Showing posts with label Motivasi dan kewangan. Show all posts
Showing posts with label Motivasi dan kewangan. Show all posts

Monday 2 January 2017

Perancangan Kewangan Untuk 2017

2017 merupakan tahun yang mencabar. Untuk perancangan kewangan tahun ni antara yang boleh kita lakukan ialah :

1. Pelbagaikan sumber pendapatan. 
Tak boleh bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja lebih-lebih lagi jika duit keluar lebih banyak dari duit masuk. Boleh buat kerja part-time, ambil upah potong rumput, buat kuih, dan apa sahaja bisnes yang boleh dimulakan dengan modal yang minimum dan kepakaran yang kita ada. Ramai yang mengambil jalan keluar dengan menggunakan kad kredit bila pendapatan tak mencukupi. Bagi Kak Kam ia tidak dapat menyelesaikan masalah namun beri masalah lain kemudian hari. Ingat satu je. Pendapatan tak cukup - cari income lain.

2. Tingkatkan simpanan. 
Yang ni memang susah nak buat. Tapi jika kita nak mesti ada jalan, salah satunya macam contoh di atas.

3. Mulakan simpanan emas. 
Bagi yang dah bermula boleh gandakan lagi. Bagi yang belum inilah masanya. Tapi ingat pastikan emas fizikal ye. Bukannya melabur sekian sekian ringgit tapi emasnya tak nampak. Lebur nanti.

4. Potong perbelanjaan tak perlu. 
Contohnya macam Astro (kalau mampu). Makan kat KFC tiap-tiap minggu. Beli handbag mahal tiap-tiap bulan. Jika semuanya dah dibuat, dah berjimat tapi pendapatan masih tak mencukupi balik semula pada kaedah no. 1 tadi.

5. Elakkan mendengar atau menonton berita yang negatif terutamanya mengenai ekonomi. 
Bila mendengar berita negatif sedikit sebanyak mempengaruhi kita dan membuatkan kita jadi risau.

Apapun yang terjadi kita mesti ingat. Kita ada Allah. Walau macam mana susah pun kita masih ada tempat bergantung. Jangan lupa tu. Boleh juga baca affirmation ni setiap kali kita rasa risau bila memikirkan keadaan kewangan kita. Yang terbaik tentunya mengadu dengan Allah setiap kali kita berasa risau.


Image may contain: text




Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Thursday 22 December 2016

Impian Saya 20 Tahun Lagi

20 tahun lagi di usia 50 tahun jika masih diberi pinjaman nyawa saya pilih untuk memiliki kebebasan kewangan. Di mana pada masa tu dah bebas daripada sebarang hutang.

Kalau nak beli kereta dan rumah pun secara cash. Mungkin ada yang berpendapat rugi jika beli cash. Tapi buat masa ni itulah pendirian saya. Masa depan tak tahu lagi.

Dah ada rumah impian yang ada sekurang-kurangnya 6 bilik. Maybe dah ada beberapa buah rumah yang disewakan. Dan juga property lain. Serta mendapat pendapatan pasif daripadanya. Duit berkepuk-kepuk dalam bank.

Nak tolong orang pun tak berkira. Sebab duit bukan lagi satu isu.  Macam-macam lagilah. Kalau nak cerita satu hari pun tak habis lagi hari ni. Impian yang lain tu saya simpan sorang-sorang je.

Yang paling penting tentunya memiliki kesihatan yang tip top. Sebab tak guna jika ada segala-galanya tapi terlantar sakit. Kesihatan memang kekayaan yang sebenar-benarnya.

Tak kisah jika orang kata impian kita terlalu besar kerana hanya kita tahu apa yang kita nak.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Thursday 1 December 2016

Pengalaman Menarik Bila Join Shaklee : Life Changing

Rasanya Kak Kam dah pernah cerita tentang perubahan yang Kak Kam alami setelah join Shaklee. Tapi takpe Kak Kam cerita sekali lagi.

Dari awal join Shaklee, Kak Kam dah ada akaun facebook. Tu pun daftar sebab nak bisnes pada asalnya.  Untuk jual t-shirt muslimah.

Lepas tu upline Kak Kam ibuk Zeti Hafiza Zakaria masukkan dalam beberapa secret group super upline kat facebook. Bila baca perkongsian dalam tu rasa excited tak tahu nak habaq.

Yang paling menarik bila ramai yang duduk kat rumah je pun mampu dapat income 4-6 angka sebulan. Inilah bisnes yang Kak Kam cari-cari selama ini.

No. Ia bukan semata-mata pasal duit tapi Kak Kam dapat rasa seronoknya berada dalam group bisnes yang best dan penuh inspirasi macam ni.

Bukan belajar tentang marketing dan sales je, belajar juga tentang produk, tentang syarikat, tentang amalan rohani, tentang pengurusan masa. Pendek kata, banyaklah.

Tiap-tiap hari ada je 'makanan' untuk dihadam. Mana yang boleh diapply Kak Kam apply sebaik mungkin.

Masa nilah juga Kak Kam start melazimi zikir (istighfar, selawat, dan amalan sunat (solat dhuha, sedekah) yang lain yang ada dalam Master Checklist.

Selama hidup lebih 30 tahun ni, inilah pertama kali Kak Kam start istiqamah berzikir. Ya sebab bisnes Shaklee nilah. Sedih sungguh.

Takde blog, belajar buat blog. Ingat -ingat lupa dah. Masa tu upline suruh buat blog. Senang je rupanya sebab Kak Kam berjaya godek-godek sendiri dan terhasillah blog yang kini dah berusia 4 tahun.

Mana yang tersekat, tak reti, rujuk upline selain rujuk google. Dalam bisnes Shaklee ni, kita tak keseorangan sebab ada upline sebagai mentor. Kalau upline tak aktif, boleh rujuk super super upline.

Kak Kam asalnya pemalu. Pendiam pun ya. Tak suka jumpa orang. Tapi bila dah join Shaklee ni nak tak nak kena la belajar untuk jadi lebih peramah. Dengan customer terutamanya.

Bila pergi kelas, jumpa kawan baru, dapat pengalaman baru, rasa seronok pula. Selain dapat timba ilmu baru. Sedikit demi sedikit dapat buang sifat pemalu dan jadi lebih positif.

Macam Kak Kam cerita sebelum ni, bila duduk dengan orang lebih positif kita pun terikut dan terinspirasi sama nak jadi dan berjaya macam dia.

Kita akan push diri untuk buat apa yang dia buat juga. Kalau dia boleh buat, takkan kita tak boleh?

Kak Kam berjaya keluar dari comfort zone sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Namun banyak lagi comfort zone yang tak berapa nak comfort yang perlu dipecahkan untuk berjaya.

Last but not least, Kak Kam belajar dalam Shaklee untuk jadi orang yang tidak beralasan.
Say no to alasan.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Monday 28 March 2016

Bisnes Pertama Saya

Better late than never.
Kalau nak tahu, Shaklee bukanlah bisnes pertama saya.
Saya bermula agak lewat dalam bisnes iaitu masa belajar di KUSTEM atau nama sekarang UMT.
Masa tu umur 20 tahun.
Apa bisnes pertama saya?
Jual kerepek.
Ingat-ingat lupa dah pasal ni.
Sebelum tu tak pernah menjual pun.
Dari situ minat saya terhadap bisnes semakin bercambah.
Jika sebelum tu cita-cita saya nak jadi cikgu, macam arwah Abah dan Ummi saya.
Namun sejak itu ia dah berubah. Saya mula memasang impian untuk menjadi businesswoman yang berjaya dunia dan akhirat.




Promosi Mac 2016. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan DISKAUN 5%.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Saturday 3 October 2015

Masa Untuk Mengejar Matlamat

Sekejap je dah pun masuk 3 Oktober. Dan tak lama lagi dah nak berakhir tahun 2015. Masih banyak lagi impian saya tahun ini yang belum tertunai. Jadi baki 3 bulan lagi saya mesti kejar matlamat saya sungguh-sungguh. 

Lupakan kegagalan lalu dan bangkit semula demi insan-insan yang tersayang. Bila Allah dah lorongkan kita ke sesuatu jalan, pasti ia sesuai untuk kita. Usaha dan terus usaha tanpa putus asa. Selagi belum berjaya jangan berhenti. 

Saya banyak mendapat semangat dari Group Shaklee mentor-mentor saya. Rasa lebih kuat keinginan untuk berjaya. Bukan sahaja dalam Shaklee, tapi juga berjaya di dunia dan di akhirat. 

Semoga masa yang berbaki ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Amin. 


Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Monday 7 September 2015

Tips Kerja Dari Rumah Sambil Jaga Anak

Nak jadi usahawan dan dalam masa sama nak jadi isteri dan ibu sepenuh masa yang berjaya. Boleh jaga anak dan rumahtangga sepenuh masa dalam masa sama boleh jugak cari duit sendiri dengan berniaga online. Logik ke impian camni?


Pada Kak Mu yang dah pernah lalui pengalaman jaga anak sendiri sambil berniaga impian camni boleh jadi logik. Cuma kita je kena bijak merancang dan mengurus masa dan tahu di mana letaknya sesuatu keberkatan dalam hidup ni.

Bermula berniaga di rumah adalah strategi terbaik sebenarnya. Pepagi sebelum anak bangun boleh start dengan marketing dulu. Marketing paling bagus hari Isnin -Jumaat. Weekend on off marketing pun tak mengapa. Trafik online kureng time time hujung minggu.

Kerja rumah semua buat lepas anak bangun.Itu lebih sesuai untuk keadaan kita yg bekerja daripada rumah. Apa apa pun fokus mesti mulakan dengan marketing, lepas tu semak semua email, pm inbox atau whatsapp atau apa sahaja yg melibatkan urusniaga yang sedang Pending. 

Maksudnya mana mana urusan dengan prospek (bakal pembeli) mulakan daripada pagi dahulu sebab perjalanan urusniaga online ni lebih panjang. Nak kena pastikan dulu produk mana yg dia betul betul nak beli.

Kalau melibatkan pakaian kena pastikan saiz apa yang dia nak dan kita sebagai penjual kena betul betul guide customer pilih saiz yang betul since jualan beli online ni tak boleh test kan. Lepas dah confirm nak sediakan invoise lagi. Itu proses yg agak panjang dan perlu dibuat seawal pagi. Lebih lebih lagi jika deal direct dengan customer runcit.

Boleh juga urusniaga semua hanya melibatkan jualan di website yang semuanya automatik dan menjimatkan masa kita mengurus. Tetapi bagi peniaga baru kak suggest handle secara manual lebih baik. Sebab kita masih baru dan masih perlu built repo dengan customer. Dan peluang utk makes sale secara manual lebih tinggi bagi newbie sebenarnya. So nak tak nak memang kita kena harung proses yg agak panjang ni.Huhu. 

Ok back to step seterusnya, untuk customer yang dah bankin dan hanya melibatkan proses packing dan reply mesej customer bahawa kita dah terima payment kita boleh buat dalam jam 11 am atau 12 am ke atas. Sebab proses bagi bahagian ini lebih mudah dan tak memerlukan fokus yg tinggi. Jadi kita boleh urus situasi itu dalam masa sama urus anak anak dan rumahtangga.

Senang cite, fokus bila berniaga sambil jaga anak ni, mulakan dengan sesuatu kerja yg paling sukar dan memerlukan fokus yg tinggi dulu di awal pagi. Time anak anak tengah tidur tu la peluang kita nak fokus kan.

Kredit : Ummu Habibah

*********************************************************************

Tips di atas saya petik dari wall FB Ummu Habibah, pengasas t-shirt muslimah4U. Banyak yang boleh saya aplikasikan. Pasal marketing yang kena buat pagi-pagi tu memang saya setuju sangat. 

Tips yang beliau bagi ni sangat berguna terutamanya untuk mereka yang ada anak kecil. Macam saya sendiri anak dah besar jadi takde masalah sangat bab tu. Semoga sama-sama beroleh manfaat. 

Pengedar Sah Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387  

Wednesday 1 April 2015

SOHO Impian Saya

Alhamdulillah sekarang saya dah ada SOHO sendiri walaupun menumpang kat bilik anak dara. Nak buat macam mana. Rumah ada 3 bilik je.

Master bedroom, bilik tetamu merangkap stor dan bilik anak dara. Sebelum ni saya letak SOHO berdekatan dengan ruang makan namun tak sesuai.

Sebab keadaan yang agak gelap pada siang hari. Takde tingkap. Takkan nak buka lampu sepanjang masa kan. Jadi saya tumpang la SOHO saya kat bilik anak dara. Dekat dengan tingkap.

Nak letak kat bilik tetamu tak boleh. Sebab banyak sangat harta benda. Kalau ikutkan nak buang je semua. Tapi sayang la pulak.

Ada ke yang ada tabiat macam saya ni? Mesti ada kan? Hehe. Dah buat 5s tapi barang tetap banyak. Tak reti nak susun macam mana. 

Azam saya tahun ni, nak rumah sentiasa bersih dan kemas. Sepanjang 6 tahun kahwin ni, tak berjaya lagi nak jadikan rumah spick and span (malu nak cakap sebenarnya).

Ingatkan dah jadi Wahm kemas la rumah. Tapi nampaknya masih 'fail' jugak. Saya memang respect habis la kat para ibu yang bekerja tapi rumah sentiasa kemas macam ada orang gaji.

Nak jugak macam tu tapi belum berjaya nampaknya setakat ni. Sampai satu tahap saya fikir selagi saya tengah sibuk dengan bisnes ni mustahil kut saya akan ada rumah yang sentiasa kemas.

Tapi pemikiran saya tu berubah 360° lepas pergi Seminar Supermommy. Rupanya ada caranya. Itulah bezanya bila mempunyai ilmu. Dan saya bersyukur sangat dapat join seminar tersebut.

Ok sebenarnya nak letak gambar contoh SOHO yang menjadi impian saya. Saya nak satu bilik khas atau satu ruang khas untuk SOHO bila dah ada rumah sendiri yang saya buat secara tunai nanti. Bermimpi itu percuma :)

Dan berdekatan dengan tingkap. Saya suka bekerja dengan melihat pemandangan luar :) Tak suka ruangan yang tertutup. Lagi, ada ruang untuk saya tampal Vision Board atau apa-apa yang boleh memotivasikan saya. 

Ada rak buku yang banyak. Ada rak untuk saya letak stok vitamin saya. Ada sofa - tempat 'landing' bila penat. Kalau cakap mengenai impian memang tak habis kan?

So, enjoy this pictures :)

























Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Wednesday 5 November 2014

Apa Kata Robert Kiyosaki Tentang MLM

Sebelum ini saya ada bercerita tentang buku Robert Kiyosaki iaitu Increase Your Financial IQ. Dalam buku tersebut ada disebut tentang MLM atau network marketing. Yang suka baca buku lebih-lebih lagi buku berkaitan kewangan, pasti kenal siapa Robert Kiyosaki ni. Bagi yang belum kenal, Robert Kiyosaki merupakan penulis buku Rich Dad Poor Dad yang menjadi best seller dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. 

Dalam bab akhir buku tersebut ada dibincangkan tentang cara untuk meningkatkan financial intelligence atau bahasa mudahnya, kecerdasan kewangan. Untuk membentuk financial intelligence pula memerlukan persekitaran yang tertentu. Contoh persekitaran tersebut adalah :
  1. Sekolah atau Kolej
  2. Rumah Ibadat
  3. Pasukan Tentera
  4. Network Marketing ataupun Pemasaran Berangkai
  5. Bisnes
  6. Seminar
  7. Latihan dan Bimbingan
  8. Kelab Cashflow
  9. Bahan Muatturun Khusus Untuk Pembaca

Jadi, apa ulasan Robert Kiyosaki tentang network marketing atau MLM?

Network Marketing ataupun Pemasaran Berangkai
Kebanyakan syarikat networking ataupun pemasaran berangkai menyediakan persekitaran pembelajaran yang hebat kerana mereka menawarkan latihan, sokongan, struktur bisnes, dan produk supaya kita dapat fokus bagi membangunkan kemahiran jualan dan membina bisnes.
Saya sarankan kepada sesiapa yang mahu menjadi usahawan supaya menyertai syarikat pemasaran berangkai ini bagi mendapatkan latihan perniagaan terbaik dalam dunia sebenar bisnes. Syarikat seperti ini lebih fokus dalam membangunkan ketiga-tiga minda kita, terutama mengukuhkan minda separa sedar.
Program latihan pemasaran berangkai bagus bagi membangunkan kepintaran interpersonal dan intrapersonal. Membangunkan kedua-dua kepintaran ini akan mengubah hidup kita dan meningkatkan taraf hidup kita kerana kepintaran ini mengajar kita cara mengatasi ketakutan kepada orang lain dan ketakutan kepada kegagalan.
Kebaikan belajar dalam persekitaran pemasaran berangkai adalah persekitaran pemasaran berangkai adalah persekitaran itu yang saling menyokong, dan bukan yang didorong oleh rasa takut seperti yang diajarkan di sekolah-sekolah dan bisnes. Mereka tidak menggagalkan kita ataupun memecat kita kerana prestasi yang rendah. Sebaliknya, kebanyakan bisnes pemasaran berangkai ini akan berusaha membantu dan memberikan semangat selagi kita sanggup belajar dan berkembang. 
Saya mengenali beberapa orang yang menghabiskan masa mereka selama lima tahun bersama bisnes pemasaran berangkai sebelum mereka pada akhirnya berjaya menangani keraguan dan ketakutan dalam diri mereka. Sebaik sahaja mereka berjaya mengatasi masalah ini, wang mula melimpah masuk.

Bila saya baca tentang ni, memang betul. Exactly macam yang Robert Kiyosaki tulis tu. Bila join Shaklee, perkara tentang minda separa sedar memang sangat ditekankan oleh mentor-mentor  saya. Dan bukan hanya aspek kewangan dan kesihatan yang berubah menjadi bertambah baik, boleh dikatakan dengan menyertai Shaklee, semua aspek kehidupan juga turut berubah. Dan bukannya perlu masa 5 tahun, ada yang dah buktikan telah berjaya dalam masa yang singkat, seawal 1 atau 2 tahun dengan Shaklee.

Ia mengukuhkan lagi keyakinan saya terhadap MLM, walaupun masih ramai yang skeptikal tentangnya. Last but not least, MLM merupakan pilihan yang paling sesuai untuk menjana pendapatan, lebih-lebih lagi di kala harga gula, harga minyak naik dan ditambah lagi dengan GST yang bakal dikenakan bermula tahun hadapan - 2015. Semua benda pakat naik harga nanti (walaupun tak berkait dengan GST langsung).

Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan, inilah masanya yang terbaik. Usah bertangguh lagi. Fast action, fast result. Hubungi saya :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Saturday 1 November 2014

Review Buku : Increase Your Financial IQ - Robert Kiyosaki

Saya baru saja habiskan buku Robert Kiyosaki - Increase Your Financial IQ (Edisi Bahasa Melayu). Sangat menarik! Terutamanya Bab 9 - Membangunkan Financial Genius kerana ia melibatkan minda separa sedar. Saya tak tahu macam mana nak explain tapi bila baca buku ni terlalu banyak ilmu yang saya dapat. Terutamanya berkaitan kuasa minda - something yang saya sangat-sangat minat dari dulu lagi. Banyak perkara yang saya dapat faham bila baca buku ni. 

Saya quote sedikit dalam bab ini :

Robert Kiyosaki
Quote dari Robert Kiyosaki

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata Robert Kiyosaki tersebut. Bukan senang nak berubah jika persekitaran kita tak membantu, lebih-lebih lagi jika persekitaran kita negatif. Jadi nak tak nak, kita mesti keluar daripada persekitaran tersebut jika ingin berjaya. Memang agak sukar, tapi sekali kita dah keluar dari persekitaran negatif tersebut, fuh lega sangat rasanya. Saya pun dah alami perkara tersebut. Sebab tulah saya sokong pendapat Robert Kiyosaki 100%. 

Dan Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Sejak menyertai keluarga besar Shaklee under Group Jutawan, saya telah temui persekitaran yang sangat positif yang saya cari selama ini. Di kala rasa down dan kadang-kadang tidak tahu kepada siapa harus diluahkan, saya sering mendapat motivasi atau jawapan kepada masalah saya melalui sharing mentor-mentor dalam Shaklee. Selalu sangat terjadi macam tu. Ajaib sungguh. Tak jadi nak rasa down hehe. Kenapa mentor-mentor? Kerana bukan setakat seorang sahaja mentor iaitu upline saya, malah upline yang atas-atas lagi.  

InsyaAllah saya akan kongsikan lagi tentang buku ini. Robert Kiyosaki ada beri pendapat berkenaan Network Marketing atau dalam bahasa mudah - MLM. Nak tahu sama ada pandangannya adalah positif atau negatif? Stay tune for more updates :)

Saya Pengedar Sah Shaklee :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387 

Friday 3 October 2014

Hidup Susah. Selalu Gagal. Masalah Datang Bertimpa-timpa. Mungkinkah Selama-lamanya Begini?

Setiap orang di muka bumi ni ada masalah masing-masing. Kadang-kadang kita rasa hidup kita susah sangat. Miskin. Tak macam orang lain. Yang hidup kaya-raya dan senang dengan keluarga masing-masing. Jealous je kita tengok. Kita pula, masalah datang bertimpa-timpa. Lepas satu, satu. Selalu gagal dalam perkara yang kita lakukan. Kita rasa tak tenang. Kita rasa dalam dunia ni kitalah yang paling banyak masalah. 

Tapi kita mungkin lupa sesuatu. Tiada orang dalam dunia ni tiada masalah. Walau sekaya mana pun dia. Pasti ada masalah masing-masing. Kita mungkin ingat orang kaya hidup senang tapi kita tak tahu, hutang orang kaya tersebut keliling pinggang. Berjuta-juta. Berbanding kita yang tiada hutang atau pun ada hutang yang sedikit.

Adakah Selamanya Kita Akan Hidup Susah? 


Saya terbaca di facebook tentang isu kenaikan harga minyak ni. Tapi dah lupa kat mana. Ada disebut bahawa orang yang kurang berkemampuan mungkin terpaksa memberi anak mereka air sirap untuk menggantikan susu, sebab tak mampu nak beli susu yang semakin mahal harganya tu. 

Bila saya baca status tersebut, tiba-tiba saya teringat tentang kisah kejayaan bekas peserta Millionaire Marketing Mastery (dulunya dikenali sebagai Advanced Marketing Power). Sebijik dengan apa yang ditulis di facebook tersebut. Beliau yang berniaga produk kecantikan (seorang wanita) menceritakan kisahnya ketika hidup susah dahulu. 

Pada masa tu, beliau tak mampu nak beli susu anak. Terpaksa digantikan dengan air sirap atau susu pekat manis (Menangis saya dalam hati masa tu - masa sedang menaip ni pun saya rasa sebak). Sebab besarnya dugaan beliau, di kala sedang struggle untuk membina perniagaannya. 

Tapi sekarang beliau dah pun melepasi tahap sukar dalam hidupnya. Sekarang telah berjaya mengeluarkan produk sendiri, dan juga mendapat sales berjuta-juta setahun. Beliau merupakan pengasas produk Jus Sengat Dara (mungkin ada yang kenal). 

Satu lagi kisah semasa IMKK dulu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya selalu mention kelas Dr Azizan. Obses? Tak. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya tahu dan alami di mana mungkin orang lain tak tahu dan dengan sharing saya ini, mungkin memberi manfaat kepada mereka (termasuk anda).

