Showing posts with label Urus masa. Show all posts
Showing posts with label Urus masa. Show all posts

Tuesday 20 December 2016

Cara Urus Masa Antara Bisnes dan Tanggungjawab Lain

Biasanya awal pagi buat senarai to-do-list dulu. Kalau rajin buat sebelum tidur lagi.

Pagi banyak digunakan untuk bisnes, basuh baju, exercise dan juga masak. Biasanya jarang Kak Kam kemas rumah waktu pagi sebab waktu pagi merupakan masa produktif untuk Kak Kam.

Lepas lunch tu biasa masa kurang produktif sebab tend to mengantuk. So gilir-gilir buat kerja rumah dan bisnes masa ni.

Sebelum buat Shaklee time management ke laut. Banyaaak masa sangat tengok tv berjam-jam la, bersantai la, macam-macam. Sekarang lebih hargai masa dan cuba elak dari buat perkara yang membazir masa.

Kalau ada tools yang membolehkan kita jimat masa memang akan digunakan sebaiknya. Dulu kain baju lipat. Sekarang tak lagi bila dah tau tips jimat masa urus pakaian. Heaven sungguh bila takde longgokan baju untuk dilipat.

Jadual waktu harian pun buat. Ala macam jadual waktu sekolah tu. Tapi susah sikit nak ikut. Lebih banyak buat ikut dan asalkan kerja siap.

Apapun masih banyak lagi yang perlu dibaiki dalam mengurus masa. Terutamanya masa untuk siapkan entry blog. Biasanya ambil masa berhari nak siapkan satu entry.

Lepas ni aim nak siapkan 1 entry dalam masa kurang setengah jam je macam otai-otai buat. Wish me luck!

Lagi tips urus masa di sini : http://bit.ly/2g2dHfg


Wednesday 20 January 2016

Atur Jadual WAHM

Tahun baru ni masih agak kelam-kabut urus jadual. Kadang-kadang saya masak awal pagi. Kadang-kadang pukul 12.00 tengah hari. Kadang-kadang pukul 2.00 petang ke atas. 

Khadijah ke tadika dalam pukul 7.45. Habis pukul 12.30 tengah hari. Jadi adalah masa lebih kurang 4 jam setengah untuk saya tumpukan sepenuhnya pada bisnes. Tapi macam biasa, tak sepenuhnya 4 jam tu dapat digunakan untuk bisnes. 

Nak basuh baju la. Nak uruskan Ummi la. Nak berkebun la (untuk keluarkan peluh) atau exercise. Sebab tu lah saya lebih suka masak pukul 1.00 ke atas. Sebab sayang nak gunakan masa produktif saya ni untuk memasak. 

Bila dah masuk tengah hari dan bila Khadijah dah balik, sibuk uruskan dia pula. Dan selalunya time ni la mengantuk menjadi-jadi. Jadi nak tak nak kena tidur sekejap untuk mendapat semula tenaga. 

Apapun saya bersyukur dapat bekerja dari rumah. Dapat bekerja dan menjaga Ummi yang sakit dalam masa yang sama. 

Contoh dapur impian saya :)



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 13 January 2016

Rutin WAHM (Work At Home Mom)

Alhamdulillah seawal 9.30 pagi dah siap masak 1 lauk untuk tengah hari. 

Lauk sayur tengah hari ni pulak masak sebab tak cukup bahan.

Keluar beli nanti sambil ambil Khadijah dari tadika.

Antara kelebihan berada di rumah ialah dapat mengatur masa mengikut keselesaan dan keutamaan kita sendiri.

Dulu selalu masak bermula pukul 11 pagi atau 11.30 pagi.

Sekarang nak cuba masak awal pagi pula.

Lepas tu boleh fokus untuk kerja bisnes pula.

Apakah kesyukuran anda hari ini?



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Tuesday 12 January 2016

Tips Urus Pakaian Tanpa Perlu Melipat Pakaian Untuk Ibu Yang Sentiasa Sibuk

Sebelum ni saya dah share cara jaga kebersihan tandas supaya sentiasa bersih. Kali ni nak share pula cara urus pakaian tanpa perlu lipat pakaian pun. 

Tips ni sesuai untuk semua ibu yang sentiasa sibuk - ibu yang berkerjaya, ibu yang bekerja dari rumah, ibu yang jadi surirumah sepenuh masa, malah juga sesuai untuk yang bujang. 



