Showing posts with label Protein. Show all posts
Showing posts with label Protein. Show all posts

Monday 16 March 2015

Kelebihan ESP Shaklee Yang Tiada Pada Produk Soya Jenama Lain

Bila sebut soya mungkin ada yang takut nak ambil lebih-lebih lagi apabila baca banyak artikel di internet tentang keburukan soya. Agenda Yahudi untuk merosakkan umat Islam, boleh menyebabkan kanser, cyst dan macam-macam lagi.

Dan mungkin ramai yang terus percaya tanpa mengetahui tentang fakta sebenar. Sebenarnya terdapat dua jenis soya di pasaran iaitu soya GMO (yang diubah suai secara genetik) dan soya non-GMO (tidak diubah suai secara genetik).

Yang mana satu membahayakan kesihatan manusia? Tentunya soya GMO. Manakala ESP Shaklee pula dihasilkan daripada kacang soya non-GMO yang ditanam secara organik.

Inilah kelebihan ESP Shaklee yang tiada pada produk lain seumpamanya. Setiap 1 tin ESP Shaklee (850 gm) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya asli. Banyak kan?

Jadi, jika memang amalkan pengambilan protein soya, cuba check sama ada produk tersebut menggunakan soya GMO atau non-GMO. Dan jika ia terbukti soya GMO, masih belum terlambat untuk bertukar kepada non-GMO soya iaitu ESP Shaklee.

Thursday 17 October 2013

Cara Untuk Lebih Langsing Dalam Masa Sebulan

Bercakap tentang langsing atau kurus, saya pasti semua orang nak kan? Kecuali untuk yang underweight. Tapi, masalahnya bukan mudah nak turunkan berat badan ni. Dan yang lebih susah lagi kalau nak kurus atau langsing dalam masa yang singkat. 

Tapi when there's a will, there's a way. Terdapat beberapa perkara yang perlu diubah dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Kunci kejayaannya ialah konsisten dalam melakukan perubahan tersebut sehinggalah anda melihat hasilnya. Di sini dikongsikan cara untuk lebih langsing dalam masa sebulan dengan menjaga diet anda :

Langkah 1

Banyakkan pengambilan protein dalam diet seperti daging, telur, ikan dan kekacang. Satu keping roti mempunyai nilai kalori yang hampir sama dengan satu hidangan dada ayam, namun pengambilan dada ayam membuatkan anda kenyang dua kali ganda berbanding dengan roti.

Langkah 2

Elakkan pengambilan fast carbs dalam diet. Fast carbs ialah makanan dengan glisemiks indeks (GI) yang tinggi terutamanya makanan terproses. Contoh fast carbs ialah nasi, roti, pasta, makanan bergoreng, gula-gula dan  ubi kentang. Sebaliknya, lebihkan pengambilan slow carbs seperti sayur-sayuran, susu, kekacang contohnya kacang soya dan bijirin. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras insulin dalam darah secara mendadak dan memberi rasa kenyang lebih lama.

Langkah 3

Mulakan rutin pemakanan yang sama. Makan makanan yang sama sepanjang minggu merupakan cara yang paling mudah untuk mengelak godaan terhadap makanan. Cari hidangan makanan yang sihat yang anda gemari dan nikmatinya. Mungkin menunya agak membosankan, namun lama-kelamaan anda akan terbiasa dengannya.

Langkah 4

Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Ambil 4 hingga 6 hidangan sehari berbanding 3 hidangan makanan berat yang biasa diamalkan. Makan dengan lebih kerap juga meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Langkah 5

Jangan 'minum' kalori. Jangan ingat makanan sahaja mempunyai kalori. Kalori juga terdapat dalam secawan kopi. Atau segelas Milo. Secawan kopi mempunyai 60 kcal dan segelas Milo mempunyai 150 kcal. Jika anda boleh mengurangkan minuman yang berkalori tinggi, lebih cepat untuk anda mencapai berat badan idaman. Contoh minuman yang bebas kalori ialah air kosong atau air mineral iaitu 0 kalori. Jadi anda tahu apa yang perlu anda buat kan?



Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 0139243387


Monday 24 June 2013

Vitamin untuk ibu mengandung (Trimester pertama)

Saat yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga ialah saat menimang cahaya mata. Tetapi sebelum itu bakal ibu terlebih dahulu melalui tempoh mengandung selama 9 bulan 10 hari. Kesihatan keseluruhan dan pemakanan seorang wanita, sebelum dan semasa kehamilan, mempunyai impak yang besar terhadap kesihatan bayi yang sedang membesar. Justeru itu, dalam tempoh tersebut, bakal ibu hendaklah memastikan pengambilan vitamin adalah mencukupi. Vitamin pranatal yang diperlukan adalah seperti berikut :


Set hamil Shaklee
                                       

1. Vitalea
Multivitamin yang lengkap, mengandungi iron atau zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah, mencegah anemia dan mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang berat badan dan pramatang.

2. B-Kompleks (dilengkapi dengan asid folik)
Semasa merancang untuk hamil wanita digalakkan untuk mengambil asid folik dan jika mengandung pengambilannya hendaklah diteruskan. Ia sangat penting dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). 

3. Vitamin C
Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen yang berperanan untuk membina tulang rawan, otot-otot & tulang-tulang fetus. Selain itu, ia juga berfungsi untuk membantu melawan jangkitan dan penyakit.

4. Ostematrix (kalsium)
Berperanan dalam membina tulang dan gigi yang kuat pada bayi . Ia juga membantu mengatasi masalah seperti kekejangan otot (cramp), sakit pinggang serta sakit belakang yang selalu dihadapi oleh wanita hamil.

5. Energizing Soy Protein (protein)
Membantu penghasilan asid amino, asas binaan tubuh yang terpenting. Protein juga berfungsi membentuk kekebalan tubuh dari serangan penyakit dan penting dalam penghasilan susu ibu. 


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Cadangan vitamin ini merupakan set yang paling asas untuk ibu mengandung. Berminat untuk mencuba demi memberikan yang terbaik untuk bayi anda? Hubungi : 

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah