Monday 12 December 2016

Pengalaman Deal Dengan Customer Buat Pertama Kali

Dah lupa siapa first customer sebab dah lama. Tapi yang paling Kak Kam ingat bila customer entah dari mana-mana contact. Misteri kan? Hehe.

Sebenarnya bukan misteri mana pun. Tak ingat lepas berapa lama buat dan update blog, Kak Kam mula dapat customer dari out of nowhere ni.

Happy bukan main. Gelabah pun ada especially bila ada nombor tak dikenali terpampang kat skrin telefon. Ni mesti bakal customer ni.

Maklumlah masa tu kita baru lagi. Ilmu pun cetek lagi. Nak consult customer pun tak pandai lagi. Banyak rujuk upline Kak Kam.

Lama-lama alhamdulillah lebih yakin nak consult customer. Bila customer nak set breastfeeding boleh jawab on the spot berbanding dulu. Study dulu, rujuk sheikh google dulu, rujuk upline dulu. Reply message customer pun lambat sebab belum dapat jawapan. Macam-macam. Haha.

Apapun semuanya bermula dengan langkah pertama. Mana ada orang yang baru start je dah dapat rank ketujuh dan tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Semua bermula dengan distributor Shaklee je.

The moral is, sila update blog. (Pesanan untuk diri sendiri)


No comments:

Post a Comment