Showing posts with label Rahim bengkak. Show all posts
Showing posts with label Rahim bengkak. Show all posts

Monday 17 October 2016

Sakit Pada Saluran Kencing, Kencing Kotor dan Batu Karang Hilang Dengan Pengambilan Vivix

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 10: AKMAL MUSTAFA
.

[SAKIT BATU KARANG SEMBUH SELEPAS AMALKAN VIVIX]
.
cara hilangkan sakit batu karang, cara hilangkan kencing kotor,

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu. Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.
.

Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008. Kesakitan yang saya alami semakin teruk. Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.
.

Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan. Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.
.

Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang. Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15tahun. Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.
.

Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.
.

Doktor sarankan saya berhent dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee. Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.
.

Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Garlic sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang! Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C. Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak. Tapi batu karang masih ada.
.

Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang. Saya mula minum Vivix. Alhamdulilah. Bersyukur sgt asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang!  Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor. Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali. Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.
.

Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari. Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Garlic, Alfalfa, Garlic, Vita-C dan Ostematrix. Antara hyling crysis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari. Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.
.

Alhamdulilah dengan cara tu baby saya kembali menyusu macam biasa dan lepas tu saya minum sesudu kecil sekali sehari balik. Dua minggu selepas minum Vivix, perubahan ketara saya tak lagi rasa sakit dan tak selesa pada saluran kencing. Tubuh menjadi ringan dan bertenaga dan tak mudah letih. Susu badan juga semakin meriah.
.

Saya mengambil masa dua bulan makan pil dan vitamin dan 2 minggu untuk menghabiskan 1 botol Vivix. Hasil scan dan urine test kuman batu karang dan batu karang hilang. Saranan saya pada yang mengalami penyakit batu karang, cubalah berikhtiar dengan suplemen Shaklee terutamanya Vivix, kerana Vivix berfungsi membantu untuk merawat sistem dalaman tubuh badan kita.
.

Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh. Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee. Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.

Untuk order dan pertanyaan Sms/ whatsapp 013-924 3387 (Kamilah).

Saturday 6 September 2014

GLA Shaklee punca cyst atau fibroid. Benarkah?


Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.


Ok. 

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.


Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.



Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 


Luv, 

Dr. Malinda