Wednesday 30 November 2016

Supermom Extended Tour Selatan 2016 - Melaka

Alhamdulillah. Pada 26/11/2016 yang lepas, seronok sangat dapat jumpa mami gojes Hadhatina Mkb  yang merupakan super upline dalam Shaklee buat pertama kali. Dalam siri jelajah Supermom Extended Tour Selatan 2016.

Yang kat Terengganu hari tu tak dapat pergi. Rupanya rezeki nak jumpa kat Melaka. Sebelum ni jumpa kat online je.

Juga seronok dapat jumpa rakan baru  Shaklee yang happening. Apa yang Kak Kam pelajari sepanjang seminar ni ialah:

$ 3 nyawa dalam MLM
$ 5 sebab stuck dalam bisnes
$ 5 langkah unstuck/move on
$ 3 langkah luaskan jajahan
$ Big why
$ Main game Masteria

Yang paling best dapat juga tips nak jadi speaker yang hebat daripada AJK seminar. Ini win.

Seminar dari pagi sampai petang ni free je. Tak payah bayar pun. Makan tengahari (nasi ambeng lagi) pun siap disponsor.

Oh bukan tu je. Dapat juga buku testimoni Supermom Shaklee Story free.

Memang rugi la yang duduk dekat tapi tak datang. Kak Kam kasi 5 bintang.  InsyaAllah segala ilmu yang dikongsi akan diaplikasi sebaik mungkin.

Appear weak when you are strong,
and strong when you are weak. - Sun Tzu


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Sabun Basuh dan Pelembut Pakaian Tanpa Bahan Kimia dan Selamat Untuk Bayi

Dulu kalau nak basuh pakaian putih terutamanya telekung sembahyang, Kak Kam selalu guna clorxx. Banyak-banyak pulak tu. Lepas tu rendam. Barulah hilang semua kotoran tu.

Sekarang dah insof.

Dulu guna pewangi kereta, pewangi rumah, softener atau pelembut kain (softxxx) yang wangi tu, atau apa sajalah yang dipanggil pewangi.

Yelah sape tak suka kan bila telekung sembahyang, baju, tuala, rumah kita berbau wangi. Tapi tak ramai yang tahu sebenarnya bau wangi yang disedut itu dihasilkan daripada bahan kimia, bukannya bunga lavender atau ros.

Kalau dah tahu pun mungkin buat-buat tak tahu sebab itu je pilihan yang ada. Betul ke? Sebenarnya ada je produk yang bebas bahan kimia, selamat untuk manusia dan juga untuk alam sekitar.

Bahan kimia ini merupakan toksin yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit terutamanya kanser. Yang tak bestnya, kebanyakan produk yang ada di rumah kita adalah penyumbang kepada toksin.

Sekarang seboleh-bolehnya Kak Kam cuba elakkan. Kebanyakannya dah takde pun kat rumah. Tak wangi pun takpe asalkan rumah, kereta, tempat kerja kita selamat daripada toksin. Cloxxx ada lagi baki yang tak habis. Boleh buat cuci tandas.

Dulu kurang pengetahuan tentang bahaya bahan kimia yang terdapat dalam kediaman kita ni. Sikit demi sikit bila dah tambah ilmu terutamanya bila gi kelas Shaklee, barulah sedar tentang hal ini.

Dan sikit demi sikit bertukar kepada produk Shaklee yang lebih selamat, tiada bahan kimia. Mana yang boleh kita tukar, kita tukar. Kalau pewangi tu, cari yang natural, bukan sintetik.

Antara produk Shaklee yang boleh digunakan di rumah ialah pencuci pinggan (dishwash), pencuci serbaguna (basic H), sabun basuh  (Fresh Laundry Concentrate), pelembut pakaian (Soft Fabric Concentrate) syampu (Prosante), pencuci muka (Nutriwhite), krim multipurpose tanpa steroid (Herbal Blend).

Tukar jenama boleh mengubah hidup anda.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Tuesday 29 November 2016

Vivix untuk Gout

Tadi study pasal gout. Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan tindak balas sistem imun kita yang menyerang kristal asid urik.

Ini disebabkan sistem imun kita kenal pasti kristal asid urik tu sebagai objek asing sebagaimana ia mengenal pasti bakteria.

Menarik sangat bila study ni. Nak ambil apa untuk gout?

Semestinya Vivix yang mengandungi resveratrol sebagai antioksidan yang dapat menghalang kerosakan sel yang boleh menyebabkan gout.


Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Letih Walaupun Dah Makan Banyak?


