Showing posts with label Tips Jimat Masa. Show all posts
Showing posts with label Tips Jimat Masa. Show all posts

Tuesday 12 January 2016

Tips Urus Pakaian Tanpa Perlu Melipat Pakaian Untuk Ibu Yang Sentiasa Sibuk

Sebelum ni saya dah share cara jaga kebersihan tandas supaya sentiasa bersih. Kali ni nak share pula cara urus pakaian tanpa perlu lipat pakaian pun. 

Tips ni sesuai untuk semua ibu yang sentiasa sibuk - ibu yang berkerjaya, ibu yang bekerja dari rumah, ibu yang jadi surirumah sepenuh masa, malah juga sesuai untuk yang bujang. 



Jika sebelum ni kita biasa luangkan masa 1, 2 hingga 3 jam sehari untuk mengurus pakaian daripada membasuh, menjemur hinggalah melipat, dengan cara ini mungkin kita hanya perlukan masa lebih kurang 30 minit sehari. Atau mungkin kurang daripada tu. Bayangkan banyak mana masa yang dapat dijimatkan. 

Bukan apa, bila kita dapat jimatkan masa dalam melakukan pekerjaan rutin kita, masa yang terluang dapat kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting (termasuklah luangkan masa untuk anak dan suami) atau mungkin juga dapat luangkan masa untuk hobi. Contohnya, macam saya, dapat gunakan masa yang terluang tu untuk update blog.  

Tips urus pakaian tanpa perlu melipat pakaian untuk ibu yang sentiasa sibuk :

1.Sediakan hanger dalam jumlah yang banyak - Hanger merupakan item penting yang diperlukan. Macam saya, guna hanger biasa untuk pakaian saya dan suami. Manakala untuk pakaian Khadijah, guna hanger yang kecil. 

2.Semua pakaian yang dijemur perlu digantung menggunakan hanger - Baju kurung, t-shirt, seluar panjang, tudung, semuanya saya gantung dengan hanger. Pakaian yang saya tak guna hanger hanyalah pakaian dalam, kain batik atau pelekat, cadar, selimut dan tuala. Yang ni kena lipat la. 

3.Sediakan almari yang banyak - Untuk memastikan semua pakaian dapat digantung, perlu sediakan almari yang agak banyak. Namun jika takde bajet untuk beli almari biasa, boleh je beli almari plastik ataupun penyangkut besi sahaja untuk menggantung pakaian. 

2
Penyangkut besi - boleh dibeli di IKEA (Kredit)
Almari plastik (kredit : Lazada)

4.Pakaian yang dah kering terus simpan dalam almari - Bila dah kering, pakaian dari ampaian terus sangkut dalam almari. Tak perlu sediakan banyak bakul pun kecuali untuk pakaian atau kain yang perlu dilipat. Dah pun siap. Even budak-budak pun boleh tolong. Pakaian Khadijah (umur 6 tahun) pun dia sendiri yang masukkan dalam almari. 

Senang je bila dah tahu teknik jimat masa ni. Lepas ni tak perlu lagi dah nak duduk menghadap kain yang bertimbun yang tak pernah siap-siap dilipat. 

Seronok rasanya bila tahu tips ni. Sebab kerja rumah yang paling saya tak suka ialah lipat kain. Ada yang sama macam saya tak? :)

Jika anda rasa tips ini berguna, boleh share kepada ibu-ibu di luar sana. Semoga bermanfaat.   


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387