Showing posts with label Buah pinggang rosak. Show all posts
Showing posts with label Buah pinggang rosak. Show all posts

Tuesday 17 January 2017

Ketahui 5 Tanda Penyakit Buah Pinggang Supaya Dapat Elak Dialisis

Penyakit buah pinggang antara penyakit yang agak 'popular' kerana biasanya disebabkan oleh kencing manis dan juga darah tinggi yang tidak terkawal. Bila di peringkat yang kronik, ia akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Penyakit buah pinggang ini juga bukan terhad kepada orang tua sahaja, malah kanak-kanak juga berisiko. Lebih-lebih lagi dengan faktor pemakanan yang tidak sihat dan makan makanan segera. 

Buah pinggang berfungsi sebagai organ utama dalam mengeluarkan toksin dalam badan. Bila buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik, ia akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan. 


Antara tanda-tanda penyakit buah pinggang atau buah pinggang rosak ialah :



  1. SAKIT PINGGANG - Sakit pinggang merupakan simptom yang paling biasa bagi penyakit buah pinggang. Ia mungkin berlaku pada sebelah kanan atau sebelah kiri sahaja. Bila di peringkat yang lebih teruk ia akan menyebabkan kesakitan di kedua-dua belah. 
  2. MASALAH KULIT - Apabila buah pinggang bermasalah, toksin tidak dapat dikumuhkan daripada tubuh dengan berkesan. Ia akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam tubuh. Toksin yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan gatal-gatal kulit, ruam dan kemerahan. 
  3. PERUBAHAN PADA AIR KENCING - Perubahan pada air kencing juga perlu diperhatikan. Antaranya ialah bau yang lebih kuat daripada biasa, warna yang lebih pucat atau lebih gelap, kencing berbuih macam air sabun, rasa sakit ketika kencing, sukar membuang air kecil dan juga terdapat darah dalam air kencing. Jika terdapat tanda-tanda di atas, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya dengan doktor. 
  4. EDEMA ATAU BENGKAK - Bila toksin tak dapat dikumuhkan dengan baik ia akan menyebabkan edema atau bengkak pada tangan, kaki, buku lali dan muka. Jika pakai kasut, ia akan menjadi lebih ketat daripada biasa. Pada peringkat yang lebih teruk, ia akan menyebabkan bengkak paru-paru dan juga hati. 
  5. RASA SEJUK WALAUPUN DALAM PERSEKITARAN ATAU CUACA YANG PANAS - Salah satu fungsi buah pinggang yang penting ialah menghasilkan hormon erythropoietin yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah dalam badan menyebabkan anemia atau kekurangan iron . Paras iron yang rendah menyebabkan individu tersebut rasa sejuk. Ia juga menyebabkan tubuh rasa lemah dan rasa letih yang kronik. 

Resveratrol dalam Vivix dapat membantu masalah buah pinggang. Walau bagaimanapun ia hendaklah diambil dengan pantauan doktor. Kami tidak sewenang-wenangnya mencadangkan pengambilan suplemen dengan terus meninggalkan pengambilan ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. 




Berikut pula merupakan testimoni daripada seorang pesakit buah pinggang dan batu karang : 


Jangan tunggu sehingga buah pinggang rosak teruk baru nak dapatkan rawatan. Kerana jika dah di peringkat yang teruk dialisis terpaksa dijalankan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.