Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday 3 January 2016

Tips Supaya Tandas Sentiasa Bersih Berkilat Supaya Tak Segan Jika Tetamu Datang

Lain orang lain caranya dalam menjaga kebersihan rumah. Dan ia termasuklah menjaga kebersihan tandas atau bilik air. Dulu saya peruntukkan waktu khusus untuk cuci bilik air. 

Namun bukannya tiap-tiap minggu saya buat. Bila tandas betul-betul kotor barulah saya cuci. Dan ia biasanya hanya dilakukan pada hujung minggu. Teruk betul kan?



Namun bila sesekali tetamu datang (lebih-lebih lagi datang secara mengejut) dan menggunakan tandas yang kebetulan dalam keadaan kotor tersebut, ia tentunya agak memalukan. Bukan saya je, rasanya semua orang pun rasa macam tu jika tetamu datang tapi keadaan rumah kita agak bersepah atau kotor.  

Bila saya dapat tips supaya tandas sentiasa bersih berkilat ni, saya terus apply. Tips ni saya dapat dalam Seminar Supermommy. Tips yang beliau kongsikan sangat mudah, namun tak pernah terfikir untuk saya lakukan. Thanks Puan Husna :)

Apakah tipsnya? Senang je. Setiap kali kita mandi, ambil masa lebih kurang 5 minit je untuk cuci tandas. Sebagai contoh, hari ni kita tengok sink dah mula kotor, jadi cuci sink sambil kita mandi. 

Kemudian, bila kita mandi next time, cuci pula mangkuk tandas, atau cermin, atau lantai. Terpulang sama ada nak cuci 1 kali sehari sahaja atau cuci setiap kali kita mandi. 

Idea utamanya ialah, kita tak perlu peruntukkan waktu yang khusus untuk cuci keseluruhan tandas, atau tunggu dah kotor baru nak cuci. 

Kalau ada 2 tandas, boleh gilir-gilir. Contohnya, waktu pagi mandi di Tandas 1, waktu petang mandi di Tandas 2, sambil cuci-cuci tandas. Ataupun, hari ni mandi di Tandas 1, esok mandi di Tandas 2. 

Untuk memudahkan kerja mencuci, pastikan semua keperluan dan peralatan untuk mencuci seperti sabun dan berus disimpan dalam tandas tersebut. Tips ini juga boleh digunakan untuk bahagian rumah yang lain.  

Simple je kan tips ni? Tapi ia sangat praktikal, lebih-lebih lagi untuk mommy yang sibuk. Lepas ni, tak perlu risau lagi jika tetamu tiba-tiba datang. Sebab semuanya dalam keadaan spick and span. Suami pun mesti bertambah-tambah sayang :)



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:


Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387


Tuesday 22 December 2015

BUKU DOA

Anda ada impian? Pasti ada. Saya mempunyai terlalu banyak impian dan wishlist.

Sebelum ni, saya tulis doa secara spesifik atas kertas setelah dapat tips ni dari seorang mentor Shaklee. Dan baca list doa ni setiap kali lepas solat 5 waktu. Kertas ni saya bawa ke mana-mana termasuklah ketika bermusafir. Kerana antara doa yang tak ditolak ialah ketika bermusafir. Makin lama makin tebal kertas tu.

Jadi sekarang saya mula tulis doa-doa dalam buku ni pula. Impian saya yang terbesar untuk tahun 2016 ialah menjadi Master Coordinator Shaklee. (Antara cara untuk percepatkan usaha mencapai impian ialah beritahu impian tersebut kepada orang di sekeliling kita termasuklah keluarga dan rakan-rakan).


Antara doa yang bakal dimuatkan dalam buku ini ialah doa yang saya dapat daripada Master Coordinator Shaklee untuk melangsaikan hutang dan memperoleh rezeki yang banyak :

"Ya Allah, berikanlah secukupnya kepadaku rezeki yang halal supaya tidak sampai termakan yang haram, dan perkayakan aku dengan kurniaan-Mu, sehingga aku tidak memerlukan selain daripada-Mu." (Direkodkan oleh Tirmizi dan beliau menjelaskan hadis ini hadis hasan).

Dibaca 100 kali selepas solat tahajud atau bila-bila masa.

Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan diskaun 5%.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee  atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
Facebook : Siti Nor Kamilah


Wednesday 9 December 2015

Cara Mudah Untuk Elak Tidur Selepas Subuh Supaya Dapat Masa Ekstra



Antara masalah yang biasa dihadapi dalam kehidupan seharian ialah rasa mengantuk selepas solat Subuh. Ia lebih-lebih lagi berlaku kepada mereka yang bangun awal iaitu sebelum Subuh. Bukan mudah nak elak tidur selepas Subuh.


Bila dah tidur lepas Subuh tu, kadang-kadang terlajak sampai 2,3 jam atau lebih. Kalau digunakan sebaiknya, masa tidur tu dapat digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain yang mendatangkan faedah. Rugi sangat bila masa terbuang begitu sahaja. 




Saya juga biasa mengalami kesukaran untuk tidak tidur selepas Subuh. Lebih-lebih lagi bila bekerja sendiri di rumah. Dah cuba baca Al-Quran macam tips yang saya baca, tapi tetap tak jalan. Nak jogging atau exercise, masalahnya tak berapa rajin. 


Baru-baru ni, saya cuba ambil Cinch Energy Tea Mix sebaik sahaja bangun dari tidur atau ketika rasa mengantuk. Alhamdulillah, mata yang tak dapat nak buka jadi segar bugar balik. Taklah 3, 4 jam membazir masa dengan tidur. 




Cinch Tea mengandungi taurina yang dapat meningkatkan metabolisme dan sekaligus memberi tenaga. Ia sesuai diambil oleh semua golongan terutamanya student yang selalu study hingga lewat malam atau selalu mengantuk dalam kelas, orang yang selalu memandu jarak jauh seperti pemandu lori atau bas, atau sesiapa sahaja yang selalu rasa letih, mengantuk dan perlu tenaga ekstra. 


Ia boleh digunakan sebagai pengganti kopi, nescafe, minuman isotonik, soda atau manisan untuk galakkan kecergasan. Malah ia juga membantu dalam mengurangkan berat badan jika diambil secara konsisten. Cinch Tea merupakan salah satu suplemen dalam Set Kurus Shaklee. 
 


Beli sekarang dan dapatkan potongan harga istimewa. Untuk masa yang terhad sahaja. 


Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol Vivix
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA,
POS PERCUMA dan diskaun 5%.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee  atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Thursday 22 October 2015

8 Tips Supaya Cepat Dapat Jodoh

Ada orang yang dipermudah jalannya dalam mendapat jodoh. Ada juga orang yang dah makin bertambah usia tapi tak juga bertemu jodoh. Ajal, maut, jodoh semuanya telah ditentukan oleh Allah cuma ia boleh diubah dengan doa. Bila lihat kawan-kawan seusia masing-masing dah pun berpasangan, kadang-kadang hati kita turut terusik. Cemburu pun ada melihat kebahagiaan orang lain sedangkan kita masih lagi sendiri. 

Yang penting jangan cepat berputus asa dalam usaha mencari jodoh. Tips yang diberikan oleh Dato' Ustazah Siti Norbahyah ini mungkin boleh membantu untuk yang ingin mendapat jodoh:




1. Berdoa selepas solat lima waktu
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan jodoh. Katanya, berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

"Ketika saya di Tingkatan Satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat dan kelebihan yang terkandung dalamnya," beliau berkongsi amalannya.

2. Berdoa pada waktu tengah malam 
Menurutnya, Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadis bahawa berdoa pada waktu tengah malam (waktu qiamullail) yang mana Allah SWT mustajabkan doa sama ada hajat dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutama dalam soal jodoh dimustajabkan.

3. Doa ibu bapa
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutamanya yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan-halangan yang tertentu. 

4. Puasa pada hari lahir
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya, pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudah dan dikabulkan oleh Allah SWT. 

5. Solat sunat taubat
Beliau menyarankan agar melakukan solat sunat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa supaya diringankan jodoh. 

"Kita mahu Allah menunaikan hajat kita, tetapi kita dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi, mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon hajat," katanya.

6. Pohon restu ibu bapa
Tanyalah ibu bapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh yang terbaik kepada kita seperti yang berlaku kepada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengakui menerima kiriman surat daripada beberapa orang lelaki termasuk suaminya sendiri, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan. 

