Thursday 25 January 2018

Vitamin Terbaik Untuk Tingkatkan Kesuburan Lelaki dan Wanita

Bila dah bertahun-tahun kahwin mesti risau bila masih tak dapat anak. Ditambah dengan soalan cepumas daripada orang sekeliling. 

Siapa la yang tak nak anak? Mungkin kita dah berusaha berubat ke sana sini, dah habis banyak duit tapi masih belum menampakkan hasil.

Mungkin ada satu lagi ikhtiar yang boleh kita lakukan iaitu dengan membekalkan tubuh kita dengan nutrisi yang selengkapnya supaya peluang untuk hamil lebih cerah.

Mungkin ramai yang terlepas pandang dengan perkara ini dan hanya memandang remeh tentang vitamin kesuburan untuk lelaki dan wanita ni. Apakah vitamin yang dimaksudkan tersebut?


vitamin tingkatkan kesuburan lelaki dan wanita


1. Coq10.
Banyak kajian menunjukkan Coq10 memberi kesan positif kepada kualiti ovum. Paras semulajadi Coq10 semakin berkurangan bila umur makin meningkat jadi suplemen boleh membantu dalam memperbaharui sel.

2. Vitamin D
Vitamin D merupakan vitamin penting yang perlu diambil oleh semua orang tak mengira peringkat umur. Satu kajian menunjukkan wanita yang mempunyai paras vitamin D yang lebih tinggi berpotensi untuk mengandung dalam rawatan kesuburan IVF berbanding wanita yang mempunyai paras vitamin D yang rendah.

3. Selenium
Selenium merupakan antioksidan yang melindungi sistem reproduktif (pembiakan) daripada radikel bebas. Radikel bebas akan merosakkan DNA sel, yang akan menjejaskan peluang untuk hamil dan meningkatkan risiko kecacatan janin. Ia juga dapat menyokong fungsi tiroid dan sistem imun.

4. Zink
Menurut kajian Northwestern University, ovum memerlukan zink untuk terbentuk dengan sempurna dan bersedia untuk persenyawaan. Tanpa paras zink yang mencukupi, proses pembentukan ovum akan terganggu dan tidak menjadi matang. Zink juga mempengaruhi kesuburan lelaki dan pembentukan sperma.

5. Minyak Ikan Omega 3
Dalam Times Magazine, satu kajian oleh University of Colorado menunjukkan tikus yang mempunyai paras omega 3 yang tinggi mempunyai jumlah ovum yang lebih banyak berbanding tikus yang kurang omega 3. 

Kualiti ovum juga lebih baik pada tikus dengan paras omega 3 yang lebih tinggi. Ovum yang berkualiti tinggi meningkatkan peluang untuk disenyawakan dan menjadi janin. Omega 3 juga dapat mengurangkan inflamasi, meningkatkan fungsi hormon dan meningkatkan alirah darah ke uterus.

Untuk lelaki pula, omega 3 penting untuk menghasilkan sperma yang sihat. Omega 3 dapat meningkatkan aliran darah ke organ seks dan meningkatkan fungsi seksual. Kekurangan omega 3 akan menyebabkan kualiti sperma yang rendah, sperma abnormal, pergerakan sperma yang lambat dan kurang jumlah sperma dihasilkan. 

Kajian pada tahun 2012 dalam jurnal Human Reproduction menunjukkan pengambilan omega 3 dalam jumlah yang banyak akan menghasilkan lebih banyak sperma yang normal dari segi saiz dan bentuk.

6. Vitamin C
Satu kajian oleh University of Texas menunjukkan pengambilan vitamin C dalam jumlah yang lebih banyak akan meningkatkan jumlah sperma, menghasilkan sperma yang lebih kuat dan lebih pantas bergerak, kadang-kadang sehingga 10 kali ganda. 

Apabila berlaku kerosakan pada DNA sperma, kecacatan akan berlaku. Vitamin C membantu meneutralkan bahan kimia / toksin dalam air mani akibat pencemaran alam sekitar dan merokok. 

Vitamin C juga membantu mengelak air mani daripada bergumpal atau melekat dan memudahkan untuk sperma berenang ke arah ovum.

