Showing posts with label Tips Surirumah Awesome. Show all posts
Showing posts with label Tips Surirumah Awesome. Show all posts

Wednesday 13 January 2016

Rutin WAHM (Work At Home Mom)

Alhamdulillah seawal 9.30 pagi dah siap masak 1 lauk untuk tengah hari. 

Lauk sayur tengah hari ni pulak masak sebab tak cukup bahan.

Keluar beli nanti sambil ambil Khadijah dari tadika.

Antara kelebihan berada di rumah ialah dapat mengatur masa mengikut keselesaan dan keutamaan kita sendiri.

Dulu selalu masak bermula pukul 11 pagi atau 11.30 pagi.

Sekarang nak cuba masak awal pagi pula.

Lepas tu boleh fokus untuk kerja bisnes pula.

Apakah kesyukuran anda hari ini?



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Tuesday 12 January 2016

Tips Urus Pakaian Tanpa Perlu Melipat Pakaian Untuk Ibu Yang Sentiasa Sibuk

Sebelum ni saya dah share cara jaga kebersihan tandas supaya sentiasa bersih. Kali ni nak share pula cara urus pakaian tanpa perlu lipat pakaian pun. 

Tips ni sesuai untuk semua ibu yang sentiasa sibuk - ibu yang berkerjaya, ibu yang bekerja dari rumah, ibu yang jadi surirumah sepenuh masa, malah juga sesuai untuk yang bujang. 



Jika sebelum ni kita biasa luangkan masa 1, 2 hingga 3 jam sehari untuk mengurus pakaian daripada membasuh, menjemur hinggalah melipat, dengan cara ini mungkin kita hanya perlukan masa lebih kurang 30 minit sehari. Atau mungkin kurang daripada tu. Bayangkan banyak mana masa yang dapat dijimatkan. 

Bukan apa, bila kita dapat jimatkan masa dalam melakukan pekerjaan rutin kita, masa yang terluang dapat kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting (termasuklah luangkan masa untuk anak dan suami) atau mungkin juga dapat luangkan masa untuk hobi. Contohnya, macam saya, dapat gunakan masa yang terluang tu untuk update blog.  

Tips urus pakaian tanpa perlu melipat pakaian untuk ibu yang sentiasa sibuk :

1.Sediakan hanger dalam jumlah yang banyak - Hanger merupakan item penting yang diperlukan. Macam saya, guna hanger biasa untuk pakaian saya dan suami. Manakala untuk pakaian Khadijah, guna hanger yang kecil. 

2.Semua pakaian yang dijemur perlu digantung menggunakan hanger - Baju kurung, t-shirt, seluar panjang, tudung, semuanya saya gantung dengan hanger. Pakaian yang saya tak guna hanger hanyalah pakaian dalam, kain batik atau pelekat, cadar, selimut dan tuala. Yang ni kena lipat la. 

3.Sediakan almari yang banyak - Untuk memastikan semua pakaian dapat digantung, perlu sediakan almari yang agak banyak. Namun jika takde bajet untuk beli almari biasa, boleh je beli almari plastik ataupun penyangkut besi sahaja untuk menggantung pakaian. 

2
Penyangkut besi - boleh dibeli di IKEA (Kredit)
Almari plastik (kredit : Lazada)

4.Pakaian yang dah kering terus simpan dalam almari - Bila dah kering, pakaian dari ampaian terus sangkut dalam almari. Tak perlu sediakan banyak bakul pun kecuali untuk pakaian atau kain yang perlu dilipat. Dah pun siap. Even budak-budak pun boleh tolong. Pakaian Khadijah (umur 6 tahun) pun dia sendiri yang masukkan dalam almari. 

Senang je bila dah tahu teknik jimat masa ni. Lepas ni tak perlu lagi dah nak duduk menghadap kain yang bertimbun yang tak pernah siap-siap dilipat. 

Seronok rasanya bila tahu tips ni. Sebab kerja rumah yang paling saya tak suka ialah lipat kain. Ada yang sama macam saya tak? :)

Jika anda rasa tips ini berguna, boleh share kepada ibu-ibu di luar sana. Semoga bermanfaat.   


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387



Sunday 3 January 2016

Tips Supaya Tandas Sentiasa Bersih Berkilat Supaya Tak Segan Jika Tetamu Datang

Lain orang lain caranya dalam menjaga kebersihan rumah. Dan ia termasuklah menjaga kebersihan tandas atau bilik air. Dulu saya peruntukkan waktu khusus untuk cuci bilik air. 

Namun bukannya tiap-tiap minggu saya buat. Bila tandas betul-betul kotor barulah saya cuci. Dan ia biasanya hanya dilakukan pada hujung minggu. Teruk betul kan?



Namun bila sesekali tetamu datang (lebih-lebih lagi datang secara mengejut) dan menggunakan tandas yang kebetulan dalam keadaan kotor tersebut, ia tentunya agak memalukan. Bukan saya je, rasanya semua orang pun rasa macam tu jika tetamu datang tapi keadaan rumah kita agak bersepah atau kotor.  

Bila saya dapat tips supaya tandas sentiasa bersih berkilat ni, saya terus apply. Tips ni saya dapat dalam Seminar Supermommy. Tips yang beliau kongsikan sangat mudah, namun tak pernah terfikir untuk saya lakukan. Thanks Puan Husna :)

Apakah tipsnya? Senang je. Setiap kali kita mandi, ambil masa lebih kurang 5 minit je untuk cuci tandas. Sebagai contoh, hari ni kita tengok sink dah mula kotor, jadi cuci sink sambil kita mandi. 

Kemudian, bila kita mandi next time, cuci pula mangkuk tandas, atau cermin, atau lantai. Terpulang sama ada nak cuci 1 kali sehari sahaja atau cuci setiap kali kita mandi. 

Idea utamanya ialah, kita tak perlu peruntukkan waktu yang khusus untuk cuci keseluruhan tandas, atau tunggu dah kotor baru nak cuci. 

Kalau ada 2 tandas, boleh gilir-gilir. Contohnya, waktu pagi mandi di Tandas 1, waktu petang mandi di Tandas 2, sambil cuci-cuci tandas. Ataupun, hari ni mandi di Tandas 1, esok mandi di Tandas 2. 

Untuk memudahkan kerja mencuci, pastikan semua keperluan dan peralatan untuk mencuci seperti sabun dan berus disimpan dalam tandas tersebut. Tips ini juga boleh digunakan untuk bahagian rumah yang lain.  

Simple je kan tips ni? Tapi ia sangat praktikal, lebih-lebih lagi untuk mommy yang sibuk. Lepas ni, tak perlu risau lagi jika tetamu tiba-tiba datang. Sebab semuanya dalam keadaan spick and span. Suami pun mesti bertambah-tambah sayang :)



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387