Sunday, 11 December 2016

Matlamat 2017

Pertama.
Alhamdulillah saya dah capai impian untuk mendapat income at least 5 angka sebulan dengan mudah dan gembiranya. Dan tentunya income daripada bisnes Shaklee.

Kedua.
Alhamdulillah saya dah berjaya kumpul point untuk dapat 2 tiket Umrah secara percuma dengan Shaklee. Sebelum melancong ke negara lain, biarlah saya jejakkan kaki ke sini dulu.

Ketiga.
Alhamdulillah saya dah berjaya naik rank Key Coordinator. Yang ni nak tulis pun seram sejuk. Tapi cabar diri sendiri.

Keempat.
Alhamdulillah segala amanah (kata lain bagi hutang) saya telah diselesaikan dengan mudah dan gembiranya. Dah capai financial freedom. Jadi tak nak buat amanah baru lagi. Misi untuk menggemukkan akaun simpanan pula.

Kelima.
Alhamdulillah organisasi saya telah berkembang di mana saya telah berjaya bantu sekurang-kurangnya 200 orang menjana pendapatan sekurang-kurangnya 3 angka sebulan dengan Shaklee.

Keenam.
Alhamdulillah saya dah pindah rumah tepi branch Shaklee.

Ini status fb Kak Kam setahun daripada sekarang. 11.12.2017. InsyaAllah. Amin. Kecuali no. 6 tu tipu. Maybe pindah dekat dengan Shaklee. Rumah sebelah Shaklee non hado.

Banyak benar impian Kak Kam. Yes memang tamak impian. Semoga tamak untuk take action juga.

Nak tulis pun segan sebenarnya. Tapi apa salahnya berkongsi impian dengan orang lain. Mana tahu dalam ramai-ramai ni ada yang doakan kita. Kalau kita doakan orang malaikat akan doakan yang sama untuk kita. Betul tak?

Lagi satu, kalau impian pun kita tak dapat bayangkan, apatah lagi nak mencapainya. Saya tak tahu macam mana nak capai semua tu tapi yang penting saya nak jugak.

Boleh kongsikan impian anda juga untuk 2017? Salah satu cara untuk mencapai impian dengan cepat ialah ceritakan kepada orang lain. Jangan percaya, buat je.

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#mmeshaklee


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...