Showing posts with label WAHM. Show all posts
Showing posts with label WAHM. Show all posts

Monday 5 December 2016

Bisnes Yang Sesuai Untuk Surirumah Tanpa Modal Yang Tinggi


Sekarang zaman dah berubah. Masa dulu para suami yang membanting tulang bekerja. Isteri hanya duduk di rumah menjaga anak-anak. Sekarang kalau nak buat macam tu alamatnya dapur tak berasap la kut. Kecuali suami bergaji besar atau memang orang kaya.

Sekarang dua-dua suami isteri perlu bekerja untuk menjalani kehidupan yang selesa. Yang menjadi surirumah untung sangat jika suami mampu sediakan segala keperluan.

Tapi macam mana jika pendapatan suami masih tidak mencukupi tapi tak tahu nak buat apa. Terlebih dahulu Kak Kam nak cerita la tentang bisnes yang satu ni iaitu bisnes Shaklee.

Modal yang diperlukan untuk buat bisnes ni hanyalah RM 68.90. Tak sampai seratus pun. Kalau nak keahlian percuma pun boleh. Beli produk dengan harga RM 800 dan kita dah menjadi ahli yang sah.

RM 800 banyak sangat? Tak semestinya semua produk tu kita guna sendiri. Boleh juga kumpul order daripada kawan-kawan untuk mencukupkan jumlah tu. 4 orang beli RM 200. Atau cari 8 orang yang nak beli RM 100. Senang kan?

Bila dah jadi ahli takkan kita tak nak try produknya kan? Shaklee ada macam-macam produk untuk semua golongan - kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Juga ada macam-macam set kesihatan.

Bila kita dah makan produk dan merasai kesannya, tugas kita hanya share kebaikan produk tu dengan orang lain. Sama ada secara online atau offline. Senang ke susah?

Dalam bisnes ni juga kita akan dibimbing dari a hingga z. Inilah salah satu kelebihan buat bisnes Shaklee. Kita tak keseorangan. Ada support group yang best.

Ingin menjana pendapatan dengan Shaklee? Jika bertangguh akan rugi. Boleh hubungi Kak Kam melalui sms atau whatsapp 013-924 3387.

Monday 28 November 2016

Impianku : Surirumah Sebagai Satu Kerjaya

Salah satu push factor untuk mula bisnes ialah sebab nak jadi surirumah sepenuh masa.

Malu nak cakap tapi inilah impian Kak Kam even sejak belum kahwin lagi.

Tak tahu kenapa.


Suka tengok seorang ibu surirumah masa duduk kat kampung dulu.

Boleh jaga anak sendiri.

Boleh hantar ambil anak sekolah.

Boleh masak sendiri.

Pendek kata ada banyak masa untuk family.

Nampak tenang je kehidupan macam tu.

Tiada stress.

Masa berlalu.

Impian itu bertukar kepada nak jadi work at home mom (WAHM).

Sebab nampak peluang dan ruangnya.

Dan sangat banyak contoh depan mata.

Menunjukkan ia langsung tak mustahil untuk dicapai.

Impian itu akhirnya berjaya digapai.

Namun masih banyak lagi impian yang masih belum berjaya dicapai sebagai seorang WAHM.

Belum boleh dikatakan berjaya lagi.

Perlu kerja lebih keras lagi.

Namun, impossible is nothing.







Untuk sebarang pertanyaan dan order produk Shaklee, hubungi Siti Nor Kamilah / ID 885322 / SMS @
 


Whatsapp 013-924 3387.


Wednesday 20 January 2016

Atur Jadual WAHM

Tahun baru ni masih agak kelam-kabut urus jadual. Kadang-kadang saya masak awal pagi. Kadang-kadang pukul 12.00 tengah hari. Kadang-kadang pukul 2.00 petang ke atas. 

Khadijah ke tadika dalam pukul 7.45. Habis pukul 12.30 tengah hari. Jadi adalah masa lebih kurang 4 jam setengah untuk saya tumpukan sepenuhnya pada bisnes. Tapi macam biasa, tak sepenuhnya 4 jam tu dapat digunakan untuk bisnes. 

Nak basuh baju la. Nak uruskan Ummi la. Nak berkebun la (untuk keluarkan peluh) atau exercise. Sebab tu lah saya lebih suka masak pukul 1.00 ke atas. Sebab sayang nak gunakan masa produktif saya ni untuk memasak. 

