialah labu.
  • Gantikan sebahagian daripada daging dengan legum dan kekacang.  

Jadual di atas menunjukkan contoh pertukaran makanan biasa kepada makanan tinggi serat. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada pembaca sekalian. Selamat mencuba!

Sumber : Majalah Anis, Mac 2012

Saturday 19 January 2013

Fiber atau Serat Untuk Kurus?

Adakah anda memilih makanan yang terdiri daripada fiber atau serat untuk kurus? Tapi tahukah anda apakah khasiat fiber selain daripada untuk kurus? Maklumat ini mungkin berguna untuk anda yang merancang untuk kurus, dengan memperbanyakkan pengambilan fiber dalam jadual pemakanan anda seharian.




Kebaikan Serat 

1. Bagus untuk penghadaman
    
Serat tidak mempunyai nilai kalori walaupun diambil dengan kuantiti yang banyak, malahan serat sangat bagus untuk sistem penghadaman. Serat boleh didapati daripada biji-bijian, bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran dan kekacang. Serat terbahagi kepada dua kategori : serat larut dan serat tak larut. Nutrisi cadangan adalah untuk 20-35 gram jumlah semua jenis serat per hari. Ia memperbaiki fungsi usus dengan mengurangkan tempoh masa pergerakan usus sekaligus membantu membuang dan membersihkan sisa toksik dalam usus. Serat juga meningkatkan rasa kenyang dan bertindak sebagi pelembut najis. Walau bagaimanapun, satu perkara yang harus diingat, pengambilan diet yang tinggi serat perlu disertai dengan pengambilan air yang banyak untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah sembelit.

2. Membantu menurunkan berat badan

Serat bertindak sebagai penindas selera. Makanan yang kaya serat menyerap air dan menyebabkan ia mengembang. Keadaan ini menyebabkan perut rasa kenyang dan boleh membantu dalam penurunan berat badan. Keadaan ini selari dengan amalan pemakanan Rasulullah yang mana Baginda mengamalkan memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat. Makanan berserat juga melemahkan kebolehan tubuh untuk menyerap gula dan lemak. Ini bermakna makanan berserat boleh diambil walaupun dalam proses penurunan berat badan kerana ia mengekalkan paras insulin yang rendah dan membenarkan tubuh untuk meneruskan proses pembakaran lemak.

3. Mengawal penyakit

Serat dapat membantu mengawal penyakit diabetes. Ini berlaku apabila serat mengurangkan amaun insulin yang dibebaskan oleh pankreas dengan cara memperlahankan proses pemecahan karbohidrat kepada glukosa yang memasuki edaran darah. Ia juga membantu mengurangkan edaran gula dalam darah. Serat membebaskan gula secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah, mengurangkan rasa lapar, sakit kepala dan kelesuan ekoran daripada penurunan paras gula dalam darah secara mendadak.

4. Mengurangkan risiko penyakit

Risiko penyakit jantung dapat dikurangkan dengan pengambilan serat. ini terjadi apabila kolesterol LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat berkurangan di dalam badan kita. Serat akan bergabung dengan kolesterol dan membawanya keluar daripada tubuh manusia. Serat juga mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kolon dengan menyeimbangkan pH dalam usus. Di samping itu, serat membantu dalam melawaskan sistem pencernaan dan memudahkan pembuangan najis daripada usus. Serat tidak bergabung dengan mana-mana vitamin dan mineral, jadi pengambilannya tidak akan mengganggu penyerapan vitamin dan mineral lain.

Sumber : Majalah Anis, Mac 2012