"Apabila ibu saya membaca surat yang dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di hatinya dan membenarkan saya membalas surat tersebut."

Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengirimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata, surat yang dikirimkannya itu berjaya meyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin. 

Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik dengan kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah SWT melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya. 

7. Amalkan doa-doa pilihan
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat empat untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik.


Surah Yusuf : Ayat 4

Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam Surah al-Qasas, ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya sehingga kini. 

Surah al Qasas : Ayat 24

"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat, tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat," katanya.

8. Solat hajat
Jika kesemuanya sudah diamalkan, maka langkah yang terakhir ialah melakukan solat sunat Hajat memohon agar dipermudah dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya. 

Kita sebagai umat Islam hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah SWT yang akan menentukan segala-galanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yang menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam. 

Surah Yunus : Ayat 81

Sumber : Majalah Anis, bilangan 172.

Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


  

Wednesday 4 March 2015

Tips Urus Masa Ibu Bekerja dan Surirumah Supaya Hidup Tidak Kelam-kabut

Baru-baru ini saya menghadiri Seminar Supermommy oleh Puan Husna Haron di yang diadakan di Hotel Sumai, Kuala Terengganu. Seminar ini berkenaan pengurusan masa wanita, sesuai untuk sesiapa sahaja terutamanya ibu bekerja yang sibuk dan surirumah yang merasakan hidup mereka sentiasa kelam-kabut.

Saya telah lama follow beliau melalui facebook, emel dan bila mendapat tahu beliau akan mengadakan seminar di Kuala Terengganu, apa lagi. Tentu saya tak akan lepaskan peluang ni.




Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba. Alhamdulillah tiada masalah untuk tinggalkan anak saya sebab suami ada untuk mengambil alih tugas itu :)

Sesekali perlu juga tinggalkan seketika tugas di rumah untuk menuntut ilmu dengan tujuan untuk memperbaiki diri. InsyaAllah ia pasti berguna untuk panduan pada masa akan datang.

Kenapa saya hadir seminar ini?

Kalau diikutkan, saya baru ada seorang anak dan tidaklah sesibuk mana. Saya surirumah yang bekerja dari rumah (work at home mom) sahaja. Bukannya wanita berkerjaya di luar. 

Saya hanya menjalankan satu bisnes sahaja, bukannya 3, 4 bisnes. Saya tidak pula memegang jawatan penting dalam mana-mana organisasi atau parti politik hehe.

Jadi saya hanya perlu bahagikan masa untuk keluarga dan bisnes sahaja. Tapi masalahnya, saya sering stress kerana tidak pandai membahagikan masa antara keduanya. Ni baru anak sorang, kalau anak lima tak tahu la macam mana agaknya ye.

Stress bila melihat rumah bersepah tapi pada masa yang sama belum update blog untuk mempromosikan bisnes saya. Sering merasakan tidak cukup masa untuk buat semua benda yang perlu. Nak luangkan masa untuk hobi pun jauh sekali.

Disebabkan itulah saya hadir ke seminar ini dan banyak sekali ilmu yang saya dapat. Yang paling saya suka tentunya berkenaan Law Of Attraction. Saya dapat faham dengan lebih jelas tentang cara untuk aplikasikan Law of Attraction dalam hidup saya.

Alhamdulillah ilmu yang saya dapat dalam Group Jutawan Shaklee dan seminar-seminar Dr Azizan Osman yang pernah saya hadiri sangat berkait rapat dengan apa yang saya pelajari dalam seminar ini. Saya lebih cepat faham. Rupa-rupanya inilah tips yang mentor kami dalam Shaklee selalu tekankan. Apakah tips-nya?

Tips urus masa ibu bekerja dan surirumah supaya hidup tidak kelam-kabut


Ada 2 tips penting yang dikongsikan oleh Puan Husna :

1. Jaga solat. 


Solat sempurna, awal waktu dengan wuduk yang sempurna. Khusyuk, faham maksud bacaan, postur solat yang betul dan perfect. Rajinkan diri menuntut ilmu untuk mendapat solat sempurna.

2. Baca Al-Quran dan terjemahannya.


Bawa Al-Quran terjemahan ke mana-mana sahaja dalam handbag.

Puan Husna menceritakan testimoni daripada seorang wanita yang telah mengamalkan tips ini dengan membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Kebetulan masa tu bulan puasa. Amazingly, beliau mengatakan beliau ada masa yang terlebih-lebih sekarang di mana kalau diikutkan logik, memang tak masuk akal. Bagaimana dengan membaca Al-Quran dapat memanjangkan masa kita. 

Sebenarnya panduan yang diberikan oleh Puan Husna sangat simple. Cuma perlu kekuatan untuk istiqamah. Amalkan 2 tips ini secara konsisten dan lihatlah perubahan dalam hidup kita. Insya-
Allah. Selamat beramal.

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Monday 10 February 2014

Cara Atasi Batuk Dan Hilangkan Kahak Pada Bayi

Tips ini saya ambil dari vitaminibu.com. 
Masuk hari ini sudah hampir 2 minggu Ibrahim mendapat batuk berkahak. 
Minggu lepas kami bawa Ibrahim berjumpa Dr Lim untuk diagnosis. Dr Lim mengatakan Ibrahim telah mendapat acute bronchiolitis. 
Beliau mencadangkan agar ditahan di ward. Oleh kerana dah fobia dengan kenangan lalu, maka kami meminta untuk hold dulu plan kena ward tu untuk kami cuba rawatan secara semula jadi di rumah.
Alhamdulillah Dr Lim sangat professional, beliau menghormati keputusan kami sambil memberi beberapa guidelines yang perlu kami patuhi sepanjang rawatan.
Bermula dari saat itu pelbagai teknik rawatan kami telah jalankan antaranya ; 
  1. Sedut kahak di klinik wangsa 
  2. Homeopathy 
  3. Garlic steam 
Teknik garlic steam ni sama macam teknik steam biasa cuma ada tambahan garlic oil dalam air steam tu.
Jangan cakap banyak lagi salwa, jom ajak readers layan gambar ;)

Step 1
Persediaan Garlic Steam
 Steamer – kami guna sterilizer Little Bean je…..
Garlic oil – saya guna newlife, company ni memang banyak product natural. Minyak kelapa dara pun saya guna produk mereka.
Air – sikit je dalam 3 cawan
Panaskan air dalam sterilizer, pecahkan 3 biji garlic capsule dan squeeze minyak ke dalam air. Kalau nak guna bawang putih mentah pun boleh, ketuk bawang putih dan letak dalam air.

Step 2
 Garlic Steam ready to go
Baki garlic oil tu kami sapu ke atas dada, belakang, ubun-ubun dan T-Zone Ibrahim.
Lepas tu kami urut-urut sikit belakang dia.
Kemudian untuk galakkan kahak dan hingus keluar dengan mudah, kami letak Ibrahim dalam keadaan arah ke bawah.
Nak buat begini kena hati-hati sebab kalau baby tendang kuat boleh tertolak ke depan mukanya.
Tapi suami saya kreatif, beliau guna kaki sebagai hadang.
Jadi hanya muka dan dada baby je mengadap steam.
Perlu lakukan ini dengan bantuan individu lain : sorang pegang baby dengan kemas dan seorang lagi tepuk dengan teknik percussion atau sekadar urust perlahan (Ibrahim ada masalah jantung jadi tak boleh buat percussion sangat, sikit-sikit tu boleh la)
Kalau nak effect lagi best, selubungkan dengan  kain lampin.
Masa ni memang baby meraung dengan cemerlangnya, tapi takpe wap-wap itu akan masuk dengan lebih cemerlang ke dalam saluran pernafasan yang keradangan akibat bronchiolitis, maka akan mencairkan kahak yang pekat dan kental, maka lebih mudah kahak keluar…..
sebab tu kena buat 2 orang supaya keselamatan baby terjamin sewaktu baby meronta kena wap panas.

Step 3
tepukan percussion untuk keluarkan kahak
Kalau baby yang tiada maslah jantung, ibu-ibu boleh buat percussion tap tu sambil wap sambil pembantu memegang baby dengan kemas.
Teknik tepukan percussion ni bertujuan untuk longgarkan kepadatan kahak.
Tangan perlu melengkung dan tepukan di lakukan pada kiri dan kanan dada bukan atas tulang belakang ye.
Kami buat camni dalam lebih kurang 5 minit sebelum proceed ke step seterusnya.

