Showing posts with label Kencing Manis. Show all posts
Showing posts with label Kencing Manis. Show all posts

Thursday 17 September 2020

Manfaat Biji Labu Untuk Kesihatan

Siapa sangka biji labu yang sangat kecil ini sebenarnya kaya dengan manfaat. Labu  disebut dalam Al-Quran dalam kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan.

Labu ditumbuhkan oleh Allah sebagai makanan dan juga penawar kepada Nabi Yunus. Setelah keluar dari perut ikan, tubuh baginda amat lemah, dan juga sakit-sakit.

Dengan memakan labu baginda mendapat kesembuhan dan juga tenaga.

Antara manfaat labu ialah:

1. Meningkatkan sistem imun tubuh
Dapat mencegah pelbagai penyakit.

2. Kesihatan jantung
Asid lemak bantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan tingkatkan kadar kolesterol baik.

3. Mengurangkan simptom menopaus
Triptophan bantu tubuh hasil hormon serotonin yang dapat membantu untuk tidur yang lebih nyenyak.

4. Menurunkan berat badan
Biji labu sesuai diambil sebagai kudapan masa berdiet. Kandungan serat yang tinggi membuatkan perut kenyang lebih lama dan dapat kurangkan keinginan untuk makan.

5. Mengurangkan risiko kanser
Ini termasuklah kanser payudara, kanser  paru-paru, kanser perut, kanser prostat dan kanser usus besar.

6. Membantu mengurangkan paras gula dalam darah
Biji labu dapat kawal pengeluaran insulin dan kurangkan stress oksidatif dalam tubuh yang menyebabkan kencing manis.

7. Mengawal tekanan darah
Magnesium bantu tubuh dalam mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung

8. Mencegah batu karang
Biji labu dapat mengurangkan toksin,
merangsang peredaran darah dan tingkatkan fungsi ginjal. Asid urik dan toksin lain dapat disingkir dengan mudah.

9. Mencantikkan kulit
Biji labu mengandungi asid lemak, vitamin A, vitamin E, zink dan antioksidan yang bagus untuk kulit. Biji labu juga bermanfaat untuk ekzema, psoriasis dan juga jerawat.

10. Mengurangkan senggugut
Biji labu mengandungi magnesium dan zink yang dapat mengurangkan senggugut.

11. Kesihatan prostat
Biji labu mengandungi zink yang penting untuk kesihatan prostat.

Dalam nutriferon terdapat biji labu dan 3 lagi bahan utama. InsyaAllah nanti saya akan ceritakan dalam post selanjutnya.



Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp : 013-9243387

Sunday 29 April 2018

11 Tanda-tanda Kencing Manis Yang Selalu Kita Abaikan

Kencing manis merupakan antara penyakit 3 serangkai yang sering dialami oleh masyarakat Malaysia. Pada peringkat awal biasanya ia sukar dikesan dan hanya disedari bila dah pun kronik. Sebenarnya kencing manis dan komplikasinya termasuklah penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan pemotongan anggota badan boleh dicegah jika mendapat rawatan awal. 

Oleh sebab itu, pentingnya kita mengetahui tanda-tanda penyakit kencing manis supaya dapat dilakukan langkah pencegahan dan rawatan awal. Antara tanda-tanda awal kencing manis ialah : 


 
1. Kerap kencing. 
Orang yang normal biasanya kencing 4 hingga 7 kali dalam 24 jam. Bangun malam untuk kencing merupakan tanda amaran yang perlu diambil berat. Keadaan ini disebabkan buah pinggang bekerja lebih masa untuk menyingkirkan gula berlebihan dalam darah. Gula yang tidak dapat diserap mesti dikeluarkan melalui air kencing. Paras gula yang tinggi menyebabkan kencing lebih kerap. 

2. Dahaga yang keterlaluan.
Rasa dahaga menyebabkan seseorang minum banyak air sepanjang siang dan malam contohnya 4 liter atau lebih dalam sehari. Selain itu, rasa dahaga walaupun baru lepas minum juga merupakan tanda-tanda kencing manis. 

3. Rasa terlalu lapar walaupun baru lepas makan. 
Jika mempunyai selera makan yang tinggi sama ada terhadap makanan sihat atau sebaliknya, ia juga merupakan tanda-tanda diabetes. Walaupun baru lepas makan, masih rasa lapar kerana otak sering mengantar isyarat untuk makan, seolah-olah belum makan. Sebab pesakit diabetes tidak dapat kawal gula dalam darah sendiri sebagaimana sepatutnya, menyebabkan penurunan paras gula mendadak dalam darah. Otak akan fikir bahawa tubuh dalam keadaan lapar dan memerlukan lebih gula. 

4. Berat badan turun secara mendadak.  
Ia merupakan tanda diabetes yang paling jelas. Biasanya melibatkan diabetes Type 1. 

5. Tubuh terlalu letih dan lemah.
Tubuh juga akan menjadi letih dan lemah untuk melakukan aktiviti seharian. Sebab gula kekal berada dalam darah yang sepatutnya ditukarkan kepada tenaga. Tubuh guna tenaga yang lebih manakala buah pinggang juga bekerja secara berlebihan.

6. Kebas atau rasa mencucuk pada tangan dan kaki.  
Kebas-kebas tangan atau kaki merupakan tanda awal diabetes yang paling biasa. Biasa berlaku awal pagi masa bangun tidur. Sebab gula dalam darah mula merosakkan saraf-saraf yang terletak jauh dari jantung.

7. Penglihatan menjadi kabur. 
Penglihatan juga boleh terganggu atau kabur. Ini termasuklah eye floaters. Ia berlaku disebabkan glukosa berlebihan dalam darah menarik cecair keluar dari sel dan tisu termasuk lensa mata, yang boleh membengkak dan mengubah kebolehan mata untuk fokus.

8. Kulit kering atau gatal. 
Kulit kering atau gatal-gatal merupakan tanda gula tinggi dan gangguan hormon (simptom no. 1 untuk hipotiroidisme). Kulit menjadi jadi lebih gelap (acanthonis nigricans) pada bahagian ketiak dan leher.

9. Luka yang lambat sembuh. 
Sebab gula yang berlegar dalam salur darah mula merosakkan arteri dan vein, menghalang peredaran. Darah perlu untuk sembuh, jadi peredaran yang terhad melambatkan proses penyembuhan.

10. Selalu moody.
Rasa tak sihat, mudah rasa marah. Paras gula dalam darah tinggi, menyebabkan pelbagai masalah yang kelihatan macam tanda-tanda depression, tapi sebenarnya bukan. Contohnya seperti rasa sangat letih, tak nak buat apa-apa, tak nak keluar dan rasa nak tidur sahaja sepanjang hari. 

11. Masalah seksual.
Diabetes juga menyebabkan masalah seksual contohnya kurang libido dan vagina kering pada perempuan. Untuk lelaki pula menyebabkan mati pucuk atau erectile dysfunction.
Antara simptom-simptom lain termasuklah berpeluh dengan banyak, jangkita kulat atau gatal pada kemaluan, gusi merah dan bengkak, serta masalah pendengaran. 

Jika terdapat salah satu tanda seperti yang disebutkan di atas, segera dapatkan pemeriksaan doktor.