Showing posts with label Testimoni Set Pantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Set Pantang Shaklee. Show all posts

Saturday 19 May 2018

Testimoni Set Pantang Shaklee dan Bayi Tak Cukup Bulan Serta Jaundis

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 28 : EREENA HAMZAH


SET BERPANTANG SHAKLEE BANTU IBU ANAK 5 TIDAK MUDAH LETIH DAN BERAT BAYI CEPAT NAIK
 
Salam dan hai semua..Nama saya Ereena Hamzah. Boleh panggil Aryn. Saya berasal dari Papar Sabah.

Saya adalah ibu kepada 5 orang anak kecil dan baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan anak ke 5.

Semasa mengandungkan anak ke 5, doktor sahkan bayi dalam kandungan saya kecil dan menyebabkan saya bertemu Pakar O & G setiap 2 minggu. Hal ini memang merisaukan. 

Apabila usia kandungan 37 minggu, pakar mencadangkan agar saya bersalin kerana risau berat bayi yang ringan berbanding adik beradiknya yang lain dan takut-takut ada komplikasi lain semasa kandungan yang tidak diketahui. Risau mendengar itu, saya bersetuju dan saya diinduce keesokan harinya.

Lahir dengan berat 2.07 kg, Eishal memang agak kecil berbanding bayi seusianya yang lahir cukup bulan.

Dan kerana berat badannya yang ringan, Eishal berdepan dengan masalah jaundice yang agak tinggi.

Tiap hari kami akan check bacaan jaundice dan berat badan. Badan saya memang letih apatah lagi perlu menjaga 4 orang anak yang lain lagi.

Sejak dari hari pertama Eishal lahir, saya memang amalkan set berpantang Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vita Lea, B complex, Vit C dan Ostematrix dan tidak pernah skip.

Set ini sangat membantu saya agar tidak mudah letih dan stress dalam keadaan berpantang dan susu meriah. Penting untuk pastikan susu saya banyak kerana perlu kerap susukan Eishal agar berat badannya naik serta bacaan jaundicenya cepat turun dan dalam masa yang sama saya susukan juga kakaknya.

Alhamdulillah, selepas sebulan lahir, berat badan Eishal meningkat ke 3.1kg dan jaundicenya juga turun. Kami tidak perlu check untuk jaundice lagi selepas itu.

Bagai tidak percaya juga berat Eishal yang naik dengan banyak bagi saya kerana Eishal bukan mudah bagi bayi kecil dan punya jaundice yang tinggi untuk naik sebanyak itu since Eishal kerap membuang.

Saya percaya perjalanan penyusuan Eishal ini banyak dibantu oleh set berpantang Shaklee ini. Saya sangat bersyukur dapat mengamalkannya seawal kelahiran Eishal. Alhamdulillah.




Beli secara online di e-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit). 

ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Wednesday 19 October 2016

Suplemen Untuk Ibu Berpantang

SEPTEMBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)

TESTIMONI 2: YONG HAFIEZA

[VIVIX SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG & KULIT CERAH BERSERI]



Saya ambil Vivix sebagai alternatif untuk mengelakkan dari pengambilan lain-lain vitamin sebab saya ni jenis payah nak konsisten kalau nak kena telan banyak-banyak terutamanya bila nak kena telan kapsul atau pun tablet..

Amazing experience bila saya ambil Vivix semasa dalam tempoh berpantangkan baby ketiga saya Qaisarah..

Saya tak ambil apa-apa ubat untuk sembuhkan luka dari klinik ataupun ubat kecutkan rahim dari mana2 klinik swasta..

Alhamdulilah luka bersalin sembuh dalam masa kurang 14 hari.. Anak-anak saya dari sulung sampai la si baby ni semua kena kuning.. Saya hanya upkan dose pengambilan Vivix dari 1 sudu ke 2 sudu daily..

Alhamdulilah bacaan kuning baby back to normal dalam masa 1 mggu.. Syukur sangat-sangat sebab tak payah ulang alik ke hospital... Fobia dgn kakak dan abg dia memang kena refer to hospital sebab bacaan kuning memang tinggi..

Yang paling terasa seronok sgt bila dalam pantang kawan-kawan yang datang ziarah mesti tegur kulit saya.. Berbeza sangat-sangat.. Dulu kulit saya kusam.. Tapi sekarang memang agak cerah dan kesan parut-parut lama dah makin hilang...

Masuk kerja selepas pantang ramai yang tanya saya makan apa sebab kulit muka nampak berseri dan cerah...

Suami sendri pun perasan..saya ingat dia saja-saja.. Tapi bila dah kawan-kawan sendri pun cakap benda yang sama..so saya pun perasan memang kulit saya dah tak kusam mcm dulu lagi...

Vivix memang terbaik..

Harga sebotol Vivix RM 475 termasuk pos. SMS/Whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk pertanyaan dan order Vivix.


Saturday 18 June 2016

Atasi Kuning atau Jaundis Pada Bayi Dengan Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum. Saya Yaya. Ibu kepada seorang anak. Saya nak buat testi sendiri pasal Esp & Set Pantang Shaklee. Macam mana saya boleh jatuh cinta & percaya dengan produk Shaklee ni.


Masa tahun 2013 saya baru tahu pasal kewujudan Shaklee ni. So, saya pun Tanya dengan Kak Aziyana masa tu pasal esp. Tujuan saya semata-mata nakkan tenaga masa mengandung dan masa bulan puasa. Saya bli esp sahaja masa tu. 


Sepanjang saya minum, saya rasa perubahan pada diri saya. Dahla boleh buat resipi sendiri. macam-macam saya try buat, semua sedap. Tak rasa lapar sangat. mampu untuk buat kerja lagi. Tapi masa tu sempat sekejap je dalam bulan puasa sebab nak habis da. (Sebab masa tu tak terfikir nak tambah lagi).


Lepas bersalin, saya beli full set berpantang Shaklee. Tapi masa tu barang dapat lambat. dah seminggu lebih bersalin baru dapat set Shaklee. 100% makan Shaklee sahaja. tak mkn Jamu pon sebab masa tu baby saya kena kuning. Nak cite pasal kuning baby ni, anak saya masa hari ke-3 camtu kena kuning. 


Saya tak boleh makan Jamu, sebab panas. Mak saya suruh minum air susu kambing yang piau tu ok. fuh! Kembang jugak la nak menelannya. saya kena minum air pegaga. macam-macam la kena makan. tapi kuning baby tetap tak turun. Bila Shaklee sampi je terus saya tak minum semua tu sebab loya tekak nak telan dah.


Saya makan je Shaklee, next appointment MasyaAllah. terkejut saya terus turun mendadak. doc kata tak payah amik darah da. Doc Tanya saya makan ape, saya cakap mkn Shaklee. die kata oooo. good2! Teruskan makan! Syukur Alhamdullilah. kalau tak sedih saya tengok tangan baby yang kecik tu kena amik darah. Dah la payah nak Cari urat. Hmm. Lepas tu, part saya pulak Alhamdulillah nak membuang tersangat la mudah. Lega je.


Hihi. rahim cepat kecut, luka Alhamdulillah cepat baik. Dan yang ketaranya kulit saya masa mengandung jadi hitam disesetengah tempat terus hilang. jadi sekata dah. sampai adik Ipar dok tanya2 makan ape. hihi. Kuku jadi kilat dan pink2 gitu. rambut kurang guguar, badan rasa bertenaga, tak lesu la. Susu badan Alhamdulillah melimpah ruah. Kadang tu asyik kena tukar baju je. Ermm. 


Dan yang paling2 saya suka Berat badan saya turun. Padahal saya makan jugak nasi. mungkin sebab pembuangan toksin yang lancar. So, berat badan saya maintain. Bila 1st time check Kat klinik, nurse tu sampai suruh saya timbang lagi sekali die nak tengok. sebab turun banyak. Sampai die kata, kalau camni die pon nak mengandung lagi. takyah risau Katanya. hihi.


Bila da Ada pengalaman sendiri macam ni kan, kita tak takut nak share dengan org lain. dalaman yang paling penting untuk kita jaga. Alhamdulillah sekarang da 34 minggu. da siap da beli set Shaklee awal2. ESP beli lebih untuk minum waktu pregnant ni. HB ok. normal.11 ke atas. semua ok.


Alhamdulillah..


YAYA ABD ARIS































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Friday 10 June 2016

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum.

Saya ingin kongsikan kisah Shaklee saya dengan anda semua. Dalam banyak-banyak Shaklee Effect,yang saya suka ialah Set Berpantang. Alhamdulillah, pada 11 September 2015 saya selamat melahirkan anak kedua dan bermulalah kisah berpantang 44 hari saya bersama Set Berpantang Shaklee.


Selepas keluar daripada labour room, saya terus ambil Set Berpantang Shaklee iaitu, Vita Lea, B complex, Zinc Complex & Sustained Release Vitamin C. Memang set berpantang saya bawak siap-siap ke pusat bersalin. Saya rasa lebih bertenaga selepas ambil 4 jenis vitamin tersebut. Maklumlah, proses meneran telah membuatkan saya lemah walaupun kontraksi sekejap sahaja. 


Banyak kelebihan dan kesannya saya menggunakan set berpantang Shaklee ini. Berbeza dengan berpantang anak pertama. Masa berpantang anak pertama, saya makan set Shaklee dengan set berpantang klinik. Jadi, tidak tahu yang mana berkesan. Berpantang kali ini, saya memang bertekad untuk konsisten makan vitamin-vitamin berpantang


Dari segi luka jahitan, hari keempat berpantang, benang jahitan luka perenium sudah tertanggal. Luka cepat bercantum dan semakin pulih. Hari ke 14 berpantang, kesemua benang sudah tertanggal. Saya tidak risau lagi. Satu lagi, saya pernah mengalami masalah bengkak susu semasa berpantang, Alhamdulillah setelah makan 4 biji Lecithin, rasa sakit akibat bengkak mulai hilang. 


Saya juga lebih bertenaga dan kurang stress untuk menguruskan 2 orang anak dalam satu masa. Pengeluaran susu juga terbaik dan saya boleh buat stok susu untuk digunakan pada masa akan datang. Masalah sembelit juga tiada dengan adanya Ostematrix Shaklee. Berbanding anak pertama, sembelit berterusan sehingga bayi berusia 4 bulan. Peranakan cepat mengecut dan bidan juga mengakuinya. 


Hari ke 15, saya ambil Alfalfa Complex & GLA Complex untuk menstabilkan hormon dan juga untuk kesihatan dalaman saya. Penghasilan susu ibu juga meningkat selepas makan Alfalfa Complex & lebih pekat bila ambil ESP. Sekarang saya gigih kumpulkan stok ebm untuk bayi saya. 


Dengan adanya set berpantang Shaklee, saya lebih bertenaga & lebih ceria menjalani proses berpantang saya sehingga hari ke 44. Set Berpantang Shaklee TERBAIK !!!. Jika orang Tanya pendapat saya tentang set berpantang pilihan, pastinya saya akan cakap SET BERPANTANG SHAKLEE.

 
Wan Zainab Bt Wan Muhammad
(Che Wan Suplemen)


 

Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Thursday 11 February 2016

Bahaya HB Low Semasa Mengandung dan Cara Atasinya

HB low merupakan antara masalah yang paling kerap 
dialami oleh ibu hamil.

Jangan pandang ringan masalah ini kerana ia boleh
 menyebabkan : 

- ibu sentiasa letih dan selalu pitam

- bayi tidak cukup berat badan

- kelahiran bayi pramatang (tak cukup bulan)

- tumpah darah semasa bersalin

- pertumbuhan janin terbantut

dan banyak lagi kesan negatif.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Ikuti pengalaman ibu ini menyelesaikan masalah hb rendah beliau.





Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan. 

Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’. Bila ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari apa-apa supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2. Depan mata dah ada pun. Saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau. 

Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengahnya saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrix. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi apa rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy saya mengalami sakit-sakit badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang-kadang tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrix secara konsisten hilang segala sakit-sakit badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa! 

Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boleh tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luka/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupakan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2...

Masa usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran-jiran yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentua saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….

Ostematrix juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrix sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya...

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok-tompok dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata.

Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok-tompok/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu-malu nak keluar. Hihiii.

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin. 

Alhamdulillah… Sekian terima kasih Shaklee…


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Wednesday 5 August 2015

Kehamilan Yang Sihat Pada Usia 40-an

Dalam Health and Wellness Talk di Cawangan Shaklee Kota Bharu tempoh hari, saya sangat tertarik mendengar perkongsian Master Sharifah Hanipah yang telah pun mengamalkan suplemen Shaklee selama 19 tahun.

Bermula ketika anak beliau yang ke 4 baru berusia 4 bulan. Kemudian, ketika mengandungkan anak ke 5 dalam usia 40-an, beliau mula mengambil suplemen Shaklee sepenuhnya (set hamil).

Semasa hamil 5 bulan beliau kerap travel oversea untuk free trip Shaklee. Walaupun perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa yang lama, Alhamdulillah beliau langsung tak mengalami cramp atau sakit pinggang seperti yang biasa dialami jika travel.

Selain itu, beliau juga tidak mengalami masalah-masalah lain yang biasa berlaku kepada ibu hamil seperti bengkak kaki.

Malah beliau rasa lebih sihat dan lebih aktif untuk kehamilan di usia 40-an ini berbanding kehamilan sebelumnya di usia 20-an dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Semasa berpantang, beliau langsung tidak mengambil jamu, makjun, akar kayu dan lain-lain. Cukup dengan pengambilan alfalfa sahaja.

Cuma pengambilan alfalfa semasa pantang hendaklah ditingkatkan berbanding pengambilan biasa iaitu dari 10 biji sehari kepada 20 hingga 30 biji sehari.

Dan Alhamdulillah juga beliau rasakan berpantang dengan Shaklee sangat best berbanding sebelumnya berpantang dengan mengambil akar kayu dan sebagainya.

Jika anda sedang hamil dan ingin rasai sendiri perbezaan dengan suplemen Shaklee, boleh ambil Healthy Pre Natal Set.




Dan jika sedang mengandung dan ingin berpantang dengan Shaklee, anda boleh ambil Healthy Postnatal Set.


 






Istimewanya, dengan pembelian salah satu set ini, anda mendapat penjimatan sehingga 5%.


Selain itu, anda layak mendapat sebotol Vitalea yang berharga RM 88.75 secara PERCUMA.

Tetapi tawaran ini terhad sehingga Oktober 2015 sahaja.

Jika berminat dengan tawaran ini, boleh hubungi saya melalui sms atau whatsapp 013-924 3387 (Siti Nor Kamilah).


Thursday 30 January 2014

Luka Jahitan Bersalin Terbuka? Cegah Sebelum Terlambat

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak merupakan saat yang paling dinantikan oleh seorang ibu. Memang teruja untuk menyambut kedatangan cahaya mata, lebih-lebih lagi mereka yang hamil buat pertama kali. 

Namun di sebalik keterujaan tersebut, ramai yang berasa takut untuk melahirkan, setelah mendengar pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Contohnya proses bersalin yang menyakitkan, layanan daripada pihak hospital yang kurang memuaskan dan macam-macam lagi. 

Macam tulah juga perasaan saya semasa mengandungkan anak yang pertama. Bercampur baur. Excited! Dan dalam masa yang sama, takut! Macam-macam cerita didengar daripada rakan sekerja yang rata-ratanya boleh dipanggil 'makcik'. 

Yang tak bestnya, banyak yang negatif daripada yang positif. Sedikit sebanyak rasa takut itu menguasai diri saya, melebihi rasa 'excited' (ni yang tak best ni). Rasa macam tak nak bersalin pun ada (boleh gitu?).

Dalam masa yang sama saya banyak layari blog tentang kehamilan dan saya dapati ia sangat membantu 'first-time mother' seperti saya. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit saya dapat atasi ketakutan saya tersebut. 

Saya juga ada mengaplikasikan kaedah Law of Attraction untuk proses bersalin tersebut (tak dapat nak kongsikan gambar buku tersebut. Kalau jumpa nanti saya tampal di sini). Walaupun tak semuanya sama seperti yang saya gambarkan, ia membantu saya melalui proses bersalin dengan lebih baik.

Oh panjang pulak 'intro'nya. Sebenarnya topik perbincangan kita pada hari ini ialah tentang luka jahitan bersalin terbuka. Luka jahitan bersalin di sini dimaksudkan dengan kelahiran secara normal iaitu luka episiotomi. Pernah alami tak perkara macam ni (luka jahitan terbuka)? 

Bagi mereka yang pernah mengalaminya pasti tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Ngeri. Fobia. Serik. Semua ada. Bagi yang mengalami luka jahitan bersalin terbuka tapi tidak perlu dijahit semula, memang tiada masalah. Tapi bagi mereka yang terpaksa dijahit luka buat kali kedua, ramai yang mengatakan rasanya seperti bersalin dua kali. Mana tak ngeri.


Sebenarnya, luka jahitan bersalin terbuka merupakan perkara yang biasa berlaku. Mari kita lihat faktor-faktornya : 

Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul. - Majalah Pa & Ma, Oktober 2012

Tujuan saya berkongsi tentang masalah ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan pembaca semua. Saya cuma ingin berkongsi masalah yang mungkin berlaku selepas bersalin. Macam-macam versi saya dengar. Ada yang mengatakan jika prosedur menjahit jahitan yang terbuka tersebut dilakukan di hospital kerajaan, ia dilakukan tanpa bius. 

Yang kena bius  pun dah rasa sakit yang amat, kalau tak bius, tak dapat saya gambarkan keadaannya. Sebab itulah saya ingin berkongsi testimoni pengguna ini yang mengalami luka bersalin yang lambat sembuh sehingga menyebabkan ianya berkemungkinan perlu dijahit semula. 



Dengan pengambilan set bersalin Shaklee yang mengandungi Vitamin C dan Zink, insya Allah ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sekaligus mengelak daripada risiko jahitan terbuka. Namun begitu, saya tidaklah memberi jaminan 100 % masalah jahitan terbuka tidak akan berlaku jika mengambil set bersalin Shaklee. Apa yang boleh kita lakukan cuma sebagai precautions atau langkah berjaga-jaga. 





Jom lihat testimoni dari pengguna yang sangat berpuas hati dengan Set Pantang Shaklee :




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Selamat melalui tempoh kehamilan yang menyenangkan buat semua bakal ibu di luar sana. Saya doakan semuanya baik-baik aje. 




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.