Step 4
 Garlic steam untuk keluarkan kahak dengan semulajadi
Inilah saat yang seronok bila kita nampak kahak-kahak dan hingus-hingus putih kehijauan keluar dengan jayanya…..
Kalau anda buat percussion tap tu lagi banyak kahak yang keluar….
sambil bersihkan kahak sambil tu tenangkan baby…..
boleh ulang step 2 – 4 sehingga tahap yang baby anda boleh tolerate
Jangan paksa baby, buat pelan-pelan pun takpe sebab taknak baby kita stress….kita nak baby yang sihat dan happy kan ;)

Final step
 selesa kahak dah kurang
Lepas dah keluar kahak dan hingus, kita boleh dengar nafas baby makin tenang dan kurang bunyi wheezing.
Bersihkan muka baby dari sebarang kotoran, tenangkan baby…..
Lepas tu bagi upah susu :)
InshaaALLAH baby akan tidur lena lepas tu :)

Lazimnya kami buat sehari 2 -3 kali.
Kalau anda baru mula nak buat, cuba dulu sehari sekali.
Dan kurangkan tidur bawah air cond sebab air cond akan menyebabkan kahak jadi likat dan susah nak keluar.
Secara asasnya dari segi luaran, saya rawat Ibrahim dengan ;
  • Garlic steam
  • Homeopathy
 Dan dari segi dalaman, saya sendiri yang mengambil inisiatif untuk makan vitamin C dan saya makan extra Shaklee Nutriferon untuk meningkatkan interferon dalam sistem pertahanan badan.

Since bronchiolitis ni viral infection, so interferon  inshaaALLAH membantu bada melawan virus secara semulajadi.
Saya makan 5 sachet nutriferon sehari, alhamdulillah walaupun sedang batuk berkahak namun Ibrahim tak demam.
Saya sangatlah takut sebab bronchiolitis ni kalau tak rawat akan menyebabkan masalah lagi serius
tambahan Ibrahim kan ada issue jantung, lagi la saya kena jaga baik-baik supaya Ibrahim sembuh dengan segera.
Semoga perkongsian saya hari ni memberi manfaat kepada pembaca kami.
Terima kasih ya kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan saya :)
Jumpa lagi dalam entry lain ;)

Sunday 9 February 2014

Tips : Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Makin hari makin ramai yang berhenti kerja makan gaji dan buat bisnes. Sama ada yang bekerja dengan kerajaan atau pun swasta. Lebih-lebih lagi mereka yang memiliki bisnes sendiri yang dijalankan secara part-time. Bisnes online terutamanya. 

Saya rasakan ia satu perkembangan yang positif dan I’m also into it. Tumpang happy bila lihat status rakan Facebook tentang ini terutamanya yang bergelar WAHM (Work at Home Mom). Ish tak sabar rasanya saya nak ikut jejak langkah mereka. Target saya – sebelum 2015. Moga Allah permudahkan.

Tapi nak berhenti kerja ni bukan senang. Banyak faktor yang harus dipertimbangkan. Mana boleh main tangkap muat. Lebih-lebih lagi jika dah berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Oleh sebab saya suka sangat dengan topik ini, saya kongsikan tips sebelum berhenti kerja yang mungkin berguna untuk pembaca semua :D :

1. Lengkapkan diri dengan ilmu melalui pembacaan sama ada buku, Internet dan sebagainya. 
Pastikan anda tahu apa yang anda buat. Sebagai contoh, saya nak bekerja dari rumah. Jadi saya banyakkan pembacaan tentang topik tersebut. Antara buku yang menjadi rujukan saya :
- 101 Idea Bisnes Dari Rumah 
- Before You Quit Your Job

2. Buat bisnes secara sambilan terlebih dahulu. 
Mula buat bisnes semasa anda masih bekerja makan gaji. Inilah cara yang terbaik. Jika hanya mula bisnes setelah berhenti kerja, banyak risiko yang terpaksa ditanggung, lebih-lebih lagi apabila anda telah kehilangan pendapatan tetap yang biasa diperolehi setiap bulan.

3. Pendapatan bisnes yang stabil. 
Letakkan target masa yang sesuai untuk anda berhenti kerja. Mungkin anda memerlukan tempoh masa 6 bulan, setahun atau lebih. Sebaik-baiknya pendapatan bisnes anda mesti melebihi perbelanjaan bulanan anda (paling minimum). Jika berkali-kali ganda, itu adalah bonus!

