Showing posts with label Haid tak teratur. Show all posts
Showing posts with label Haid tak teratur. Show all posts

Friday 18 May 2018

Testimoni Vivix : Kesan Sampingan Suntikan Depo Hilang

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 27 : SITI LAILATUL QADR

KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA (DEPO) HILANG SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
Assalamualaikum. Nama saya Siti Lailatul Qadr. Saya merupakan seorang pekerja swasta. Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang mengalami beberapa kesan sampingan selepas mengamalkan suntikan perancang keluarga.
Saya merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada 2 orang cahaya mata lelaki. Saya merasakan diri saya seorang yang bertuah kerana diberikan Allah nikmat melahirkan anak secara normal (anak pertama) dan kaedah pembedahan (anak kedua). Walaupon kebanyakan wanita akan berasa gerun dengan perkataan ‘czer’, tetapi saya menganggap ianya adalah rezeki buat saya kerana dapat melalui kedua-dua pengalaman bersalin yang sangat berharga.
Oleh kerana saya telah melahirkan anak kedua secara pembedahan (czer), saya dan suami merancang untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya. Setelah berbincang, kami sepakat untuk mengambil suntikan perancang keluarga atau lebih dikenali sebagai suntikan DEPO. Suntikan ini sangat terkenal di kalangan wanita yang ingin merancang kehamilan dan ianya dilakukan 3bulan sekali.
Saya mendapatkan suntikan depo yang pertama di klinik kesihatan sekitar April 2017. Setelah beberapa minggu, saya mendapati diri saya kerap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut secara tiba-tiba. Pada mulanya saya menganggap ianya adalah sakit badan yang biasa-biasa memandangkan saya perlu bekerja dan menguruskan hal rumah tangga setiap hari.
Kemudian, saya meneruskan dengan suntikan depo yang kedua sekitar Julai 2017. Keadaan yang sama berlaku terhadap diri saya. Masalah sengal-sengal badan dan sakit lutut yang kerap berlaku menyebabkan saya stress. Suami juga pelik kerana sebelum ini saya tidak pernah mengadu sakit-sakit badan kepadanya. Saya juga mengalami gangguan haid sepanjang saya menggunakan suntikan depo. Saya bertambah stress.
Setelah berbincang, saya dan suami memutuskan untuk tidak meneruskan lagi suntikan depo yang ketiga. Saya tahu bahawa masalah yang saya hadapi seperti sengal-sengal badan, sakit lutut dan haid terganggu merupakan kesan sampingan akibat suntikan depo yang saya ambil. Suntikan tersebut telah menyebabkan hormon saya menjadi tidak stabil dan saya nekad untuk berhenti daripada mengambil suntikan depo lagi.
Sebulan lebih berlalu, selepas berhenti mengambil suntikan depo saya beranggapan semuanya akan kembali normal, tetapi malangnya anggapan saya salah. Saya tetap mengalami sengal-sengal badan dan sakit lutut. Haid juga masih tidak datang hampir 8 bulan! Saya mula mencari alternatif lain seperti berurut tetapi kesannya masih sama. Akhirnya, saya sedar semua yang terjadi berpunca dari hormon yang tidak stabil dalam badan dan saya nekad untuk detoks badan saya.
Memandangkan saya merupakan seorang ahli Shaklee yang sah, saya faham setiap fungsi produk dan kebaikannya. Saya mula minum Vivix dan makan Alfafa untuk detoks badan saya memandangkan kedua-dua produk ini ialah agen detoks terbaik. Kemudian, saya teruskan dengan GLA Complex untuk stabilkan kembali hormon dalam badan. Saya juga mengamalkan BComplex, Omega Guard dan Ostemetrix setiap hari untuk bantu mengurangkan sengal-sengal badan dan sakit lutut yang saya alami.
Setelah dua bulan konsisten mengamalkan supplemen Shaklee ini, alhamdulillah badan saya kembali cergas. Saya tidak lagi mengalami sakit lutut dan paling menggembirakan haid saya kembali normal. Saya tahu setiap perancang keluarga mempunyai kesan sampingan berbeza bergantung pada tahap keupayaan badan seseorang. Saya sangat bersyukur kerana telah berjumpa penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi dengan izin Allah jua. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee.




ATAU
Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Sunday 1 April 2018

Nak Hamil Tapi Sukar Akibat Keputihan dan Period Tak Teratur

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 32: FARAH QURRATUN AINI

HAMIL SELEPAS KONSISTEN DENGAN SET KEPUTIHAN & SENGGUGUT

Assalamualaikum. Saya Farah Qurratun Aini mama kepada 2 orang cahaya mata. Kisah saya dengan Shaklee bermula apabila saya mencari vitamin untuk meredakan sakit senggugut dan keputihan yang teruk sejak dari bangku sekolah lagi.

