Showing posts with label Jadual pengambilan vitamin. Show all posts
Showing posts with label Jadual pengambilan vitamin. Show all posts

Friday 29 November 2013

Kenapa Makan Suplemen Tapi Tak Berkesan

Cerita pasal cantik, kurus, slim.. Semua orang nak cantik, kurus, slim..
Kalau orang lain cantik, langsing tapi kita tak cantik, tak slim mesti ada rasa dengki lepas tu mula nak merendah-rendahkan orang yang cantik tu.. :)
Cantik tapi kulit bermasalah pun membuatkan seseorang tu jadi tak cantik..
Mungkin cantik dari jauh tapi bila datang dekat macam bulan..

"Kenapa saya makan supplemen tapi tak berkesan?"

Ini soalan yang biasa didengar bagi mereka yang amalkan pengambilan supplemen.
Tak kisahlah supplemen apa-apa pun.
Sekarang ni kan dah macam-macam jenis supplemen keluar..
Dengan kolagen lah, vitamin itu ini segala mak nenek kan?

haaa...
mai sini nak tanya......
  • Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita minum dalam sehari?
  • Konsisten tak kita makan supplemen tu setiap hari?
  • Cara pengambilan kita macam mana? Selepas sarapan? Tengahari? Sebelum tidur? Lepas makan?
  • Apa yang kita makan dan minum sepanjang pengambilan supplemen tu? Makanan ringan? Maggie? Ohhh..sedap..
  
Elakkan makan supplemen serentak dengan ubat sebab supplemen yang kita makan tu tak dapat diserap dengan baik oleh badan kita.
So tak gunalah kan?
Penyelesaiannya ?
Buat jadual.
Sebab tu kalau nak makan dan amalkan vitamin atau supplemen ni kita kena disiplin. 
Kalau rasa-rasa susah nak disiplin tu better jangan ambil je yer.

Tapi nak cantik dan sihat kan? So fikir sendiri :)

Suka minuman yang berkafein ?
Kafein ni boleh memusnahkan vitamin yang  sedia ada dalam badan kita.
Kalau tak dapat nak berhenti, boleh kurangkan pengambilan tu daripada biasa yer.

Sebenarnya perkara paling penting bila makan supplemen (makanan tambahan) ni ialah disiplin diri dan kesabaran. Sebab benda ni bukan ubat. Ia berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. Jadi yang penting makan je dengan konsisten. 

Kesan supplemen memang berbeza pada setiap individu.
Ada yang baru makan 2 atau 3 hari dah nampak kesan dia.
Ada yang memakan masa berminggu dan tak hairan ada yang  sampai berbulan-bulan.
Lagi bermasalah kulit kita lagi lama tempoh dia nak pulih.
Tapi kebanyakkan orang masa ni terus stop mengamalkan supplemen sebab mungkin rasa rugi je kan? 

Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini! ^^,


1. Kurang minum air putih

Ini adalah perkara yang paling penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Meminum air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada badan dengan lebih cepat. Beli supplemen mahal-mahal tapi malas minum air putih. Makan supplemen dah ikut dos tapi tak sampai seminggu mula complain naik jerawatlah, ruamlah, itulah inilah.. Bila ditanya minum air putih banyak tak? Berapa liter sehari? Jawapannya.......1 liter. (saya pulak, minimum 3 liter sehari?)

Okay, sebenarnya jumlah tu masih tak cukup untuk membantu badan kita menyingkirkan toksin. Sekurang-kurangnya cuba amalkan minum air putih 3 liter sehari. Nanti kan ada pulak yang cakap, "Ala, minum air banyak-banyak tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja pun tak senang.."

Hai, itu perkara biasa la sayang. Makin kerap anda buang air kecil, makin banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Maka, makin lama makin sihat & makin cantiklah badan & kulit anda. Jangan cuma rajin  ambil supplemen, tapi hal-hal yang penting ni tak jaga. Jadi banyakkan minum air putih okay?
  

2. Tidak mengikut dos yang ditetapkan

Sesetengah daripada kita mampu untuk mengambil supplemen dalam dos yang tinggi. Tapi ada sesetengahnya pula tidak mampu. Inilah antara penyebab ruam, jerawat dan sebagainya. Disarankan untuk permulaan, cuba ambil dalam sukatan yang sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dos. Jika tiba-tiba anda mengalami ruam atau simptom-simptom seumpamanya, sila kurangkan dos pengambilan suplemen anda. Itu menunjukkan bahawa badan anda tidak mampu menerima dos yang tinggi. Banyakkan minum air putih berbanding air manis.


3. Tidak istiqamah

Ini pun biasa berlaku. Orang kata hangat-hangat najis ayam. Haha! Hari pertama semangat makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada lopong-lopong. Terlupa ambil time pagi lah. Terlupa ambil time malam lah. Lepas tu tak sempat nak ambil lah. Macam-macam alasan kan? Itu biasa.. Hiks! 

Tipsnya mudah saja! Cuba guna sticky note yang colour-colour tu then tulis kat situ 'Sila ambil suplemen sebelum memulakan hari anda atau sebelum tidur!' Lepas tu tampal kat mana-mana yang anda mudah nampak. Kat pintu bilik air ke, kat fridge ke, atau pun pada cermin solek! Belajar disiplinkan diri. Suplemen bukan untuk anda kelihatan cantik semata-mata, tapi penting untuk kesihatan tubuh anda. 


4. Pengambilan kafein atau minuman berkarbonat

Kepada peminat-peminat minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh dan juga minuman-minuman berkarbonat tu, ini ada pesanan khas untuk anda! Kalau rasa tak sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda tu, jadi silalah jangan makan suplemen sebab nanti membazir jer. 

Kalau anda beriya amal makan macam-macam jenis supplemen sekali pun, tapi minum pulak kafein jawabnya memang tak ke mana lah khasiat supplemen tu sebab dah diserap oleh kafein. 

Sebab tu lah tak nampak kesan. Lepas tu ambil supplemen kata tu tak baguslah, tak ori lah, orang yang jual tu penipulah. Macam-macam statement negatif yang keluar kan? Ish ish, jangan buat perangai cenggini ye sayang-sayangku. Huduh sangat rupanya.

Nak cantik, nak sihat, tapi tak sanggup nak hidup cara sihat. Cam mane tu? 
Jadi, cuba-cubalah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tinggal terus lagi bagus! Sebab badan manusia ni lain-lain. Macam yang eja bagitau awal-awal tadi. Ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Bagilah masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang terbaik dalam masa yang singkat. Yang penting disiplinkan diri & istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan. 



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Saturday 13 July 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee Pada Bulan Puasa

Eksklusif untuk anda. Jadual pengambilan vitamin pada bulan puasa. Jika membuat pembelian dengan saya dan masih ragu-ragu dengan jadual pengambilan vitamin semasa puasa, boleh hubungi saya dengan segera.





Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah