Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Tuesday 28 March 2017

Bagaimana Oki Setiana Dewi Apply Law of Attraction Seawal Usia 4 Tahun Untuk Menjadi Pelakon Terkenal

Semalam stumble upon satu video kat youtube tentang Oki Setiana Dewi iaitu pelakon utama Ketika Cinta Bertasbih yang menjadi fenomena suatu ketika dulu. Filem islamik dari Indonesia ni diadaptasikan dari novel penulis terkenal iaitu Habiburrahman. Memang minat sungguh la dengan filem ni dulu sekali dengan pelakon-pelakonnya. Dah lupa sama ada novelnya pun ada dalam koleksi peribadi atau tidak. Rasanya ada kut.




Apa yang saya nak cerita ialah rupanya Oki Setiana Dewi dari kecil lagi (4 tahun) dah pun apply law of attraction untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi pelakon terkenal. Macam mana tu? Beliau sering berlakon seolah-olah sedang menerima award pelakon dengan anak-anak patungnya sebagai audience. Seolah-olah beliau sedang buat ucapan di hari tersebut. Dan memegang sikat seolah-olah sedang memegang trofi yang dimenangi. Kelakar tapi ia memang berkesan sebenarnya sebagai salah satu cara untuk mencapai impian. Fake it until you make it.

Masa saya dengar beliau cakap tu, wow hebatnya. Dari sini dapat idea untuk buat perkara yang sama untuk diri sendiri dan juga keluarga. Sekarang Khadijah dah pun 7 tahun. Untuk diri sendiri pula tiada istilah terlambat kerana selagi masih hidup, kita bebas untuk berimpian.

Lagi yang menarik, beliau ada macam diari yang mencatat segala impian yang ditulis setiap hari. Bila dah capai, ticked. Dan boleh dikatakan hampir semua yang beliau tulis tersebut menjadi kenyataan termasuklah untuk menjadi pelakon. Hebat kan?

Saya dulu pun ada tulis diari tapi lebih kepada tempat meluah perasaan. Jadi bila dengar perkongsian Oki ni, rasa kena teruskan semula hobi tulis diari ni. Dari dulu lagi suka menulis sebenarnya. Boleh dikatakan apa aje yang terlintas di fikiran nak tulis. Lebih-lebih lagi to-do-list hari-hari. Wajib buat. Kalau tak, rasa tak lengkap jika semua tu ada dalam otak je dan tak ditulis.

Banyak lagi inspirasi yang boleh diambil daripada beliau. Dan juga banyak tips mencapai impian. Jomlah dengar sendiri perkongsian beliau. :)



Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order produk Shaklee dan sebarang pertanyaan.

Wednesday 1 February 2017

Jilbab Traveler : Love Sparks In Korea

Semalam tak dapat nak lelapkan mata. Akibat minum nescafe petangnya. So bangun buka komputer dan tengok cerita Jilbab Traveler : Love Sparks In Korea yang dah siap download sebelumnya. 

Filem ni diadaptasikan daripada novel Asma Nadia. Sebenarnya Kak Kam memang peminat Asma Nadia, penulis dari Indonesia ni. Dan filem ini salah satu filem dari banyak-banyak filem yang diadaptasikan dari novel beliau.

Sebenarnya lama dah tak tengok movie macam ni. Tapi sesekali best jugak bila tengok. Yang penting movie ni boleh dikatakan islamik la. Takde acting yang melebih-lebih. Dan bukan cerita mengarut. 

Bila tengok movie ni semakin membara perasaan untuk travel keliling dunia dengan orang yang tersayang. Sebelum ni tak teringin pun nak ke Korea tapi lepas tengok cerita ni terus rasa nak pergi especially nak main salji. 

Sebelum tu kita cari peta dunia dulu tampal kat dinding sambil berangan-angan nak pergi mana. InsyaALLAH destinasi pertama tentunya Mekah dan Madinah. 










Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order produk Shaklee dan sebarang pertanyaan.

Wednesday 18 January 2017

Towards Healthier Life In 2017

Dah 4 hari sebenarnya tak dapat jogging. Tahun ni azam nak jogging at least selang sehari. Kalau dapat jogging tiap hari lagi bagus. 

Sebenarnya azam tahun baru 2017 yang nombor satu ialah nak mulakan gaya hidup yang lebih sihat. Nak jadikan senaman sebagai satu rutin.

Bayangkan dah hidup 34 tahun dah tapi bersenam tak pernah dijadikan rutin. Ada sekali je istiqamah bersenam iaitu masa tanam anggur dulu. Masa tu je rajin bersenam. Maklumlah banyak masa lapang selain memasak dan kemas rumah.

Masa tu buat senaman aerobik berpandukan majalah Rapi. Ada ditunjukkan step by step. Yoga pun ada. Kak Kam buat yang paling senang je.


Alhamdulillah. Rasa best sangat. Rasa badan lebih ringan dan kulit lebih berseri. Selain itu, senggugut yang dialami pun banyak berkurang. Baru tahu rupanya bersenam bagus untuk kurangkan senggugut. Berat pun ada la jugak turun sikit.


Selain tu, bersenam ikut mood je. Time rajin buat la. Tapi kebanyakan masanya tak rajin la. Sekarang Kak Kam download video aerobik dari youtube je. Tapi still tak istiqamah.

So harapnya tahun ni dapat istiqamah untuk jogging kat tempat favourite. Sebab tubuh merupakan amanah yang perlu kita jaga tapi seringkali kita lalai.

#diarikesihatanKakKam

Pantai Bukit Keluang

Promosi Vivix bulan ini. Beli 6 dapat 7 botol. Beli 2 diskaun 5%. Ingin dapatkan Vivix Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.