Dulu setiap kali datang bulan, senggugut pun akan datang juga sampai tahap tak boleh buat apa-apa aktiviti pun. Masa zaman sekolah dulu kawan-kawan cakap kalau senggugut angkat kaki sandarkan ke dinding boleh meredakan sakit sengugut tu. Masa zaman sekolah dulu takde ambil ubat atau sebarang vitamin cuma mampu menahan sakit sahaja.

Bila dah masuk kolej, barulah belajar ambil ubat tahan sakit warna pink tu. Itu pun sebab nak elak dari ponteng kelas. Dan kalau time senggugut menyerang dan dalam masa yang sama ada kuiz, test, dengan assignment yang nak disiapkan kemudian time exam mestilah ubat tahan sakit tu menjadi penyelamat. Bila dah cuba-cuba maka jadilah amalan. Memang tak pernah terputus stok ubat pink tu sehingga lah masuk kerja dan kahwin. Bila dah kerja memang terpaksalah ambil MC setiap bulan. Menganggu jugak prestasi kerja masa tu.

Dan saya perasan yang keputihan juga makin teruk bila meningkat remaja. Pantyliner pun tak boleh terputus bekalan. Kena pakai dan kena sentiasa ada dalam beg. Semua ni memang rasa sangat-sangat terganggu. Bila buat aktiviti yang mengeluarkan peluh lagi meriah la keputihan tu keluar sampai kadang-kadang jadi gatal.

Alhamdulilah selepas konsisten mkn GLA Complex dan Alfalfa Complex selama 2 bulan, senggugut dah takde, keputihan juga makin berkurang dan period datang pun cantik aje. Maksudnya kitaran period tu tetap setiap bulan. Bila kitaran haid dah tetap mudah untuk cari waktu subur dan peluang untuk hamil tu tinggi.

Dan alhamdulilah bersyukur sangat genap 9 bulan lepas tu double line pun muncul. Berita kehamilan itu adalah hadiah ulangtahun kami yang pertama. Menangis kegembiraan kami suami isteri. Dan selepas bersalin kan anak sulung, saya selama setahun 3 bulan tak datang haid. Sangat tak selesa. Simptom-simptom macam nak period ada tapi tak period pon. Dan memang merancang nak tambah anak lagi. Sebabkan tak period saya ikhtiar lagi dengan GLA Complex masa itu pada bulan Disember . 3 bulan kemudian saya period dan bulan berikutnya April 2016 saya hamil anak kedua. Alhamdulillah.





















Inilah Shaklee Effect saya. Terima Allah. Terima kasih Shaklee.


ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.


Saturday 24 March 2018

Period Tak Teratur

Assalamualaikum. Kisah cinta Kay bermula bila Kay menghadapi masalah period yang tidak teratur, dan jerawat naik mendadak disebabkan hormon yang tak seimbang dan resdung sejak sekolah menengah. Kulit muka kusam dan tidak ceria..,tidak sekata... 

Kay mula ambil shaklee pada 2013 setelah berhabis beribu jugak rasanya jika dikumpulkan ketika membeli pelbagai produk dan ke SPA untuk menangani masalah ini.





Alhamdulillah.. sejak ESP dijadikan minuman harian dan tidak pernah skip makan GLA, AlFALFA, B Complex, Vita C. Period Kay walaupun lambat untuk kembali normal seperti wanita lain.. Kay pernah jugak rasa nak stop makan selepas setahun takde perubahan.. tapi upline bagi semangat n teruskan makan. Katanya.. ada yg makan 3 tahun baru period ok. Kay tawakkal sahaja.. berharap bulan2 berikutnya.. period cantik.. alhamdulillah.. memang betul.. sekarang hampir setahun juga.. period Kay dh datang tiap bulan,kulit berjerawat semakin lama semakin kurang,parut2 makin pudar.. Simptom2 resdung juga semakin surut. Kalau tak.. kay memang rajin selsema sepanjang tahun.. berbulan bulan.. selsema tak berhenti. 


Alhamdulillah. Syukur.. walaupun lambat kenal shaklee.. Kay dah tekad takkan cuba produk lain lagi.. InsyaAllah.. doakan Kay dapat menimang cahayamata pula selepas ini.. Terima Kasih semua.

Untuk pertanyaan dan order boleh whatsapp 013 924 3387 (Kamilah)