Showing posts with label Review buku. Show all posts
Showing posts with label Review buku. Show all posts

Monday 23 December 2019

Buku Best di Perpustakaan Awam Kampung Raja

Sepanjang cuti sekolah ni, dah beberapa kali saya berkunjung ke Perpustakaan Awam Kampung Raja, Besut untuk meminjam buku. 1 kad boleh pinjam 4 buah buku je untuk 2 minggu. Sebelum ni 6.

Antara buku yang sempat saya hadam ialah :

Move On

Sahaja Aku Menjadi Imam

Tamparan Takdir

I Am Me : Rahsia Niaga DS Vida

Mudahnya Menjemput Rezeki 2

Let It Go

Supermama

Kekuatan Doa Ibu

Dumped

Pulun

Saya Ada 25 Jam Sehari

Rak buku favourite

Kemas dan bersih walaupun agak usang

Biasanya tak ramai sangat orang

Oh buku Dumped tak sempat habiskan sebab tebal sangat plus dalam bahasa inggeris. Kalau bahasa melayu cepat sikit habis. Excited betul bila banyak buku baru, lebih-lebih lagi buku dalam wishlist untuk dibaca, ada kat sini.

Best bila kita jadi peminjam pertama :) Tapi oleh kerana kekangan masa, tak dapat la nak pinjam semuanya. Pilih yang mana paling best je.

Ni pula buku yang tak sempat dibaca. InsyaAllah next time pula. Snap gambar siap-siap. Nanti senang nak cari.


The Great Husband and Wife

Bent Rib : A Journey Through Women's Issues in Islam

Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps

Relaks & Senyum

Pujukan Dari Tuhan

InsyaAllah kalau ada kesempatan saya share review tentang buku-buku yang saya dah baca. 

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp 013-924 3387

Sunday 12 August 2018

The Miracle Morning 3

Semalam tak bangun awal sebab saya stay up. Alhamdulillah hari ni sambung balik. Bangun pukul 4 pagi. Tidur pun pukul 1. Susah nak tidur sebab minum kopi petang tu. 

Silence, Affirmation, Scribing, Visualization, Reading done. Exercise je tak buat huhu. 

Hari ni saya baca buku yang dibeli masa kat Big Bad Wolf dulu. Tengok buku macam menarik. Jadi saya beli. Dan mungkin juga ada info yang boleh saya apply untuk bisnes. Tajuknya : UNSTUCK- Your Guide to The Seven Stage Journey Out of Depression tulisan James S. Gordon, MD. 


Belum habis lagi baca. Dah baca pun banyak yang tak dapat nak tangkap. Jadi mesti kena baca lagi berulangkali supaya faham. 

Next Big Bad Wolf saya akan pastikan dapat borong 1 atau 2 kotak buku. Murah sangat tau. Tak jumpa kat tempat lain harga murah macam tu. Dah la bahasa Inggeris. Ye la buku bahasa Inggeris ni kan mahal. Harap-harap ada la rezeki untuk ke sana lagi. Maybe hujung tahun ni kut. 

Wednesday 8 August 2018

The Miracle Morning 1

Alhamdulillah. Hari ni berjaya bangun seawal 3.30 pagi. Tidur pukul 12.30 tengah malam. Saya dalam proses nak jadikan bangun seawal mungkin sebagai habit. Sebab saya ada impian yang mesti direalisasikan tahun ini juga. 

Dan bila bangun lebih awal, lebih banyak kerja yang dapat saya selesaikan. Dengan bangun awal juga dapat la buat solat sunat. 




Selain itu, saya nak appy tips yang saya dapat daripada buku The Miracle Morning - Hal Elrod. Ada 6 perkara yang perlu dilakukan dalam masa sejam pertama selepas bangun tidur iaitu :

  • Silence 
  • Affirmation
  • Visualization
  • Exercise
  • Reading
  • Scribing

Setiap item tu cuma ambil masa 10 minit. Semua tu dah buat kecuali exercise. Tapi solat pun kira exercise la. Tengok la, kejap lagi ke saya exercise. Sebab nak siapkan entri blog dulu. 

Untuk reading, saya baca buku Hukum Tarikan - Michael J. Losier yang dah lama ada dalam simpanan saya. Dan saya belum betul-betul apply ilmu yang saya dapat daripada buku tu. 



Bagi yang belum baca The Miracle Morning, saya sangat-sangat recommend. Memang best. Especially buat yang rasa down, hopeless, stuck, depressed. Mesti baca.