Bila dah masuk tengah hari dan bila Khadijah dah balik, sibuk uruskan dia pula. Dan selalunya time ni la mengantuk menjadi-jadi. Jadi nak tak nak kena tidur sekejap untuk mendapat semula tenaga. 

Apapun saya bersyukur dapat bekerja dari rumah. Dapat bekerja dan menjaga Ummi yang sakit dalam masa yang sama. 

Contoh dapur impian saya :)



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 13 January 2016

Rutin WAHM (Work At Home Mom)

Alhamdulillah seawal 9.30 pagi dah siap masak 1 lauk untuk tengah hari. 

Lauk sayur tengah hari ni pulak masak sebab tak cukup bahan.

Keluar beli nanti sambil ambil Khadijah dari tadika.

Antara kelebihan berada di rumah ialah dapat mengatur masa mengikut keselesaan dan keutamaan kita sendiri.

Dulu selalu masak bermula pukul 11 pagi atau 11.30 pagi.

Sekarang nak cuba masak awal pagi pula.

Lepas tu boleh fokus untuk kerja bisnes pula.

Apakah kesyukuran anda hari ini?



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Tuesday 12 January 2016

Tips Urus Pakaian Tanpa Perlu Melipat Pakaian Untuk Ibu Yang Sentiasa Sibuk

Sebelum ni saya dah share cara jaga kebersihan tandas supaya sentiasa bersih. Kali ni nak share pula cara urus pakaian tanpa perlu lipat pakaian pun. 

Tips ni sesuai untuk semua ibu yang sentiasa sibuk - ibu yang berkerjaya, ibu yang bekerja dari rumah, ibu yang jadi surirumah sepenuh masa, malah juga sesuai untuk yang bujang. 



Jika sebelum ni kita biasa luangkan masa 1, 2 hingga 3 jam sehari untuk mengurus pakaian daripada membasuh, menjemur hinggalah melipat, dengan cara ini mungkin kita hanya perlukan masa lebih kurang 30 minit sehari. Atau mungkin kurang daripada tu. Bayangkan banyak mana masa yang dapat dijimatkan. 

Bukan apa, bila kita dapat jimatkan masa dalam melakukan pekerjaan rutin kita, masa yang terluang dapat kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting (termasuklah luangkan masa untuk anak dan suami) atau mungkin juga dapat luangkan masa untuk hobi. Contohnya, macam saya, dapat gunakan masa yang terluang tu untuk update blog.  

Tips urus pakaian tanpa perlu melipat pakaian untuk ibu yang sentiasa sibuk :

1.Sediakan hanger dalam jumlah yang banyak - Hanger merupakan item penting yang diperlukan. Macam saya, guna hanger biasa untuk pakaian saya dan suami. Manakala untuk pakaian Khadijah, guna hanger yang kecil. 

2.Semua pakaian yang dijemur perlu digantung menggunakan hanger - Baju kurung, t-shirt, seluar panjang, tudung, semuanya saya gantung dengan hanger. Pakaian yang saya tak guna hanger hanyalah pakaian dalam, kain batik atau pelekat, cadar, selimut dan tuala. Yang ni kena lipat la. 

3.Sediakan almari yang banyak - Untuk memastikan semua pakaian dapat digantung, perlu sediakan almari yang agak banyak. Namun jika takde bajet untuk beli almari biasa, boleh je beli almari plastik ataupun penyangkut besi sahaja untuk menggantung pakaian. 

2
Penyangkut besi - boleh dibeli di IKEA (Kredit)
Almari plastik (kredit : Lazada)

4.Pakaian yang dah kering terus simpan dalam almari - Bila dah kering, pakaian dari ampaian terus sangkut dalam almari. Tak perlu sediakan banyak bakul pun kecuali untuk pakaian atau kain yang perlu dilipat. Dah pun siap. Even budak-budak pun boleh tolong. Pakaian Khadijah (umur 6 tahun) pun dia sendiri yang masukkan dalam almari. 

Senang je bila dah tahu teknik jimat masa ni. Lepas ni tak perlu lagi dah nak duduk menghadap kain yang bertimbun yang tak pernah siap-siap dilipat. 

Seronok rasanya bila tahu tips ni. Sebab kerja rumah yang paling saya tak suka ialah lipat kain. Ada yang sama macam saya tak? :)

Jika anda rasa tips ini berguna, boleh share kepada ibu-ibu di luar sana. Semoga bermanfaat.   


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387



Saturday 5 December 2015

Jadual Waktu WAHM

Seperti yang saya cerita dalam entry dulu, masa awal-awal jadi WAHM (Work At Home Mother) memang agak kelam-kabut. Masa banyak dibazirkan dengan buat kerja rumah. Masa tu takde jadual waktu khusus pun sebagai WAHM. Ikut sedap je bila nak buat bisnes.  

Bila pergi Seminar Supermommy, sedikit sebanyak saya mula improve dalam mengurus masa. Sebenarnya kalau diikutkan sejak join Shaklee lagi skill pengurusan masa saya dah banyak berubah. Dulu, masa banyak dihabiskan tengok tv, buat kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain yang tak berfaedah pun. 

Lepas join Shaklee, saya lebih menghargai masa. Banyak kerja nak dibuat - update blog, update fb, study, follow up customer, buat order dan macam-macam lagi yang membuatkan saya rasa sayang nak habiskan masa begitu sahaja untuk benda-benda yang tak berfaedah. 

Namun taklah saya berubah 100 %. Selalu jugak buang masa buat sesuatu kerja lama-lama. Dari dulu lagi saya cuba buat jadual setiap hari tapi sayangnya, jarang sangat saya ikut jadual. Susah nak disiplin. 

Baru-baru ni je saya mampu ikut jadual yang saya buat dengan baik. Target saya dalam sehari paling kurang mesti spend masa 8 jam sehari untuk bisnes Shaklee. 

Setelah melalui beberapa fasa perubahan, inilah jadual terbaru saya untuk Disember :

JADUAL WAKTU WAHM

5.00 pagi : 
Solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, baca Al-Quran, zikir, basuh baju, solat Subuh, baca surah Yasin

6.00 pagi :
Breakfast

6.15 pagi :
Bisnes Shaklee

7.15 pagi :
Jemur kain, kemas rumah / berkebun / exercise

8.00 pagi :
Bisnes Shaklee 

10.40 pagi : 
Solat Dhuha, zikir

11.00 pagi :
Masak, lunch

12.30 tengah hari :
Rehat

1.00 petang :
Solat Zohor, mengaji, zikir, ajar Khadijah mengaji dan membaca

2.00 petang :
Bisnes Shaklee

4.15 petang :
Solat Asar, baca surah Ar-Rahman

4.45 petang :
Bisnes Shaklee

5.45 petang :
Masak, dinner 

6.15 petang :
Aktiviti outdoor / berkebun

7.00 petang :
Solat Maghrib, ajar Khadijah mengaji, baca Hadis

7.30 malam :
Kemas dapur

8.00 malam : 
Solat Isyak, baca surah Al-Waqiah, zikir

8.30 malam :
Bisnes Shaklee 

11.00 malam : 
Solat Taubat, baca surah Al-Mulk

11.30 malam: 
30 ayat positif
Visualisasi
Tidur

Jadual ni saya adaptasi daripada Master Checklist Shaklee. Jadual ini akan berubah bila saya perlu keluar rumah untuk ke pasar atau pun ada hal lain. There's a room for improvement dan agak tak seimbang tapi buat masa ini saya follow jadual ni dulu. 

Ya Allah jadikanlah aku berdisiplin dan pandai mengurus masa. Berikanlah aku keberkatan masa supaya aku dapat menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawabku sebaik mungkin. Amin. 


Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol Vivix 
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA, 
POS PERCUMA dan diskaun 5%. 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Wednesday 11 November 2015

Cabaran Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah memang seronok. Apatah lagi ia menjadi impian saya sejak dari dulu lagi. Namun di sebalik itu terdapat banyak cabaran apabila bergelar Work At Home Mom (WAHM) ni. 



Cabaran yang utama bagi saya apabila bekerja dari rumah ialah untuk kekal berdisiplin dalam melakukan kerja-kerja rumah dan juga kerja-kerja bisnes. Awal-awal dulu semasa dalam proses berhenti kerja (ambil cuti tanpa gaji), memang ke laut. Masa banyak dihabiskan untuk kerja rumah terutamanya kemas rumah. 

Walaupun baru ada seorang anak keadaan rumah mengalahkan orang yang ada 5 anak. Nampak sepah kat sini, kemas. Nampak sepah kat situ, kemas. Memang 'distraction' ini agak menjejaskan masa saya untuk kerja-kerja bisnes. 