Jika sebelum ni kita biasa luangkan masa 1, 2 hingga 3 jam sehari untuk mengurus pakaian daripada membasuh, menjemur hinggalah melipat, dengan cara ini mungkin kita hanya perlukan masa lebih kurang 30 minit sehari. Atau mungkin kurang daripada tu. Bayangkan banyak mana masa yang dapat dijimatkan. 

Bukan apa, bila kita dapat jimatkan masa dalam melakukan pekerjaan rutin kita, masa yang terluang dapat kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting (termasuklah luangkan masa untuk anak dan suami) atau mungkin juga dapat luangkan masa untuk hobi. Contohnya, macam saya, dapat gunakan masa yang terluang tu untuk update blog.  

Tips urus pakaian tanpa perlu melipat pakaian untuk ibu yang sentiasa sibuk :

1.Sediakan hanger dalam jumlah yang banyak - Hanger merupakan item penting yang diperlukan. Macam saya, guna hanger biasa untuk pakaian saya dan suami. Manakala untuk pakaian Khadijah, guna hanger yang kecil. 

2.Semua pakaian yang dijemur perlu digantung menggunakan hanger - Baju kurung, t-shirt, seluar panjang, tudung, semuanya saya gantung dengan hanger. Pakaian yang saya tak guna hanger hanyalah pakaian dalam, kain batik atau pelekat, cadar, selimut dan tuala. Yang ni kena lipat la. 

3.Sediakan almari yang banyak - Untuk memastikan semua pakaian dapat digantung, perlu sediakan almari yang agak banyak. Namun jika takde bajet untuk beli almari biasa, boleh je beli almari plastik ataupun penyangkut besi sahaja untuk menggantung pakaian. 

2
Penyangkut besi - boleh dibeli di IKEA (Kredit)
Almari plastik (kredit : Lazada)

4.Pakaian yang dah kering terus simpan dalam almari - Bila dah kering, pakaian dari ampaian terus sangkut dalam almari. Tak perlu sediakan banyak bakul pun kecuali untuk pakaian atau kain yang perlu dilipat. Dah pun siap. Even budak-budak pun boleh tolong. Pakaian Khadijah (umur 6 tahun) pun dia sendiri yang masukkan dalam almari. 

Senang je bila dah tahu teknik jimat masa ni. Lepas ni tak perlu lagi dah nak duduk menghadap kain yang bertimbun yang tak pernah siap-siap dilipat. 

Seronok rasanya bila tahu tips ni. Sebab kerja rumah yang paling saya tak suka ialah lipat kain. Ada yang sama macam saya tak? :)

Jika anda rasa tips ini berguna, boleh share kepada ibu-ibu di luar sana. Semoga bermanfaat.   


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387



Saturday 5 December 2015

Jadual Waktu WAHM

Seperti yang saya cerita dalam entry dulu, masa awal-awal jadi WAHM (Work At Home Mother) memang agak kelam-kabut. Masa banyak dibazirkan dengan buat kerja rumah. Masa tu takde jadual waktu khusus pun sebagai WAHM. Ikut sedap je bila nak buat bisnes.  

Bila pergi Seminar Supermommy, sedikit sebanyak saya mula improve dalam mengurus masa. Sebenarnya kalau diikutkan sejak join Shaklee lagi skill pengurusan masa saya dah banyak berubah. Dulu, masa banyak dihabiskan tengok tv, buat kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain yang tak berfaedah pun. 

Lepas join Shaklee, saya lebih menghargai masa. Banyak kerja nak dibuat - update blog, update fb, study, follow up customer, buat order dan macam-macam lagi yang membuatkan saya rasa sayang nak habiskan masa begitu sahaja untuk benda-benda yang tak berfaedah. 

Namun taklah saya berubah 100 %. Selalu jugak buang masa buat sesuatu kerja lama-lama. Dari dulu lagi saya cuba buat jadual setiap hari tapi sayangnya, jarang sangat saya ikut jadual. Susah nak disiplin. 

Baru-baru ni je saya mampu ikut jadual yang saya buat dengan baik. Target saya dalam sehari paling kurang mesti spend masa 8 jam sehari untuk bisnes Shaklee. 