Glukosa (atau dalam bahasa senang gula) memerlukan b kompleks untuk ditukarkan kepada tenaga.

Glukosa ------> Tenaga

B kompleks ni boleh diibaratkan sebagai spark plug dalam kereta yang berfungsi membakar minyak.

Kalau minyak tak dibakar kereta tak dapat bergerak.

Begitu juga dengan tubuh kita. Bila tiada b kompleks, glukosa tidak dapat ditukar kepada tenaga.

Jadi glukosa akan jadi tinggi tapi tenaga akan berkurangan.

Sebab itulah pesakit kencing manis gula dalam darah tinggi tapi tenaga takde. Selalu letih.

Make sense kan?


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Kenapa Shaklee Sesuai Untuk Surirumah dan Yang Mahu Bekerja Dari Rumah

Kenapa Shaklee dan apa yang best tentang Shaklee?

Kak Kam suka bisnes Shaklee kerana ia dapat dimulakan dengan modal yang paling minimum, tak sampai pun seratus ringgit.

Tak perlu beli stok beribu-ribu, apatah lagi perlu buat loan berpuluh ribu.

Ia juga boleh beroperasi dari rumah atau di mana sahaja yang kita inginkan, tak perlu sewa kedai, bayar bil utiliti kedai, bayar gaji pekerja dan lain-lain.

Bisnes yang boleh dijalankan secara online memang sangat menarik hati Kak Kam.

Memang kena sangat dengan jiwa Kak Kam yang masa tu ingin bekerja dari rumah.

Masa tu Kak Kam cuma ada komputer dan handphone. Daftar internet pun semata-mata untuk buat Shaklee.

Eh lupa. Masa tu dapat desktop komputer baru secara free yang disponsor oleh adik.

Aim nak beli komputer untuk bisnes tapi takde modal.

Tapi dapat rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.

Alhamdulillah.

Pada masa tu, ada 3 perkara ni dah boleh mula bisnes online Shaklee.

Sekarang lagi senang, ada handphone dengan internet dah boleh mula bisnes.

Oh ya, takde semua tu pun takpe sebab Shaklee juga boleh dijalankan secara offline.

Lupa nak tambah, Kak Kam kenal dan jumpa ramai amazing and almost extraordinary people.

Yang bergelar multimillionaire tapi sangat down to earth.

Buat Shaklee bukan sebab nak kaya tapi sebab nak bantu orang lain terutamanya dari segi kesihatan. Tamak pahala.

Dan macam-macam orang yang membuatkan kita tak selesa dengan diri sendiri dan sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik sebagai seorang muslim.

You'll find these amazing people in Shaklee.

Apa beza Shaklee dengan yang lain?

Produk Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Yang ni tiada kompromi sebab Shaklee satu-satunya syarikat nutrisi di dunia yang mempunyai landmark study, meletakkan Shaklee sebagai produk yang premium.

Target dalam Shaklee?

Tentunya yang paling utama Kak Kam nak time freedom dan financial freedom. Dua-dua ni boleh dapat dengan Shaklee.

Nak bina rumah dan beli kereta secara tunai juga.

Yang paling best, tubuh badan yang sihat pun boleh dapat dengan Shaklee. InsyaAllah.

Last but not least, nak bantu lebih ramai orang meningkatkan taraf kesihatan dan juga taraf ekonomi mereka.

Apa yang saya nak sangat daripada Shaklee?

Tentunya nak tunaikan umrah secara percuma dengan Shaklee.

Kemudian nak join trip luar negara Shaklee dan bawa family sekali.

Dan bermacam-macam lagi keistimewaan yang kita takkan jumpa dalam company lain.

Trust me.

Walaupun dilanda pelbagai cabaran dan dicop sebagai syarikat yahudi semata-mata kerana dari US, Kak Kam takkan berhenti bercerita tentang Shaklee sebab masih ramai yang belum kenal Shaklee (the real story about Shaklee) dan peluang yang kita boleh dapat dengannya.

Bisnes bukan semata-mata untuk dunia, tapi untuk akhirat jua.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Monday 28 November 2016

Impianku : Surirumah Sebagai Satu Kerjaya

Salah satu push factor untuk mula bisnes ialah sebab nak jadi surirumah sepenuh masa.

Malu nak cakap tapi inilah impian Kak Kam even sejak belum kahwin lagi.

Tak tahu kenapa.


Suka tengok seorang ibu surirumah masa duduk kat kampung dulu.

Boleh jaga anak sendiri.

Boleh hantar ambil anak sekolah.

Boleh masak sendiri.

Pendek kata ada banyak masa untuk family.

Nampak tenang je kehidupan macam tu.

Tiada stress.

Masa berlalu.

Impian itu bertukar kepada nak jadi work at home mom (WAHM).

Sebab nampak peluang dan ruangnya.

Dan sangat banyak contoh depan mata.

Menunjukkan ia langsung tak mustahil untuk dicapai.

Impian itu akhirnya berjaya digapai.

Namun masih banyak lagi impian yang masih belum berjaya dicapai sebagai seorang WAHM.

Belum boleh dikatakan berjaya lagi.

Perlu kerja lebih keras lagi.

Namun, impossible is nothing.







Untuk sebarang pertanyaan dan order produk Shaklee, hubungi Siti Nor Kamilah / ID 885322 / SMS @
 


Whatsapp 013-924 3387.


Sunday 27 November 2016

Landmark Study Shaklee

Kebanyakan kajian yang dijalankan terhadap vitamin hanya berdasarkan kesan jangka masa pendek dan hanya bergantung kepada kesan satu-satu vitamin semata-mata.
Sedangkan sesuatu penyakit bukanlah terjadi dengan sekelip mata. Ia mengambil masa 10 hingga 30 tahun. Inilah yang dipanggil pembunuh senyap.
Sesuatu penyakit itu terjadi hasil daripada cara hidup dan juga kombinasi nutrisi.



Landmark study Shaklee membuktikan keberkesanan pengambilan vitamin dalam jangka masa yang lama.
Ia juga menunjukkan orang yang mengambil vitamin jenama lain mendapat lebih banyak penyakit daripada orang yang tidak mengambil mana-mana vitamin.
Shaklee menjalankan kajian saintifik dalam setiap kandungan vitaminnya sebelum ia dikeluarkan di pasaran sejak 50 tahun dahulu lagi.
Kesimpulannya, pengambilan vitamin adalah BAHAYA jika ia BUKAN vitamin Shaklee.

Friday 25 November 2016

Perubahan Positif Selepas Join Shaklee

How You Do Anything Is How You Do Everything
==============================

Kalau nak cakap tentang sikap positif atau perubahan yang dialami setelah join Shaklee, ianya terlalu banyak. Tetapi yang paling memberi kesan ialah tentang pengurusan masa.

Sebelum ni tak begitu menghargai masa dan kurang menepati masa. Selalu habiskan masa begitu sahaja untuk benda yang tak berfaedah sedangkan masa tu sepatutnya boleh digunakan untuk membuat sesuatu yang dapat memberi kebaikan kepada kita di hari kemudian.

Contohnya, tengok tv berjam-jam, mengemas rumah berjam-jam, window shopping berjam-jam, tidur la, selalu menangguh-nangguhkan kerja hingga saat akhir dan macam-macam lagi.

Bila join Shaklee, baru sedar yang banyaknya masa yang telah dibazirkan begitu sahaja. Rugi betul. Sebab selama ni berada dalam zon selesa.

Bila mentor-mentor share tentang cara mereka mengurus masa, baru tau yang rupanya Kak Kam juga mampu melakukan sedemikian jika nak. Orang kata di awal-awal tahun je kita kena struggle dalam bisnes. Kalau kita buat sungguh-sungguh, hasilnya akan kita kutip kemudian.

Mentor-mentor yang dah berjaya kadang tu nak makan pun tak sempat. Tidur pun tak cukup. Nak layan #surihatimrpilot lagi la tak sempat. Sebab betapa berharganya masa bagi diorang.  Kak Kam tak sampai tahap macam tu lagi.

Sekarang ni sayang sangat nak buang masa begitu sahaja.

Bila kita tak hargai masa, seluruh aspek kehidupan kita pun turut terkesan. Nak explain tak pandai. Tapi ia berkait rapat dengan "how you do anything is how you do everything".

Bila selalu melambat-lambatkan kerja, kejayaan pun lambat nak datang. No. Bukan kata sekarang ni buat kerja 24 jam tanpa ada masa rehat. Kadang-kadang ada juga masa malas tu. Tapi apapun ia jauh lebih baik daripada dulu.

This is my #shakleeeffect.

Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Monday 21 November 2016

Set Yang Menjadi Favourite Saya

Set yang menjadi favourite tentunya vitamin yang menjadi energy booster iaitu vitalea, omega, performance drinks dan cinch tea. Satu lagi ESP.

Kenapa set ni? Salah satu sebab mula consume Shaklee ialah sebab masalah keletihan yang melampau-lampau. Balik kerja je confirm penat.
Padahal anak baru sorang je. Kalau anak 10 tak tahulah macam mana. Pheww tak dapat Kak Kam nak bayangkan.

Bila tubuh kita selalu letih salah satu faktor penyebabnya ialah kita kekurangan nutrisi tertentu. Jadi sel tubuh kita kurang tenaga untuk menjalankan fungsinya.

Di sinilah peranan vitamin. Untuk membantu dalam memberi tenaga. Jika rasa diri selalu letih dan juga stress, vitamin dah jadi satu keperluan, bukan kehendak lagi.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah ni Khadijah tak pergi mana-mana. Cuma haritu ada la naik bas untuk second time dan juga komuter untuk first time. Seronok dia rupanya. Maklumlah tak pernah naik bas dan komuter. Pengalaman baru untuknya.

First time naik bas dia muntah. Second time tak dah. Good girl. Tapi ummi pulak yang muntah. Sebab salah makan agaknya.

Azam nak ajar dia mengaji lebih kerap cuti ni tapi ada je alasannya taknak mengaji. Sampai ummi kena guna kuasa veto. Harap ummi lebih bertabah dalam mendidiknya.


Thursday 17 November 2016

Ubat Gout Yang Berkesan

Gout merupakan inflamasi atau radang yang berlaku di sekitar sendi disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam tubuh. Dalam keadaan biasa, asid urik terlarut dalam darah, melalui buah pinggang dan dikeluarkan melalui air kencing.

Jika diet tinggi dengan makanan yang mengandungi purin, atau buah pinggang tak dapat menyingkirkan asid urik berlebihan, maka terjadilah paras asid urik yang berlebihan yang dikenali sebagai hyperuricemia atau gout.

Asid urik yang berlebihan menyebabkan pembentukan kristal yang tajam di ruang sekeliling sendi, terutamanya ibu jari kaki.

Saintis menemukan bahawa tindak balas sitem imun menyebabkan bengkak dan radang yang menyakitkan. Sistem imun melihat kristal itu sebagai objek asing dan menyerangnya sebagaimana mereka menyerang bakteria berbahaya.

Tindakbalas sistem imun ini menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Selain itu, asid urik yang dilepaskan daripada sel rosak memberi isyarat untuk sistem imun menyerang. Sel rosak berlaku disebabkan oleh oksidatif dan radang.

Salah satu cara untuk mencegah gout ialah dengan mengurangkan kerosakan sel dan seterusnya mengurangkan pembentukan kristal asid urik. Walaupun sesetengah oksidatif biasanya dihasilkan oleh tubuh, tubuh kita juga menghasilkan antioksidan semulajadi untuk menyeimbangkannya.

Apabila tubuh menghasilkan oksidatif lebih daripada antioksidan, ia adalah berbahaya. Keadaan ini dipanggil oksidatif stress.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengubah gaya hidup. Tingkatkan pengambilan antioksidan dengan cara makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, herba dan juga suplemen antioksidan serta kurangkan oksidatif yang boleh mengurangkan kerosakan sel dan penghasilan kristal asid urik yang menyebabkan gout.

Penyelidik dari Universiti Harvard mengenalpasti kandungan resveratrol yang didapati dalam anggur, red wine, red wine extract dan Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum) sebagai antioksidan yang melindungi kerosakan sel dengan meninggikan paras nitric oxide dalam tubuh.

Polygonum ialah penawar semulajadi untuk kurangkan asid urik. Apabila paras asid urik tinggi, paras nitric oxide menjadi rendah.


Dalam Vivix terdapat resveratrol dan juga Japanese Knotweed. Harga sebotol Vivix ialah RM 475 dengan kos penghantaran percuma.

Untuk order dan juga sebarang pertanyaan sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah).




Wednesday 2 November 2016

Rawatan Alternatif Untuk Kanser Hodgkins Lymphoma Selain Rawatan Hospital

ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 18: SAADIAH ARBAIN


Ini kisah anak saya.  Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. 

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang.  Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. 




Sakitnya semakin kerap.  Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital.  Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda.  Lepas tu datang balik. 

Doktor pun tak dapat detect penyakit anak saya.  Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. 

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. 

Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai di sana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak. 

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberitahu anak saya menghidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. 

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul.  Takut,  cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya.  Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.  

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi.  Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. 

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam  bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan. 

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. 

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal. 

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement  bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee. 

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik.  Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya. 

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya.  Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20.07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga. 

Syukur Alhamdullilah.  Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.




Atau sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk pertanyaan dan order Vivix. 


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.