Salah seorang yang berada di Hot Seat menceritakan bahawa sebelum dia join kelas Dr Azizan, hutang dia keliling pinggang. Beratus-ratus ribu. Dengan hutang kad kredit lagi. Masa tu dia gunakan kad kreditnya untuk join kelas-kelas di luar negara (yang tentunya sangat mahal) namun tak mendatangkan hasil pun. 

Dari situ saya terfikir, orang yang mempunyai masalah yang besar macam tu pun boleh keluar dari masalah masing-masing. Apatah lagi saya. Yang mempunyai masalah yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan mereka. 

Bila mendengar kisah-kisah macam ni, baru saya sedar. Mereka yang sukses, jutawan, multi-jutawan ni memiliki satu persamaan iaitu pernah mengalami kesusahan atau kegagalan. Kesusahan itulah yang membangkitkan semangat mereka untuk berjuang sehingga berjaya dan akhirnya mengecapi segala kesenangan yang mereka dapat sekarang. 

Kesimpulannya, jika kita rasa kita susah, bergembiralah! Kejayaan sedang menanti di hadapan. Dengan syarat kita mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukan menunggu sahaja kejayaan datang dengan sendiri. Selamat berjaya!




Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Thursday 2 October 2014

Buat rumah cash vs buat rumah dengan pinjaman bank

Macam mana hari ni pembaca semua? Sudahkah anda menulis Jurnal Kesyukuran anda? Bagi yang belum mungkin boleh tulis lepas ni :)

Hari ini saya nak cerita tentang pengalaman semasa saya bekerja dahulu. Saya jarang-jarang bercerita pasal ni tapi saya rasa pengalaman ini sangat menarik. Sebab itu saya ingin kongsikan di sini.

Masa saya mula-mula bekerja dahulu, saya ditugaskan di bahagian lelongan tanah. Setelah beberapa tahun, banyak perkara yang saya dapat belajar dan boleh saya jadikan panduan untuk masa hadapan. Mungkin ramai yang tak familiar dengan lelongan tanah ni kan? Jadi saya explain serba sedikit mengikut apa yang saya tahu.

Ada 2 keadaan di mana tanah akan dilelong. Pertama, mereka yang buat pinjaman dengan mencagarkan tanah mereka. Kedua, mereka yang membuat pinjaman perumahan. Apabila peminjam gagal membayar ansuran bulanan mereka, surat peringatan akan dikeluarkan mengikut tempoh bank masing-masing.

Jika mereka masih gagal juga untuk membayar, ada beberapa proses yang akhirnya akan membawa kepada permohonan bank untuk melelong tanah/rumah berkenaan ke Pejabat Tanah. Istilah yang digunakan ialah 'permohonan perintah jual'.

Bila Pejabat Tanah menerima permohonan tersebut, Pejabat Tanah tidaklah terus mengambil tindakan untuk melelong tanah. Tetapi terlebih dahulu diadakan siasatan di mana semua pihak yang terlibat dipanggil iaitu tuan tanah (penggadai), orang yang meminjam (peminjam), bank (pemegang gadaian) dan peguam (wakil bank).

Peminjam tidak semestinya tuan tanah. Ada juga yang mencagarkan tanah suami/isteri atau ahli keluarga dan lain-lain untuk membuat pinjaman, dengan persetujuan mereka.

Semasa proses siasatan ini, macam-macam karenah yang saya boleh lihat. Di pihak Pejabat Tanah, kami seboleh-bolehnya ingin mengelakkan daripada berlakunya lelongan tanah tersebut. Yela, kesian kat tuan tanah tersebut. Tetapi dari pihak bank, masing-masing sebolehnya mahu menyegerakan tindakan lelongan tersebut. (Maaf jika ada yang tak setuju. Tapi itulah yang saya nampak sepanjang saya bekerja dahulu)

Antara tanah yang dilelong tersebut, banyak jugalah rumah yang besar dan cantik. Dalam hati saya "Sayangnya rumah besar-besar nak kena lelong. Buat apa buat rumah besar-besar dengan pinjaman yang banyak tapi akhirnya kena lelong".

Daripada situ saya terfikir, takde cara lain ke untuk beli rumah selain daripada meminjam beratus-ratus ribu tersebut? Masa tu, pada fikiran saya, mustahil untuk buat rumah secara cash. Soalan saya ni masih tidak terjawab. Tapi dari semasa ke semasa, saya dah temui jawapannya. Iaitu dengan membina rumah secara cash. Rumah tersebut mungkin tidak besar tapi buat apa ada rumah besar tetapi milik bank? Lebih baik ada rumah yang sederhana tapi milik kita sendiri.

