Showing posts with label Pantang. Show all posts
Showing posts with label Pantang. Show all posts

Saturday 15 October 2016

Sakit Bersalin Czer Walaupun Dah 2 Minggu Bersalin Hilang Dan Luka Bersalin Cepat Sembuh Dengan Vivix

Saya tak tahu macam mana rasanya bersalin czer sebab tak pernah alami lagi.

Tapi ramai kata czer ni lagi sakit dari bersalin normal. Betul ke? Huhu.

Ini perkongsian pengalaman Puan Nurul Aziyana yang mengalami kesakitan yang amat sangat selepas bersalin czer.

Jemput baca =)

TESTIMONI 15: NURUL AZIYANA
.

[LUKA CZER SEMBUH DENGAN CEPAT SELEPAS AMALKAN VIVIX]
.

vitamin untuk ibu bersalin czer














Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampIr 4 tahun. Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.
.

Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee. Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.
.

Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua. Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu. Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.
.

Saya hanya mampu makan panadol. Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.
.

Minggu pertama sangat hazab. Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.
.

Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan. Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.
.

Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee. Sejak hari pertama saya ambil ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka) , GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik, VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga, OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang), LECITHIN untuk bengkak susu.
.

Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya. Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat. Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.
.

Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan. Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya. Selepas 3 hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit. Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memnag rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.Sangat menyesal.
.

Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah denganVivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni. Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.
.

Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer.
Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya. saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.
.

Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik. Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan. Terbaik sungguh!

Harga sebotol Vivix RM 475 termasuk pos.

SMS/Whatsapp 013-924 3387 (Puan Kamilah) untuk order Vivix dan sebarang pertanyaan.


Thursday 11 February 2016

Bahaya HB Low Semasa Mengandung dan Cara Atasinya

HB low merupakan antara masalah yang paling kerap 
dialami oleh ibu hamil.

Jangan pandang ringan masalah ini kerana ia boleh
 menyebabkan : 

- ibu sentiasa letih dan selalu pitam

- bayi tidak cukup berat badan

- kelahiran bayi pramatang (tak cukup bulan)

- tumpah darah semasa bersalin

- pertumbuhan janin terbantut

dan banyak lagi kesan negatif.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Ikuti pengalaman ibu ini menyelesaikan masalah hb rendah beliau.





Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan. 

Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’. Bila ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari apa-apa supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2. Depan mata dah ada pun. Saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau. 

Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengahnya saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrix. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi apa rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy saya mengalami sakit-sakit badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang-kadang tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrix secara konsisten hilang segala sakit-sakit badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa! 

Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boleh tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luka/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupakan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2...

Masa usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran-jiran yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentua saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….

Ostematrix juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrix sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya...

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok-tompok dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata.

Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok-tompok/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu-malu nak keluar. Hihiii.

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin. 

Alhamdulillah… Sekian terima kasih Shaklee…


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Thursday 30 January 2014

Luka Jahitan Bersalin Terbuka? Cegah Sebelum Terlambat

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak merupakan saat yang paling dinantikan oleh seorang ibu. Memang teruja untuk menyambut kedatangan cahaya mata, lebih-lebih lagi mereka yang hamil buat pertama kali. 

Namun di sebalik keterujaan tersebut, ramai yang berasa takut untuk melahirkan, setelah mendengar pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Contohnya proses bersalin yang menyakitkan, layanan daripada pihak hospital yang kurang memuaskan dan macam-macam lagi. 

Macam tulah juga perasaan saya semasa mengandungkan anak yang pertama. Bercampur baur. Excited! Dan dalam masa yang sama, takut! Macam-macam cerita didengar daripada rakan sekerja yang rata-ratanya boleh dipanggil 'makcik'. 

Yang tak bestnya, banyak yang negatif daripada yang positif. Sedikit sebanyak rasa takut itu menguasai diri saya, melebihi rasa 'excited' (ni yang tak best ni). Rasa macam tak nak bersalin pun ada (boleh gitu?).