7. Iron
Kajian menunjukkan wanita yang tidak mendapat jumlah iron yang mencukupi akan mengalami anovulation (kurang ovulasi) dan berkemungkinan ovum yang tak sihat dihasilkan di mana ia mengurangkan kadar kehamilan hingga 60% berbanding mereka yang memiliki jumlah iron yang mencukupi.

8. Kalsium
Kalsium penting untuk pergerakan sperma. Tanpa kalsium yang mencukupi, keupayaan dan tenaga  sperma akan berkurang untuk menembusi ovum.

9. Vitamin E
Vitamin E merupakan antioksidan yang dapat meningkatkan jumlah, kualiti dan pergerakan sperma. Vitamin E juga dapat mengekalkan kesihatan membran sperma dan melindungi sperma daripada radikel bebas. Kajian menunjukkan vitamin E dapat meningkatkan kebolehan sperma untuk menembusi ovum.


Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Monday 1 January 2018

Ubat Keputihan Supaya Tiada Lagi Rasa Gatal Merenyam

Pernah tak alami seluar dalam berlubang? Mesti ramai yang alami tapi tak nak mengaku. Betul ke? Kita ingat sebab lama pakai jadi macam tu kan.

Tapi rupanya ia disebabkan oleh keputihan yang biasanya agak kronik. Keputihan ialah gumpalan atau cecair putih yang keluar dari vagina yang kadang-kadang disertai dengan rasa gatal dan juga berbau.



Sebab-sebab berlakunya keputihan ialah :

1. Antibiotik - Pengambilan antibiotik merupakan faktor utama berlakunya keputihan. Tujuan pengambilan antibiotik untuk membunuh bakteria jahat tapi secara tidak langsung ia juga membunuh bakteria baik yang menghasilkan asid dalam perut, menjadikan persekitaran terlalu beralkali, yang menyebabkan candida membiak dengan subur. Ia bukan sahaja terhad kepada antibiotik yang diambil untuk sesuatu penyakit, malah ia termasuk pada haiwan ternakan seperti ayam dan lembu yang diberi antibiotik.

2. Pil perancang - Pengambilan pil perancang secara tidak langsung boleh menyebabkan keputihan. Apabila diet yang diambil tinggi dengan gula dan ditambah dengan pengambilan antibiotik, pengambilan pil perancang memberi kesan kepada tubuh yang mengakibatkan berlakunya keputihan.

3. Rawatan kanser - Kemoterapi dan radiasi membunuh sel kanser dan tumor, tapi dalam masa yang sama ia juga membunuh bakteria sihat yang berfungsi melawan keputihan secara semulajadi.

4. Diabetes - Pada pesakit diabetes Type 1 dan Type 2, paras gula adalah lebih tinggi. Ia menggalakkan pertumbuhan candida yang menggunakan gula sebagai makanan.

5. Sistem imun yang lemah - Orang dengan sistem imun yang lemah seperti bayi, kanak-kanak, orang tua, pesakit HIV/AIDS dan juga autoimun. Ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan zaman kini (gula, karbohidrat, tepung putih, makanan terproses dll) yang kurang nutrisi. Nutrisi yang mencukupi merupakan asas untuk sistem imun yang kuat.

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Keputihan




Nutriferon - Meningkatkan sistem imun secara semulajadi. Keputihan lebih mudah berlaku kepada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Garlic - Banyak bahan mengandungi sulfur yang bertindak sebagai anti kulat. Dapat meningkatkan sistem imun.

Alfalfa - Tinggi dengan fructo-oligosaccarides yang merupakan 'baja' kepada bakteria sihat dalam perut. Membantu meneutralkan pertumbuhan bakteria jahat seperti candida.

GLA Complex - Mengandungi asid lemak omega 6 yang dapat menyeimbangkan hormon dan anti kulat.

Herbal Blend - Mengandungi 6 jenis herba yang bertindak sebagai antikulat. Sangat berkesan untuk mengurangkan kegatalan. Mudah dibawa ke mana-mana. Untuk kegunaan luaran sahaja.

Dapatkan Set Keputihan dengan menghubungi 013-924 3387 (Kamilah).