Showing posts with label Hormon. Show all posts
Showing posts with label Hormon. Show all posts

Wednesday 7 January 2015

Makin Sakit Makan Shaklee : Adakah Ia Kesan Sampingan?

Ada customer yang mengadu sakit kepala, badan jadi gatal-gatal, loya, sembelit dan macam-macam lagi masalah yang dihadapi setelah mengambil suplemen Shaklee.

Bila dah terjadi macam tu, kadang-kadang timbul was-was sama ada suplemen Shaklee ni tak sesuai ke untuk mereka?

Di sinilah pentingnya pengetahuan tentang suplemen ni. Makan suplemen pun kena dengan ilmu. Betul tak?

Jika tiada ilmu, mungkin mereka terus stop pengambilan. Kan sayang tu? Beli suplemen tapi tak makan.

Bila dah terjadi macam tu, tentulah saya nasihat untuk teruskan pengambilan kerana simptom-simptom tersebut merupakan 'healing crisis' atau krisis penyembuhan yang 'wajib' berlaku. 

Dengan berlakunya krisis penyembuhan, ia bermakna suplemen tersebut berkesan.

Di bawah diterangkan secara detail tentang krisis penyembuhan yang perlu kita tahu :


Q : Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A : Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. 

Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.

Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q : Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A : Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. 

Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. 

Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu.

Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q : Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A : Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.

Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Q : Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A : Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan.

Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q : Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A : Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q : Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa?

A : Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala, sakit kepala yang melampau
Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin 

2) Krisis Penyembuhan Demam, rasa gelisah
Penyebab Metabolisme meningkat, merangsang fungsi imunisasi badan

3) Krisis Penyembuhan Cirit birit, peningkatan dalam pergerakan usus , najis berbau, air kencing berbau

Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, bahan buangan dan sisa-sisa terkumpul 
dalam usus besar 


4) Krisis Penyembuhan Senak, kembung perut   
Penyebab Sistem penghadaman yang lemah 


5) Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir, peluh berbau 

Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat 

6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak  

Penyebab Fungsi hati yang lemah, kesihatan usus yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin 


7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung   
Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah 

8) Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi    

Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit 

9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah 

Penyebab Proses penyembuhan makin cepat

10) Krisis Penyembuhan Insomnia atau hiperaktif
Penyebab Sistem saraf yang lemah 

11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu,perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak 

Penyebab Ketidakseimbangan hormon, dalam proses untuk menyeimbangkan hormon

12) Krisis Penyembuhan Lapar, Pening  

Penyebab Tekanan darah rendah, anemia

13) Krisis Penyembuhan Loya, sembelit, tersedu 
Penyebab Sistem penghadaman yang lemah, masalah hati 

14) Krisis Penyembuhan Edema (membengkak)   
Penyebab Masalah buah pinggang

15) Krisis Penyembuhan Kelesuan, mengantuk
Penyebab Badan berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, perlu lebih rehat

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Saturday 6 September 2014

GLA Shaklee punca cyst atau fibroid. Benarkah?


Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.


Ok. 

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.


Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.



Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 


Luv, 

Dr. Malinda