Saya dapat jawapan ini bila saya melihat contoh di depan mata sendiri. Pertama, rumah parent kawan saya yang dibina sedikit demi sedikit bila dapat menjual lembu dan juga hasil berniaga kecil-kecilan. Tapi yang bestnya, rumah tu taklah kecil. Tapi agakan saya, sama nilai dengan banglo RM 300,000.00. Ruang tamu pun sama luas dengan sebiji rumah teres kos rendah. Dapat bayangkan tak?Tanpa membuat pinjaman bank. Best kan macam tu? Hati pun tenang bila tiada pinjaman ni.

Yang kedua, rumah di kampung saya yang juga merupakan peniaga kecil-kecilan. Rumah tersebut tak kurang besarnya. Malah tiada bezanya dengan rumah yang dibuat dengan pinjaman bank. Tapi berapa kos membina rumah tersebut, taklah saya tahu. Tak sempat nak pergi interview hehe.

Yang ketiga, rumah mak saudara saya yang dibina dengan ganjaran pencen suaminya. Masa kerja dulu tinggal kat KL tapi sekarang ni balik duduk Besut (suami dia pun orang Besut). Tak sampai RM 100,000 pun dihabiskan. Termasuk dengan upah tukang buat rumah tu. Keluasan rumahnya lebih kurang Rumah Mesra Rakyat. Bagi saya, (yang ada pengalaman menyewa Rumah Mesra Rakyat) rumah tu agak besar. Malahan, Rumah Mesra Rakyat ni lebih besar dari rumah berkembar yang saya duduk sekarang. 

Daripada contoh tersebut, dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa ada caranya jika kita mahu membina rumah secara cash walaupun mungkin proses untuk mendapatkannya agak lama. Dan kena ada tanah dulu. Yang penting, kita tidak perlu risau rumah kita akan dilelong jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti kematian suami dan lain-lain.

Saya juga berimpian untuk membina rumah secara cash suatu hari nanti. Insya Allah.

Saya harap anda mendapat sesuatu daripada perkongsian saya ini.

P/S : Tips ini mungkin tidak sesuai untuk yang tinggal di bandar besar kerana harga tanah dan rumah yang mahal. Tapi who knows? Maybe ada caranya.

Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Wednesday 1 October 2014

10 tips to a happier you!

Anda sedang happy sekarang? Jika tidak, tips ini mungkin berguna untuk anda. Tips ini saya dapat daripada salah satu emel yang saya langgani. Saya tak nak ulas panjang, cuma nak share sikit berkenaan tips no. 1 iaitu appreciate life.


Macam mana cara nak appreciate life? Iaitu dengan mensyukuri setiap perkara yang kita ada. Walaupun jika dibandingkan dengan orang lain, kita rasa sangat banyak kekurangan. Contohnya, walaupun kita kurang berharta, syukur kerana kita ada 5 orang anak. Ramai orang yang kaya kat luar sana takde anak sorang pun.



Contoh lagi, syukur kerana kita ada mata yang boleh kita gunakan untuk melihat pasangan kita, mak ayah kita, keluarga kita sedangkan ramai orang tak mampu pun nak lihat macam mana rupa isteri/suami sendiri kerana cacat penglihatan.



Seelok-eloknya, kita lakukan aktiviti ini setiap hari. Nampak macam perkara remeh, tapi sebenarnya rata-rata orang berjaya amalkan perkara ini. Dah lupa saya baca kat mana, tapi memang banyaklah kisah-kisah berkenaan bersyukur ni yang saya baca. 



Nak tahu cara saya? Saya sediakan sebuah buku yang dinamakan 'Jurnal Kesyukuran'. Seelok-eloknya setiap hari, tapi ada juga saya terlupa. Paling minimum, mungkin kita boleh tulis 3 perkara yang kita syukuri setiap hari. Bagi saya pula, saya cuba untuk tulis sekurang-kurangnya 10 perkara.


Contoh yang saya tulis :

1. Hari ini saya bersyukur kerana dapat tinggal dalam rumah yang selesa seperti yang saya inginkan.
2. Hari ini saya bersyukur kerana ada seorang anak yang comel.
3. Hari ini saya bersyukur kerana dapat mendengar motivasi daripada Prof Muhaya. 
4. Hari ini saya bersyukur kerana ada komputer yang memudahkan saya untuk update blog.





TIPS DARIPADA PROF MUHAYA


Menurut Prof. Muhaya, kajian telah menunjukkan bahawa dengan menulis 3 perkara yang kita syukuri setiap hari selama 60 hari, perubahan akan berlaku dalam kehidupan kita sebanyak 60%. Banyak tu. Jadi, bila kita dah tahu, terus praktik. Usah bertangguh. Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah. 


