Showing posts with label Demam dan selsema. Show all posts
Showing posts with label Demam dan selsema. Show all posts

Sunday 3 June 2018

Vitamin Untuk Badan Letih dan Lesu

MASALAH KELETIHAN SEMAKIN BERKURANG SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 22 : AYUNI WAFA

Assalammualaikum. Saya Endang Wahyuni Wafa bt Effendy. Berumur 23 tahun. Saya merupakan seorang guru dan dalam masa yang sama juga salah seorang warden di sebuah sekolah tahfiz swasta.

Wafa mempunyai masalah yang mana cepat letih dan muka selalu pucat. Bila terkena hujan mudah nak selsema atau demam, paling tak pun mula nak pening-pening kepala. Sensitif sungguh.

Mengajar dan menjadi warden bukanlah tugasan yang mudah dan memerlukan Wafa untuk bergerak aktif dan lebih bertenaga. Dengan masalah yang dialami tu buatkan Wafa untuk ikhtiar dengan produk Shaklee iaitu ESP, Performance Drink, Sustained Release Vita-C Plus dan Vitalea (multivitamin).

Bermula masuk waktu mengajar seawal jam 7.30 pagi dan habis jam 5.00 petang. Masa selebihnya adalah tugasan Wafa sebagai seorang warden yang bukannya di dalam asrama saja tapi di luar asrama juga contohnya menghantar dan mengambil beberapa orang pelajar asrama yang belajar di sekolah harian atau membawa pelajar yang tidak sihat untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor atau membawa pelajar asrama ke kuliah/majlis ilmu yang disampaikan oleh ulama' yang tidak jauh dari asrama pada waktu malam pula.

Sebelum mula mengajar Wafa suka ambil ESP sebagai sarapan sebab mudah dan jimat masa. Bancuh dengan air, kacau-kacau dah boleh minum. Alhamdulillah mengenyangkan pula tu, sama juga bila puasa Wafa akan bancuh ESP waktu sahur bila tak ada selera makan yang lain atau pon terbangun lewat. Tak lupa juga untuk makan sekali SR Vita-C Plus untuk tingkatkan sistem imun dan kurangkan simptom flu dan selsema sekaligus bagus untuk kulit sihat.

Kemudian, Wafa bancuh Performance Drink di dalam botol air Shaklee yang comel tu untuk dibawa ke mana-mana bagi mencegah penyahhidratan, kurangkan haus dan melembapkan kulit. Sebelum tidur pula, Wafa akan telan Vitalea supaya cergas untuk aktiviti keesokan harinya dan sebagai pelengkap nutrien untuk badan. Wafa sayangkan badan sendiri dan cuba jaga sebaiknya sebagai tanda syukur.

Alhamdulillah, masalah yang Wafa alami dulu dah selesai dan bila hujan pun tak perlu risau lagi. Yang bestnya, kawan pun perasan perubahan Wafa berbanding dulu yang cepat letih dan selalu muka pucat, siap cakap "kuat betul Wafa".

Walaupun kerja Wafa nampak memenatkan tapi dari sudut lain sebagai terapi bagi Wafa kerana berkhidmat kepada ahlul Quran. Semoga Wafa terus kuat untuk berbakti kepada ahli ilmu dan ahlul Quran. In shaa Allah.

Alhamdulillah, terima kasih Supermom Shaklee Story sebab bagi peluang untuk Wafa kongsikan Shaklee Effects.


 


ATAU
 

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  

Monday 10 February 2014

Cara Atasi Batuk Dan Hilangkan Kahak Pada Bayi

Tips ini saya ambil dari vitaminibu.com. 
Masuk hari ini sudah hampir 2 minggu Ibrahim mendapat batuk berkahak. 
Minggu lepas kami bawa Ibrahim berjumpa Dr Lim untuk diagnosis. Dr Lim mengatakan Ibrahim telah mendapat acute bronchiolitis. 
Beliau mencadangkan agar ditahan di ward. Oleh kerana dah fobia dengan kenangan lalu, maka kami meminta untuk hold dulu plan kena ward tu untuk kami cuba rawatan secara semula jadi di rumah.
Alhamdulillah Dr Lim sangat professional, beliau menghormati keputusan kami sambil memberi beberapa guidelines yang perlu kami patuhi sepanjang rawatan.
Bermula dari saat itu pelbagai teknik rawatan kami telah jalankan antaranya ; 
  1. Sedut kahak di klinik wangsa 
  2. Homeopathy 
  3. Garlic steam 
Teknik garlic steam ni sama macam teknik steam biasa cuma ada tambahan garlic oil dalam air steam tu.
Jangan cakap banyak lagi salwa, jom ajak readers layan gambar ;)

Step 1
Persediaan Garlic Steam
 Steamer – kami guna sterilizer Little Bean je…..
Garlic oil – saya guna newlife, company ni memang banyak product natural. Minyak kelapa dara pun saya guna produk mereka.
Air – sikit je dalam 3 cawan
Panaskan air dalam sterilizer, pecahkan 3 biji garlic capsule dan squeeze minyak ke dalam air. Kalau nak guna bawang putih mentah pun boleh, ketuk bawang putih dan letak dalam air.

Step 2
 Garlic Steam ready to go
Baki garlic oil tu kami sapu ke atas dada, belakang, ubun-ubun dan T-Zone Ibrahim.
Lepas tu kami urut-urut sikit belakang dia.
Kemudian untuk galakkan kahak dan hingus keluar dengan mudah, kami letak Ibrahim dalam keadaan arah ke bawah.
Nak buat begini kena hati-hati sebab kalau baby tendang kuat boleh tertolak ke depan mukanya.
Tapi suami saya kreatif, beliau guna kaki sebagai hadang.
Jadi hanya muka dan dada baby je mengadap steam.
Perlu lakukan ini dengan bantuan individu lain : sorang pegang baby dengan kemas dan seorang lagi tepuk dengan teknik percussion atau sekadar urust perlahan (Ibrahim ada masalah jantung jadi tak boleh buat percussion sangat, sikit-sikit tu boleh la)
Kalau nak effect lagi best, selubungkan dengan  kain lampin.
Masa ni memang baby meraung dengan cemerlangnya, tapi takpe wap-wap itu akan masuk dengan lebih cemerlang ke dalam saluran pernafasan yang keradangan akibat bronchiolitis, maka akan mencairkan kahak yang pekat dan kental, maka lebih mudah kahak keluar…..
sebab tu kena buat 2 orang supaya keselamatan baby terjamin sewaktu baby meronta kena wap panas.

Step 3
tepukan percussion untuk keluarkan kahak
Kalau baby yang tiada maslah jantung, ibu-ibu boleh buat percussion tap tu sambil wap sambil pembantu memegang baby dengan kemas.
Teknik tepukan percussion ni bertujuan untuk longgarkan kepadatan kahak.
Tangan perlu melengkung dan tepukan di lakukan pada kiri dan kanan dada bukan atas tulang belakang ye.
Kami buat camni dalam lebih kurang 5 minit sebelum proceed ke step seterusnya.

Step 4
 Garlic steam untuk keluarkan kahak dengan semulajadi
Inilah saat yang seronok bila kita nampak kahak-kahak dan hingus-hingus putih kehijauan keluar dengan jayanya…..
Kalau anda buat percussion tap tu lagi banyak kahak yang keluar….
sambil bersihkan kahak sambil tu tenangkan baby…..
boleh ulang step 2 – 4 sehingga tahap yang baby anda boleh tolerate
Jangan paksa baby, buat pelan-pelan pun takpe sebab taknak baby kita stress….kita nak baby yang sihat dan happy kan ;)

Final step
 selesa kahak dah kurang
Lepas dah keluar kahak dan hingus, kita boleh dengar nafas baby makin tenang dan kurang bunyi wheezing.
Bersihkan muka baby dari sebarang kotoran, tenangkan baby…..
Lepas tu bagi upah susu :)
InshaaALLAH baby akan tidur lena lepas tu :)

Lazimnya kami buat sehari 2 -3 kali.
Kalau anda baru mula nak buat, cuba dulu sehari sekali.
Dan kurangkan tidur bawah air cond sebab air cond akan menyebabkan kahak jadi likat dan susah nak keluar.
Secara asasnya dari segi luaran, saya rawat Ibrahim dengan ;
  • Garlic steam
  • Homeopathy
 Dan dari segi dalaman, saya sendiri yang mengambil inisiatif untuk makan vitamin C dan saya makan extra Shaklee Nutriferon untuk meningkatkan interferon dalam sistem pertahanan badan.

Since bronchiolitis ni viral infection, so interferon  inshaaALLAH membantu bada melawan virus secara semulajadi.
Saya makan 5 sachet nutriferon sehari, alhamdulillah walaupun sedang batuk berkahak namun Ibrahim tak demam.
Saya sangatlah takut sebab bronchiolitis ni kalau tak rawat akan menyebabkan masalah lagi serius
tambahan Ibrahim kan ada issue jantung, lagi la saya kena jaga baik-baik supaya Ibrahim sembuh dengan segera.
Semoga perkongsian saya hari ni memberi manfaat kepada pembaca kami.
Terima kasih ya kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan saya :)
Jumpa lagi dalam entry lain ;)