Tuesday 3 July 2018

Ada Ke Farmasi Yang Menjual Produk Shaklee?

Pasti ramai yang nak beli suplemen Shaklee tapi menghadapi kesukaran kerana ia tidak dijual di farmasi, Guardian atau Watsons. Kalau ada pengedar Shaklee berdekatan pun, kadang-kadang takde stok suplemen yang kita nak tu. 

Selain itu, ramai juga yang nak jimat kos pos, nak cod sahaja. Jadi hari ni saya nak cerita kenapa Shaklee tak dijual di farmasi. 




Sebenarnya, Shaklee merupakan syarikat multi-level marketing (MLM). Penjualannya hendaklah melalui pengedar yang sah, atau pun di cawangan-cawangan Shaklee (tak semua negeri ada cawangan Shaklee). Sama la macam Avon, Tupperware. Yang berbezanya ialah, macam Avon dan Tupperware outletnya lebih banyak. 

Tak macam Shaklee. Takde outlet (kecuali cawangan). Yang ada hanya pengedar Shaklee (tanpa kedai) yang biasanya beroperasi dari rumah sahaja. Kalau google boleh la jumpa pengedar Shaklee ni. 

Jadi kalau pernah nampak Shaklee dijual di farmasi, toko jamu, pasar malam dan sebagainya, anda perlu tahu bahawa perbuatan tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Shaklee. Maknanya ia dijual secara illegal (tak sah). 

Vitamin Shaklee yang dijual di platform seperti Lazada dan Shopee juga termasuk. Ini kerana pihak Shaklee melarang penjualan vitamin Shaklee di paltform tersebut. 

Usah terpedaya dengan harga yang ditawarkan yang jauh lebih murah daripada harga sebenar hingga kadangkala tak masuk akal. 

Dan pihak syarikat juga tidak menjamin keselamatan atau kualiti produk yang djual secara tak sah ni. Berbanding jika beli melalui cawangan Shaklee atau pengedar Shaklee yang sah. 

Kalau dapat produk expired (akibat lambakan stok yang tak terjual) atau pun produk yang dah rosak, semua itu terpaksa ditanggung oleh customer. Bukan lagi tanggungjawab syarikat. Sebab tu lah kena dapatkan daripada pengedar yang sah atau di cawangan Shaklee. 

Kenapa Shaklee dijual secara MLM? Kerana pengasas Shaklee iaitu Dr. Forest C. Shaklee mahu produk Shaklee sampai kepada customer dengan konsultasi yang betul. Bukan main jual je. Setiap pengedar Shaklee hendaklah memberi konsultasi termasuk cara makan yang betul, follow up dan sebagainya untuk memastikan setiap customer mendapat kesan yang diingini dengan pengambilan suplemen. 

Jadi inilah sebabnya. Dengan pembelian setiap suplemen Shaklee, kita akan mendapat konsultasi percuma. Sebarang masalah atau kemusykilan boleh rujuk pengedar Shaklee tersebut. 

Tapi pastikan beli daripada pengedar Shaklee yang betul. Yang betul-betul menjalankan bisnes Shaklee.

Jika anda susah nak dapatkan suplemen Shaklee, jangan risau. Saya boleh poskan ke mana sahaja anda berada. Berserta dengan konsultasi percuma. 

Konsultasi ni yang mahal sebab tak semua pengedar Shaklee dapat beri konsultasi yang betul. Ada yang sekadar menjual sahaja. 


No comments:

Post a Comment