Agak lama juga masa yang saya ambil untuk menyesuaikan diri. Kini bila dah setahun bekerja dari rumah, saya lebih pandai urus masa. Saya akan peruntukkan lebih kurang sejam sahaja sehari untuk kemas rumah, basuh baju, kemas dapur dan lain-lain (tak termasuk waktu memasak). 

Yang lebih mencabar ialah saya terpaksa menguruskan 2 buah rumah . Saya tinggal di sebelah rumah Ummi saya dan menjaga beliau. Di samping memasak dan melakukan kerja-kerja rumah lain kerana adik-adik saya bekerja. 

Nak uruskan 2 buah rumah, nak uruskan keluarga, nak uruskan Ummi, nak uruskan bisnes. Memang agak pening kepala pada mulanya. Namun kini segalanya semakin baik. Alhamdulillah. 

Salah satu tips dari orang yang dah berjaya dengan bekerja dari rumah ialah adakan jadual waktu kerja untuk bisnes macam jadual waktu orang kerja pejabat contohnya 9 pagi hingga 5 petang. 

Kena adakan masa macam kita bekerja pejabat dulu. Bila kita makan gaji kita spend sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Dah buat bisnes pun sepatutnya kita dapat spend masa yang sama, malah lebih panjang dari masa kerja makan gaji. 

Sebab dulu kita bekerja untuk orang. Sekarang kita bekerja untuk diri sendiri. Tentunya kena beri perhatian yang lebih lagi. Harapan saya semoga saya lebih pandai urus masa dan berdisiplin bekerja dari rumah. Dan dalam masa yang sama enjoy being a WAHM. 


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau 
untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Saturday 3 October 2015

Masa Untuk Mengejar Matlamat

Sekejap je dah pun masuk 3 Oktober. Dan tak lama lagi dah nak berakhir tahun 2015. Masih banyak lagi impian saya tahun ini yang belum tertunai. Jadi baki 3 bulan lagi saya mesti kejar matlamat saya sungguh-sungguh. 

Lupakan kegagalan lalu dan bangkit semula demi insan-insan yang tersayang. Bila Allah dah lorongkan kita ke sesuatu jalan, pasti ia sesuai untuk kita. Usaha dan terus usaha tanpa putus asa. Selagi belum berjaya jangan berhenti. 

Saya banyak mendapat semangat dari Group Shaklee mentor-mentor saya. Rasa lebih kuat keinginan untuk berjaya. Bukan sahaja dalam Shaklee, tapi juga berjaya di dunia dan di akhirat. 

Semoga masa yang berbaki ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Amin. 


Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Sunday 20 September 2015

10 Tips Sukses Bekerja Dari Rumah

1. Menyediakan Tempat Kerja Khas Yang Selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. Tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. 

Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT. Anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan mengharapkan duit masuk.


2. Bekerja Mengikut Waktu

Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. Kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. Masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. 

Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinkan diri, jangan asyik nak ke pasar je. Mana kerja nak menjadi dan nak siap.

3. Hubungan Dengan Kerja Secara Berterusan

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.

4. Ambil Masa Rehat

Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. Contohnya ambillah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.

5. Jangan Dibersihkan

Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. Kadang-kadang anda taklah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mood untuk bekerja. Biarkan bersepah.

6. Disiplin

Kalau nak buat perjumpaan, cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. Jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.

7. Tinggalkan Rumah Sehari Dalam Seminggu

Tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. Saya syorkan untuk anda pilihlah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.

8. Buat Kerja Secara Rutin

a) Bangun tidur.
b) Bersihkan diri, mandi dan bersiap. Jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
c) Buat sarapan.
d) Masuk tempat kerja.
e) Buat panggilan pelanggan.
f) Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan.
g) Balik jam 2 buat kerja balik.
h)Jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh. 
i) List kerja apa nak dibuat esoknya.
j) Ulang langkah pertama.

9. Buat Kerja Anda

Jangan pula, mentang-mentang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. Ini betul. Kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. Faham kan yang ni.

10. Stay Professional

Walaupun anda kerja dari rumah, ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office. Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tipsnya. Saya selalu ingat mak pesan "beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ".

Kredit : Coach Baharudin

Siti Nor Kamilah 
Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Sunday 3 May 2015

Kenapa Nak Jadi Work at Home Mom (WAHM)?

