Showing posts with label Healing crisis. Show all posts
Showing posts with label Healing crisis. Show all posts

Wednesday 7 January 2015

Makin Sakit Makan Shaklee : Adakah Ia Kesan Sampingan?

Ada customer yang mengadu sakit kepala, badan jadi gatal-gatal, loya, sembelit dan macam-macam lagi masalah yang dihadapi setelah mengambil suplemen Shaklee.

Bila dah terjadi macam tu, kadang-kadang timbul was-was sama ada suplemen Shaklee ni tak sesuai ke untuk mereka?

Di sinilah pentingnya pengetahuan tentang suplemen ni. Makan suplemen pun kena dengan ilmu. Betul tak?

Jika tiada ilmu, mungkin mereka terus stop pengambilan. Kan sayang tu? Beli suplemen tapi tak makan.

Bila dah terjadi macam tu, tentulah saya nasihat untuk teruskan pengambilan kerana simptom-simptom tersebut merupakan 'healing crisis' atau krisis penyembuhan yang 'wajib' berlaku. 

Dengan berlakunya krisis penyembuhan, ia bermakna suplemen tersebut berkesan.

Di bawah diterangkan secara detail tentang krisis penyembuhan yang perlu kita tahu :


Q : Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A : Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. 

Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.

Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q : Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A : Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. 

Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. 

Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu.

Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q : Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A : Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.

Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Q : Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A : Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan.

Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q : Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A : Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q : Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa?

A : Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala, sakit kepala yang melampau
Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin 

2) Krisis Penyembuhan Demam, rasa gelisah
Penyebab Metabolisme meningkat, merangsang fungsi imunisasi badan

3) Krisis Penyembuhan Cirit birit, peningkatan dalam pergerakan usus , najis berbau, air kencing berbau

Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, bahan buangan dan sisa-sisa terkumpul 
dalam usus besar 


4) Krisis Penyembuhan Senak, kembung perut   
Penyebab Sistem penghadaman yang lemah 


5) Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir, peluh berbau 

Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat 

6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak  

Penyebab Fungsi hati yang lemah, kesihatan usus yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin 


7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung   
Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah 

8) Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi    

Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit 

9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah 

Penyebab Proses penyembuhan makin cepat

10) Krisis Penyembuhan Insomnia atau hiperaktif
Penyebab Sistem saraf yang lemah 

11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu,perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak 

Penyebab Ketidakseimbangan hormon, dalam proses untuk menyeimbangkan hormon

12) Krisis Penyembuhan Lapar, Pening  

Penyebab Tekanan darah rendah, anemia

13) Krisis Penyembuhan Loya, sembelit, tersedu 
Penyebab Sistem penghadaman yang lemah, masalah hati 

14) Krisis Penyembuhan Edema (membengkak)   
Penyebab Masalah buah pinggang

15) Krisis Penyembuhan Kelesuan, mengantuk
Penyebab Badan berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, perlu lebih rehat

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Friday 29 November 2013

Kenapa Makan Suplemen Tapi Tak Berkesan

Cerita pasal cantik, kurus, slim.. Semua orang nak cantik, kurus, slim..
Kalau orang lain cantik, langsing tapi kita tak cantik, tak slim mesti ada rasa dengki lepas tu mula nak merendah-rendahkan orang yang cantik tu.. :)
Cantik tapi kulit bermasalah pun membuatkan seseorang tu jadi tak cantik..
Mungkin cantik dari jauh tapi bila datang dekat macam bulan..

"Kenapa saya makan supplemen tapi tak berkesan?"

Ini soalan yang biasa didengar bagi mereka yang amalkan pengambilan supplemen.
Tak kisahlah supplemen apa-apa pun.
Sekarang ni kan dah macam-macam jenis supplemen keluar..
Dengan kolagen lah, vitamin itu ini segala mak nenek kan?

haaa...
mai sini nak tanya......
  • Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita minum dalam sehari?
  • Konsisten tak kita makan supplemen tu setiap hari?
  • Cara pengambilan kita macam mana? Selepas sarapan? Tengahari? Sebelum tidur? Lepas makan?
  • Apa yang kita makan dan minum sepanjang pengambilan supplemen tu? Makanan ringan? Maggie? Ohhh..sedap..
  
Elakkan makan supplemen serentak dengan ubat sebab supplemen yang kita makan tu tak dapat diserap dengan baik oleh badan kita.
So tak gunalah kan?
Penyelesaiannya ?
Buat jadual.
Sebab tu kalau nak makan dan amalkan vitamin atau supplemen ni kita kena disiplin. 
Kalau rasa-rasa susah nak disiplin tu better jangan ambil je yer.

Tapi nak cantik dan sihat kan? So fikir sendiri :)

Suka minuman yang berkafein ?
Kafein ni boleh memusnahkan vitamin yang  sedia ada dalam badan kita.
Kalau tak dapat nak berhenti, boleh kurangkan pengambilan tu daripada biasa yer.

Sebenarnya perkara paling penting bila makan supplemen (makanan tambahan) ni ialah disiplin diri dan kesabaran. Sebab benda ni bukan ubat. Ia berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. Jadi yang penting makan je dengan konsisten. 

