Showing posts with label Buat loan dengan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Buat loan dengan Shaklee. Show all posts

Saturday 29 September 2018

Cara Beli Rumah Idaman Walaupun Kerja Sendiri Dari Rumah

Saya belum lagi berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Masa kerja makan gaji dahulu selama 8 tahun, jawatan saya hanyalah sementara. Sementara ni special sikit. Tak sama macam kontrak. 

Kalau kontrak, ada tempoh tertentu. Tapi sementara ni, tiada tempoh. Maknanya sampai bila-bila la. 3 tahun pertama je gaji naik. Lepas tu statik. 

Tak ke sedih tu. Ada ramai juga staff yang lebih senior yang dah kerja berpuluh tahun tapi masih terima gaji yang sama. 

Berapa gaji saya dulu? Lebih kurang RM 1+++. Tak bersyukur? Bukan. Masa tu memang saya syukur sangat sebab dapat kerja tu walaupun bukan berdasarkan kelayakan iaitu ijazah. 

No, saya tak memilih. Kalau memilih, memang saya tak minta la kerja kat situ. Cuma dalam hati saya rasa ada something better for me. 

Yang saya takkan kerja kat situ sampai pencen macam staff-staff yang lain. Tapi saya memang salute la dengan staff yang dah lama tu sebab masih lagi stay walaupun gaji statik je. 

Saya pula dah nampak yang saya takkan lama kerja kat situ unless diserap untuk jawatan tetap dan lain-lain. Masalahnya benda tu tak berlaku. 

Bila ada jawatan kosong, kena apply semula. Tu pun bukan senang nak dapat. Yelah masing-masing ada kabel. Kita yang takde kabel ni memang tak nampak jalan la. 

Dengan gaji RM 1+++ je memang tak mampu la nak beli rumah. Tapi bila difikirkan balik, saya bersyukur. Sebab disebabkan jawatan sementara tu dan gaji tak seberapa, saya tak mampu beli rumah. 

Jadi tak terikat dengan hutang yang besar. Jadi semua yang Allah jadikan tu ada hikmahnya. Bila tiba masa yang sesuai, insyaAllah saya akan mampu memiliki rumah sendiri. 

Saya suka cuci mata tengok rumah kat mudah.my, iproperty.com dan lain-lain. Bab berangan ni memang best. Dalam banyak-banyak tu ada la yang saya berkenan.

Terutamanya rumah banglo yang tidak menghadap straight ke rumah orang. Contohnya, bahagian tepi rumah tu memang dinding je. Takde tingkap.

Ada rupanya rumah macam ni. Tapi memang rare la. Bestnye kalau dapat beli. 

Rumah macam ni la yang saya suka. Sebab bila kita buka tingkap/sliding door, orang takkan nampak. Jadi boleh buka dengan seluas-luasnya. 

Saya ni jenis suka buka tingkap. Jadi kalau boleh setiap tingkap yang ada kat rumah tu saya nak buka. Kalau rumah biasa ni, buka tingkap akan menghadap ke tingkap rumah jiran sebelah.

Kurang la privasi tu. Takkan la nak pakai tudung pulak dalam rumah bila nak buka tingkap/sliding door. Faham ke yang saya cuba sampaikan ni? Ok contoh rumah tu macam ni. 

Tingkap / pintu menghadap straight ke rumah jiran. No privacy.
 Kalau jerit marah anak pun boleh dengar hehe. 


Ini pula contoh rumah idaman saya. Of course rumah idaman rumah banglo. Kalau untuk pelaburan, tak kisah la beli flat ke, apartment ke. 


Cantik kan?

Ni rumah jiran.

Luas kan kawasan ni. Nak main bola ke badminton petang-petang pun boleh. 

Kalau ni rumah saya, saya buang pokok-pokok tu. Macam semak je. 

Luasnya dapur.

Ni pulak contoh rumah kedua. 

Yang ni sempit sikit. 

Boleh la buka sliding door dan tingkap luas-luas. Yeay!

Siap ada lif tu.

Comel kan rumah ni?

Kena kerja lebih keras lagi supaya boleh beli rumah dengan dengan payslip Shaklee sahaja. Eh kerja kat rumah pun ada payslip? Semestinya.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca entri saya yang lepas. :)

Entri berkaitan : Beli Kereta Idaman Dengan Bonus Statement Shaklee

Kredit foto :
iproperty.com
iproperty.com

Sunday 31 December 2017

Beli Kereta Idaman Dengan Bonus Statement Shaklee

Biasanya kalau MLM rata-rata dah tahu bahawa bila memenuhi syarat tertentu, pengedar akan mendapat sebuah kereta. Tapi tidak dengan Shaklee. Di Shaklee kita tak dapat kereta sebaliknya dapat wang tunai yang dinamakan Car Bonus.

Yang bestnya dengan Car Bonus Shaklee ni, kita boleh guna duit tu untuk apa sahaja, bukan semestinya untuk beli kereta. Kalau kita dah pun memiliki kereta atau tak bercadang untuk tukar kereta baru, Car Bonus tersebut boleh digunakan untuk beli rumah, simpan dan lain-lain.

Sebenarnya, tak perlu tunggu dapat Car Bonus baru layak apply loan. Bonus Statement Shaklee 'laku' di bank. Walaupun hanya kerja dari rumah atau bekerja sendiri, tapi tetap ada 'slip gaji' yang boleh kita gunakan untuk apply loan.

Inilah keistimewaan Shaklee kalau nak tahu. Kenapa saya highlight perkara ni? Sebab biasanya orang yang bekerja sendiri ni susah sikit nak apply loan sebab takde slip gaji. Tapi dengan Shaklee kita ada 'slip gaji' macam orang kerja makan gaji.

Best tak Shaklee ni? Jadilah ahli hari ini juga untuk merebut peluang dan keistimewaan sebagai ahli Shaklee. Terutama surirumah yang ingin mencari pendapatan lebih yang dalam masa yang sama dapat membantu suami. Semuanya hanya dari rumah.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
Kamilah 013-924 3387.