Thursday 15 December 2016

4 Sebab Jatuh Cinta Dengan Produk Shaklee

Kenapa Kak Kam sayang sangat dengan Shaklee? Ini merupakan 4 sebab utama :

1. Produk Yang Halal, Selamat dan Berkualiti, MLM Patuh Syariah.

Kak Kam bermula dengan Shaklee kerana produk. Bukan decide nak buat bisnes semata-mata tanpa guna produk terlebih dahulu. Dah jatuh cinta dengan produk baru la decide nak bisnes.

Tapi sebelum tu dah kaji betul-betul sama ada produk ni halal atau tak dan sebagainya. Kalau tak, Kak Kam sendiri tak berani nak guna jika was-was tentang kehalalannya. Apatah lagi nak jual. Tak lupa juga kaji jika MLM yang satu ni patuh syariah atau tak. Alhamdulillah semua checked.

Bila dah lama dalam Shaklee dan study baru tau yang setiap kandungan yang ada dalam botol Shaklee adalah benar-benar selamat dan menjalani beratus-ratus ujikaji sebelum dipasarkan.

Orang nak ciplak, buat produk Shaklee tiruan pun tak mampu tau.

2. Bisnes Paling Sesuai Untuk Wanita

Majoriti yang buat bisnes ni ialah para isteri dan juga ibu. Tak kira la mak anak satu, lima atau sepuluh sekalipun semua boleh buat ni. Tak macam MLM dolu dolu yang sinonim dengan meeting larut malam, bisnes ni tak perlu keluar rumah pun.

Sebab ia adalah bisnes online yang boleh dijalankan dari mana sahaja asalkan ada internet.

Kalau ada kelas, talk atau event sekali pun, mak-mak tak perlu pening kepala risau nak tinggal anak kat mana sebab takde masalah nak bawa anak. Suami pun boleh join sekali. Sebab Shaklee ialah bisnes keluarga.

3. Bantu Selesaikan Masalah Orang Lain

Dengan buat bisnes ni Kak Kam dapat bantu orang lain. Paling suka bila customer yang consume GLA untuk masalah haid tak teratur tapi dapat side effect - mengandung pula. Bukan sorang tau. Ramai. Apa pun semua dengan izin Allah juga.

4. Life Changing

Yang ni juga antara sebab utama jatuh cinta dengan Shaklee. Ada je mentor yang mengingatkan, mengajar, memberi inspirasi kepada kita untuk jadi lebih baik dari segala aspek kehidupan.

Ia bolehlah diibaratkan sebagai university of life. Segala pesanan, motivasi dalam group banyak membantu diri menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup.

Bisnes ni bukan bisnes semata-mata. Ia adalah lifestyle. Sekali berShaklee, selama-lamanya berShaklee.

Tak dapat nak describe betapa bestnya. Join dulu. Baru tau.

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


No comments:

Post a Comment