Showing posts with label Set Jerawat Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Jerawat Shaklee. Show all posts

Tuesday 21 June 2016

Vitamin Shaklee Untuk Resdung dan Jerawat

Assalamualaikum.


Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glamer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Mula kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID pada 3 September 2013. Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee. 

Tak pernah tau dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor Cun, Doc Nadia (Fb : Nadia Abdul Kadir) promot sikit kasi glamer lagi. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !

Ok dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex. 

Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan di muka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. 

Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus. Menakjubkan !!! 

Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee. 

Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah, sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. 

Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard, Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah).

Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen. Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KONSISTEN guna selama 2 tahun.

Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee. 

Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu. Alami sendiri. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua 

Sharing dari hati.

Yang ikhlas,
Ummi Ussi




Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Kamilah
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Saturday 18 June 2016

Kulit Cantik Dan Berseri-seri Dengan GLA Complex, Zink dan Collagen Powder Shaklee


Assalamualaikum. saya Sarah. berumur 31 tahun. sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata. sebelum ni takde niat. memang takde sedetik niat pun ambil suplemen shaklee untuk cantik. pertama kali amalkan suplemen shaklee sebab nak bertenaga dan nak cari milk booster. 

time tu tengah menyusu mia, anak pertama saya. memang tengah aktif mengumpul stok. saat pertama jatuh hati dengan shaklee bila saya amalkan suplemen shaklee semasa bulan puasa. Alhamdulillah dari 5 oz sekali pam boleh increase 11 oz sekali pam. ibu mana yang tak excitedkan. saya berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif 3 tahun dengan Set Menyusu Shaklee ( Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, Alfalfa, ESP). Alhamdulillah..

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun rupanya saya mengamalkan shaklee dengan konsisten. Alhamdulillah memang tak pernah ke klinik atau warded. kalau nak bandingkan life saya sebelum makan shaklee. memang boleh dikatakan tiap-tiap bulan mesti selsema, batuk atau demam. kecil-kecil dulu memang selalu warded je. ada sedikit masalah semasa ibu saya melahirkan saya menyebabakan antobodi saya tak kuat. Alhamdulillah nikmat ni paling tak ternilai. nikmat rasa sihat sentiasa.

Selepas 6 bulan. saya pregnant anak kedua. masa saya pregnant ramai pulak tegur saya "sarah muka dah bersih" ."sarah nampak berseri-seri". ingatkan time pregnant je. manalah tau kan dapat seri dari anak dalam perut. tapi dalam pantang pun ada lagi yang tegur bercahaya muka. sampai dah habis pantang pun asal jumpa je kawan-kawan semua menegur. nampak sangat kan muka saya yang dulu mesti sangat-sangat lah teruk.

fb kan sejak akhir-akhir nie asyik lah up memory-memory picture yang lama. 2 tahun lepas pun ada. bila tengok balik. memang beza sangat muka sekarang dengan dulu. muka sekarang dah bersih. jerawat dah tak tumbuh. bekas jerawat pun dah samar-samar je. dan kulit muka makin cerah. actually kan sebelum saya amalkan shaklee selalu je ramai yang tegur saya nampak macam tak sihat. selalu tegur saya sakit. mungkin sebab kulit muka saya nampak kusam.

Saya fikir-fikir balik apa saya makan ye. haha baru teringat sebelum pregnant aritu ada tambah GLA Complex, Zinc Complex dan Collagen Powder. patutlah terpregnant. terambil GLA Complex rupanya hihi. lepas tambah Collagen Powder aritu mmg bekas jerawat cepat je pudar. tapi jerawat still tumbuh je kat muka. then add on GLA Complex barulah jerawat stop tumbuh. masa pregnant saya cuma ambil Set Pregnant (Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, ESP, Omega Guard) dan Zinc Complex je. berpantang pun saya continue je semua suplemen-suplemen nie.

Alhamdulillah dari niat cuma nak bertenaga dan sihat je. dapat pulak bonus kulit makin cantik berseri. Alhamdulillah dapat nikmat hidup yang lebih baik dengan shaklee. insyaAllah terus konsisten mengamalkan shaklee sampai bila-bila.

SARAH MOHAMAD NOOR































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah



Monday 5 May 2014

Kebaikan Vitamin E Shaklee Yang Menjadi Favourite Wanita Cantik

Vitamin E banyak terdapat dalam produk kecantikan. Contohnya pelembap, pencuci muka, lipstik, syampu dan lain-lain lagi. Kenapa? Tentunya kerana manfaatnya yang banyak sekali untuk kecantikan. 

Kerana kebaikannya, vitamin E menjadi favourite wanita cantik. Kalau yang concern pasal kecantikan, memang takkan miss makan vitamin E setiap hari. Yang dah mencuba pasti puas hati. Tapi sebenarnya macam-macam kebaikan vitamin E untuk kesihatan. Antaranya :

1. Kesihatan jantung

Vitamin E terkenal sebagai makanan untuk kesihatan jantung sejak dari dulu lagi. Ia mencegah daripada berlakunya penyakit jantung. Manakala bagi mereka yang telah menghidapi penyakit jantung, vitamin E membantu mengelakkan ia daripada menjadi semakin parah. 
Sumber : Journal of the American Medical Association

2. Antioksidan yang utama

Vitamin E melindungi membran sel dari radikel bebas - kerosakan membran sel meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung dan penyakit yang lain. Vitamin E sangat berkesan sebagai antioksida sebab ia larut lemak. Kenapa? Kerana kebanyakan membran sel terdiri daripada lemak. Ia memberi perlindungan yang lebih berkesan apabila digabungkan dengan vitamin A dan vitamin C.

3. Bantu cegah kanser

Kekurangan vitamin E meningkatkan risiko kanser.

4. Tingkatkan sistem imun (pertahanan) badan

Sangat penting terutamanya untuk orang yang berusia lanjut kerana sistem pertahanan badan menjadi lemah pada usia ini. Maka, mereka lebih terdedah atau mudah mendapat penyakit yang serius. 

5. Boleh digunakan untuk mengurangkan parut, jerawat, kedutan dan bintik penuaan

Vitamin E mempercepatkan proses penghasilan sel baru. Ia memberikan kesan anti-penuaan, sekaligus menghasilkan kulit yang lebih muda. Ia boleh disapu terus pada kulit/luka.

6. Baik untuk penglihatan

Mengurangkan risiko katarak. Mereka yang mengambil 400 IU vitamin E sehari mampu mengurangkan risiko berlakunya katarak sehingga 50%. 

7. Mengurangkan senggugut dan mengurangkan simptom menopaus

Terutamanya mereka yang mengalami senggugut yang teruk, amat disyorkan untuk mengambil vitamin E.

8. Mengurangkan sunburn

Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radiasi pancaran uv.

9. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)

10. Sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan, memang tak boleh tinggal vitamin E ni.

11. Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

Kajian menunjukkan 1 daripada 15 lelaki yang menghadapi masalah kesuburan, berpeluang untuk mendapat zuriat selepas mengambil vitamin E sebanyak 200 IU sehari selama sebulan. 



vitamin e untuk parut, kulit cantik, kesuburan
1 botol vitamin E mengandungi 120 kapsul


Selain itu, vitamin E juga boleh dijadikan masker untuk muka. Tapi saya akan kongsikan tentang masker vitamin E dalam entry yang lain pula. 

Harga sebotol Vitamin E untuk kegunaan 4 bulan ialah RM 149.00. 

Ingat vitamin E, ingat kulit cantik.

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin awet muda ini.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Call 09-690 5039


Monday 3 February 2014

Jerawat Susah Nak Hilang? Set Jerawat Shaklee Boleh Membantu

Lamanya blog tak ber'update'. Maaf ye. Jika ada yang ternanti-nanti entry baru daripada blog ni. Tuan rumah sedikit sibuk dengan urusan pindah rumah. (Bajet macam famous blogger hehe. Takpe. Fake it until you make it)

Hari ini kita bercerita tentang alfalfa. Alfalfa ni sebenarnya banyak sangat manfaatnya. Malah ia terkenal sejak zaman dahulu lagi. Tapi dalam entry kali ini saya nak fokus kepada manfaat alfalfa untuk masalah jerawat. 

Bercakap pasal jerawat, rasanya semua orang tension jika ada masalah ini terutamanya jika jerawat tersebut tumbuh dengan banyak, besar-besar pulak tu dan lebih-lebih lagi jika ianya adalah jerawat batu. Pakai mekap tebal-tebal pun tak dapat nak sembunyikan jerawat tu. Ok. Jangan tension tension dulu. Baca entry ni sampai habis. 

Antara faktor berlakunya jerawat ialah hormon yang tidak stabil, stress dan pemakanan. Jadi sebenarnya masalah jerawat ini harus dirawat dari dalam, bukannya secara luaran sahaja dengan memakai krim jerawat dan lain-lain lagi. 

Jika anda merasakan produk yang anda guna tidak berkesan, mungkin anda perlu pertimbangkan faktor ini iaitu detoks. Detoks penting untuk mengeluarkan segala toksin dalam tubuh. Jika tidak melakukan detoks terlebih dahulu, masalah jerawat sukar untuk diatasi. 




Jadi untuk masalah jerawat, cadangan suplemen yang sesuai ialah alfalfa, vitamin c, vitamin e dan b kompleks. Fungsi alfalfa dah pun saya terangkan seperti di atas. Manakala fungsi vitamin lain akan saya terangkan dalam entry yang lain. Oklah itu sahaja untuk kali ini. Nanti saya bercerita lebih lanjut tentang set jerawat Shaklee ni. Untuk sebarang pertanyaan sms/call 013-924 3387.





Tuesday 6 August 2013

Testimoni : Jerawat Teruk, Alergi dan Resdung Hilang dengan Set Skincare Shaklee

Bagi yang mempunyai masalah jerawat, alahan dan resdung yang kronik dan telah mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah ini namun tidak berkesan, testimoni ini mungkin boleh membantu. Testimoni daripada pengedar Shaklee sendiri iaitu Nor Farizan Mazlan. Saya dah pernah jumpa beliau dan memang kulitnya sangat cantik. Memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan gambar pada tahun 2006 tersebut.




TESTIMONI ( Kulit jerawat + alergik bahan kimia + resdung)
 
Gambar yang muka jerawat teruk tu akhir 2005 dan berterusan hingga hujung tahun 2006... segala facial, laser.. ada je org sebut Jan kat sini elok, Jan produk ni ok semua ku cuba sebab nakkan kulit kembali pulih.. 


Testimoni untuk jerawat dan resdung

Sebab muka Jan jadi mcm tu ( hormon dan jugak facial wash yang dah bertahun-tahun Jan guna dia dah tukar packaging dan ada masukkan bahan yang Jan alergik.. di samping tu pun Jan ada resdung.. resdung yang Jan alami sampai buat mata jadi mata lanun.. luka belakang kelopak mata, setiap pagi mata asyik berair je ( Alhamdulillah tak berpanjangan sebab buat rawatan kat pakar mata). 

Bermula 2006 produk yang Jan ambil ( 3 bulan clean darah - alfafa) lepas tu baru upkan ambil vit e sebab nak kasi hilangkan parut-parut.. parut susah nak hilang sebab parut tu dalam kulit.. memang ambil masa hampir-hampir setahun tapi sebab sangat yakin dengan produk nie teruskan jugak sampailah kulit betul-betul pulih..

Sekarang dah khatam produk-produk shaklee nie.. Jan ambil Complete set skincare ( ESP, Vit C, Vit E, GLA, Alfafa, & yang terbaru (collagen powder - awal bulan 7))

Jika anda mengalami masalah kulit PASTIKAN detoks dgn ALFAFA dahulu.. memang jerawat keluar jugak.... pastikan pengambilan air masak yang diambil lebih 3 liter sehari...

Kredit : Famaz Healthy Care


Apa fungsi setiap vitamin?

Vitamin C
  • Membantu membaiki tisu - parut dan bekas-bekas jerawat
  • Mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit
  • Mencantikkan kulit dan mencegah pembentukan pigmen yang menyebabkan jeragat

Vitamin E
  • Membantu mengurangkan parut
  • Mengurangkan kedutan
  • Menghaluskan kulit
  • Membantu melambatkan penuaan

GLA Complex
  • Mengandungi Omega 6 yang bersifat anti radang yang membantu masalah kulit seperti alergi, ekzema, kegatalan
  • Melembapkan kulit
  • Membantu mengawal selia hormon (jerawat selalu dikaitkan dengan hormon yang tidak stabil)

Alfalfa
  • Membantu membuang toksin dalam tubuh. Toksin dalam badan boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat dan berminyak.
  • Mengatasi masalah radang kulit akibat jerawat dan resdung
  • Mencantikkan kulit

ESP
  • Merangsang pembentukan sel-sel kulit - mengurangkan parut hitam akibat sel-sel mati
  • Mengurangkan kesan parut
  • Mengembalikan radian (keserian) kulit
  • Membaiki pigmentasi - bintik-bintik hitam dan jeragat

Kolagen
  • Melembapkan kulit
  • Membantu menghilangkan parut
  • Menganjal dan menegangkan kulit - mengurangkan kedutan 
  • Mengurangkan pigmentasi - jeragat
  • Mencerahkan kulit

Wajib ambil semua ke? Oh tak semestinya.

Anda boleh pilih mengikut masalah, kesesuaian dan bajet anda.

Jika menghadapi masalah, tak tahu nak ambil yang mana satu, anda boleh ajukan pertanyaan kepada saya. 

Insya Allah, khidmat nasihat percuma akan diberikan dengan setiap pembelian. 

Anda dialu-alukan untuk menjadi ahli untuk menikmati BEST PRICE! 

Dan yang penting, tidak perlu survey harga lagi :)


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.