4. Memiliki simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. 
Jika pendapatan sebulan RM 3000.00 kita memerlukan simpanan sebanyak 3 X RM 3000.00 = RM 9,000.00. Nak lagi selamat, ada simpanan untuk 6 bulan atau 2 tahun.

5. Hutang telah dilangsaikan. 
Sebaik-baiknya hutang telah dilangsaikan. Tapi jika anda sudah pun mempunyai simpanan untuk jangka masa panjang dan yakin anda boleh membayar hutang-hutang tersebut, just go on. Proceed.

6. Bina networking. 
Penting untuk membina networking dalam bisnes. Cuba aktifkan diri anda secara offline ataupun online. 

7. Mendapat restu orang yang penting dalam hidup kita terutamanya ibu bapa.
Mungkin ramai yang mendapat tentangan daripada keluarga jika dikhabarkan tentang hasrat untuk berhenti kerja, lebih-lebih lagi jika anda dah pun mempunyai gaji yang lumayan, sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta. Tunjukkan bukti yang anda mampu hidup selesa dengan pendapatan bisnes ini. Sebagai contoh, setiap bulan anda peruntukkan RM 2000.00 untuk ibu bapa anda. Sudah pasti mereka gembira dan automatik akan merestui hasrat anda.

8. Last but not least. Solat Istikharah. 
Yang paling penting jika masih ragu-ragu mohon petunjuk daripada Allah. Dia adalah sebaik-baik tempat mengadu. 

Jika anda pasti dengan keputusan anda, teruskan. Apabila anda berazam, tawakallah kepada Allah. 

Wednesday 7 August 2013

10 Tips Sambut Hari Raya Aidilfitri Gaya Rasulullah S.A.W

Anda sedang bekerja lagi? Saya masih lagi. No worry. Kampung saya dan suami hanya beberapa minit perjalanan. Kahwin dengan orang Besut juga. Jadi memang tiada masalah langsung. Mesti ramai yang sedang menuju ke kampung untuk berhari raya bersama-sama orang tersayang. Mood happy je. Dalam kegembiraan ada juga kesedihan kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Tiada siapa yang tahu. Mudah-mudahan masih dipanjangkan umur untuk Ramadhan seterusnya. Dikongsikan cara menyambut hari raya Aidilfitri yang sebaik-baiknya mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. untuk panduan semua :

1. Bertakbir 

Firman Allah S.W.T. "Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadha), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur" (Al-Baqarah: 185) 



2. Lafaz ucapan Selamat Hari Raya 

Dinyatakan dalam hadis hasan oleh al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a. katanya, "Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalullah minna waminka' (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)." 

3. Meneruskan qiamullail 

Jika sepanjang Ramadhan kita bersungguh-sungguh di malam hari beribadah, tiada salahnya untuk diteruskan pada hari-hari lain. 

4. Mandi pada pagi hari raya 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafie, Ali bin Abi Talib r.a. pernah ditanya adakah harus mandi setiap hari?

Jawabnya, "Tidak harus. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri. Tetapi di Malaysia mandi setiap hari adalah suatu keperluan kerana keadaan iklim. 

5. Makan sebelum solat sunat Aidilfitri 

Dalam hadis riwayat Bukhari, Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma." 

6. Memakai pakaian indah 

Imam Syafie di dalam kitab al-Umm berkata, "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan tempat diadakan majlis." Tetapi bersederhana dalam berpakaian. 

7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya 

Hadis riwayat Tirmizi dari Ali bin Abi Thalib r.a., "Termasuk sunnah iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat." 

8. Mengerjakan solat Aidilfitri 

Dalam hadis riwayat Bukhari, Ibn Abbas r.a. berkata, "Rasulullah SAW telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." 

9. Bergembira di hari raya 

Hadis riwayat an-Nasai, Anas bin Malik r.a. berkata, 

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. 

Lalu baginda berkata, "Aku datang kepada kamu sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah." Sabdanya lagi, "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." 

10. Mengerjakan puasa 6 hari pada bulan syawal. 

Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." 


Kredit : Insyirah Azhar





Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

.