Showing posts with label Tanda-tanda hipothiroid. Show all posts
Showing posts with label Tanda-tanda hipothiroid. Show all posts

Wednesday 29 August 2018

21 Tanda-tanda Penyakit Tiroid Yang Perlu Kita Ambil Tahu

Tanda-tanda penyakit tiroid sering diabaikan dan dianggap sebagai masalah biasa.  Sebab itu ramai pesakit tiroid yang tidak mendapat rawatan sepatutnya sehinggalah ia menjadi kronik. Sebagai contoh, rasa letih yang dialami oleh hampir semua orang, tidak mengira peringkat umur. Sedangkan ia merupakan tanda berlakunya sesuatu yang tidak kena dalam tubuh kita. 

Antara tanda-tanda tiroid bermasalah ialah seperti berikut:



#1. RASA LETIH YANG MELAMPAU
Selalu rasa letih boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dan salah satu faktor utama ialah hipotiroid iaitu keadaan di mana hormon tiroid terlalu rendah. Jika masih rasa letih di waktu pagi walaupun sudah mendapat tidur yang nyenyak 8 hingga 10 jam, ia mungkin menunjukkan tiroid kurang aktif. Terlalu sedikit hormon tiroid dalam aliran darah dan sel menyebabkan otot tidak mendapat isyarat yang mencukupi. Mudah berasa letih walaupun menjalankan aktiviti biasa juga salah satu tandanya. Rasa letih merupakan tanda penyakit tiroid yang paling utama. 

#2. RASA 'DOWN'
Depression atau rasa 'down' yang kerap merupakan salah satu tanda hipotiroid. Ini adalah kerana penghasilan hormon tiroid yang terlalu sedikit akan mempengaruhi pengeluaran serotonin iaitu hormon 'gembira' oleh otak. 

#3. RASA SEDIH ATAU ANXIETY
Anxeity berkait rapat dengan hipertiroid, di mana kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid. Ia menyebabkan sistem tubuh sentiasa diberi isyarat untuk sentiasa bertindak, menyebabkan tubuh dan metabolisme berada dalam keadaan hiper. 

#4. TERLALU BANYAK TIDUR ATAU INSOMNIA
Tabiat suka tidur sepanjang masa mungkin merupakan tanda hipotiroid. Tiroid yang bermasalah menyebabkan fungsi tubuh menjadi lembap dan tidur (walaupun waktu siang) merupakan salah satu tanda-tandanya. Masalah insomnia atau kesukaran untuk tidur merupakan tanda hipertiroid. Jadi jika ada orang terdekat yang mengalami masalah tersebut, check dulu sama ada mereka suka tidur sebab malas atau pun kerana tiroid yang bermasalah. 

#5. RAMBUT GUGUR DENGAN TERUK
Rambut gugur juga merupakan tanda hipotiroid. Ini kerana terlalu sedikit hormon tiroid mengganggu kitaran biasa rambut sehingga menyebabkan rambut gugur. Hipotiroid juga boleh menyebabkan kening semakin menipis. Rambut gugur atau semakin menipis juga turut berlaku kepada pesakit hipertiroid. Apabila masalah tiroid dapat dirawat, rambut gugur juga dapat diatasi. 

#6. SELERA BERUBAH 
Selera yang meningkat menandakan hipertiroid apabila terlalu banyak hormon tiroid menyebabkan rasa lapar sepanjang masa. Bagaimanapun, ia tidak menyebabkan berat badan bertambah kerana metabolisme yang meningkat. Hipotiroid pula menyebabkan perubahan sebaliknya. 

#7. SUKAR UNTUK FOKUS / SELALU LUPA
Terlalu banyak hormon tiroid (hipertiroid) akan menyebabkan kesukaran untuk fokus manakala terlalu sedikit (hipotiroid) akan menyebabkan lupa. Ramai juga wanita yang mengalami keadaan ini yang menyangka ia simptom menopaus sedangkan ia berkaitan dengan tiroid. 


#8. PERUBAHAN PADA KITARAN HAID
Tempoh haid yang lebih panjang dengan jumlah haid yang lebih banyak serta mengalami cramp yang lebih teruk daripada biasa merupakan tanda-tanda hipotiroid. Manakala hipertiroid akan menyebabkan tempoh haid yang pendek dan juga aliran haid yang sangat sedikit. 

#9. HILANG MINAT UNTUK HUBUNGAN INTIM / LOW LIBIDO
Hilang atau kurang minat untuk melakukan hubungan intim merupakan kesan sampingan  kepada masalah tiroid. 

#10. RASA BERDEBAR-DEBAR
Jantung berdegup lebih cepat merupakan tanda hipertiroid. Ia boleh dirasai pada dada dan juga nadi pada leher. 

#11. KULIT TERLALU KERING
Kulit kering dan gatal merupakan tanda hipotiroid. Perubahan pada kulit terjadi disebabkan metabolisme yang perlahan akibat kurang hormon tiroid. Keadaan ini menyebabkan kurang peluh dihasilkan. Kesannya, kulit kurang kelembapan dan menjadi kering dan juga gatal. 

#12. SEMBELIT / CIRIT-BIRIT
Penyakit hipotiroid selalu mengalami sembelit kerana proses penghadaman yang semakin lembap. Sebaliknya, penyakit hipertiroid menyebabkan cirit-birit atau kerap membuang air besar. 

