Showing posts with label Turunkan Berat Badan. Show all posts
Showing posts with label Turunkan Berat Badan. Show all posts

Wednesday 5 September 2018

Weight Loss Journey Day 8 : Alhamdulillah

Dah banyak hari tak berupdate blog. Hari ni dah hari ke 8. Baru seminggu sebenarnya kalau ikutkan sebab hari ke 2 hujan. 

Alhamdulillah, walaupun mampu briskwalk je, memang best la bila buat waktu malam. Suasana tenang je. 

Tentang weight loss tu, tak ambil pusing sangat. Ya memang niat asal nak kurus. 

Tapi yang paling penting nak istiqamah exercise setiap hari tanpa gagal kecuali tidak sihat atau ada hal yang tidak dapat dielakkan contohnya hujan. 

Sebenarnya saya letak dalam vision board 2018 untuk exercise/jogging setiap hari tanpa miss. Kalau takleh jogging, workout kat rumah je. Tengok exercise kat youtube. 

Tapi susah benar nak istiqamah. So ambil keputusan untuk start jogging/briskwalk waktu malam kat taman perumahan ni je. 

Lagipun, cuma tinggal lebih kurang 4 bulan je lagi nak habis 2018 ni. Tak nak sia-siakan masa yang berbaki. 

InsyaAllah mesti mampu capai target weight loss secara sihat. 



Thursday 30 August 2018

Weight Loss Journey Day 2 : Kenapa Saya Suka Jogging Malam

Alhamdulillah hari ni Day 2. Semalam sedang bersiap-siap nak keluar, hujan pula tiba-tiba. So tak berjaya la misi semalam.

Hari ni dah mula jogging sikit-sikit, bukan setakat brisk walk je. Best sangat perasaan tu.


Rupa-rupanya best la jogging malam-malam ni. First, sesuai sangat dengan orang yang pemalu macam saya ni.

Saya tak suka jogging tempat ramai orang. Especially bila ada orang lelaki. Rasa tak selesa sangat.

Kedua, tak perlu fikir pasal sunblock. Kalau jogging pagi atau petang, ada cahaya matahari.

Jadi tak nak sunburn wajib pakai sunblock. Kalau tak, hitam la hehe. Bukan tu je sebenarnya.

Terdedah risiko untuk dapat penyakit kanser. Bukan main-main.

Ketiga, dapat jogging dengan aman sebab malam-malam ni semua orang dah pun duduk dalam rumah. Tak banyak kereta yang lalu-lalang.

Sunyi je. Tapi InsyaAllah selamat. Sebab taman perumahan ni gated and guarded.

Keempat, exercise malam ni tak banyak beza pun dengan exercise siang. Sama la macam orang pergi gym, pergi main badminton malam-malam.

InsyaAllah selamat. Cuma the best option semestinya exercise waktu pagi la.

Kelima, boleh jogging lebih lama. Ye la takde benda nak dibuat dah malam-malam ni. Tidur je.

Jadi boleh spend time lebih lama untuk jogging.

Excited betul nak teruskan habit baru ni secara istiqamah.

Saturday 13 May 2017

Berat Badan Ideal

Rasanya belum sampai sebulan saya start istiqamah exercise. Tapi dah banyak perubahan yang saya alami. I like. 

Masa awal-awal dulu, susah nak berpeluh. Kadang setengah jam dah exercise tapi belum berpeluh pun. Sekarang, exercise sekejap pun dah berpeluh. 

Dulu ada juga la rasa sakit urat atau mungkin lebih tepat lagi sakit otot masa mula exercise. Kini dah banyak sangat kurang. 

Dulu pergerakan semasa solat agak sukar. Tapi kini rasa jauh berbeza. Nak rukuk, nak sujud, bangun dari sujud lebih mudah untuk dilakukan. Amazing. 

Dulu selalu rasa stress. Kini tidak lagi. I feel great. 

Dulu susah nak bangun qiamullail. Sekarang lebih mudah, walaupun tidur agak lewat. Yang ni memang saya rasa syukur sangat. 



























Dah dapat rasa lemak sekitar paha dan perut makin berkurang. Tapi bila timbang, berat tak turun pun. Pelik. Rupanya sebab lemak dah hilang tapi diganti dengan otot. 

Overall saya rasa sangat enjoy bila lakukan exercise ni. Semoga saya terus istiqamah untuk mencapai berat badan idaman iaitu 55 kg. 


Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah 

Tuesday 6 December 2016

19 Sebab Tubuh Kita Perlu Detoks


🍋🌶 Saya tinggal atau bekerja di kawasan yang penuh dengan pencemaran dengan asap yang banyak dan udara yang kotor
🍋Saya seorang perokok / terdapat perokok di sekeliling saya
🍋 Saya exercise kurang daripada 3 kali seminggu
🍋 Saya selalu tidur kurang daripada 6 jam sehari
🍋 Saya selalu terganggu/terjaga semasa tidur
🍋 Saya selalu ambil fast food, makanan berlemak, makanan bergoreng dan makanan separa masak
🍋 Saya tidak makan secara berlebihan tetapi berat badan saya tetap bertambah
🍋 Saya selalu mengidam makanan manis
🍋 Saya selalu minum arak
🍋 Saya tinggal di persekitaran dan gaya hidup yang sering menyebabkan stress
🍋 Saya selalu alami masalah sembelit
🍋 Saya selalu rasa kembung perut, gas dan tidak hadam selepas makan
🍋 Saya ingin mengatasi masalah nafas berbau
🍋 Saya risau tentang masalah bau badan saya
🍋 Saya selalu rasa letih dan tidak bertenaga
🍋 Saya mudah tersinggung dan moody tanpa sebab
🍋 Saya alergik terhadap makanan dan mempunyai masalah kulit ( ruam-ruam, ekzema, jerawat dan lain-lain )
🍋 Saya sering sakit kepala dan migrain
🍋 Saya sukar untuk fokus dan menghadapi masalah dalam mengingat

Cuba check. Daripada 19 ni berapa skor anda? Kak Kam pasti paling kurang pun mesti ada satu. Betul? Mudah tersinggung pun tanda tubuh banyak toksin tau. Macam mana kita dapat toksin ni? 

Daripada bahan kimia, pestisid, air tercemar dan tidak bertapis, pengawet makanan, logam berat dan radiasi elektromagnetik. 

Ia terdapat dalam makanan, air, dan produk penjagaan rumah. Toksin yang terdapat dalam tubuh berkumpul dalam usus, hati, buah pinggang, sistem limfa dan tisu lemak.

Shaklee pun ada program detoks yang tersendiri, unik dan eksklusif serta tidak sama dengan mana-mana program detoks lain. Ia disediakan oleh pakar nutrisi Shaklee sendiri.

Program detoks Shaklee terdiri daripada mealplan khusus, exercise dan juga suplemen. Barulah lengkap.

Suplemen dalam Set Detoks Shaklee ialah :
1. Alfalfa - Detox darah
2. Herblax - Detox usus
3. Peppermint ginger- Detox buang angin
4. Vivix - Detox sel
5. DTX Complex - Detox hati


kenapa detoks, set detoks shaklee


Ramai yang telah dapat manfaat daripada program detoks ni. Kalau dah try macam-macam cara tapi still tak dapat turunkan berat badan, anda perlu tahu yang anda perlu detoks. Tau kan nak hubungi Kak Kam macam mana ? SMS atau whatsapp 013-924 3387. Jom detoks!

Saturday 18 June 2016

Turun Berat Badan Selepas Bersalin Dengan Set Menyusu Shaklee

Ayang nak ke baju tu? tanya suami kat aku. Seolah-olah faham akan keinginan aku. Yerlah mau dia tak faham berapa kali aku dok belek. Kalo nak ambik ler sambung suami aku. Haha serupa orang ngantuk disorong bantal ler. Tak dan nak kata apa dah aku terus pi try pakai kat bilik persalinan. Mulut dok qenyeh tak abis lagi serupa kerang busuk dah. 

Wei. awat sendat pulak ni, nampak size baju ni dah besar awat dok ketat jugak. Memang stress dah berkenan tapi jadi sarung nangka plak, tengok kat cermin. ishh tak sangka badan aku makin membesar.

Bila keluar bilik persalinan suami tanya. camna ok dak ambik la dah berkenan. Wei lagi stress dibuatnya, nak bagitau pun segan kata KETAT. Last- last jawap kat dia tak jadilah labuh sangat. nak alter pun payah. Hahaha apa punya alasan daa. Agaknya dalam suami aku mesti kata. hah lega selamat duit aku.

Zaman aku belum kawin dulu aku ni kurus, tapi bila dah kawin dah beranak pinak, berat badan aku makin naik. Naiknya pulak berpuluh kg. Bayangkan dari 49kg naik sampai 75kg. Hah???terkejut kan. Jangan kata anda terkejut aku sendiri pun terkejut beb!

Abis tu nak beranak lagi ni macam mana??? Sib baik ada kawan rekomen kan set kurus shaklee dari last hamil berat 84 kg turun 58 kg.

Awat anda tak caya ka? Mai nk tunjuk gambaq. Pasni anda boleh pikir sendiri k. Ni ler produk shaklee yang aku ambil. Mak oii!!! Anda jangan melatah plak bila tengok banyak lagu ni. Jenuh nak makan. Dalam ni ada set bersalin, set penyusuan dan set KURUIH orang kedah kata k.

SOFFIAH









Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

 Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387

Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin Dengan Cara Yang Selamat dan Berkesan

BERAT SENANG TURUN SELEPAS BERSALIN


Assalamualaikum . Saya Ainul Mustafa ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi pengalaman saya makan set hamil dan berpantang Shaklee.

Semasa melahirkan anak pertama, saya belum berjumpa Shaklee. Sepanjang hamil berat naik 13kg dan selepas habis berpantang 44 hari berat hanya turun 9kg.

Anak pertama saya sudah 1 tahun pun berat saya susah sangat nak turun. Pelbagai cara , product saya guna tetapi hasilnya kurang berjaya malah akibatnya berat makin naik dan susu ibu makin berkurang

Semasa hamil anak ke dua, saya makan set Hamil Shaklee secara konsistent. Alhamdulillah sepanjang hamil tiada masalah dan berat naik 5kg sahaja sepanjang hamil. Tetapi berat anak kedua lebih dari anak pertama

Dalam tempoh berpantang juga, saya hanya mengambil set berpantang Shaklee. Susu banyak, luka cepat sembuh dan anak saya yang kena jaundice pun cepat pulih.

Paling best sekali, seminggu berpantang berat saya sudah hilang 8kg, Naik 5kg turun 8kg. Habis sahaja berpantang berat saya makin turun malah lebih kurus dari sebelum hamil.

Sekarang anak sudah 1 tahun pun berat masih boleh lagi maintain, susu pun masih meriah. 

Set hamil dan berpantang yang menjadi pojaan ramai wanita sekarang.

AINUL FADZILAH



















Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 0139243387

Monday 6 June 2016

Turun Berat Badan Dengan Set Menyusu Shaklee Tanpa Perlu Berlapar


Assalamualaikum.



Permulaan perkenalan saya dengan shaklee bermula dengan set menyusu bajet iaitu ESP dan Alfalfa. Saya mula ambil sejak anak berumur 6 bulan. Iaitu Januari 2014.


Mula2 memang join juga untuk bisnes tapi tak berapa aktif sangat sekadar rajin2 buat malas2 tinggal. Begitu juga dengan pengambilan vitamin-vitamin shaklee. Saya tak konsisten makan.


Sampailah satu ketika saya konsisten makan set menyusu ni saya dapat rasa sendiri susu cepat penuh dan banyak kali alami bengkak susu. Akhir tahun 2014 nih dalam bulan disember tu saya nekad konsisten makan ESP, Alfalfa, Lecithin,Ostematrix dan juga Bcomplex sebab nak atasi masalah bengkak susu saya.


Alhamdulillah sejak konsisten makan set menyusu ni memang rezeki anak saya melimpah2. Bila start susu membengkak saya konsisten ambil Lecithin Ostematrix dengan Bcomplex nih. 


Dan saya tak sangka bila start saya konsisten dan tambah dengan vitamin2 lain yg saya ambil juga saya dapat semula berat saya sebelum saya mengandung dulu dan saya dapat rasakan badan saya lebih bertenaga dan kesan kepada anak saya juga kulit yang mulus dan cepat kenyang.


Dan Alhamdulillah bila saya dapat rasakan shaklee effect yang saya alami tu saya semakin excited nak berkongsi dengan ramai orang dengan setulus hati saya betapa bagus dan berkesannya vitamin shaklee nih sampailah keluarga saya juga turut mengamalkan vitamin shaklee ini dan buatkan saya teruja mencuba semua vitamin shaklee.


Yang paling saya suka bekas jahitan kesan bersalin ceaserian tiada lagi dan rasa sakit nyilu pada bahagian operate bersalin tu tiada lagi sejak saya konsisten dengan tambahan Vitamin C.


Alhamdulillah kini anak saya Adam Khalish dah masuk 2 Tahun 5 Bulan dan masih menyusu sepenuhnya dan juga mengambil makanan pelengkap yang lain termasuk vitamin shaklee kanak-kanak.


Berat sebelum saya tu ketika anak saya berusia 10 Bulan dan berat sekarang masih maintain. Dari hanya set menyusu bajet saya kini ambil set menyusu lengkap shaklee. Dan saya sangat-sangat berpuas hati.


Dari hanya nak ambil set menyusu tak sangka saya dapat semula berat asal saya sebelum hamil tanpa perlu berdiet ikat perut. Siapa kata ibu menyusu tak boleh tampil kurus bergaya kan. Saya dah buktikan berat saya maintain dengan shaklee.

Alhamdulillah.


FITRIYATUL ASYIQIN




Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah