Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Thursday 23 June 2016

Tempat Percutian Idaman Saya

Bila bercakap tentang wishlist travel ni, memang excited sangat.

Tak pernah jejakkan kaki ke luar negara pun lagi. Sabah Sarawak pun belum. 


Tempat pertama yang ingin saya pergi tentunya Mekah untuk menunaikan umrah. Target 2017. InsyaAllah.


Kemudian tempat pertama yang saya nak pergi selain Mekah ialah Jepun. 


Orang Jepun terkenal dengan ketepatan masa mereka. Jadi saya ingin sangat belajar tentang negara mereka. Sebab tu nak pergi sangat ke sana. 


Bila dapat tengok dokumentari atau tv show pasal negara Jepun memang saya tak lepaskan peluang. 


Antaranya Rasa Halal di Jepun, Jejak Jepun Zizan, Jejak Jepun Jihan dan banyak lagi.


Sambil berangan suatu hari nanti saya pun pasti sampai ke sini. 


Dan juga cakap dengan Khadijah "Nanti kita gi sini ye". 


Antara tempat yang ingin saya kunjungi di Jepun 


- Bamboo Forest

- Hitachi Seaside Park
- Hokkaido

Suka bunga jadi taman bunga memang jadi tumpuan saya.


Tak lupa juga nak tengok salji di Jepun.


Last but not least tentunya nak lihat pemandangan sakura yang indah tu. 


Tentang berapa bajet nak pergi ke sana saya kurang pasti lagi.


Yang pasti saya nak pergi bersama keluarga selama seminggu. 


Aku tak tahu bagaimana aku tahu, aku tak tahu bagaimana aku buat yang pasti aku buat dan dengan izin Allah aku berjaya menjejakkan kaki ke Jepun pada tahun 2018. 


Let's dream and work for it. What's your's?




Hitachi Seaside Park

Hitachi Seaside Park


Hitachi Seaside Park



Sakura 


Bamboo Forest




Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

 Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387

Wednesday 1 April 2015

SOHO Impian Saya

Alhamdulillah sekarang saya dah ada SOHO sendiri walaupun menumpang kat bilik anak dara. Nak buat macam mana. Rumah ada 3 bilik je.

Master bedroom, bilik tetamu merangkap stor dan bilik anak dara. Sebelum ni saya letak SOHO berdekatan dengan ruang makan namun tak sesuai.

Sebab keadaan yang agak gelap pada siang hari. Takde tingkap. Takkan nak buka lampu sepanjang masa kan. Jadi saya tumpang la SOHO saya kat bilik anak dara. Dekat dengan tingkap.

Nak letak kat bilik tetamu tak boleh. Sebab banyak sangat harta benda. Kalau ikutkan nak buang je semua. Tapi sayang la pulak.

Ada ke yang ada tabiat macam saya ni? Mesti ada kan? Hehe. Dah buat 5s tapi barang tetap banyak. Tak reti nak susun macam mana. 

Azam saya tahun ni, nak rumah sentiasa bersih dan kemas. Sepanjang 6 tahun kahwin ni, tak berjaya lagi nak jadikan rumah spick and span (malu nak cakap sebenarnya).

Ingatkan dah jadi Wahm kemas la rumah. Tapi nampaknya masih 'fail' jugak. Saya memang respect habis la kat para ibu yang bekerja tapi rumah sentiasa kemas macam ada orang gaji.

Nak jugak macam tu tapi belum berjaya nampaknya setakat ni. Sampai satu tahap saya fikir selagi saya tengah sibuk dengan bisnes ni mustahil kut saya akan ada rumah yang sentiasa kemas.

Tapi pemikiran saya tu berubah 360° lepas pergi Seminar Supermommy. Rupanya ada caranya. Itulah bezanya bila mempunyai ilmu. Dan saya bersyukur sangat dapat join seminar tersebut.

Ok sebenarnya nak letak gambar contoh SOHO yang menjadi impian saya. Saya nak satu bilik khas atau satu ruang khas untuk SOHO bila dah ada rumah sendiri yang saya buat secara tunai nanti. Bermimpi itu percuma :)

Dan berdekatan dengan tingkap. Saya suka bekerja dengan melihat pemandangan luar :) Tak suka ruangan yang tertutup. Lagi, ada ruang untuk saya tampal Vision Board atau apa-apa yang boleh memotivasikan saya. 

Ada rak buku yang banyak. Ada rak untuk saya letak stok vitamin saya. Ada sofa - tempat 'landing' bila penat. Kalau cakap mengenai impian memang tak habis kan?

So, enjoy this pictures :)

























Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Friday 5 September 2014

Berkenalan dengan Pinterest

Entah macam mana tiba-tiba boleh terdaftar Pinterest. Klik situ klik sini. Last-last daftar. Sebelum ni tak minat pun nak ambil tahu. Sebab tak tahu apa fungsi dia. Dan tak reti nak guna. Tapi bila dah daftar, rasa macam best pulak. Boleh save gambar atau link yang kita suka dan boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Sebelum ni, save dalam komputer, pendrive atau dropbox. Tapi takleh la nak save sekali ngan link tu. Kena copy + paste dalam Word dulu la biasanya. 


Flower - my favourite ever


Jadi sekarang, saya rasa saya dah jumpa penyelesaian kepada masalah saya. Teruja jugak, lebih-lebih lagi bila ada secret board. Bolehla saya save gambar wishlist saya, rumah impian saya, kereta impian saya, travel destinantion impian saya, macam-macam lagi lah kan. Bukan apa, kadang-kadang malu nak share impian kita dengan orang. 


Secret board

Tapi kat atas tu saya share jugak wishlist dalam secret board saya supaya anda boleh doakan saya. Salah satu cara nak capai impian ialah beritahu orang lain. Jadi bila dah tahu bolehlah anda doakan saya :)


Linkedin pun boleh save dalam Pinterest

Gambar kat atas tu antara perkara yang saya suka baca. Tapi kadang-kadang tak sempat nak go through. Jadi biasanya, saya buat bookmark kat komputer. Hasilnya, panjang berjela la bookmark saya tu. Baca tak pun. Dengan adanya Pinterest ni, senang la. Pin je. Dan saya boleh baca bila-bila masa saya nak. 

Itu Pinterest dari sudut pandang saya. Tapi sebenarnya saya belum tahu apa kegunaan dia yang sebenar-benarnya. Ada sesiapa tahu?


Saya pengedar sah Shaklee :

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 013-924 3387