Saturday, 17 December 2016

First Time Jumpa Mak Shaklee

Kenal mak shaklee aka upline aka ibuk dah lama sebenarnya. Masa belajar kat Kustem dulu. Sekarang UMT.

Pernah juga jadi housemate. Berprogram, beraktiviti sama-sama. Pendek kata memang dah kenal baik la.

Masa mula-mula beli Shaklee tak beli daripada ibuk pun. Beli dengan orang lain. Then masa decide nak jadi ahli tu baru contact ibuk rasanya. Ingat-ingat lupa dah.

Walaupun Kak Kam kat Terengganu dan ibuk kat Melaka/KL takde masalah pun nak buat bisnes. Banyak kali juga jumpa untuk coaching santai especially bila ibuk turun Terengganu atau area berdekatan.

Ibuk ni sebenarnya pegawai perikanan. Tapi dalam masa yang sama buat bisnes Shaklee. Nama pun boss mestila sibuk,  selalu outstation lagi tapi still ada masa untuk buat bisnes dengan cemerlang gemilang terbilang.

Kak Kam pun tak mampu kut kalau berada di situasi yang sama. Doakan Kak Kam dapat ikut jejak langkah beliau dan seterusnya jadi Master Coordinator Shaklee.

Banyak sangat pertolongan yang ibuk hulurkan dan juga tunjuk ajar yang tak mampu untuk dibalas. Bila down seringkali juga pinjam semangat daripada beliau.

Zillion thanks to ibuk Zeti Hafiza Zakaria. Uhibbuki fillah. And because of you i'm still here.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...