#13. SAKIT SENDI DAN OTOT (SAKIT URAT)
Sakit sendi, rasa kebas, rasa kesemutan, rasa mencucuk-cucuk pada kaki, tangan, bahu, lengan yang terjadi secara tiba-tiba mungkin tanda hipotiroid. Penghasilan hormon tiroid yang terlalu sedikit boleh merosakkan saraf yang menghantar isyarat daripada otak dan saraf tunjang ke seluruh tubuh. Keadaan inilah yang menyebabkan rasa kesemutan tersebut. 

#14. TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah yang meningkat mungkin merupakan tanda masalah tiroid. Ia boleh berlaku kepada pesakit hipotiroid dan juga hipertiroid. Namun begitu, pesakit hipotiroid berisiko 2 hingga 3 kali ganda untuk mendapat tekanan darah tinggi. 

#15. RASA SEJUK WALAUPUN CUACA PANAS ATAU SEBALIKNYA
Rasa sejuk walaupun dalam cuaca atau persekitaran yang panas merupakan tanda hipotiroid. Sistem tubuh menjadi perlahan akibat kurang hormon tiroid menyebabkan kurang tenaga dibakar. Kurang tenaga bermakna kurang haba dihasilkan. Manakala bagi pesakit hipertiroid pula, rasa panas atau kuat berpeluh walaupun dalam cuaca yang sejuk. Sebagai contoh, sering terjaga tengah malam akibat panas dan berpeluh. 

#16. SUARA BERUBAH ATAU BENJOLAN PADA LEHER
Jika terdapat perubahan pada suara atau dapat lihat benjolan/bengkak pada leher atau rasa tidak selesa pada leher, ia juga tanda masalah tiroid. Rasa tak selesa tersebut disebabkan oleh radang pada kelenjar tiroid. Dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor untuk memastikan bahawa ia bukanlah masalah tiroid. 

#17. BERAT BADAN BERTAMBAH SECARA TIBA-TIBA ATAU SEBALIKNYA
Berat badan yang bertambah walaupun tidak makan banyak mungkin merupakan tanda hipotiroid. Keadaan sebaliknya pula berlaku pada pesakit hipertiroid iaitu berat badan berkurang walaupun makan banyak. 

#18. KOLESTEROL TINGGI
Paras LDL (kolesterol jahat) yang meningkat dalam darah merupakan tanda hipotiroid. Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan penyakit jantung, termasuklah jantung bengkak dan kegagalan jantung. 

#19. MATA TERBONJOL/SEAKAN-AKAN TERBELIAK
Mata terbonjol seakan-akan terkeluar merupakan tanda penyakit Graves iaitu salah satu jenis hipertiroid. Keadaan ini menyebabkan mata putih kelihatan lebih banyak daripada biasa. Ini disebabkan radang yang berlaku pada saraf mata. 

#20. TANGAN MENGGELETAR
Selain penyakit Parkinson, masalah tiroid juga boleh menyebabkan tangan menggeletar. 

#21. SUKAR UNTUK MENGANDUNG
Jika mengalami kesukaran untuk mengandung walaupun mencuba untuk tempoh yang lama, ia juga mungkin tanda masalah tiroid sama ada hipotiroid atau pun hipertiroid. Kedua-dua keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan. Masalah tiroid juga boleh menyebabkan komplikasi semasa mengandung. 

Jika mempunyai keadaan seperti yang disebutkan di atas, cepat-cepat dapatkan pemeriksaan selanjutnya di klinik atau hospital berhampiran. Jika disahkan mendapat penyakit tiroid, usah bimbang. Terdapat pelbagai rawatan yang sesuai mengikut nasihat doktor. 


Saturday 23 September 2017

Tanda-tanda Hipothiroid

Kalenjar tiroid merupakan kalenjar yang sangat penting dalam tubuh kita. Ini kerana ia mengawal kadar metabolisme, degupan jantung, tenaga, kekuatan otot, selera makan, kesihatan jantung, otak, buah pinggang dan lain-lain fungsi tubuh yang sangat penting.





Jika terdapat sebarang masalah pada kalenjar tiroid, seseorang akan mengalami banyak tanda-tanda seperti berikut :

- keletihan
- kelesuan atau pergerakan lambat
- depression (kemurungan)

- masalah ingatan
- berat badan meningkat
- sembelit
- tak tahan dengan cuaca sejuk
- rambut dan kulit kering
- bengkak sekeliling mata
- haid yang banyak


SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK HIPOTHIROID



1. ESP

Tahap plasma rendah dikaitkan dengan hipothiroid

2. Alfalfa Complex

Iodin merupakan bahan asas hormon tiroid

3. B Kompleks
Meningkatkan oksigen dalam tubuh dan tenaga

4. VitaLea
Lengkap dengan imbangan vitamin dan mineral


5. Vitamin C

Pengambilan dalam dos yang rendah adalah digalakkan

6. Ostematrix
Mengurangkan PMS, mengurangkan sakit otot

7. Omega Guard
Untuk fungsi kalenjar tiroid yang sepatutnya

8. GLA Complex
Menstabilkan hormon


9. Vivix

Mengurangkan inflamasi

Untuk pertanyaan dan order hubungi 013 924 3387 (sms dan whatsapp sahaja).