Kesan supplemen memang berbeza pada setiap individu.
Ada yang baru makan 2 atau 3 hari dah nampak kesan dia.
Ada yang memakan masa berminggu dan tak hairan ada yang  sampai berbulan-bulan.
Lagi bermasalah kulit kita lagi lama tempoh dia nak pulih.
Tapi kebanyakkan orang masa ni terus stop mengamalkan supplemen sebab mungkin rasa rugi je kan? 

Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini! ^^,


1. Kurang minum air putih

Ini adalah perkara yang paling penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Meminum air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada badan dengan lebih cepat. Beli supplemen mahal-mahal tapi malas minum air putih. Makan supplemen dah ikut dos tapi tak sampai seminggu mula complain naik jerawatlah, ruamlah, itulah inilah.. Bila ditanya minum air putih banyak tak? Berapa liter sehari? Jawapannya.......1 liter. (saya pulak, minimum 3 liter sehari?)

Okay, sebenarnya jumlah tu masih tak cukup untuk membantu badan kita menyingkirkan toksin. Sekurang-kurangnya cuba amalkan minum air putih 3 liter sehari. Nanti kan ada pulak yang cakap, "Ala, minum air banyak-banyak tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja pun tak senang.."

Hai, itu perkara biasa la sayang. Makin kerap anda buang air kecil, makin banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Maka, makin lama makin sihat & makin cantiklah badan & kulit anda. Jangan cuma rajin  ambil supplemen, tapi hal-hal yang penting ni tak jaga. Jadi banyakkan minum air putih okay?
  

2. Tidak mengikut dos yang ditetapkan

Sesetengah daripada kita mampu untuk mengambil supplemen dalam dos yang tinggi. Tapi ada sesetengahnya pula tidak mampu. Inilah antara penyebab ruam, jerawat dan sebagainya. Disarankan untuk permulaan, cuba ambil dalam sukatan yang sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dos. Jika tiba-tiba anda mengalami ruam atau simptom-simptom seumpamanya, sila kurangkan dos pengambilan suplemen anda. Itu menunjukkan bahawa badan anda tidak mampu menerima dos yang tinggi. Banyakkan minum air putih berbanding air manis.


3. Tidak istiqamah

Ini pun biasa berlaku. Orang kata hangat-hangat najis ayam. Haha! Hari pertama semangat makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada lopong-lopong. Terlupa ambil time pagi lah. Terlupa ambil time malam lah. Lepas tu tak sempat nak ambil lah. Macam-macam alasan kan? Itu biasa.. Hiks! 

Tipsnya mudah saja! Cuba guna sticky note yang colour-colour tu then tulis kat situ 'Sila ambil suplemen sebelum memulakan hari anda atau sebelum tidur!' Lepas tu tampal kat mana-mana yang anda mudah nampak. Kat pintu bilik air ke, kat fridge ke, atau pun pada cermin solek! Belajar disiplinkan diri. Suplemen bukan untuk anda kelihatan cantik semata-mata, tapi penting untuk kesihatan tubuh anda. 


4. Pengambilan kafein atau minuman berkarbonat

Kepada peminat-peminat minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh dan juga minuman-minuman berkarbonat tu, ini ada pesanan khas untuk anda! Kalau rasa tak sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda tu, jadi silalah jangan makan suplemen sebab nanti membazir jer. 

Kalau anda beriya amal makan macam-macam jenis supplemen sekali pun, tapi minum pulak kafein jawabnya memang tak ke mana lah khasiat supplemen tu sebab dah diserap oleh kafein. 

Sebab tu lah tak nampak kesan. Lepas tu ambil supplemen kata tu tak baguslah, tak ori lah, orang yang jual tu penipulah. Macam-macam statement negatif yang keluar kan? Ish ish, jangan buat perangai cenggini ye sayang-sayangku. Huduh sangat rupanya.

Nak cantik, nak sihat, tapi tak sanggup nak hidup cara sihat. Cam mane tu? 
Jadi, cuba-cubalah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tinggal terus lagi bagus! Sebab badan manusia ni lain-lain. Macam yang eja bagitau awal-awal tadi. Ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Bagilah masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang terbaik dalam masa yang singkat. Yang penting disiplinkan diri & istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan. 



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Monday 9 September 2013

Soalan - soalan Popular Mengenai Shaklee

Berikut merupakan soalan yang popular yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali Shaklee :

1. Adakah Shaklee ini halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal :
http://www.shaklee.com.my/img/content/Image2368284.pdf



2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B kompleks, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang tidak kurang dari 2 liter sehari. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil suplemen, maka tubuh memerlukan 1 hingga 3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima (Ibarat seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

5. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil suplemen ini untuk masalah buasir?
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil suplemen, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

6. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar suplemen iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

7. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch? 
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 013-924 3387 untuk dapatkan ID Shaklee.

8. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu disarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

9. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung? 
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan vitamin oleh doktor demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

10. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara asas saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b kompleks, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu protein soya kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar. 

11. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B kompleks dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B kompleks berfungsi membakar glukosa untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereaka yang mengambil B kompleks akan sentiasa rasa bertenaga. Walau bagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 hidangan makanan sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukan.

Kredit :  anakkuwiraku.com

Jika berminat untuk mencuba suplemen Shaklee tetapi tidak pasti yang mana satu sesuai untuk anda, hubungi saya untuk maklumat lanjut :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 10 April 2013

Suplemen VS Healing crisis

Salah satu perkara penting yang perlu diketahui apabila mengambil suplemen ialah healing crisis atau krisis penyembuhan. Hampir semua orang akan mengalami krisis penyembuhan ini, bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Pengalaman saya sendiri, mengalami demam panas selepas mengambil alfalfa. Mungkin juga kerana kurang minum air salah satu faktor penyebabnya. 

QWhat is healing crisis?

A:Healing crisis is a process in which the body undergoes an intense period of cleansing and rebuilding. As part of the healing process the body will begin to discard toxic residues which have build up in your body over the years.During the process of toxic elimination, your body will experience some of the uncomfortable signs and symptoms, and this is recognized as healing crisis. In Chinese Medicine philosophy, true healing should always be preceded by a healing crisis.

QWhy is healing crises happen after taking health supplements?

A:According to Professor Yoshio Niwa, an expert in molecular nutrition,when we increase our nutrients intake, the nutrients will react with the oxygen in the body. And this reaction actually promotes and stimulates the body organ to perform harder to do cleansing, eliminating, replaces old tissues with new tissues, balancing etc. For example, you may be experience more skin rashes, more bowel movement, and these is a sign of the body is going through an intense detoxification. Imagine if your body is like the rusty iron pipes, and when you put in some rust agent or pipe cleaner, initially more rust will be coming off from the wall of the pipes (toxic), and that may make you feel worse and more dirt flooding around the pipe.But after the rust is all cleanse, then the pipe will become nice and clean again.

QIs healing crisis a good sign?

A:Yes. Healing crisis is a sign that shows that the treatment or the supplement that you are taking is working. Some people might think that their symptoms got worst, but instead it is a process of natural healing and it is absolutely a good sign to have to move towards to a real healing process. Generally, healing crisis only happen on healthy person as it indicates that your vitality is still strong enough to create a response on the biological changes during the healing process. However, when there is no healing crisis, it may be because either the person is toxins free and is on optimum well balanced health, or he/she’s vitality is too weak and the body is unable to go through any healing process.

QDoes everyone experience the same signs and symptoms during healing crisis?

A: Everyone is different. Some people experience healing crisis right after he/she took the supplement and others will only occur after a month or two. The severity is also different. The more toxic one’s bodily systems are, the more severe the healing crisis.

QGenerally, how long does healing crisis last?

A:It depends on the individual’s health condition. It may lasts for 2-3 days or months.

QMany people feel better after taking supplement, but I have been using supplement for a while, and I did not notice any difference at all, why?

A:Generally, after 1 to 2 months of supplementation, you should feel some changes (eg. Increase energy, better bowel movemet, etc.) If you did not notice any improvement, the possible explanations are:
1.You did not consume regularly
2.You did not follow the recommended dose
3.Afraid of the healing crisis may be too intense, stop taking all together
4.Poor diet and life style
5.Chronic disease, requires a longer period to recover
6.Chronic condition

Healing crisis sign and symptoms

Healing Crisis
Possible Reasons/Causes
Lethargy, sleepiness
Acidic body, poor liver function, over exhausted, need more rest
Headache, heavy headed
High blood pressure, sign of detoxification
Fever, slight fever, restlessness
Increase metabolism, stimulate body immune function
Diarrhea, increase bowel movements, passing out a dark, smelly stool, foul-smelly urine
Sign of detoxification, accumulated waste and residue in the colon
Flatulence, gassy stomach
Poor digestive system
Break out, rashes, itchy skin, bad sweat, mucus secretion, dandruff
Poor liver function, poor colon health and elimination system
Mucus production such as, phlegm, running nose
Poor lung function, passing out phlegm is also a sign of detoxification
Nasal bleeding
May be a sign of anaemia
Muscles and joints are aching and pain
Acidic body, toxins accumulated at the affected area
Increased pain in affected part of body
Speed up the healing process
Insomnia or hyperactive
Poor nervous system
Irregular period, changes in period, itchy bottom, increased mucus secretion
Hormonal imbalance, in the process of hormone regulation
Bleeding with bowel movements
May be haemorrhoid
Dizziness, hunger
Hypoglycemia, anaemia
Nausea, constipation, hiccups
Poor digestive system, liver problem
Slight edema (swelling)
Kidney problem


Reference: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Kredit : mamafaiz.com

Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, tidak perlu risau. It's a good sign! Jika perlu, kurangkan dos pengambilan dan yang paling penting, tingkatkan pengambilan air masak. Bagi yang mengalami krisis penyembuhan yang teruk, perlu bersabar. Teruskan pengambilan. Insya-Allah lama-kelamaan akan hilang. Hubungi saya jika mengalami sebarang kemusykilan berhubung krisis pemulihan jika anda membeli daripada saya.  

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR - ID 885322
Siti Nor Kamilah
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah