Showing posts with label Success story. Show all posts
Showing posts with label Success story. Show all posts

Monday 12 October 2015

Buat Rumah Secara Tunai. Ini Mungkin Salah Satu Caranya.

Pernah tak terfikir untuk buat rumah secara tunai? Saya dulu rasa macam it's impossible. Sampai la saya jumpa contoh depan mata saya sendiri. Ada saya ceritakan dalam entry lama : Buat rumah cash vs buat rumah dengan pinjaman bank. Ia tak mustahil sebenarnya (bagi yang tak tahu la). Bagi yang dah tahu mungkin boleh anggap ini sebagai refresher :)

Baru-baru ni saya tengok sharing ni daripada seorang Master Coordinator Shaklee. Lagi la kuat keyakinan saya yang saya mampu buat rumah secara tunai. Beliau ada menceritakan bahawa beliau gunakan bonus Shaklee untuk bina rumah. 

Bonus Shaklee dibayar pada 15 haribulan setiap bulan. Jadi beliau akan bayar kontraktor setiap 16 atau 17 haribulan setiap bulan. Rumah beliau siap dalam masa 7 bulan. Dengan menggunakan bonus Shaklee. Tanpa pinjaman langsung.


Masing-masing ada sebab tersendiri bila join Shaklee atau pun mana-mana bisnes lain. Tapi jika anda berimpian untuk buat rumah secara tunai, ini mungkin salah satu caranya. Contoh dah ada depan mata. Shaklee salah satu medium untuk kita capai cita-cita dan impian. 

Macam saya sendiri, salah satu sebab saya join Shaklee ialah sebab nak jadi surirumah dengan pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan. Saya nak time freedom. Saya nak financial freedom. Ada yang saya dah capai. Masih banyak lagi yang belum jadi kenyataan. 

Nak buat rumah secara tunai dengan Shaklee? Ini bukan janji manis MLM tapi anda nak, anda buat, anda dapat. Simple je. 



Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Sunday 21 June 2015

Kisah Magik : Bagaimana Seorang Student Yang 'Stuck' Dalam Projek Ilmiah Tahun Akhir Menyelesaikan Masalahnya

Kisah ini saya ambil dari FB Dr Siti Ujila Official. Dah famous dia sekarang. Masa belajar dulu, beliau merupakan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar di MRSM Jasin (sekarang dah tukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba). 

Dulu saya tak percaya magik. Tapi kini saya percaya. Magik boleh berlaku dengan izin Allah. 

Banyak pengajaran yang saya dapat daripada kisah ini. Jadi untuk sesiapa yang sedang 'stuck' sama ada dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan lain-lain, semoga ia dapat memberi inspirasi untuk anda.

..........................................................................................................................................................

KISAH MAGIK: IMPOSSIBLE JADI POSSIBLE. APA RAHSIANYA?

Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak 'peristiwa' yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan.

Percaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada 'magik' yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu 'rahsia' kejayaan yang ramai orang tak tahu.

Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu 'q' panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah 'q' panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.

Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap.

Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut 'cara biasa' memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.

Saya tarik nafas panjang.

'Awak kena pakai magik, Zack' Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. 'Magik macamana tu Dr?'

Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:

1. Dalam masa singkat yang ada ni, give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. So saya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.

2. Jangan 'rely' kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kita anytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka.


Saya berikan beberapa contoh:

- nampak makcik cleaner, derma la kat dia.
- ngaji lebih sikit
- solat malam
- kalau beli goreng pisang, bayar lebih.
- gembirakan mak ayah, anak isteri.
- buat kerja amal. tolong orang lain.


Sebab saya percaya pesan Tuhan:

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Inilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytime benda yang 'impossible' boleh jadi possible.

Saya kata lagi...yang ramai orang sedekah..tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat. Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada 'usaha bersungguh-sungguh'. Abih-abih, doa kepada Allah.

Betul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham...yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain..on top of usahanya yang sungguh2..kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat. Nampak macam akan mengambil masa kita..yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita.

Kan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat? Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan.
Bukankah kita bertuhankan Allah yang sama?

Saya ingat lagi, saya kata pada student saya tu.."Kalau awak percaya dan buat 'formula' ni..nanti awak akan terperanjat..projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik"..sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.

Jawab beliau "Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr."

Saya tahu, dari riak wajahnya..dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu.

Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap!

Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa.

Katanya technician yang pada awalnya taknak bagi dia guna mesin disebabkan 'q' yang panjang..tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya.

Dia sibuk bercerita apa yang 'tiba-tiba' berlaku..tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-"wow" dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku.

Saya tanya pelajar saya tu "apa yang awak dah buat?" Jawabnya, "saya buat macam yang Dr cakaplah"..serba sedikit dia berkongsi cerita.

Ya Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan.

Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu.

Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej "Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)"

Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah.

Kata student saya apabila eksperimennya siap: "Apa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri"

Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macamana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.

Saya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini.


Siti Nor Kamilah
013-924 3387

Friday 3 October 2014

Hidup Susah. Selalu Gagal. Masalah Datang Bertimpa-timpa. Mungkinkah Selama-lamanya Begini?

Setiap orang di muka bumi ni ada masalah masing-masing. Kadang-kadang kita rasa hidup kita susah sangat. Miskin. Tak macam orang lain. Yang hidup kaya-raya dan senang dengan keluarga masing-masing. Jealous je kita tengok. Kita pula, masalah datang bertimpa-timpa. Lepas satu, satu. Selalu gagal dalam perkara yang kita lakukan. Kita rasa tak tenang. Kita rasa dalam dunia ni kitalah yang paling banyak masalah. 

Tapi kita mungkin lupa sesuatu. Tiada orang dalam dunia ni tiada masalah. Walau sekaya mana pun dia. Pasti ada masalah masing-masing. Kita mungkin ingat orang kaya hidup senang tapi kita tak tahu, hutang orang kaya tersebut keliling pinggang. Berjuta-juta. Berbanding kita yang tiada hutang atau pun ada hutang yang sedikit.

Adakah Selamanya Kita Akan Hidup Susah? 


Saya terbaca di facebook tentang isu kenaikan harga minyak ni. Tapi dah lupa kat mana. Ada disebut bahawa orang yang kurang berkemampuan mungkin terpaksa memberi anak mereka air sirap untuk menggantikan susu, sebab tak mampu nak beli susu yang semakin mahal harganya tu. 

Bila saya baca status tersebut, tiba-tiba saya teringat tentang kisah kejayaan bekas peserta Millionaire Marketing Mastery (dulunya dikenali sebagai Advanced Marketing Power). Sebijik dengan apa yang ditulis di facebook tersebut. Beliau yang berniaga produk kecantikan (seorang wanita) menceritakan kisahnya ketika hidup susah dahulu. 

Pada masa tu, beliau tak mampu nak beli susu anak. Terpaksa digantikan dengan air sirap atau susu pekat manis (Menangis saya dalam hati masa tu - masa sedang menaip ni pun saya rasa sebak). Sebab besarnya dugaan beliau, di kala sedang struggle untuk membina perniagaannya. 

Tapi sekarang beliau dah pun melepasi tahap sukar dalam hidupnya. Sekarang telah berjaya mengeluarkan produk sendiri, dan juga mendapat sales berjuta-juta setahun. Beliau merupakan pengasas produk Jus Sengat Dara (mungkin ada yang kenal). 

Satu lagi kisah semasa IMKK dulu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya selalu mention kelas Dr Azizan. Obses? Tak. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya tahu dan alami di mana mungkin orang lain tak tahu dan dengan sharing saya ini, mungkin memberi manfaat kepada mereka (termasuk anda).

Salah seorang yang berada di Hot Seat menceritakan bahawa sebelum dia join kelas Dr Azizan, hutang dia keliling pinggang. Beratus-ratus ribu. Dengan hutang kad kredit lagi. Masa tu dia gunakan kad kreditnya untuk join kelas-kelas di luar negara (yang tentunya sangat mahal) namun tak mendatangkan hasil pun. 

Dari situ saya terfikir, orang yang mempunyai masalah yang besar macam tu pun boleh keluar dari masalah masing-masing. Apatah lagi saya. Yang mempunyai masalah yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan mereka. 

Bila mendengar kisah-kisah macam ni, baru saya sedar. Mereka yang sukses, jutawan, multi-jutawan ni memiliki satu persamaan iaitu pernah mengalami kesusahan atau kegagalan. Kesusahan itulah yang membangkitkan semangat mereka untuk berjuang sehingga berjaya dan akhirnya mengecapi segala kesenangan yang mereka dapat sekarang. 

Kesimpulannya, jika kita rasa kita susah, bergembiralah! Kejayaan sedang menanti di hadapan. Dengan syarat kita mengambil tindakan yang sewajarnya. Bukan menunggu sahaja kejayaan datang dengan sendiri. Selamat berjaya!




Saya pengedar sah Shaklee:

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387