Dalam masa yang sama saya banyak layari blog tentang kehamilan dan saya dapati ia sangat membantu 'first-time mother' seperti saya. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit saya dapat atasi ketakutan saya tersebut. 

Saya juga ada mengaplikasikan kaedah Law of Attraction untuk proses bersalin tersebut (tak dapat nak kongsikan gambar buku tersebut. Kalau jumpa nanti saya tampal di sini). Walaupun tak semuanya sama seperti yang saya gambarkan, ia membantu saya melalui proses bersalin dengan lebih baik.

Oh panjang pulak 'intro'nya. Sebenarnya topik perbincangan kita pada hari ini ialah tentang luka jahitan bersalin terbuka. Luka jahitan bersalin di sini dimaksudkan dengan kelahiran secara normal iaitu luka episiotomi. Pernah alami tak perkara macam ni (luka jahitan terbuka)? 

Bagi mereka yang pernah mengalaminya pasti tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Ngeri. Fobia. Serik. Semua ada. Bagi yang mengalami luka jahitan bersalin terbuka tapi tidak perlu dijahit semula, memang tiada masalah. Tapi bagi mereka yang terpaksa dijahit luka buat kali kedua, ramai yang mengatakan rasanya seperti bersalin dua kali. Mana tak ngeri.


Sebenarnya, luka jahitan bersalin terbuka merupakan perkara yang biasa berlaku. Mari kita lihat faktor-faktornya : 

Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul. - Majalah Pa & Ma, Oktober 2012

Tujuan saya berkongsi tentang masalah ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan pembaca semua. Saya cuma ingin berkongsi masalah yang mungkin berlaku selepas bersalin. Macam-macam versi saya dengar. Ada yang mengatakan jika prosedur menjahit jahitan yang terbuka tersebut dilakukan di hospital kerajaan, ia dilakukan tanpa bius. 

Yang kena bius  pun dah rasa sakit yang amat, kalau tak bius, tak dapat saya gambarkan keadaannya. Sebab itulah saya ingin berkongsi testimoni pengguna ini yang mengalami luka bersalin yang lambat sembuh sehingga menyebabkan ianya berkemungkinan perlu dijahit semula. 



Dengan pengambilan set bersalin Shaklee yang mengandungi Vitamin C dan Zink, insya Allah ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sekaligus mengelak daripada risiko jahitan terbuka. Namun begitu, saya tidaklah memberi jaminan 100 % masalah jahitan terbuka tidak akan berlaku jika mengambil set bersalin Shaklee. Apa yang boleh kita lakukan cuma sebagai precautions atau langkah berjaga-jaga. 





Jom lihat testimoni dari pengguna yang sangat berpuas hati dengan Set Pantang Shaklee :




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Selamat melalui tempoh kehamilan yang menyenangkan buat semua bakal ibu di luar sana. Saya doakan semuanya baik-baik aje. 




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Thursday 30 May 2013

Resepi dalam pantang : Sambal bilis berkunyit

Menyalin dan mengumpul resepi merupakan aktiviti yang saya gemari. Membeli buku resepi pun. Cuba dan buat tu perkara lain. Yang penting ada hehe. Semalam ada terbaca tentang resepi dalam pantang yang 'simple' dan mudah untuk dibuat dalam Fanpage Pa & Ma. Diambil daripada sini. Saya kongsikan di sini, mudah-mudahan bermanfaat untuk pembaca blog ini.

Sambal Bilis Berkunyit



Menurut kajian, masalah perut buncit akibat kehamilan boleh berkekalan jika tidak diatasi dengan segera. Elakkan makanan berlemak sewaktu berpantang tetapi jangan abaikan pengambilan makanan berkhasiat.


Masa penyediaan: 30 minit

Bahan-bahannya:
 *100 gm ikan bilis
*3 sm kunyit tua dikisar halus
*3 sm lempoyang dikisar halus
*2 sudu kecil lada hitam
*2 sudu minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:
1. Goreng ikan bilis tanpa minyak.
2.Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.
3. Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
5. Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.

Selamat mencuba :)

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah