Showing posts with label Ubat hipertiroid. Show all posts
Showing posts with label Ubat hipertiroid. Show all posts

Friday 23 March 2018

Tanda-tanda Hipertiroid dan Cara Untuk Mengatasinya

Terdapat banyak kaedah yang penting dalam mengekalkan kesihatan pesakit hipertiroid. Ini termasuklah diet yang sihat, elakkan stress, dan mengurangkan pendedahan kepada toksin daripada alam sekitar.

Pengambilan suplemen dan herba juga boleh membantu pesakit hipertiroid. Dalam entri ini saya akan membincangkan tentang suplemen untuk hipertiroid.


Tanda-tanda Hipertiroid

- Kurang berat badan walaupun makan banyak
- Sering berpeluh
- Cirit-birit
- Mengalami kesukaran untuk tidur atau insomnia
- Selalu letih
- Kadar degupan jantung meningkat
- Mata terbonjol
- Tangan menggeletar
- Osteoporosis


Rawatan Untuk Hipertiroid


Rawatan konvensional untuk hipertiroid hanya fokus kepada merawat simptom, bukannya merawat punca penyakit tersebut. Ubat-ubatan, radiasi dan pembedahan hanya merawat kalenjar tiroid yang terlalu aktif supaya dapat mengurangkan simptom hipertiroid.


Cadangan Vitamin Shaklee untuk Hipertiroid dan Bengkak Tiroid (Beguk)






vitamin untuk hipertiroid, ubat hipertiroid, ubat tiroid,







Untuk pertanyaan dan order boleh whatsapp 013 924 3387 (Kamilah)


Thursday 16 February 2017

Ubat Hipertiroid Tanpa Perlu Pembedahan

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3

TESTIMONI 5 : NORHASNIDA MOHAMAD NAYAN


[HYPERTHYROID SUDAH STABIL & TAK PERLU BERGANTUNG DENGAN UBAT LAGI]

Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.

Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. 

Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.

Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.

Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.

Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma.

Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.

Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju... Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. 

Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.

Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.

Saya terus ambil megadose Vivix & NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.

Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 

2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. 

Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.

Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. 

Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.

Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.

Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya dan bantu kukuhkan balik sistem imun saya.

Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?

Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.

Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. 

Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.























Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday 13 June 2016

Testimoni Hipertiroid dan Kencing Manis Semasa Mengandung

As Salam. Saya Fairus Emilia, SID Shaklee since 2013. Cerita saya bersama Shaklee bermula semasa menyusukan Hanna, anak pertama saya. Semasa hamil juga, saya telah disahkan menghidap penyakit hipertiroid di mana hormon tiroid saya aktif melebihi paras normal.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan semua berjalan dengan lancar. Saya nak berkongsi dengan para ibu semua yang mengalami masalah tiroid dan GDM (kencing manis semasa hamil).

Alkisah bermula masa kehamilan pertama, saya disahkan mengalami tiroid. So terus kena ambil darah. Bermula hari tu kene refer HKL dan klinik kesihatan untuk check-up. 

Dipendekkan cerita, selepas bersalin, semasa dalam pantang saya stop treatment tiroid. Tak buat proper follow up dah dari hospital. Ubat tiroid pun dah stop sampaikan satu hari saya rasa tak best pada badan saya.

Ujian darah tiroid lepas hamil menunjukkan bacaan tiroid yang sangat tinggi. t4=60 dan tsh bacaan tiroid tak normal. Doktor ada explain kat saya yang kemungkinan kalau tiroid saya tinggi akan beri kesan pada jantung saya.

Jantung boleh bengkak sebab terlalu kuat mengepam. Macam tu lah kefahaman saya. Heartbeat pun tak normal. Lebih dari 100 degupan/min.

So start hari tu saya pun terus decide nak consume GLA COMPLEX untuk kurangkan sikit hormon yang tak balance. Gla berfungsi untuk atur balik proses dalam badan kita. Omega guard pun start beli sebab nak bagi nutrisi pada jantung.

Lepas tu saya refer semula HKL untuk proper checkup di klinik pakar HKL. Masih consume Shaklee dan masa yang sama kene makan ubat hospital jugak. Both kene balance sebab supplement bukan untuk menyembuhkan. 

Tapi, sesuatu yang menggembirakan terjadi in between treatment hospital, saya hamil anak kedua. Alhamdulillah. Tapi berdebar jugak sebab sebelum tu doktor pakar dah ingatkan kene gap kan sikit kehamilan sebab nak kene kawal hormon tiroid biar jadi normal dulu.

Rezeki Allah saya tak tolak. Ambik GLA dan Omega jadi tersubur dan terhamil pulak. Hehehehehe Alhamdulilah. Izin Allah s.w.t.

Dipendekkan cerita lagi, sepanjang hamil anak kedua, treatment on, ubat tiroid on, supplement shaklee untuk hamil pun consume. Towards the end of 3rd trimester, kene pulak GDM kencing manis masa hamil. 

Dugaan lagi. Macam mana boleh silap pun tak tau laa. Sebelum ni tak pernah ada kencing manis, ter-ada pulak. Alhamdulillah nasib baik ESP ada, saya kawal diet, masa nak ambik darah untuk cek gula, malam tu kene puasa, ESP memang BESTFRIEND time tu. 

Alhamdulillah lepas tu bacaan untuk GDM back to normal, tapi still kene monitor gula. Selang beberapa minggu bacaan GDM dah normal semula. Syukur.

Lepas waktu yang ditunggu, dah bersalin, saya continue semula treatment tiroid. Alhamdulillah, lepas hamil, saya consume Set Berpantang Shaklee, add Vivix dan sambung balik makan GLA Complex + Omega. 

Bermulalah rutin biasa pesakit tiroid yang dah tak hamil. Anak kedua saya full Shaklee. Sampai sekarang menyusu dan consume Vivix + Omega + GLA Complex untuk tiroid.

Bacaan tiroid alhamdulillah, masa anak pertama dulu, tinggi, t4=60. Tapi masa Husna t4=40. Still tinggi tapi ada perbezaan masa first treatment tiroid selepas hamil Hanna dan Husna.

Saya teruskan konsisten makan Vivix + Omega + GLA Complex, Alhamdulillah dari t4=40 turun jadi t4=30+ sehinggalah sekarang bacaan t4=28. masih ada hipertiorid, sebab ubat hospital pun on off makan

Perlu diingat yer. walaupun kita consume supplement, kalau jenis yang sakit kronik ni, tak boleh off ubat hospital. Lagi satu saya perasan, masa saya konsisten both, ubat ok, supplement ok, bacaan tiroid saya back to normal. t4=24.

Syukur kepada Allah s.w.t sepanjang treatment tiroid dan kehamilan, saya sangat bertenaga. Handle 2 orang anak, drive ke HKL saat tengah sarat. Tak rasa letih pun. Memang sangat berbeza masa mengandung anak pertama dan kedua.

Semoga yang membaca cerita saya mendapat sedikit inspirasi dan dapat kongsikan kepada family, kawan dan orang sekeliling yang ada tiroid jugak ok. Ikhtiar dan doa semoga kita diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah.

FAIRUS EMILIA



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387