Showing posts with label Fit Muslimah Challenge. Show all posts
Showing posts with label Fit Muslimah Challenge. Show all posts

Tuesday 28 August 2018

Weight Loss Journey Day 1 : A New Beginning

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya jugak jogging dengan Khadijah. Tapi bukan lepas subuh seperti yang diimpikan dan dirancang. Malam ni buat pertama kali dapat brisk walk sekeliling taman perumahan ni. 

Mula pukul 9.10 malam. Best jugak jogging malam ni hehe. Angin pun sepoi-sepoi bahasa je. Nak hujan agaknya.

Hari ni start dengan berjalan je. InsyaAllah lepas 2,3 hari kita try jogging pulak. Tak sampai pukul 10, Khadijah dah mengadu lenguh kaki. Macam orang tua pulak dia. Mengalahkan ummi. 

Saya sendiri pun tak rasa apa-apa. Berpeluh je sikit. Ok la untuk permulaan. Moga dapat istiqamah setiap hari. 


Saturday 13 May 2017

Berat Badan Ideal

Rasanya belum sampai sebulan saya start istiqamah exercise. Tapi dah banyak perubahan yang saya alami. I like. 

Masa awal-awal dulu, susah nak berpeluh. Kadang setengah jam dah exercise tapi belum berpeluh pun. Sekarang, exercise sekejap pun dah berpeluh. 

Dulu ada juga la rasa sakit urat atau mungkin lebih tepat lagi sakit otot masa mula exercise. Kini dah banyak sangat kurang. 

Dulu pergerakan semasa solat agak sukar. Tapi kini rasa jauh berbeza. Nak rukuk, nak sujud, bangun dari sujud lebih mudah untuk dilakukan. Amazing. 

Dulu selalu rasa stress. Kini tidak lagi. I feel great. 

Dulu susah nak bangun qiamullail. Sekarang lebih mudah, walaupun tidur agak lewat. Yang ni memang saya rasa syukur sangat. 



























Dah dapat rasa lemak sekitar paha dan perut makin berkurang. Tapi bila timbang, berat tak turun pun. Pelik. Rupanya sebab lemak dah hilang tapi diganti dengan otot. 

Overall saya rasa sangat enjoy bila lakukan exercise ni. Semoga saya terus istiqamah untuk mencapai berat badan idaman iaitu 55 kg. 


Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah 

Tuesday 9 May 2017

Fit Muslimah Challenge

I WANT TO BE A FIT MUSLIMAH, NOT FAT MUSLIMAH. 

Matlamat 2017 saya dari segi kesihatan ialah ingin menurunkan berat badan sebanyak 20 kg untuk dapat berat badan yang ideal. Awal tahun hari tu ada la jogging kat pantai tapi sekejap je. Tak istiqamah. 

Jadi sekarang dah pun bulan 5. Tinggal 7 bulan je lagi untuk saya capai target. So far baru berjaya turunkan 5 kg. Tu pun takleh percaya sangat sebab berat selalu turun naik. 

Saya decide yang saya kena start exercise semula walaupun hanya di rumah. Bukan semata-mata nak kurus tapi juga supaya lebih cergas, lebih bertenaga, dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit. 


Sekarang nak pergi jogging agak susah sebab saya menjaga ummi yang terlantar sakit dan tak dapat menguruskan diri sendiri. Jadi pilihan yang terbaik ialah dengan exercise dari rumah. 

Tak susah pun sebenarnya kalau kita nak. Banyak video kat youtube yang boleh dijadikan panduan. Boleh pilih jenis senaman yang kita suka. 

Macam saya, suka aerobik, zumba, yoga, power walk dan yang terbaru combat fitness. Bila tertengok kat youtube tempoh hari. Yang penting pilih exercise yang kita rasa seronok untuk lakukan, dan bukannya rasa stress. 

Saya nak wajibkan diri supaya dapat jadikan exercise sebagai rutin, macam kita makan nasi dan solat. Biasanya saya spend 30 minit atau jika kurang berpeluh saya akan sambung lagi hingga 1 jam. Rasa seronok sangat bila peluh menitik keluar dengan lajunya, walaupun hanya exercise di rumah. 

Video apa yang best untuk beginner? Di sini saya kongsikan. Mudah-mudahan bermanfaat. 


Jangan lupa bersenam. Let's get fit!


Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387