Mula-mula mungkin susah nak senaraikan apa yang kita syukuri, tapi lama kelamaan ia akan jadi mudah. Rupanya banyak perkara yang Allah telah kurniakan kepada kita, tapi kita tak syukuri pun. Sekecil-kecil perkara seperti dapat menghirup udara yang segar tanpa apa-apa bayaran pun. Bayangkan jika kita kena bayar setiap oksigen yang kita sedut, alamatnya tak terbayarla kita. 

Jadi, jom syukuri setiap perkara dalam hidup kita. Enjoy reading!       

Tip #1: Appreciate life ~ Develop an attitude of gratitude and count your blessings! When you start looking for things to be thankful for, you'll discover more reasons to be grateful.

Tip #2: Keep learning ~ Invest time and energy into continually learning and developing new skills. Keep your brain stimulated with exciting information and hobbies.

Tip #3: Do what you love ~ This may seem obvious, but a majority of people dislike their job! Choose a career that you enjoy and make time in your schedule for your hobbies and to pursue special interests.

Tip #4: Laugh often - Don't take life too seriously! Laugh at yourself, make light of your circumstances and infuse fun into daily activities.

Tip #5: Practice forgiveness - Holding onto anger, resentment or jealousy will only hurt you. Learn to forgive others & yourself for mistakes. Let it go and move on.

Tip #6: Meditate ~ More and more research is showing that meditation has major benefits on health and well-being. It increases positive emotions, life satisfaction and immune function.

Tip #7: Love ~ Nurture your relationships with friends & family and make it a priority to spend time with and to support your loved ones.

Tip #8: Stop comparing ~ Happy people don't waste their time worrying about what other people think, nor do they gossip. Let go of the need to judge or criticize. Instead concentrate on creating and living YOUR best life.

Tip #9: Be positive ~ Make an effort to see the glass half full and always look for the silver lining in any situation. If you notice a negative thought creeping into your mind, counteract it with a powerful, positive affirmation.

Tip #10: Surround yourself with those who lift you higher ~ Surround yourself with happy, positive people who truly want the best for you and support you on your journey to success.


Saya pengedar sah Shaklee :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Saturday 20 September 2014

Millionaire Marketing Mastery - Seminar Pemasaran Terbaik!

Saya baru je menghadiri seminar Millionaire Marketing Mastery (MMM) iaitu seminar marketing Dr Azizan Osman - Pakar Marketing No. 1 di Asia. Pada 12 hingga 14 September  2014 bertempat di Menara PGRM. Sebenarnya dah daftar masa IMKK Jun haritu lagi sebab ada special offer. Jemput baca pengalaman saya di IMKK tempoh hari :

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 1


Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 2



MMM ni dulunya dikenali sebagai Advanced Marketing Power (AMP). Pesertanya taklah seramai IMKK. In fact, seat General paling sikit berbanding seat lain. Maknanya ramai lagi yang beli tiket mahal dari tiket murah. Dan of course memang beza la bila kita duduk depan dengan duduk belakang kan? Takpe, Insya Allah kalau ada peluang lagi next time saya pasti pergi dengan tiket yang mahal hihi. Amin.

Seminar kali ni, memang saya tak miss langsung setiap patah perkataan yang Dr Azizan share. Tak pernah keluar gi toilet, keluar awal dll. Bagus tak? Hehe. Masuk bakul angkat sendiri. Tapi kalau tak ngantuk langsung tu, tipula. Berbanding masa IMKK haritu, banyak kali gakla saya keluar. Kali ni lebih fokus :)

Alhamdulillah saya telah mempelajari 300 strategi marketing dengan jayanya. Tinggal nak apply je. Banyak idea yang saya dapat. Banyak antaranya tak pernah terfikir pun. Dan tak pernah tahu. Dr. Azizan cakap, kalau kita buat betul-betul apa yang dipelajari, sekuarang-kurangnya dalam masa 3 bulan boleh nampak kesan - huru-hara, takde stok hasil daripada kempen marketing kita. Best ke best? Harapannya, saya pun begitulah. Apapun fast action, fast result


ADVANCED MARKETING POWER, MILLIONAIRE MARKETING MASTERY


Saya Pengedar Shaklee, 
Siti Nor Kamilah
SMS/Whatsapp 013-924 3387





Monday 1 September 2014

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI

Pernah baca artikel ni? Mungkin ada yang pernah baca kat fb. Saya letak dalam blog sebagai rujukan untuk masa akan datang dan mungkin juga berguna untuk anda juga. Mana tahu nanti nak beli kereta cash kan? 


CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI 


Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33
Interest : 3.5% 
Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO


Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kereta sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM 4,000 dan mula dari situ. Dengan RM 4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM 4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM 3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan balik kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM 450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta baru pun, RM 450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM 450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050

Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".

Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

SAIFUL NANG
Street Learner

* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya 

** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

Kredit : Saiful Nang


Untuk order dan pertanyaan tentang Shaklee, hubungi :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Call 09-690 5039