Showing posts with label Buah Pinggang Bocor. Show all posts
Showing posts with label Buah Pinggang Bocor. Show all posts

Friday 6 November 2015

Testimoni Vivix Untuk Buah Pinggang Bocor

Antara simptom penyakit buah pinggang bocor ialah air 
kencing yang berbuih macam sabun. Jika mengalami 
keadaan ini, jangan abaikan. Terus berjumpa doktor untuk 
memastikan tahap kesihatan kita. Dan jika ianya 
disebabkan oleh buah pinggang bocor, boleh ikhtiar 
dengan Vivix. Ikuti pengalaman Encik Muhammad Rosdi 
yang telah pun pulih dari penyakit buah pinggang bocor. 

******************************************************

TESTIMONI : MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh 
cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi
Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah
disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah 
pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar 
melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan 
merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah 
pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing 
berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan 
tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki 
membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak 
normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan 
semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan 
dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga 
pemeriksaan darah. 

Setelah disahkan mengalami Nephrotic 
Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya 
sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, 
ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut 
memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini 
saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya 
bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil 
sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil 
steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk 
memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu 
Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang 
sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. 

Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin 
tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya 
meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali 
steroid.Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar 
benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. 
Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix 
bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. 
Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada 
temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. 

Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor 
mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan 
darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result 
yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang 
paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT 
BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal 
tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit 
boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, 
tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi 
penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik 
lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. 
Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan 
penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, 
selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.
Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail

Untuk pertanyaan lanjut atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387