Thursday 27 September 2018

Apa Itu Penyakit Tiroid Mata, Simptom-Simptom dan Rawatannya

Penyakit tiroid mata atau thyroid eye disease (TED) merupakan keadaan di mana berlakunya keradangan yang menyebabkan otot dan tisu lembut dalam soket mata menjadi bengkak. Keadaan ini menyebabkan bebola mata tertolak ke depan dan menyebabkan pelbagai simptom termasuk mata menonjol / tersembul(exophtalmos). 

Ia disebabkan oleh penyakit Graves iaitu salah satu jenis penyakit hipertiroid (pengeluaran hormon tiroid yang berlebihan). Namun penyakit tiroid mata ini juga boleh berlaku kepada pesakit hipotiroid. 



Simptom-simptom Penyakit Tiroid Mata 


Mata tertonjol/terbeliak (simptom yang paling ketara)
- Sakit bahagian belakang mata (terutamanya pada waktu pagi)
- Mata sembap
- Mata menjadi merah dan sakit bila kornea tak tertutup rapat
- Mata kering
- Penglihatan berganda (diplopia) bila otot terlalu bengkak
- Sukar menggerakkan mata
- Kelopak mata bengkak dan merah
- Sensitif kepada cahaya (photophobia)
- Kesukaran memakai contact lens
- Jika kronik, ia boleh menyebabkan penglihatan kabur dan warna yang dilihat tidak jelas

Rawatan Penyakit Tiroid Mata


1. Cool compress.
Memberi lembapan dan kelegaan

2. Sunglass.
Penyakit tiroid mata menyebabkan mata sensitif kepada cahaya. Sunglass dapat melindungi daripada cahaya matahari dan angin.

3. Eye drop.
Eye drop dapat mengurangkan kekeringan. Sapu gel sebelum tidur dapat mencegah kornea daripada kering kerana kelopak mata tak tertutup sepenuhnya. 

4. Tinggikan kepala.
Dengan meninggikan kepala ketika tidur dapat mengurangkan bengkak dan tekanan pada mata

5. Cermin mata dengan prisma.
Untuk masalah penglihatan berganda (double vision), pakai cermin mata dengan prisma. 

6. Pengambilan steroid.
Pengambilan steroid (hydrocortisone / predisone) dapat mengatasi masalah mata bengkak.

7. Pembedahan kelopak mata.
Pembedahan kelopak mata dapat mengurangkan iritasi

8. Pembedahan otot mata.
Apabila 1 atau lebih otot mata menjadi terlalu pendek, ia boleh menyebabkan double vision. Pembedahan otot mata dapat membetulkan double vision. 

9. Pengambilan suplemen seperti selenium

10. Kurangkan stress.
Apabila stress, hormon tertentu akan dihasilkan. Keadaan ini mempengaruhi paras hormon tiroid dan menyebabkan penyakit tiroid mata. 

Tiroid mata biasanya akan pulih dengan sendiri dalam tempoh masa tertentu dan biasanya tidak kronik setelah melepasi fasa aktifnya. 

Namun terdapat juga tiroid mata yang kronik yang menyebabkan bebola mata tertolak jauh ke depan.


Keadaan ini menyebabkan kelopak mata tidak tertutup rapat, bahagian kornea kering dan tidak dilindungi.

Selain itu, terdapat juga penyakit tiroid mata yang sangat kronik yang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada mata dan hilang penglihatan. 



No comments:

Post a Comment