Showing posts with label Darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label Darah tinggi. Show all posts

Thursday 17 September 2020

Manfaat Biji Labu Untuk Kesihatan

Siapa sangka biji labu yang sangat kecil ini sebenarnya kaya dengan manfaat. Labu  disebut dalam Al-Quran dalam kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan.

Labu ditumbuhkan oleh Allah sebagai makanan dan juga penawar kepada Nabi Yunus. Setelah keluar dari perut ikan, tubuh baginda amat lemah, dan juga sakit-sakit.

Dengan memakan labu baginda mendapat kesembuhan dan juga tenaga.

Antara manfaat labu ialah:

1. Meningkatkan sistem imun tubuh
Dapat mencegah pelbagai penyakit.

2. Kesihatan jantung
Asid lemak bantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan tingkatkan kadar kolesterol baik.

3. Mengurangkan simptom menopaus
Triptophan bantu tubuh hasil hormon serotonin yang dapat membantu untuk tidur yang lebih nyenyak.

4. Menurunkan berat badan
Biji labu sesuai diambil sebagai kudapan masa berdiet. Kandungan serat yang tinggi membuatkan perut kenyang lebih lama dan dapat kurangkan keinginan untuk makan.

5. Mengurangkan risiko kanser
Ini termasuklah kanser payudara, kanser  paru-paru, kanser perut, kanser prostat dan kanser usus besar.

6. Membantu mengurangkan paras gula dalam darah
Biji labu dapat kawal pengeluaran insulin dan kurangkan stress oksidatif dalam tubuh yang menyebabkan kencing manis.

7. Mengawal tekanan darah
Magnesium bantu tubuh dalam mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung

8. Mencegah batu karang
Biji labu dapat mengurangkan toksin,
merangsang peredaran darah dan tingkatkan fungsi ginjal. Asid urik dan toksin lain dapat disingkir dengan mudah.

9. Mencantikkan kulit
Biji labu mengandungi asid lemak, vitamin A, vitamin E, zink dan antioksidan yang bagus untuk kulit. Biji labu juga bermanfaat untuk ekzema, psoriasis dan juga jerawat.

10. Mengurangkan senggugut
Biji labu mengandungi magnesium dan zink yang dapat mengurangkan senggugut.

11. Kesihatan prostat
Biji labu mengandungi zink yang penting untuk kesihatan prostat.

Dalam nutriferon terdapat biji labu dan 3 lagi bahan utama. InsyaAllah nanti saya akan ceritakan dalam post selanjutnya.



Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp : 013-9243387

Wednesday 4 April 2018

Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 28: PN. ZAHRAH BT HJ. ABD BASIT

TEKANAN DARAH MENURUN, ALAHAN MAKANAN HILANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Zahrah Bt. Abd Basit, berumur 60 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Saya kini menetap di Melaka dan merupakan seorang suri rumah.

Saya mengidap penyakit darah tinggi dan juga mengalami masalah cramp ketika tidur terutamanya pada waktu malam di dalam bilik yang berhawa dingin. Saya juga selalu mengalami gatal-gatal apabila makan makanan seafood dan ayam. Penyakit gatal-gatal ini telah saya alami sejak 10 tahun lamanya manakala darah tinggi dan cramp kaki pula lebih kurang 3 tahun. Saya juga kerap ke hospital untuk mengambil ubat supaya dapat mengurangkan masalah yang saya hadapi ini.

Anak saya, Nur Feiza Naquieb telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan supplemen Shaklee iaitu Garlic Complex, Lecithin, Alfalfa Complex dan juga Ostematrix. Beliau merupakan pengedar sah Shaklee dan pengguna tegar produk-produk Shaklee. Saya terus berminat untuk menggunakan produk Shaklee selepas membaca flyers yang diberikan oleh anak saya itu.

Saya mengambil produk Shaklee seperti yang dicadangkan dan tidak menggunakan sebarang produk lain semasa menggunakan supplemen Shaklee dan Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang healing crysis semasa menggunakannya.

Alhamdulillah, dalam tempoh setahun, tekanan darah saya mulai menurun, 130/80. Masalah cramp dan gatal-gatal juga kini tiada lagi. Yang bestnya, ada yang teka umur saya dalam 40an. Nampak muda gitu. Doktor juga telah mengesahkan tekanan darah saya sudah OK dan stabil.

Saranan saya kepada anda, tidak salah untuk berikhtiar dengan supplemen tapi pastikan supplemen tersebut selamat dan berkesan. Saya sangat gembira kerana tiada lagi alahan pada ayam dan seafood, kaki tidak cramp lagi dan tekanan darah sudah OK.

Terima kasih kepada anak saya sebab kenalkan saya dengan produk Shaklee. Alhamdulillah. 




ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.


Saturday 18 June 2016

Atasi Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome) Dengan Vivix


Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail, 38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan?


Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24 jam, juga pemeriksaan darah. 

Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom, doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. 

Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3 botol Vivix iaitu lebih kurang 3 bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah. 

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail




Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

 Kamilah
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387


Monday 3 November 2014

10 Manfaat Omega Guard untuk Semua

1. Omega membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan. Risiko alahan pada bayi juga dapat dikurangkan dengan pengambilan Omega.
2. Omega sangat baik untuk kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan - fizikal dan mental. Juga sesuai untuk pesakit ADHD dan asma.  
3. Omega mencegah penyakit saluran darah dan strok. Dengan cara menyihatkan saluran darah dan menjadikan ia lebih fleksibel dalam mengawal tekanan darah.
4. Omega melegakan kesakitan dan bertindak sebagai painkiller. Ia bermanfaat untuk penyakit yang berkaitan dengan sendi atau otot.
5. Omega penting untuk kesihatan mata kerana DHA yang terdapat dalam Omega merupakan komponen utama retina mata.
6. Omega mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara, paru-paru, prostat dan kolon. Ia bertindak menghalang pertumbuhan sel tumor.
7. Omega membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. 
8. Omega mencegah serangan penyakit jantung. 
9. Omega membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Bermanfaat untuk pesakit diabetes. 
10. Omega membantu mengurangkan tekanan, kemurungan dan insomnia. Ia juga bermanfaat untuk pesakit skizofrenia.
11. Omega penting untuk kecantikan kulit.

Omega sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa. Omega terdapat dalam :

  • Set Mengandung
  • Set Menyusu
  • Set Kesihatan Sendi
  • Set Slimming
  • Set Kesihatan Lelaki
  • Set Kesihatan Wanita
  • Set Kesihatan Kanak-kanak
  • Set Gout
  • Set Darah Tinggi
  • Set Kecantikan Kulit
  • Set Kencing Manis
  • Set Buasir
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
SMS/Whatsapp 0139243387

Tuesday 2 September 2014

17 Sebab Anda Perlu Lebihkan Pengambilan Omega 3 - Part 2

Entry ini adalah lanjutan daripada entry terdahulu tentang kepentingan Omega.

17 sebab anda perlu mengambil Omega-3 - Part 1 


6. Merendahkan tekanan darah 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang makan lebih ikan dalam diet mereka mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak makan ikan. Omega 3 menyihatkan saluran darah dan menjadikan ia lebih fleksibel dalam mengawal tekanan darah. Kebaikan Omega 3 lebih jelas dilihat pada mereka yang telah pun mengalami hipertension. Satu kajian terbaru menunjukkan mereka yang mengambil suplemen minyak ikan dalam dos yang tinggi mampu melindungi jantung dari stress akibat kerja.


7. Melegakan kesakitan (Pain-killer)

Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi (radang atau bengkak) yang berkaitan dengan sendi atau otot yang biasanya diatasi dengan pengambilan ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs) seperti ibuprofen. Dalam satu kajian, 250 pesakit yang mengalami kesakitan yang kronik telah mengambil 1.2 g DHA/EPA setiap hari. Keputusan menunjukkan kira-kira 60% daripada pesakit tersebut berpuas hati dengan perubahan yang dirasai setelah mengambil minyak ikan. Kesimpulan daripada kajian ini, pengambilan suplemen EPA/DHA mungkin lebih selamat daripada pengambilan NSAIDs untuk mengurangkan kesakitan.

8. Penting untuk kesihatan mata

DHA Omega 3 terdapat pada retina, macula dan bahagian mata yang lain. Kajian menunjukkan DHA memainkan peranan penting dalam kesihatan mata. Bahkan, DHA terdiri daripada 93% Omega 3 dalam tisu mata. Sesetengah kajian juga mendapati supleman DHA mampu memperbaiki kesan visual pada bayi pramatang.  




9. Omega-3 mengurangkan gejala asma

Asma sering dikaitkan dengan faktor persekitaran dan juga faktor pemakanan sebagai faktor utama. Beberapa kajian mendapati pesakit asma mempunyai kadar omega-3 yang rendah dalam tubuh berbanding mereka yang tidak menghidap asma. Beberapa kajian lain menunjukkan diet yang kaya dengan omega-3 (dan lebih rendah omega-6) memberi kesan positif kepada pesakit asma. 


Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen anda :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Call 09-690 3059


Tuesday 17 December 2013

17 Sebab Anda Perlu Mengambil Omega 3 - Part 1

Lanjutan daripada entry saya yang terdahulu, saya ingin kongsikan tentang 17 sebab anda perlu mengambil Omega 3. 

1. Mencerdaskan fikiran 

Ikan digelar 'brain food' (makanan untuk minda). 60% daripada 'grey matter' iaitu salah satu bahagian dalam otak terdiri daripada lemak. Pengambilan Omega 3 telah terbukti mampu meningkatkan kesihatan minda di kalangan bayi sehinggalah golongan yang telah lanjut usia. Omega 3 mampu mengekalkan aliran darah yang sihat (ke otak) dan memberi struktur dan integriti kepada sel membran dalam otak. 










2. Mengurangkan risiko kanser 

Banyak kajian telah membuktikan bahawa Omega 3 mampu mencegah sesetengah jenis kanser, termasuklah kanser payudara dan kanser kolon. Antara hasil kajian tersebut, didapati Omega 3 menghalang pertumbuhan sel tumor. 



3. Hidup lebih lama  

Strok merupakan punca kematian yang keempat terbesar di Amerika Syarikat dan 80% daripadanya sebenarnya boleh dicegah. Strok berlaku apabila saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat, menyebabkan bekalan darah terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Omega 3 mengurangkan risiko-risiko (yang boleh dikawal) yang menyebabkan strok, termasuklah kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes dan arterosklerosis. 



4. Meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan kolesterol jahat (LDL)

Diet dengan melebihkan pengambilan Omega 3 dan mengurangkan lemak tepu mengekalkan kolesterol baik (HDL) pada paras yang tinggi dan mengekalkan kolesterol jahat (LDL) pada paras yang rendah. American Heart Associations mencadangkan supaya orang dewasa mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan (terumanya ikan 'cold waters') setiap minggu untuk mendapatkan 500 mg sehingga 1 g Omega 3 sehari.  

Bagi yang tinggal di negara iklim sejuk mungkin tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan ikan 'cold waters' seperti ikan salmon atau ikan kod. Namun bagi kita yang tinggal di Malaysia, pilihan terbaik ialah dengan mengambil suplemen Omega 3.

KOLESTEROL BAIK HDL KOLESTEROL JAHAT LDL


5. Memperbaiki kesihatan kulit 
Kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya dan Omega 3 juga mempunyai fungsi yang sedemikian. Satu kajian mendapati bahawa asid lemak Omega 3 membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.




Bersambung ke Part 2.

Hubungi saya jika ingin mencuba vitamin Shaklee:

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 0139243387