Showing posts with label Serbuk protein. Show all posts
Showing posts with label Serbuk protein. Show all posts

Friday 4 May 2018

6 Tips Memilih Serbuk Protein Terbaik

Serbuk protein menjadi pilihan ramai sama ada sebagai meal replacement, untuk membina badan atau  pun mengurangkan berat badan kerana ia senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berbanding dengan pengambilan sumber protein lain seperti daging yang perlu dimasak, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari.

Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda?




1. DAPATKAN SUMBER PROTEIN DARIPADA SOYA
Protein soya sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang mempunyai alahan kepada laktosa (lactose intolerance). Mereka yang menghadapi masalah lactose intolerance tak mampu mencerna gula (lactose) dalam susu lembu. Apabila makan atau minum susu atau produk tenusu, akan menyebabkan sakit perut, cirit-birit, kembung perut dan angin.

Protein soya mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol 1.  Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopaus menangani sindrom menopaus seperti kepanasan badan (hot flash) 2 . Protein soya 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.


2. BUKAN GMO
Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan:
• Nutrien kekal dalam sumber makanan.
• Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.

3. MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH
Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu :
• Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
• Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
• Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan

4. LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO PENTING
Tidak semua serbuk protein di pasaran lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu diambil daripada diet pemakanan seharian. Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan 9 asid amino perlu penting untuk:
• Fungsi badan yang optimum.
• Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
• Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

5. TIADA GULA TAMBAHAN
Kebanyakan pengeluar menambah gula ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa supaya lebih sedap contohnya seperti aspartame yang berbahaya kepada kesihatan. Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan. Selain itu, dapat membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

6. RENDAH LEMAK
Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak. 
• Membantu mengekalkan jisim otot. 
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol. 
• Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.



ESP Shaklee memenuhi semua kriteria di atas. Untuk order boleh hubungi saya melalui sms atau whatsapp 0139243387.

Rujukan:
1. Xiao C.W. 2008. Health effects of soy protein and isoflavones in humans. J. Nutr. 2008;138:1244S–1249S. 
2. Messina, M. (2016). Soy and Health Update: Evaluation of the Clinical and Epidemiologic Literature. Nutrients, 8(12), 754.