Sunday, 4 December 2016

Buku Terakhir Yang Saya Baca : Stanza Cinta Yang Penuh Dengan Ayat-ayat Cinta Dari Alquran

Buku terakhir yang Kak Kam baca ialah novel terbitan Galeri Ilmu yang dibeli secara online masa tengah offer - RM 1 je sebuah daripada harga asal puluh-puluh ringgit jugak. 

Tajuknya Stanza Cinta. Masa tu beli 2 buah. 1 lagi pun novel juga. Sebab sebelum ni dah baca sinopsisnya yang agak menarik. 

Lama dah sebenarnya tak baca novel-novel ni. Kalau pinjam buku kat library pun pinjam buku lain, bukan novel. Tapi yang ni lain sebab novel islamik dan patuh syariah. 

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang dalam dilema untuk memilih lelaki yang agak kurang dari segi agama yang telah lama dikenali atau pun lelaki yang menepati ciri yang diidamkan, yang soleh dari negara yang berlainan. 

Walaupun ia berkisarkan kisah cinta, banyak perkara dalam novel ini yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bila apa yang kita impikan tak menjadi kenyataan mampukah kita berlapang dada dan redha dengan ketentuan-Nya. 

Juga segala sesuatu yang Allah jadikan walaupun nampak macam buruk pada pandangan akal kita namun sebenarnya ia adalah yang terbaik untuk kita. Cuma kita yang tak pandai menilainya. 

Sempat juga la menitiskan air mata bila part yang sedih tu. Sob sob. Memang best penulis ni. Nurul Hallawati. Boleh la cari buku beliau yang lain untuk dibaca. 

Bila google rupanya ada drama yang diadaptasikan daripada novel ni. Tapi tak pernah tengok rasanya. 

Membaca jambatan ilmu. Apa buku terakhir yang kawan-kawan baca?




 
Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...