Sekarang bekerja dari rumah bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi kita. Ia sinonim dengan mereka yang melibatkan diri dengan bisnes online. Tapi bukan terhad kepada bisnes menjual produk sahaja. Bisnes perkhidmatan pun banyak yang beroperasi dari rumah sahaja.

Kenapa nak jadi Work at Home Mom (WAHM)? Best sangat ke?

Bagi saya yang bercita-cita untuk jadi surirumah sepenuh masa sejak dari bujang lagi, jawapannya tentulah best! Malah tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa seronoknya saya dapat bekerja dari rumah. 

Masa bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dulu, saya rasa tidak bebas. Jika ada urusan yang tidak dapat dibuat pada hari cuti contohnya urusan bank, saya terpaksa pergi pada waktu bekerja. Kena minta kebenaran dengan CC kat office tu. Masa yang sepatutnya kita bekerja dah digunakan untuk urusan peribadi. Dan tentunya ia melibatkan keberkatan dalam gaji yang kita terima. 

Nak pergi mana-mana kena apply cuti. Kalau boss tak approve, maknanya takleh cuti la. Dan yang penting sekali, sepanjang 8 jam bekerja tersebut saya rasa macam duduk dalam penjara. Tak boleh nak pergi mana-mana sesuka hati kita tanpa pengetahuan rakan sekerja atau pun pihak atasan. 

Maaf, tiada niat untuk memperlekehkan kerja makan gaji namun itulah yang saya rasakan. Bila dah lama bekerja, barulah saya tahu yang sebenarnya saya tak minat bekerja di bawah orang. Terpaksa mengikut arahan orang. Dan juga tak betah untuk dimarahi orang. Saya tak suka terikat dengan waktu kerja macam tu. Yup, thats me. 

Yang paling penting, saya sangat tidak suka dengan politik pejabat. Orang yang rapat dengan boss tak buat kerja pun takpe, ok je. Manakala yang tak pandai nak membodek, buat kerja pun kena marah. Sangatlah tak patut. Dah jadi sesi luahan perasaan pulak ye hehe. 

Belum campur lagi dengan mereka yang suka sangat 'makan ketupat'. Ada sahaja perkara tentang orang lain yang dibincangkan. Negativity everywhere. Sampai saya pun dapat saham sama. Inilah faktor yang menolak saya dari terus bekerja makan gaji. 

Dengan bekerja dari rumah, kita tak terikat dengan sesiapa. Bebas untuk atur masa sendiri. Bebas untuk pergi bercuti bila-bila masa. Tak perlu approval dari sesiapa lagi. Di samping dapat jaga anak sendiri. 

Dulu saya tercari-cari apa pekerjaan yang membolehkan saya spend lebih masa dengan keluarga. Pernah bercita-cita untuk jadi guru tadika kerana masa bekerja yang pendek. Tapi, gaji pun kurang la kan sebab masa bekerja yang pendek tu. Rupanya ada alternatif yang lebih baik. Alhamdulillah. I'm a homemaker now.



Wednesday 4 March 2015

Tips Urus Masa Ibu Bekerja dan Surirumah Supaya Hidup Tidak Kelam-kabut

Baru-baru ini saya menghadiri Seminar Supermommy oleh Puan Husna Haron di yang diadakan di Hotel Sumai, Kuala Terengganu. Seminar ini berkenaan pengurusan masa wanita, sesuai untuk sesiapa sahaja terutamanya ibu bekerja yang sibuk dan surirumah yang merasakan hidup mereka sentiasa kelam-kabut.

Saya telah lama follow beliau melalui facebook, emel dan bila mendapat tahu beliau akan mengadakan seminar di Kuala Terengganu, apa lagi. Tentu saya tak akan lepaskan peluang ni.




Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba. Alhamdulillah tiada masalah untuk tinggalkan anak saya sebab suami ada untuk mengambil alih tugas itu :)

Sesekali perlu juga tinggalkan seketika tugas di rumah untuk menuntut ilmu dengan tujuan untuk memperbaiki diri. InsyaAllah ia pasti berguna untuk panduan pada masa akan datang.

Kenapa saya hadir seminar ini?

Kalau diikutkan, saya baru ada seorang anak dan tidaklah sesibuk mana. Saya surirumah yang bekerja dari rumah (work at home mom) sahaja. Bukannya wanita berkerjaya di luar. 

Saya hanya menjalankan satu bisnes sahaja, bukannya 3, 4 bisnes. Saya tidak pula memegang jawatan penting dalam mana-mana organisasi atau parti politik hehe.

Jadi saya hanya perlu bahagikan masa untuk keluarga dan bisnes sahaja. Tapi masalahnya, saya sering stress kerana tidak pandai membahagikan masa antara keduanya. Ni baru anak sorang, kalau anak lima tak tahu la macam mana agaknya ye.

Stress bila melihat rumah bersepah tapi pada masa yang sama belum update blog untuk mempromosikan bisnes saya. Sering merasakan tidak cukup masa untuk buat semua benda yang perlu. Nak luangkan masa untuk hobi pun jauh sekali.

Disebabkan itulah saya hadir ke seminar ini dan banyak sekali ilmu yang saya dapat. Yang paling saya suka tentunya berkenaan Law Of Attraction. Saya dapat faham dengan lebih jelas tentang cara untuk aplikasikan Law of Attraction dalam hidup saya.

Alhamdulillah ilmu yang saya dapat dalam Group Jutawan Shaklee dan seminar-seminar Dr Azizan Osman yang pernah saya hadiri sangat berkait rapat dengan apa yang saya pelajari dalam seminar ini. Saya lebih cepat faham. Rupa-rupanya inilah tips yang mentor kami dalam Shaklee selalu tekankan. Apakah tips-nya?

Tips urus masa ibu bekerja dan surirumah supaya hidup tidak kelam-kabut


Ada 2 tips penting yang dikongsikan oleh Puan Husna :

1. Jaga solat. 


Solat sempurna, awal waktu dengan wuduk yang sempurna. Khusyuk, faham maksud bacaan, postur solat yang betul dan perfect. Rajinkan diri menuntut ilmu untuk mendapat solat sempurna.

2. Baca Al-Quran dan terjemahannya.


Bawa Al-Quran terjemahan ke mana-mana sahaja dalam handbag.

Puan Husna menceritakan testimoni daripada seorang wanita yang telah mengamalkan tips ini dengan membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Kebetulan masa tu bulan puasa. Amazingly, beliau mengatakan beliau ada masa yang terlebih-lebih sekarang di mana kalau diikutkan logik, memang tak masuk akal. Bagaimana dengan membaca Al-Quran dapat memanjangkan masa kita. 

Sebenarnya panduan yang diberikan oleh Puan Husna sangat simple. Cuma perlu kekuatan untuk istiqamah. Amalkan 2 tips ini secara konsisten dan lihatlah perubahan dalam hidup kita. Insya-
Allah. Selamat beramal.

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Friday 16 January 2015

Bahagia Seorang Surirumah

Semasa saya bekerja makan gaji dulu, saya sangat cemburu dengan sesiapa sahaja surirumah yang saya kenal. Kenapa cemburu?

Antaranya sebab mereka dapat masak sendiri makanan untuk keluarga (dapat pantau sendiri kebersihan, kehalalan makanan berbanding makanan yang dibeli di kedai-kedai), dapat sambut kepulangan anak dari sekolah, dapat makan tengah hari bersama-sama dengan anak, dapat jaga anak sendiri dan the list goes on.

Bahagianya saya tengok.

Cemburu di sini bukanlah cemburu yang negatif. Sebaliknya ia adalah cemburu yang positif yang dengannya membolehkan saya berusaha sebaik mungkin untuk bergelar seorang surirumah sepenuh masa juga. 

Alhamdulillah saya telah berjaya sekarang.

Dan bila menjadi surirumah sepenuh masa, bukanlah bermakna saya mempunyai banyak masa lapang, boleh seronok-seronok buat apa saja yang saya mahu. 

Kerana di samping tugasan harian biasa seorang surirumah, saya juga menjalankan bisnes Shaklee secara online. 

Kerja non-stop juga macam orang yang makan gaji, tapi saya happy asalkan dapat tinggal di rumah - tempat yang paling selesa dalam dunia :).


Bahagia bila dapat bangun awal.

Bahagia bila dapat menyediakan sarapan untuk anak dan suami meskipun ia sekadar kuih daripada frozen food (karipap, roti goreng dll).

Bahagia bila dapat membasuh dan menjemur pakaian di awal hari.

Bahagia dapat menikmati dan menghirup udara pagi yang sejuk, segar dan nyaman.

Bahagia bila dapat mencuri masa untuk menunaikan solat Dhuha tanpa risau mencuri masa bekerja (berbanding bekerja makan gaji macam dulu).

Bahagia dapat menyediakan makanan tengah hari dan makan bersama anak sekembalinya dari tadika.

Bahagia dapat mengemas rumah supaya sentiasa cantik dan kemas (walaupun selalunya tidak kekal lama).

Bahagia dapat menjaga sendiri anak berbanding dulu (terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh atau nurseri).

Bahagia dapat atur masa sendiri (time freedom), pergi ke mana-mana saya suka bila-bila masa (tak perlu tunggu hari cuti kerana hari-hari-hari cuti).

Bahagia bila dapat shopping di masa tak ramai orang.

Bahagia bila dapat meluangkan lebih masa bersama ibu yang semakin uzur.

Bahagia dapat berkhidmat untuk suami dan anak-anak.


Semua di atas adalah senarai kesyukuran saya setiap hari. Semakin hari semakin banyak kesyukuran saya kepada Allah atas semua nikmat. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar nikmat. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Siti Nor Kamilah
Your Favourite Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Monday 12 January 2015

Mula Bersekolah

Hari ini hari kedua Khadijah di PASTI. Hari pertama semalam berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Good girl. Syukur kerana tidak perlu risau apa-apa.

Takde masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru kerana dah pernah hantar Khadijah ke tadika sekejap tahun lepas.


Adegan menangis kerana ditinggalkan tu pasti ada. Ada yang siap panjat tingkap nak terjun lagi sebab nak ikut mak balik. Tapi mujur sempat disambut oleh maknya.


Lepas hantar Khadijah, rutin harian diteruskan dengan membasuh baju, mengemas rumah sekadarnya, membasuh pinggan dan lain-lain.


Khadijah berada di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Jadi saya ada masa 4 jam setengah untuk fokus kepada bisnes dan juga sedikit masa untuk melakukan kerja rumah.


Azam tahun ni, nak mula jogging 3 kali seminggu. Lepas hantar Khadijah. Tapi nampaknya belum boleh start lagi. InsyaAllah soon. 



Siti Nor Kamilah
Your Favourite Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Sunday 4 January 2015

Syokya Bekerja Dari Rumah - Part 2 : Jadi Sukarelawan

Selasa lepas, saya dan mak saudara (yang sama umur dengan saya) telah terlibat dengan aktiviti sukarelawan di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Kalau yang ada Facebook, mungkin familiar dengan nama Raja Shamri.

Kerana beliau antara yang sentiasa update info tentang banjir di Kelantan. Kalau nak harapkan berita dari suratkhabar atau tv, tak banyak perkara sebenar yang kita ketahui.

Kami rasa terpanggil untuk sama-sama menyumbang barang keperluan harian dan juga menyumbang tenaga. Nak terlibat sama-sama ke lokasi mereka yang terlibat dengan banjir agak sukar, kerana komitmen terhadap keluarga (tak boleh tinggal anak).

Jadi kami rasa, selain doa dan sumbangan dalam bentuk duit, inilah satu-satunya peluang untuk kami membantu mereka yang dalam kesusahan.

Apatah lagi, ia berlaku di negeri yang terletak bersebelahan dengan Besut. Masjid Ibrahimi juga hanya mengambil masa 20 minit perjalanan dari Jerteh.

Orang-orang jauh dari KL, Selangor dan negeri-negeri lain juga turut sama turun ke Kelantan, apatah lagi kami yang tinggal agak dekat.

Antara kerja yang kami lakukan : packing pampers, tuala wanita, kurma, biskut dan juga mengasingkan pakaian mengikut jantina dan peringkat umur.

Apa kaitannya aktiviti sukarelawan ini dengan syoknya bekerja dari rumah?

Dengan bekerja dari rumah, bila-bila masa sahaja saya boleh terlibat dengan aktiviti sukarelawan seumpama ini ataupun lain-lain aktiviti kemasyarakatan. Jika masih bekerja makan gaji, waktu saya terhad kepada hari cuti sahaja iaitu Jumaat dan Sabtu.

Jika hari bekerja, terpaksalah saya ambil cuti (itu pun kalau nak la). Tapi biasanya, agak sukar untuk mengambil cuti semata-mata untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegini. Nak ambil cuti sebab anak sakit pun susah, apatah lagi jika untuk tujuan ini.

Jadi, memang seronok bila kita dapat atur masa kita sendiri tanpa perlu tunggu approval daripada boss. Kerana kita sendiri adalah boss :)