Sunday 6 August 2017

Jalan-jalan ke Kota Bharu

Semalam saya dan keluarga jalan-jalan ke Kota Bharu. Bagi orang Besut, Kota Bharu menjadi tumpuan untuk shopping atau jalan-jalan berbanding Kuala Terengganu. Nak buat macam mana.

Kat Kota Bharu macam-macam ada berbanding Kuala Terengganu. Shopping mall pun lebih daripada 5 kut. Malah orang Kuala Terengganu pun ramai yang shopping kat sini.

Saya pun tak ketinggalan. Paling tidak sebulan sekali mesti turun Kota Bharu. Kadang-kadang sebab pergi Shaklee, atau pun sebab ada urusan lain.

Apa pun sebabnya, memang suka sangat Kota Bharu ni. Tak tahu kenapa. Kalau nak pindah, Kota Bharu menjadi pilihan utama saya. Bolehlah window shopping kat Aeon Mall hari-hari. Hehe. Melampau betul impian tu.

Tempat tujuan kami semalam ialah Wakaf Che Yeh kerana ada kelas belajar memasak nasi lemak. Kelas ni under Dato' Chef Li. Kalau pernah baca buku Jutawan Senyap, mesti kenal siapa beliau.

Selain tu, kami ke Aeon Mall. Saya suka sangat Aeon Mall yang baru dibuka ni kerana kemudahan suraunya yang cantik, selesa dan luas. Tempat wudhu' ditempatkan bersekali.

Dan yang paling penting ianya bertutup, terlindung daripada pandangan lelaki. Takdela susah berbanding tempat wudhu' yang ditempatkan sekali dengan tandas dan terpisah dengan surau. Terpaksa la pakai stokin semula lepas ambil wudhu' tu untuk menuju ke surau. Habis basah stokin.

Nampak macam perkara remeh je tapi sebenarnya ia merupakan masalah besar bagi muslimat bila tempat wudhu' tidak bersekali dengan surau dan juga terbuka (tak terlindung daripada pandangan lelaki).

Satu lagi yang saya suka ialah lif yang banyak. Entah kenapa Khadijah tu tiba-tiba jadi takut pulak nak naik escalator. Puas dipujuk tapi tetap tak nak. Jadi terpaksa la naik lif.

Kalau shopping complex lain, cuma ada 1 je la lif biasanya. Tapi kat sini ada lebih daripada 1. Jadi sangat memudahkan.

Hajat di hati nak pergi Aeon Mall sebenarnya nak ke Daiso. Nak cari cat dispellant. Tak tahan kucing asyik berak depan rumah je. Tapi alih-alih jumpa Mr Diy. Rambang mata sampai tak ingat tujuan utama nak cari Daiso. Takpelah next visit kita ke Daiso pulak.

Hari tu baru tau ada Perpustakaan Awam di tingkat paling atas. Tak sempat explore semua lagi sebab besar sangat. InsyaAllah next time mesti singgah library tu.

Takde gambar untuk dikongsi sebab lupa nak ambil. Overall Aeon Mall Kota Bharu memang best!


Labels: Aeon Mall Kota Bharu, Bisnes part time, Bisnes Shaklee, Diari WAHM, Personal