Tuesday 28 March 2017

Bagaimana Oki Setiana Dewi Apply Law of Attraction Seawal Usia 4 Tahun Untuk Menjadi Pelakon Terkenal

Semalam stumble upon satu video kat youtube tentang Oki Setiana Dewi iaitu pelakon utama Ketika Cinta Bertasbih yang menjadi fenomena suatu ketika dulu. Filem islamik dari Indonesia ni diadaptasikan dari novel penulis terkenal iaitu Habiburrahman. Memang minat sungguh la dengan filem ni dulu sekali dengan pelakon-pelakonnya. Dah lupa sama ada novelnya pun ada dalam koleksi peribadi atau tidak. Rasanya ada kut.




Apa yang saya nak cerita ialah rupanya Oki Setiana Dewi dari kecil lagi (4 tahun) dah pun apply law of attraction untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi pelakon terkenal. Macam mana tu? Beliau sering berlakon seolah-olah sedang menerima award pelakon dengan anak-anak patungnya sebagai audience. Seolah-olah beliau sedang buat ucapan di hari tersebut. Dan memegang sikat seolah-olah sedang memegang trofi yang dimenangi. Kelakar tapi ia memang berkesan sebenarnya sebagai salah satu cara untuk mencapai impian. Fake it until you make it.

Masa saya dengar beliau cakap tu, wow hebatnya. Dari sini dapat idea untuk buat perkara yang sama untuk diri sendiri dan juga keluarga. Sekarang Khadijah dah pun 7 tahun. Untuk diri sendiri pula tiada istilah terlambat kerana selagi masih hidup, kita bebas untuk berimpian.

Lagi yang menarik, beliau ada macam diari yang mencatat segala impian yang ditulis setiap hari. Bila dah capai, ticked. Dan boleh dikatakan hampir semua yang beliau tulis tersebut menjadi kenyataan termasuklah untuk menjadi pelakon. Hebat kan?

Saya dulu pun ada tulis diari tapi lebih kepada tempat meluah perasaan. Jadi bila dengar perkongsian Oki ni, rasa kena teruskan semula hobi tulis diari ni. Dari dulu lagi suka menulis sebenarnya. Boleh dikatakan apa aje yang terlintas di fikiran nak tulis. Lebih-lebih lagi to-do-list hari-hari. Wajib buat. Kalau tak, rasa tak lengkap jika semua tu ada dalam otak je dan tak ditulis.

Banyak lagi inspirasi yang boleh diambil daripada beliau. Dan juga banyak tips mencapai impian. Jomlah dengar sendiri perkongsian beliau. :)



Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order produk Shaklee dan sebarang pertanyaan.