Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday 7 November 2015

Resepi Lontong Gerenti Menjadi dan Sedap

Tajuk tak tahan tu. Sebenarnya nak bagitahu yang kalau guna resepi ni memang menjadi. 

Saya ni kan orang Terengganu. Jadi tak biasa atau boleh kata tak pernahlah makan lontong sebelum ni. 

Sehinggalah saya pergi belajar kat Melaka (MRSM Jasin) masa Tingkatan 4 dulu. Dari situlah mula belajar makan. Lama-lama jadi tersuka pulak. 

Bukan lontong je, tempe pun saya start makan kat sana la. Dan sampai sekarang boleh dikatakan tempe dan lontong ni menjadi makanan favourite saya. 

Kat Terengganu ni susah nak cari lontong. Jarang sangat ada dijual di warung atau kedai makan untuk sarapan pagi. Sebab kat sini orang makan nasi dagang, nasi minyak, nasi berlauk dan lain-lain. 

Bila dah pandai buat lontong menggunakan resepi Kak Hanieliza ni, memang resepi ni je lah yang saya guna. Family pun puji sedap. 

Saya suka masak lontong ni time raya especially sebab Ummi saya suka makan. Dah jemu asyik makan nasi minyak untuk raya. Jadi ini memang menu raya di rumah saya. 

LONTONG ATAU KUAH LODEH

Bahan sayuran :
1/2 biji kobis [potong kecil] **
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil] **
3 biji kentang [potong kecil] **
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tauhu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil] **
cili merah [hiriskan]  **
bawang besar [mayangkan] **
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

Bahan dimesinkan:
5 biji cili merah + cili api sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan lain :
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

NASI HIMPIT

Bahan :
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara :
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan seperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dalam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.

NOTA
sekiranya takde daun pisang boleh gantikan dengan plastik biasa.



Yang bertanda ** tu saya tak letak pun. Sebab orang kat rumah ni tak makan. 

Jadi kalau ada kacang panjang atau kacang buncis dan carrot pun dah memadai untuk sayur.

Nasi himpit tu pun beli yang segera je. Kadang-kadang tak letak udang pun tapi still rasa sedap. 

Saya biasa makan dengan sambal ikan bilis dan telur rebus je. Makan dengan serunding daging, rendang ayam atau kuah kacang tak pernah pulak saya try. 

Apa pun kita boleh adjust ikut tekak masing-masing. Jadi takde masalah langsung pasal ni. 

Selamat mencuba!



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Thursday 5 November 2015

Resepi Apam Pisang Tanpa Guna Telur dan Ovalette

Dah lama sebenarnya tak buat projek membuat kuih. Haritu try la buat apam pisang. Ikut resepi yang saya salin dalam buku resepi. Tapi nampaknya tak menjadi. Tak naik pun. Atau orang panggil bantat. 

2 kali try buat. Tapi still tak menjadi. Frust jugak tapi baru 2 kali kan. So google la resepi apam pisang. Tertarik dengan resepi ni sebab tak guna telur. Dan juga tak guna ovalette. 

Jadi saya simpan dulu kat sini. Nanti free boleh cuba buat sampai menjadi. 

Resepi Apam Pisang 



Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan 

Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Amie gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.


Kredit : salamisimon1.blogspot.my


Monday 15 July 2013

Resepi ESP Shaklee

Saya pasti ramai penggemar ESP tercari-cari resepi baru untuk dicuba. Sebenarnya tiada masalah untuk cuba resepi apa pun. Yang penting resepi ESP Shaklee tersebut mestilah mengikut panduan asas seperti yang saya coretkan dalam entry ini. Di sini dikongsikan resepi ESP yang lazat dan sangat mudah untuk disediakan. Anda suka yang mana satu?

1. ESP Cremo Strawberry Lassi

2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 
- Pastikan Lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar 


2. ESP & Performance Drinks Manggo Nata de Coco

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik. 


3. ESP & Performance Drinks Kurma Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air 


4. ESP & Performance Drinks Walnut Chocolate Ice Blended 

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh

5. ESP VICO Shake with Mixed Nuts

2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat

6. ESP & Performance Drinks Banana with Vanilla Ice Cream

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur




Terima kasih kepada Salwa yang berkongsi resepi ini. Selamat mencuba!

Kredit : salwasaleh.com

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 2 June 2013

13 resepi ESP yang mudah disediakan

1.    ESP + air suam/air sejuk
2.    ESP + Performance Drink Shaklee
3.    ESP + Meal Shakes Shaklee
4.    ESP + Performance Drink + Meal Shakes Shaklee
5.    ESP + serbuk koko
6.    ESP + susu tepung 
7.    ESP + susu segar (fresh milk)
8.    ESP + minuman yogurt
9.    ESP + jus buah (tembikai, oren, epal, mangga dan lain-lain)
10.  ESP + sunquick
11.  ESP + sirap bandung
12.  ESP + susu segar + oat + serbuk koko + madu (resipi Prof. Muhaya)
13.  ESP + serbuk koko + susu tepung/susu segar




Anda boleh mempelbagaikan lagi resepi ESP mengikut kesukaan anda. Selamat mencuba :)

Kredit : www.mamafaiz.com

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Thursday 30 May 2013

Resepi dalam pantang : Sambal bilis berkunyit

Menyalin dan mengumpul resepi merupakan aktiviti yang saya gemari. Membeli buku resepi pun. Cuba dan buat tu perkara lain. Yang penting ada hehe. Semalam ada terbaca tentang resepi dalam pantang yang 'simple' dan mudah untuk dibuat dalam Fanpage Pa & Ma. Diambil daripada sini. Saya kongsikan di sini, mudah-mudahan bermanfaat untuk pembaca blog ini.

Sambal Bilis Berkunyit



Menurut kajian, masalah perut buncit akibat kehamilan boleh berkekalan jika tidak diatasi dengan segera. Elakkan makanan berlemak sewaktu berpantang tetapi jangan abaikan pengambilan makanan berkhasiat.


Masa penyediaan: 30 minit

Bahan-bahannya:
 *100 gm ikan bilis
*3 sm kunyit tua dikisar halus
*3 sm lempoyang dikisar halus
*2 sudu kecil lada hitam
*2 sudu minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:
1. Goreng ikan bilis tanpa minyak.
2.Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.
3. Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
5. Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.

Selamat mencuba :)

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah