Saturday 15 November 2014

Bolehkah Ambil Lecithin Semasa Hamil?

Bila sebut Lecithin, kebanyakan kita mengetahui kebaikannya dalam penurunan berat badan, dan juga untuk kecantikan kulit.

Lecithin merupakan emulsifier semulajadi yang mampu membakar lemak untuk tubuh yang lebih langsing.

Harga Lecithin Shaklee yang sangat berpatutatan menjadikan ia favourite bagi mereka yang ingin kurus.

Persoalannya, bolehkah Lecithin diambil semasa mengandung?


Sebenarnya, masa terbaik untuk ambil Lecithin adalah semasa mengandung.

Ini adalah kerana Lecithin adalah komponen utama neurotransmitter iaitu asetikolin yang sangat bagus untuk sistem saraf dan otak manusia.

Pengambilan Lecithin semasa mengandung membantu mengoptimumkan perkembangan otak dan sistem saraf dan otak bayi, di samping DHA yang diperolehi melalui pengambilan Omega.

Mungkin ramai yang menyedari tentang kepentingan Omega ketika hamil namun tidak tahu tentang kebaikan Lecithin.

Lecithin juga terdapat dalam Brilliant Set Shaklee kerana ia membantu meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran serta mengurangkan stress.

Nutritionist Shaklee sendiri mengesyorkan pengambilan 3 hingga 6 biji Lecithin setiap hari untuk ibu hamil.

Kredit




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Wednesday 5 November 2014

Apa Kata Robert Kiyosaki Tentang MLM

Sebelum ini saya ada bercerita tentang buku Robert Kiyosaki iaitu Increase Your Financial IQ. Dalam buku tersebut ada disebut tentang MLM atau network marketing. Yang suka baca buku lebih-lebih lagi buku berkaitan kewangan, pasti kenal siapa Robert Kiyosaki ni. Bagi yang belum kenal, Robert Kiyosaki merupakan penulis buku Rich Dad Poor Dad yang menjadi best seller dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. 

Dalam bab akhir buku tersebut ada dibincangkan tentang cara untuk meningkatkan financial intelligence atau bahasa mudahnya, kecerdasan kewangan. Untuk membentuk financial intelligence pula memerlukan persekitaran yang tertentu. Contoh persekitaran tersebut adalah :
  1. Sekolah atau Kolej
  2. Rumah Ibadat
  3. Pasukan Tentera
  4. Network Marketing ataupun Pemasaran Berangkai
  5. Bisnes
  6. Seminar
  7. Latihan dan Bimbingan
  8. Kelab Cashflow
  9. Bahan Muatturun Khusus Untuk Pembaca

Jadi, apa ulasan Robert Kiyosaki tentang network marketing atau MLM?

Network Marketing ataupun Pemasaran Berangkai
Kebanyakan syarikat networking ataupun pemasaran berangkai menyediakan persekitaran pembelajaran yang hebat kerana mereka menawarkan latihan, sokongan, struktur bisnes, dan produk supaya kita dapat fokus bagi membangunkan kemahiran jualan dan membina bisnes.
Saya sarankan kepada sesiapa yang mahu menjadi usahawan supaya menyertai syarikat pemasaran berangkai ini bagi mendapatkan latihan perniagaan terbaik dalam dunia sebenar bisnes. Syarikat seperti ini lebih fokus dalam membangunkan ketiga-tiga minda kita, terutama mengukuhkan minda separa sedar.
Program latihan pemasaran berangkai bagus bagi membangunkan kepintaran interpersonal dan intrapersonal. Membangunkan kedua-dua kepintaran ini akan mengubah hidup kita dan meningkatkan taraf hidup kita kerana kepintaran ini mengajar kita cara mengatasi ketakutan kepada orang lain dan ketakutan kepada kegagalan.
Kebaikan belajar dalam persekitaran pemasaran berangkai adalah persekitaran pemasaran berangkai adalah persekitaran itu yang saling menyokong, dan bukan yang didorong oleh rasa takut seperti yang diajarkan di sekolah-sekolah dan bisnes. Mereka tidak menggagalkan kita ataupun memecat kita kerana prestasi yang rendah. Sebaliknya, kebanyakan bisnes pemasaran berangkai ini akan berusaha membantu dan memberikan semangat selagi kita sanggup belajar dan berkembang. 
Saya mengenali beberapa orang yang menghabiskan masa mereka selama lima tahun bersama bisnes pemasaran berangkai sebelum mereka pada akhirnya berjaya menangani keraguan dan ketakutan dalam diri mereka. Sebaik sahaja mereka berjaya mengatasi masalah ini, wang mula melimpah masuk.

Bila saya baca tentang ni, memang betul. Exactly macam yang Robert Kiyosaki tulis tu. Bila join Shaklee, perkara tentang minda separa sedar memang sangat ditekankan oleh mentor-mentor  saya. Dan bukan hanya aspek kewangan dan kesihatan yang berubah menjadi bertambah baik, boleh dikatakan dengan menyertai Shaklee, semua aspek kehidupan juga turut berubah. Dan bukannya perlu masa 5 tahun, ada yang dah buktikan telah berjaya dalam masa yang singkat, seawal 1 atau 2 tahun dengan Shaklee.

Ia mengukuhkan lagi keyakinan saya terhadap MLM, walaupun masih ramai yang skeptikal tentangnya. Last but not least, MLM merupakan pilihan yang paling sesuai untuk menjana pendapatan, lebih-lebih lagi di kala harga gula, harga minyak naik dan ditambah lagi dengan GST yang bakal dikenakan bermula tahun hadapan - 2015. Semua benda pakat naik harga nanti (walaupun tak berkait dengan GST langsung).

Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan, inilah masanya yang terbaik. Usah bertangguh lagi. Fast action, fast result. Hubungi saya :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Tuesday 4 November 2014

Resepi Teh Tarik Sihat Penambah Tenaga

Siapa kat sini suka teh tarik? Sayalah salah seorangnya tu. Kalau pergi kedai makan confirm order teh tarik. Atau teh ais. Kalau kat rumah pula saya suka campur Cinch Tea dengan susu pekat manis. Sebab, saya kurang suka rasa Cinch Tea tu. Macam pahit-pahit sikit. Sebab Cinch Tea ni sugar free. Tapi disebabkan saya sukakan khasiatnya kerana memberi tenaga segera dan hilangkan mengantuk, Cinch Tea ni tetap saya ambil. Tapi kena campur dengan something baru saya boleh minum - madu, Performance Drinks, lemon atau susu pekat manis. 

Tapi sebenarnya tak elok minum selalu. Sebab susu pekat manis tu kan manis. Tak nak la dapat kencing manis pula. Bercakap tentang susu pekat manis, tiba-tiba teringat kat cikgu saya masa sekolah rendah dulu. Kami panggil Cikgu Din je. Anak Cikgu Din yang belum pun bersekolah masa tu menghidap kencing manis kerana kegemarannya meratah susu pekat manis. Bahaya betul kan?

Sekarang saya nak share resepi teh tarik yang lebih sihat, iaitu tanpa menggunakan susu pekat manis. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak buat macam ni. Resepi ni saya dapat daripada FB Haji Roslan, salah seorang leader Shaklee yang telah 23 tahun menggunakan produk Shaklee. Kira otai la ni hihi. 

Resepi Teh Tarik Sihat 


Bahan-bahan :

1 mug air suam atau panas
2 atau 3 sudu besar Meal Shakes
1 sachet Cinch Tea

Cara membuat :

Masukkan Meal Shakes dan Cinch Tea ke dalam air suam dan kacau hingga sebati. Atau boleh juga isikan dalam shaker. Kemudian goncang. Nak lagi sedap boleh tambah ais.


teh tarik untuk ibu hamil
Kredit foto : Hj Roslan


Macam mana? Agak-agak sihat tak resepi ni? Confirm sihat kan? Jadi lepas ni bolehlah saya minum teh tarik tanpa ragu-ragu lagi. Tak perlu risau pasal kencing manis dah jika menggunakan resepi ini. Teringin nak mencuba teh tarik Shaklee ni? Boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday 3 November 2014

10 Manfaat Omega Guard untuk Semua

1. Omega membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan. Risiko alahan pada bayi juga dapat dikurangkan dengan pengambilan Omega.
2. Omega sangat baik untuk kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan - fizikal dan mental. Juga sesuai untuk pesakit ADHD dan asma.  
3. Omega mencegah penyakit saluran darah dan strok. Dengan cara menyihatkan saluran darah dan menjadikan ia lebih fleksibel dalam mengawal tekanan darah.
4. Omega melegakan kesakitan dan bertindak sebagai painkiller. Ia bermanfaat untuk penyakit yang berkaitan dengan sendi atau otot.
5. Omega penting untuk kesihatan mata kerana DHA yang terdapat dalam Omega merupakan komponen utama retina mata.
6. Omega mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara, paru-paru, prostat dan kolon. Ia bertindak menghalang pertumbuhan sel tumor.
7. Omega membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. 
8. Omega mencegah serangan penyakit jantung. 
9. Omega membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Bermanfaat untuk pesakit diabetes. 
10. Omega membantu mengurangkan tekanan, kemurungan dan insomnia. Ia juga bermanfaat untuk pesakit skizofrenia.
11. Omega penting untuk kecantikan kulit.

Omega sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa. Omega terdapat dalam :

  • Set Mengandung
  • Set Menyusu
  • Set Kesihatan Sendi
  • Set Slimming
  • Set Kesihatan Lelaki
  • Set Kesihatan Wanita
  • Set Kesihatan Kanak-kanak
  • Set Gout
  • Set Darah Tinggi
  • Set Kecantikan Kulit
  • Set Kencing Manis
  • Set Buasir
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
SMS/Whatsapp 0139243387

Saturday 1 November 2014

Review Buku : Increase Your Financial IQ - Robert Kiyosaki

Saya baru saja habiskan buku Robert Kiyosaki - Increase Your Financial IQ (Edisi Bahasa Melayu). Sangat menarik! Terutamanya Bab 9 - Membangunkan Financial Genius kerana ia melibatkan minda separa sedar. Saya tak tahu macam mana nak explain tapi bila baca buku ni terlalu banyak ilmu yang saya dapat. Terutamanya berkaitan kuasa minda - something yang saya sangat-sangat minat dari dulu lagi. Banyak perkara yang saya dapat faham bila baca buku ni. 

Saya quote sedikit dalam bab ini :

Robert Kiyosaki
Quote dari Robert Kiyosaki

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata Robert Kiyosaki tersebut. Bukan senang nak berubah jika persekitaran kita tak membantu, lebih-lebih lagi jika persekitaran kita negatif. Jadi nak tak nak, kita mesti keluar daripada persekitaran tersebut jika ingin berjaya. Memang agak sukar, tapi sekali kita dah keluar dari persekitaran negatif tersebut, fuh lega sangat rasanya. Saya pun dah alami perkara tersebut. Sebab tulah saya sokong pendapat Robert Kiyosaki 100%. 

Dan Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Sejak menyertai keluarga besar Shaklee under Group Jutawan, saya telah temui persekitaran yang sangat positif yang saya cari selama ini. Di kala rasa down dan kadang-kadang tidak tahu kepada siapa harus diluahkan, saya sering mendapat motivasi atau jawapan kepada masalah saya melalui sharing mentor-mentor dalam Shaklee. Selalu sangat terjadi macam tu. Ajaib sungguh. Tak jadi nak rasa down hehe. Kenapa mentor-mentor? Kerana bukan setakat seorang sahaja mentor iaitu upline saya, malah upline yang atas-atas lagi.  

InsyaAllah saya akan kongsikan lagi tentang buku ini. Robert Kiyosaki ada beri pendapat berkenaan Network Marketing atau dalam bahasa mudah - MLM. Nak tahu sama ada pandangannya adalah positif atau negatif? Stay tune for more updates :)

Saya Pengedar Sah Shaklee :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387