Sunday 28 April 2019

9 Tanda Tubuh Kurang Protein

Protein merupakan komponen penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Protein dapat membekalkan tenaga, membantu pemulihan otot selepas bersenam, memberi rasa kenyang selepas makan, membaiki, membantu pertumbuhan dan mengekalkan otot. 




Apabila berlaku kekurangan protein, sesetengah simptom tersebut dapat dilihat dengan jelas kerana protein terdapat pada hampir semua bahagian tubuh kita. 9 tanda tubuh kekurangan protein ialah :

1. Rasa lemah dan sakit-sakit badan.
Tubuh rasa lemah dan kehilangan otot (turun berat badan) merupakan tanda tidak cukup protein. Apabila kurang protein, tubuh akan memecahkan otot untuk digunakan sebagai tenaga. Kehilangan otot akan mengurangkan kadar metabolisme juga.

2. Selalu jatuh sakit.
Protein penting untuk sistem imun. Ini kerana asid amino (protein) membantu penghasilan antibodi yang dapat melawan penyakit.  Jika selalu jatuh sakit, ia menandakan sistem imun kita lemah dan sistem imun kita diperbuat daripada protein. Kekurangan protein juga menyebabkan luka dan jangkitan lambat sembuh.

3. Kaki bengkak/edema.
Kaki menjadi bengkak disebabkan oleh cecair yang biasanya terdapat pada salur darah yang meresap ke tisu-tisu di sekitarnya. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor lain yang juga menyebabkan edema. Dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.

4. Tak dapat menurunkan berat badan.
Semasa sedang berdiet pengambilan kalori dan protein secara tidak langsung berkurangan. Ia menyebabkan metabolisme menjadi perlahan. Jika nak kurangkan berat, pengambilan protein perlu ditingkatkan. Ini kerana pengambilan protein menyebabkan kurang pengambilan kalori kerana rasa kenyang. Jika sering bersenam tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan, tambah pengambilan protein dalam diet seharian. 

5. Masalah kulit, kuku dan rambut.
Antara kesan kekurangan protein dapat dilihat dengan jelas pada kulit, kuku dan rambut. Protein membina sel termasuk rambut, kulit, dan kuku. Apabila berlaku kekurangan protein, untuk menyimpan tenaga dan mengekalkan protein yang tersimpan, tubuh kita akan masuk fasa di mana ia takkan menumbuhkan rambut, menyebabkan rambut gugur dan semakin menipis.Kulit juga menjadi kusam dan bersisik, manakala kuku menjadi rapuh. 

6. Selalu lapar. 
Dehidrasi dan juga faktor-faktor lain boleh menyebabkan rasa lapar. Namun rasa lapar juga salah satu tanda kekurangan protein. Jika selalu rasa lapar atau sering mengunyah snek antara waktu makan utama, ia mungkin tanda badan perlu lebih protein. Protein berfungsi mengawal kadar gula dalam darah dan memberi rasa kenyang hingga waktu makan seterusanya.

7. Selalu mengidam makanan manis.
Oleh sebab protein mengawal kadar gula dalam darah, kekurangan protein menimbulkan keinginan kepada makanan manis. Jika ambil protein setiap kali waktu makan utama, kurang berlaku turun naik paras gula.

8. Selalu letih setiap masa. 
Apabila berasa letih kita cenderung untuk tidur. Selain tidur, apa kata cuba ambil protein. Tenaga akan meningkat dengan pengambilan protein. 

9. Rasa serabut, tak boleh nak fokus dan moody. 
Protein seimbangkan gula dalam darah, yang menjadikan otak lebih fokus. Kekurangan protein menyebabkan otak tidak dapat berfikir  dengan baik dan tak boleh fokus. Selain itu, protein membantu otak mensintesis hormon seperti serotonin dan dopamin yang membantu kita menjadi lebih tenang, ceria dan tidak moody.

Kekurangan protein biasa berlaku pada orang tua, atlet, orang yang sedang berdiet, orang yang mengalami masalah penghadaman, orang yang stress, dan juga orang yang dalam proses untuk sembuh daripada penyakit atau kecederaan.

Protein boleh boleh didapati daripada daging, kekacang, ikan, produk  tenusu, quinoa, bijirin, buah, sayur, dan juga suplemen. Jumlah protein yang diperlukan bergantung kepada umur, berat dan aktiviti. 


 
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 

Friday 12 April 2019

Rutin Exercise Berubah Lagi

Tahun lepas saya jogging malam. Sebab tu je masa yang saya ada. Kemudian tahun 2019 ni saya jogging atau lebih tepat, brisk walk pagi pula. Lepas hantar anak ke sekolah. Biasanya saya ambil masa sejam untuk exercise. 

Kemudian, bulan April ni jadual exercise saya berubah lagi. Sekarang saya dah tak brisk walk dekat taman. Saya exercise kat rumah je. Tengok video exercise kat youtube sambil dengar lagu kegemaran. Rasa enjoy sangat. Setengah jam je tapi rasa macam lagi best. Sebab banyak keluarkan peluh. Kalau brisk walk je tak berpeluh sangat. 

Lepas exercise, buat visualization sambil dengar water sound, juga dari youtube. Ya Allah bestnya. Memang boleh visualize dengan lebih berkesan sampai keluar air mata. Dah lama tak buat visualization macam ni. So i guess buat masa ni saya akan stick dengan rutin ni. 





 
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387