Wednesday 27 January 2016

Berhenti Merokok Untuk Cegah Kanser Paru-paru

Tadi tengok rancangan NADI kat tv tentang 
kanser paru-paru. Kebanyakan kanser paru-paru
berpunca daripada merokok.

Lelaki yang merokok mempunyai 8 hingga 10 kali ganda 

risiko mendapat kanser paru-paru berbanding lelaki 

yang tak merokok.



Fakta ni mungkin biasa la kut kita dengar.


Yang mengejutkan pula, wanita yang tak merokok LEBIH 
RAMAI mendapat kanser paru-paru berbanding wanita yang 
merokok, kerana menghidu asap rokok suami mereka 
(perokok pasif). Ni doktor tu yang cakap, bukan ditokok 
tambah.

Doktor tu tunjukkan 2 x-ray paru-paru wanita yang 
mendapat kanser paru-paru. Kedua-duanya tak merokok
tapi mempunyai suami yang merokok. Seorang baru di 
stage awal manakala seorang lagi dah stage lewat.

Begitu sekali kesan merokok ni. Hingga mampu meragut 
nyawa jika tidak dikesan di peringkat awal.

Bagi para suami yang dah cuba berhenti merokok tapi tak 
menjadi, dan para isteri yang suaminya merokok, Vivix 
dapat membantu proses berhenti merokok tanpa 
withdrawal effect atau kurang withdrawal effect.

Paru-paru kita nak pakai lama. Berhentilah merokok 
sebelum terlambat dan tak dapat diselamatkan lagi.



Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Tuesday 26 January 2016

Testimoni Vivix untuk Penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson berlaku bila kurangnya dopamine dihasilkan oleh sel otak. Seperti yang biasa kita lihat iklan susu tepung di tv - sel-sel otak berhubung. Namun untuk penyakit Parkinson, sel-sel otak tidak dapat berhubung. 

Di sini saya kongsikan testimoni Vivix untuk penyakit Parkinson : 

"Minggu lepas ada customer dari Singapore nak beli VIVIX untuk bantu suami dia yang ada penyakit parkinson. So aku pun jual la VIVIX sebotol dekat dia dengan harapan, mudah mudahan penyakit beransur pulih. So ada beberapa kali jugak follow up dia tanya macam mana keadaan si suami tu. So pagi ni dapat testimoni hasil pemantauan si isteri tu."



Kredit 


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
SMS/Whatsapp : 013-924 3387

Wednesday 20 January 2016

Atur Jadual WAHM

Tahun baru ni masih agak kelam-kabut urus jadual. Kadang-kadang saya masak awal pagi. Kadang-kadang pukul 12.00 tengah hari. Kadang-kadang pukul 2.00 petang ke atas. 

Khadijah ke tadika dalam pukul 7.45. Habis pukul 12.30 tengah hari. Jadi adalah masa lebih kurang 4 jam setengah untuk saya tumpukan sepenuhnya pada bisnes. Tapi macam biasa, tak sepenuhnya 4 jam tu dapat digunakan untuk bisnes. 

Nak basuh baju la. Nak uruskan Ummi la. Nak berkebun la (untuk keluarkan peluh) atau exercise. Sebab tu lah saya lebih suka masak pukul 1.00 ke atas. Sebab sayang nak gunakan masa produktif saya ni untuk memasak. 

Bila dah masuk tengah hari dan bila Khadijah dah balik, sibuk uruskan dia pula. Dan selalunya time ni la mengantuk menjadi-jadi. Jadi nak tak nak kena tidur sekejap untuk mendapat semula tenaga. 

Apapun saya bersyukur dapat bekerja dari rumah. Dapat bekerja dan menjaga Ummi yang sakit dalam masa yang sama. 

Contoh dapur impian saya :)



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 13 January 2016

Rutin WAHM (Work At Home Mom)

Alhamdulillah seawal 9.30 pagi dah siap masak 1 lauk untuk tengah hari. 

Lauk sayur tengah hari ni pulak masak sebab tak cukup bahan.

Keluar beli nanti sambil ambil Khadijah dari tadika.

Antara kelebihan berada di rumah ialah dapat mengatur masa mengikut keselesaan dan keutamaan kita sendiri.

Dulu selalu masak bermula pukul 11 pagi atau 11.30 pagi.

Sekarang nak cuba masak awal pagi pula.

Lepas tu boleh fokus untuk kerja bisnes pula.

Apakah kesyukuran anda hari ini?



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Tuesday 12 January 2016

Tips Urus Pakaian Tanpa Perlu Melipat Pakaian Untuk Ibu Yang Sentiasa Sibuk

Sebelum ni saya dah share cara jaga kebersihan tandas supaya sentiasa bersih. Kali ni nak share pula cara urus pakaian tanpa perlu lipat pakaian pun. 

Tips ni sesuai untuk semua ibu yang sentiasa sibuk - ibu yang berkerjaya, ibu yang bekerja dari rumah, ibu yang jadi surirumah sepenuh masa, malah juga sesuai untuk yang bujang. 



Jika sebelum ni kita biasa luangkan masa 1, 2 hingga 3 jam sehari untuk mengurus pakaian daripada membasuh, menjemur hinggalah melipat, dengan cara ini mungkin kita hanya perlukan masa lebih kurang 30 minit sehari. Atau mungkin kurang daripada tu. Bayangkan banyak mana masa yang dapat dijimatkan. 

Bukan apa, bila kita dapat jimatkan masa dalam melakukan pekerjaan rutin kita, masa yang terluang dapat kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting (termasuklah luangkan masa untuk anak dan suami) atau mungkin juga dapat luangkan masa untuk hobi. Contohnya, macam saya, dapat gunakan masa yang terluang tu untuk update blog.  

Tips urus pakaian tanpa perlu melipat pakaian untuk ibu yang sentiasa sibuk :

1.Sediakan hanger dalam jumlah yang banyak - Hanger merupakan item penting yang diperlukan. Macam saya, guna hanger biasa untuk pakaian saya dan suami. Manakala untuk pakaian Khadijah, guna hanger yang kecil. 

2.Semua pakaian yang dijemur perlu digantung menggunakan hanger - Baju kurung, t-shirt, seluar panjang, tudung, semuanya saya gantung dengan hanger. Pakaian yang saya tak guna hanger hanyalah pakaian dalam, kain batik atau pelekat, cadar, selimut dan tuala. Yang ni kena lipat la. 

3.Sediakan almari yang banyak - Untuk memastikan semua pakaian dapat digantung, perlu sediakan almari yang agak banyak. Namun jika takde bajet untuk beli almari biasa, boleh je beli almari plastik ataupun penyangkut besi sahaja untuk menggantung pakaian. 

2
Penyangkut besi - boleh dibeli di IKEA (Kredit)
Almari plastik (kredit : Lazada)

4.Pakaian yang dah kering terus simpan dalam almari - Bila dah kering, pakaian dari ampaian terus sangkut dalam almari. Tak perlu sediakan banyak bakul pun kecuali untuk pakaian atau kain yang perlu dilipat. Dah pun siap. Even budak-budak pun boleh tolong. Pakaian Khadijah (umur 6 tahun) pun dia sendiri yang masukkan dalam almari. 

Senang je bila dah tahu teknik jimat masa ni. Lepas ni tak perlu lagi dah nak duduk menghadap kain yang bertimbun yang tak pernah siap-siap dilipat. 

Seronok rasanya bila tahu tips ni. Sebab kerja rumah yang paling saya tak suka ialah lipat kain. Ada yang sama macam saya tak? :)

Jika anda rasa tips ini berguna, boleh share kepada ibu-ibu di luar sana. Semoga bermanfaat.   


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387



Wednesday 6 January 2016

Anakku Dah Besar

Cepatnya masa berlalu. Macam baru je rasanya Ummi lahirkan Khadijah. Tiba-tiba je dah besar. Dah pun 6 tahun. 

Hari ni dah masuk hari ke 4 Khadijah ke Tadika KEMAS. Setakat ini nampaknya dia enjoy belajar kat situ. Nak kejutkan dia pun tak susah. Kadang-kadang dia yang bangun sendiri. Mudah-mudahan semangatnya berkekalan sampaila hujung tahun. 

Oleh sebab tahun depan dia dah nak menjejakkan kaki ke sekolah, harapan saya semoga Khadijah dapat membaca dengan baik tahun ini. Risau jugak dibuatnya bila dah pun 6 tahun tapi belum pandai membaca. Mak manalah yang tak bimbang kan? Ramai yang sebaya dengannya dah pun pandai membaca. 

Nak mengajar sendiri tak pandai (mungkinkah ini cuma alasan semata-mata?) Serius memang tak pandai nak mengajar. 




Doa Ummi untuk Dija - jadi anak yang solehah dan cerdik supaya dapat menjadi pencen kubur Ummi, disayangi kawan-kawan dan guru, pandai bergaul dengan semua orang, rajin belajar, rajin mengaji, hormati semua orang lebih-lebih lagi orang tua dan sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Ambil Vitamin C Supaya Lebih Subur

Biasanya orang kaitkan vitamin C dengan kulit cantik, atau vitamin yang perlu kita ambil semasa demam atau selsema. Sebenarnya vitamin C juga sangat penting untuk kesuburan wanita dan lelaki. 

Menurut kajian, wanita yang menjalani rawatan kesuburan yang mengambil 500 mg vitamin c setiap hari dapat menambah peratus kehamilan sebanyak 44%. Banyak tu kan?

Dalam set kesuburan Shaklee yang asas, terdapat 4 jenis vitamin yang perlu diambil iaitu vitamin c, b kompleks, multivitamin (VitaLea) dan protein (ESP). 

Senang cakap, bila keperluan asas nutrisi kita mencukupi, barulah tubuh dapat menjalankan setiap fungsinya dengan optimum. Seterusnya ia dapat meningkatkan peluang untuk hamil.




Jadi untuk yang sedang trying to conceive, wajibkan diri anda untuk mengambil vitamin c. 

Promosi Januari 2016. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan diskaun 5%.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Tuesday 5 January 2016

Promosi Shaklee Januari 2016 - Vivix, Zink dan Vitalea for Children

Bulan ini seperti biasa Shaklee ada promosi yang best. Iaitu Vivix - anti aging tonic, Zink - tingkatkan sistem imun dan Vitalea for Children - vitamin untuk kanak-kanak. 




Vivix merupakan suplemen yang sesuai untuk hampir semua masalah atau penyakit, lebih-lebih lagi penyakit yang kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetes, stroke, penyakit jantung, dan banyak lagi.

Zink merupakan nutrisi yang penting dan dapat membantu meningkatkan sistem imun, masalah jerawat, mempercepatkan penyembuhan luka (untuk ibu lepas bersalin atau orang yang menjalani pembedahan atau luka), untuk kesuburan lelaki dan wanita, dan lain-lain.

Vitalea for Children pula merupakan supelmen khusus untuk kanak-kanak yang dapat meningkatkan kesihatan  secara keseluruhan, meningkatkan sistem imun (tidak mudah jatuh sakit, demam, atau selsema), dapat membantu meningkatkan selera makan dan melengkapi keperluan nutrisi kanak-kanak terutamanya yang kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Sempena tahun baru ini, bagi yang tidak pernah cuba suplemen apa kata beri peluang kepada diri anda untuk jadikan pengambilan suplemen sebagai salah satu keperluan. Suplemen bukan untuk orang yang sakit sahaja. Cubalah hari ini, ambil secara konsisten dan lihat perbezaannya. 

