Saturday, 27 October 2012

7 Tips Untuk Sihat dan Bahagia - Dr Azizan Osman


Ada 7 perkara yang anda boleh buat untuk hidup sihat dan bahagia, Insya-Allah. 

1. Minum air banyak 

2. Exercise, mulakan dengan kempen berjalan kaki 30 hingga 60 minit dalam   
    keluarga anda. Ajak anak-anak anda berjalan bersama sama ada Sabtu dan   
    Ahad pagi lepas subuh atau setiap pagi/petang 3 hingga 4 kali seminggu.  
    Benda yang paling susah adalah untuk memulakan dan konsisten 
    berdisiplin. Mari kita ubah keluarga dan keturunan kita untuk hidup gaya 
    sihat. Bukan kita takut mati, tapi kita mahu hargai "pinjaman" dan amanah 
    Allah swt kepada kita dengan baik serta hidup sihat. 

3. Tidur yang cukup (Mesti tidur antara pukul 10 malam hingga 12 malam 
    supaya Liver kita dapat bekerja untuk Detox badan kita secara natural 
    dengan sempurna) 

4. Kurangkan makan terutamanya Carbo (Nasi, Tepung), gula elakkan, 
    makanan bergaram tinggi dan stop MSG. 

5. Banyakkan  makan sayuran 

6. Dapatkan khidmat nasihat pakar untuk makan supplement yg betul, bukan  
    beli daripada mereka yang promote sesuka suki melalui internet atau MLM, 
    mungkin produk mereka bagus tapi consult Doktor yang bagus dalam food 
    and nutrition. Percayalah bahawa 11 orang daripada 10 org mempunyai 
    sistem hormon dan nutrient tidak seimbang dalam badan. Masanya utk 
    repair, rosaknya sejak kecil tidak tahu, maka ia boleh menghidupkan sel 
    kanser atau melemahkan sistem imuniti. 

7. Solat Tahajud secara konsisten serta perbaiki solat kita. Betapa hebatnya 
    Islam & Rasulullah saw di mana ia membawa satu amalan yang holistik 
    dengan Lifestyle yang jika kita praktiskan dengan bagus, ia akan merubah 
    hidup kita, jasad, akal, hati dan ruh kita akan hidup serasi berdansa 
    bersama. :) Ingatan ini untuk diri sendiri. Pagi-pagi ahad ni, apakata gi 
    jalan kaki jap kat luar rumah tu! - Azizan Osman

(Sumber : Facebook)

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Friday, 5 October 2012

Elakkan Tekanan Kerja Melampau


Ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua.

















TEKANAN yang tidak diurus dengan baik menyebabkan seseorang itu membunuh diri sebagai jalan penyelesaian. - Gambar hiasan.


TUNTUTAN dunia kerjaya memerlukan perhatian dan kesungguhan walaupun adakalanya kita merungut tentang beban tugas, kekangan waktu dan persekitaran tempat bekerja.


Kita terpaksa bekerja kerana itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi menyara kehidupan dan keluarga.
Bagaimanapun, janganlah pula kita terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.
Walaupun pekerjaan memberikan kita kebahagiaan, kajian-kajian yang dibuat jelas menunjukkan bahawa pekerjaan juga 'menyumbangkan' pelbagai jenis penyakit kepada manusia, baik bersifat psikologikal atau fizikal.
Tekanan kerja yang melampau misalnya, bukan sekadar menyebabkan manusia terpaksa mengharungi kebimbangan, masalah tidur, penyakit fizikal seperti serangan jantung dan darah tinggi, malah ada yang sampai membawa ke tahap kematian.
Asia merupakan satu-satunya rantau yang memaksa manusia bekerja dengan sangat teruk.
Walaupun jumlah jam kerja ideal yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hanyalah 40 jam seminggu, didapati secara puratanya para pekerja di Asia bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, bahkan ada yang mencecah 90 jam seminggu.
Bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada pekerjaan mungkin sesuatu yang janggal dalam budaya kita. Bagaimanapun, harus diingat statistik menunjukkan pekerja di Asia sedang mengalami masalah serius.
Mati akibat kerja
Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri berlaku di Asia.
Di Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun.
Trend itu nampaknya sedang merebak ke beberapa negara lain di Asia. Semua ini bermula dengan jumlah masa bekerja yang mencapai tahap optimum. Mereka mengalami burnout dan kemurungan teruk yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
Sebenarnya, negara kita juga sedang menghadapi masalah yang sama. Laporan Kementerian Kesihatan misalnya menunjukkan kadar prevalen kemurungan dalam kalangan golongan dewasa mencapai 1.8 peratus.
Walaupun ia mungkin diakibatkan oleh pelbagai sebab, tetapi salah satunya mungkin berpunca oleh pekerjaan.
Malangnya, dalam konteks budaya kita, aspek kesihatan psikologikal ini tidak dianggap sebagai isu besar.
Apabila berlaku tekanan kerja seperti kemurungan, rasa cemas dan tidak dapat tidur malam misalnya, banyak daripada kita mengambil jalan mudah dengan membuat kesimpulan bahawa individu tertentu terkena gangguan makhluk halus atau buatan orang.
Jarang yang cuba berfikir bahawa mereka mungkin sedang mengalami gangguan yang berpunca daripada bebanan pekerjaan.
Ini menjadikan, ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua.
Sekiranya tidak diatasi, ia akan menyebabkan penyakit yang lain termasuklah darah tinggi, serangan jantung atau penyakit fizikal yang lain.
Kajian-kajian juga merumuskan bahawa pekerjaan adakalanya menyebabkan rumah tangga terganggu, khususnya apabila emosi negatif yang timbul akibat oleh pekerjaan dibawa pulang ke rumah.
Perasaan marah atau tekanan yang berlaku di tempat kerja kemudiannya telah menyebabkan keluarga dan anak-anak menjadi mangsa.
Salah satunya ialah melalui contagion effects. Sindrom ini berlaku apabila seseorang mengalami perasaan negatif seperti murung dan perasaan kemudiannya dipindahkan kepada pasangan atau keluarga mereka di rumah.
Pergilah bercuti
Salah satu langkah yang boleh diambil termasuklah bercuti. Hal ini kerana bercuti didapati mampu menghindar kita semua daripada diserang pelbagai penyakit psikologikal termasuklah kepenatan dan kemurungan.
Salah satu teori yang selalu dikemukakan bagi mengupas isu berkenaan ialah Conservation of Resources Theory.
Teori itu menerangkan mengenai pekerjaan yang menyebabkan manusia mengalami pengurangan 'tenaga' psikologikal dalam diri. Ia mencetuskan tekanan kerana manusia tersebut perlu berjuang untuk mendapatkan tenaga yang hilang.
Bagaimanapun, dengan bercuti, ia mampu mengembalikan tenaga psikologikal tersebut.
Semoga kita sentiasa menghargai peluang bercuti apabila tiba waktunya. Kesempatan tersebut melupakan kita seketika dengan kesibukan dunia pekerjaan dan memulihkan semula tenaga kita untuk menghadapi dunia pekerjaan.
Sumber : Kosmo Online (24 September 2012)

Nota : Vitamin B-Kompleks juga dapat membantu menangani tekanan.



Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...