Setelah melalui beberapa fasa perubahan, inilah jadual terbaru saya untuk Disember :

JADUAL WAKTU WAHM

5.00 pagi : 
Solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, baca Al-Quran, zikir, basuh baju, solat Subuh, baca surah Yasin

6.00 pagi :
Breakfast

6.15 pagi :
Bisnes Shaklee

7.15 pagi :
Jemur kain, kemas rumah / berkebun / exercise

8.00 pagi :
Bisnes Shaklee 

10.40 pagi : 
Solat Dhuha, zikir

11.00 pagi :
Masak, lunch

12.30 tengah hari :
Rehat

1.00 petang :
Solat Zohor, mengaji, zikir, ajar Khadijah mengaji dan membaca

2.00 petang :
Bisnes Shaklee

4.15 petang :
Solat Asar, baca surah Ar-Rahman

4.45 petang :
Bisnes Shaklee

5.45 petang :
Masak, dinner 

6.15 petang :
Aktiviti outdoor / berkebun

7.00 petang :
Solat Maghrib, ajar Khadijah mengaji, baca Hadis

7.30 malam :
Kemas dapur

8.00 malam : 
Solat Isyak, baca surah Al-Waqiah, zikir

8.30 malam :
Bisnes Shaklee 

11.00 malam : 
Solat Taubat, baca surah Al-Mulk

11.30 malam: 
30 ayat positif
Visualisasi
Tidur

Jadual ni saya adaptasi daripada Master Checklist Shaklee. Jadual ini akan berubah bila saya perlu keluar rumah untuk ke pasar atau pun ada hal lain. There's a room for improvement dan agak tak seimbang tapi buat masa ini saya follow jadual ni dulu. 

Ya Allah jadikanlah aku berdisiplin dan pandai mengurus masa. Berikanlah aku keberkatan masa supaya aku dapat menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawabku sebaik mungkin. Amin. 


Promosi bulan Disember 2015. Beli 2 botol Vivix 
untuk dapatkan KEAHLIAN PERCUMA, 
POS PERCUMA dan diskaun 5%. 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Wednesday 11 November 2015

Cabaran Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah memang seronok. Apatah lagi ia menjadi impian saya sejak dari dulu lagi. Namun di sebalik itu terdapat banyak cabaran apabila bergelar Work At Home Mom (WAHM) ni. 



Cabaran yang utama bagi saya apabila bekerja dari rumah ialah untuk kekal berdisiplin dalam melakukan kerja-kerja rumah dan juga kerja-kerja bisnes. Awal-awal dulu semasa dalam proses berhenti kerja (ambil cuti tanpa gaji), memang ke laut. Masa banyak dihabiskan untuk kerja rumah terutamanya kemas rumah. 

Walaupun baru ada seorang anak keadaan rumah mengalahkan orang yang ada 5 anak. Nampak sepah kat sini, kemas. Nampak sepah kat situ, kemas. Memang 'distraction' ini agak menjejaskan masa saya untuk kerja-kerja bisnes. 

Agak lama juga masa yang saya ambil untuk menyesuaikan diri. Kini bila dah setahun bekerja dari rumah, saya lebih pandai urus masa. Saya akan peruntukkan lebih kurang sejam sahaja sehari untuk kemas rumah, basuh baju, kemas dapur dan lain-lain (tak termasuk waktu memasak). 

Yang lebih mencabar ialah saya terpaksa menguruskan 2 buah rumah . Saya tinggal di sebelah rumah Ummi saya dan menjaga beliau. Di samping memasak dan melakukan kerja-kerja rumah lain kerana adik-adik saya bekerja. 

Nak uruskan 2 buah rumah, nak uruskan keluarga, nak uruskan Ummi, nak uruskan bisnes. Memang agak pening kepala pada mulanya. Namun kini segalanya semakin baik. Alhamdulillah. 

Salah satu tips dari orang yang dah berjaya dengan bekerja dari rumah ialah adakan jadual waktu kerja untuk bisnes macam jadual waktu orang kerja pejabat contohnya 9 pagi hingga 5 petang. 

Kena adakan masa macam kita bekerja pejabat dulu. Bila kita makan gaji kita spend sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Dah buat bisnes pun sepatutnya kita dapat spend masa yang sama, malah lebih panjang dari masa kerja makan gaji. 

Sebab dulu kita bekerja untuk orang. Sekarang kita bekerja untuk diri sendiri. Tentunya kena beri perhatian yang lebih lagi. Harapan saya semoga saya lebih pandai urus masa dan berdisiplin bekerja dari rumah. Dan dalam masa yang sama enjoy being a WAHM. 


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau 
untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Sunday 20 September 2015

10 Tips Sukses Bekerja Dari Rumah

1. Menyediakan Tempat Kerja Khas Yang Selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. Tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai meja yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. 

Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT. Anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan mengharapkan duit masuk.


2. Bekerja Mengikut Waktu

Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. Kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. Masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. 

Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinkan diri, jangan asyik nak ke pasar je. Mana kerja nak menjadi dan nak siap.

3. Hubungan Dengan Kerja Secara Berterusan

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.

4. Ambil Masa Rehat

Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. Contohnya ambillah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.

5. Jangan Dibersihkan

Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. Kadang-kadang anda taklah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mood untuk bekerja. Biarkan bersepah.

6. Disiplin

Kalau nak buat perjumpaan, cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. Jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.

7. Tinggalkan Rumah Sehari Dalam Seminggu

Tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. Saya syorkan untuk anda pilihlah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.

8. Buat Kerja Secara Rutin

a) Bangun tidur.
b) Bersihkan diri, mandi dan bersiap. Jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
c) Buat sarapan.
d) Masuk tempat kerja.
e) Buat panggilan pelanggan.
f) Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan.
g) Balik jam 2 buat kerja balik.
h)Jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh. 
i) List kerja apa nak dibuat esoknya.
j) Ulang langkah pertama.

9. Buat Kerja Anda

Jangan pula, mentang-mentang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. Ini betul. Kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. Faham kan yang ni.

10. Stay Professional

Walaupun anda kerja dari rumah, ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office. Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tipsnya. Saya selalu ingat mak pesan "beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ".

Kredit : Coach Baharudin

Siti Nor Kamilah 
Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Monday 7 September 2015

Tips Kerja Dari Rumah Sambil Jaga Anak

Nak jadi usahawan dan dalam masa sama nak jadi isteri dan ibu sepenuh masa yang berjaya. Boleh jaga anak dan rumahtangga sepenuh masa dalam masa sama boleh jugak cari duit sendiri dengan berniaga online. Logik ke impian camni?


Pada Kak Mu yang dah pernah lalui pengalaman jaga anak sendiri sambil berniaga impian camni boleh jadi logik. Cuma kita je kena bijak merancang dan mengurus masa dan tahu di mana letaknya sesuatu keberkatan dalam hidup ni.

Bermula berniaga di rumah adalah strategi terbaik sebenarnya. Pepagi sebelum anak bangun boleh start dengan marketing dulu. Marketing paling bagus hari Isnin -Jumaat. Weekend on off marketing pun tak mengapa. Trafik online kureng time time hujung minggu.

Kerja rumah semua buat lepas anak bangun.Itu lebih sesuai untuk keadaan kita yg bekerja daripada rumah. Apa apa pun fokus mesti mulakan dengan marketing, lepas tu semak semua email, pm inbox atau whatsapp atau apa sahaja yg melibatkan urusniaga yang sedang Pending. 

Maksudnya mana mana urusan dengan prospek (bakal pembeli) mulakan daripada pagi dahulu sebab perjalanan urusniaga online ni lebih panjang. Nak kena pastikan dulu produk mana yg dia betul betul nak beli.

Kalau melibatkan pakaian kena pastikan saiz apa yang dia nak dan kita sebagai penjual kena betul betul guide customer pilih saiz yang betul since jualan beli online ni tak boleh test kan. Lepas dah confirm nak sediakan invoise lagi. Itu proses yg agak panjang dan perlu dibuat seawal pagi. Lebih lebih lagi jika deal direct dengan customer runcit.

Boleh juga urusniaga semua hanya melibatkan jualan di website yang semuanya automatik dan menjimatkan masa kita mengurus. Tetapi bagi peniaga baru kak suggest handle secara manual lebih baik. Sebab kita masih baru dan masih perlu built repo dengan customer. Dan peluang utk makes sale secara manual lebih tinggi bagi newbie sebenarnya. So nak tak nak memang kita kena harung proses yg agak panjang ni.Huhu. 

Ok back to step seterusnya, untuk customer yang dah bankin dan hanya melibatkan proses packing dan reply mesej customer bahawa kita dah terima payment kita boleh buat dalam jam 11 am atau 12 am ke atas. Sebab proses bagi bahagian ini lebih mudah dan tak memerlukan fokus yg tinggi. Jadi kita boleh urus situasi itu dalam masa sama urus anak anak dan rumahtangga.

Senang cite, fokus bila berniaga sambil jaga anak ni, mulakan dengan sesuatu kerja yg paling sukar dan memerlukan fokus yg tinggi dulu di awal pagi. Time anak anak tengah tidur tu la peluang kita nak fokus kan.

Kredit : Ummu Habibah

*********************************************************************

Tips di atas saya petik dari wall FB Ummu Habibah, pengasas t-shirt muslimah4U. Banyak yang boleh saya aplikasikan. Pasal marketing yang kena buat pagi-pagi tu memang saya setuju sangat. 

Tips yang beliau bagi ni sangat berguna terutamanya untuk mereka yang ada anak kecil. Macam saya sendiri anak dah besar jadi takde masalah sangat bab tu. Semoga sama-sama beroleh manfaat. 

Pengedar Sah Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387  

Wednesday 4 March 2015

Tips Urus Masa Ibu Bekerja dan Surirumah Supaya Hidup Tidak Kelam-kabut

Baru-baru ini saya menghadiri Seminar Supermommy oleh Puan Husna Haron di yang diadakan di Hotel Sumai, Kuala Terengganu. Seminar ini berkenaan pengurusan masa wanita, sesuai untuk sesiapa sahaja terutamanya ibu bekerja yang sibuk dan surirumah yang merasakan hidup mereka sentiasa kelam-kabut.

Saya telah lama follow beliau melalui facebook, emel dan bila mendapat tahu beliau akan mengadakan seminar di Kuala Terengganu, apa lagi. Tentu saya tak akan lepaskan peluang ni.




Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba. Alhamdulillah tiada masalah untuk tinggalkan anak saya sebab suami ada untuk mengambil alih tugas itu :)

Sesekali perlu juga tinggalkan seketika tugas di rumah untuk menuntut ilmu dengan tujuan untuk memperbaiki diri. InsyaAllah ia pasti berguna untuk panduan pada masa akan datang.

Kenapa saya hadir seminar ini?

Kalau diikutkan, saya baru ada seorang anak dan tidaklah sesibuk mana. Saya surirumah yang bekerja dari rumah (work at home mom) sahaja. Bukannya wanita berkerjaya di luar. 

Saya hanya menjalankan satu bisnes sahaja, bukannya 3, 4 bisnes. Saya tidak pula memegang jawatan penting dalam mana-mana organisasi atau parti politik hehe.

Jadi saya hanya perlu bahagikan masa untuk keluarga dan bisnes sahaja. Tapi masalahnya, saya sering stress kerana tidak pandai membahagikan masa antara keduanya. Ni baru anak sorang, kalau anak lima tak tahu la macam mana agaknya ye.

Stress bila melihat rumah bersepah tapi pada masa yang sama belum update blog untuk mempromosikan bisnes saya. Sering merasakan tidak cukup masa untuk buat semua benda yang perlu. Nak luangkan masa untuk hobi pun jauh sekali.

Disebabkan itulah saya hadir ke seminar ini dan banyak sekali ilmu yang saya dapat. Yang paling saya suka tentunya berkenaan Law Of Attraction. Saya dapat faham dengan lebih jelas tentang cara untuk aplikasikan Law of Attraction dalam hidup saya.

Alhamdulillah ilmu yang saya dapat dalam Group Jutawan Shaklee dan seminar-seminar Dr Azizan Osman yang pernah saya hadiri sangat berkait rapat dengan apa yang saya pelajari dalam seminar ini. Saya lebih cepat faham. Rupa-rupanya inilah tips yang mentor kami dalam Shaklee selalu tekankan. Apakah tips-nya?

Tips urus masa ibu bekerja dan surirumah supaya hidup tidak kelam-kabut


Ada 2 tips penting yang dikongsikan oleh Puan Husna :

1. Jaga solat. 


Solat sempurna, awal waktu dengan wuduk yang sempurna. Khusyuk, faham maksud bacaan, postur solat yang betul dan perfect. Rajinkan diri menuntut ilmu untuk mendapat solat sempurna.

2. Baca Al-Quran dan terjemahannya.


Bawa Al-Quran terjemahan ke mana-mana sahaja dalam handbag.

Puan Husna menceritakan testimoni daripada seorang wanita yang telah mengamalkan tips ini dengan membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Kebetulan masa tu bulan puasa. Amazingly, beliau mengatakan beliau ada masa yang terlebih-lebih sekarang di mana kalau diikutkan logik, memang tak masuk akal. Bagaimana dengan membaca Al-Quran dapat memanjangkan masa kita. 

Sebenarnya panduan yang diberikan oleh Puan Husna sangat simple. Cuma perlu kekuatan untuk istiqamah. Amalkan 2 tips ini secara konsisten dan lihatlah perubahan dalam hidup kita. Insya-
Allah. Selamat beramal.

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp 013-924 3387