Jika tak tahu nak mula dengan suplemen Shaklee yang mana, boleh contact saya. Tak perlu bayar pun, percuma je. 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 3 January 2016

Tips Supaya Tandas Sentiasa Bersih Berkilat Supaya Tak Segan Jika Tetamu Datang

Lain orang lain caranya dalam menjaga kebersihan rumah. Dan ia termasuklah menjaga kebersihan tandas atau bilik air. Dulu saya peruntukkan waktu khusus untuk cuci bilik air. 

Namun bukannya tiap-tiap minggu saya buat. Bila tandas betul-betul kotor barulah saya cuci. Dan ia biasanya hanya dilakukan pada hujung minggu. Teruk betul kan?



Namun bila sesekali tetamu datang (lebih-lebih lagi datang secara mengejut) dan menggunakan tandas yang kebetulan dalam keadaan kotor tersebut, ia tentunya agak memalukan. Bukan saya je, rasanya semua orang pun rasa macam tu jika tetamu datang tapi keadaan rumah kita agak bersepah atau kotor.  

Bila saya dapat tips supaya tandas sentiasa bersih berkilat ni, saya terus apply. Tips ni saya dapat dalam Seminar Supermommy. Tips yang beliau kongsikan sangat mudah, namun tak pernah terfikir untuk saya lakukan. Thanks Puan Husna :)

Apakah tipsnya? Senang je. Setiap kali kita mandi, ambil masa lebih kurang 5 minit je untuk cuci tandas. Sebagai contoh, hari ni kita tengok sink dah mula kotor, jadi cuci sink sambil kita mandi. 

Kemudian, bila kita mandi next time, cuci pula mangkuk tandas, atau cermin, atau lantai. Terpulang sama ada nak cuci 1 kali sehari sahaja atau cuci setiap kali kita mandi. 

Idea utamanya ialah, kita tak perlu peruntukkan waktu yang khusus untuk cuci keseluruhan tandas, atau tunggu dah kotor baru nak cuci. 

Kalau ada 2 tandas, boleh gilir-gilir. Contohnya, waktu pagi mandi di Tandas 1, waktu petang mandi di Tandas 2, sambil cuci-cuci tandas. Ataupun, hari ni mandi di Tandas 1, esok mandi di Tandas 2. 

Untuk memudahkan kerja mencuci, pastikan semua keperluan dan peralatan untuk mencuci seperti sabun dan berus disimpan dalam tandas tersebut. Tips ini juga boleh digunakan untuk bahagian rumah yang lain.  

Simple je kan tips ni? Tapi ia sangat praktikal, lebih-lebih lagi untuk mommy yang sibuk. Lepas ni, tak perlu risau lagi jika tetamu tiba-tiba datang. Sebab semuanya dalam keadaan spick and span. Suami pun mesti bertambah-tambah sayang :)



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387


Saturday 2 January 2016

Tahun Baru Azam Baru

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk kita sama-sama melangkah ke tahun baru 2016. Hari ini dah pun 2 Januari 2016. Bermakna dah lebih 3 tahun saya melibatkan diri secara serius dalam bisnes Shaklee. 

Ketika kebanyakan syarikat gulung tikar atau terpaksa membuang pekerja untuk mengurangkan kos, Shaklee pula menawarkan pelbagai insentif dan reward untuk para pengedarnya (Shaklee Independent Distributor). Ini menguatkan lagi keyakinan saya untuk terus kekal dalam bisnes Shaklee walau apapun cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. 


Perjalanan saya masih panjang. Namun peluang yang Shaklee tawarkan takkan saya sia-siakan begitu sahaja. Impian saya yang terbesar untuk tahun 2016 ialah menjadi Master Coordinator Shaklee (pangkat tertinggi dalam Shaklee) dan seterusnya layak untuk merebut kesemua ganjaran Title Bonus Plan berjumlah melebihi RM 100,000.00. Sememangnya ia memerlukan HARDWORK. Mohon doa rakan-rakan juga supaya impian saya jadi kenyataan. Amin.

Master Coordinator Siti Nor Kamilah (to be)
2.1.2016
Alor Lintang, Besut

Promosi Januari 2016. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan diskaun 5%.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah