Showing posts with label bengkak hati. Show all posts
Showing posts with label bengkak hati. Show all posts

Saturday 31 March 2018

11 Makanan Yang Bagus Untuk Detoks - Bahagian 1

Detoks merupakan proses yang penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita. Antara manfaatnya ialah dapat meningkatkan tenaga, menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun, mengelak sembelit, mengawal 'craving' dan mencantikkan kulit. Pengambilan nutrisi yang betul dapat menyingkirkan toksin, radikel bebas dan segala bendasing yang berbahaya untuk tubuh. Berikut merupakan 11 makanan yang bagus untuk menyokong proses detoks :


1. Milk thistle

Milk thistle merupakan kawan baik hati; ia menyokong kesihatan hati dengan meneutralkan radikel bebas, membaiki sel hati yang rosak, dan melindungi sel hati baru daripada mengalami kerosakan akibat toksin.


Bagaimana ia bertindak? Silymarin iaitu campuran flavonoid yang dihasilkan daripada biji benih milk thistle, bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikel bebas daripada merosakkan sel. Silymarin meningkatkan paras gluthathione dalam hati, yang membantu tubuh menyingkirkan bahan kimia dan ubat-ubatan (termasuk ubatan over-the-counter).


Selain itu, flavonoid dalam milk thistle menggalakkan penghasilan protein untuk menghasilkan sel-sel hati yang baru dan menggantikan yang telah rosak. Sebab itulah ia digunakan dalam rawatan penyakit hepatitis dan juga sirosis (kerosakan hati)


Kajian yang dijalankan terhadap tikus makmal telah menunjukkan bahawa silymarin berfungsi untuk melindungi hati daripada menjadi rosak akibat toksin (contohnya alkohol'.). Kajian juga membuktikan bahawa milk thistle dapat menghalang penyakit Alzheimerkanser usus besar dan kanser prostat2,3. Bayangkan jika milk thistle mampu melawan penyakit kronik, tidak mustahil ia boleh menyokong kesihatan hati dan membantu detoks.


2. Dandelion

Adakah anda tercari-cari nutrisi yang dapat menyokong kesihatan hati, buah pinggang, limpa dan pundi hempedu
4? Dalam perubatan tradisional, dandelion digunakan sebagai tonik hati dan buah pinggang, tapi ciri penyembuhan yang terdapat pada dandelion telah dikenalpasti sejak zaman purba lagi. Pada zaman India kuno, dandelion digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit hati seperti jaundis, sirosis, dan bengkak hati. Dalam perubatan Cina, dandelion merupakan antara herba terbaik dalam merawat  diabetes, penyakit hati, masalah buah pinggang dan masalah penghadaman

Kenapa dandelion sangat terkenal? Seperti milk thistle, dandelion kaya dengan antioksidan serta mengandungi vitamin A, B, C, D, E, beta karoten, mineral seperti zink, iron, potassium, dan selenium untuk kesihatan hati. Di samping itu, dandelion mengandungi polisakarida, yang juga terdapat pada sesetengah spesies cendawan yang dikatakan mempunyai ciri anti tumor
5.



3. Schizandra Chinensis  

Schizandra Chinensis (S.C.) merupakan herba anti stress yang sangat terkenal dalam perubatan Cina untuk merawat organ hati. Ujian makmal menunjukkan bahawa sebatian antioksidan dalam S.C. bermanfaat untuk melindungi hati dan sistem saraf yang kompleks dalam badan. S.C. juga dapat merawat penyakit mental dan fizikal, termasuklah mencegah diabetes 6-12. 

Dalam satu kajian terbaru, atlet-atlet yang diberi S.C. telah mengalami penurunan paras hormon stress iaitu kortisol. S.C. meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap tekanan persekitaran, pendedahan terhadap toksin, kebimbangan (anxiety), penyakit mental dan emosi13

Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh meningkatkan jumlah lemak pada hati. S.C. terbukti dapat mengurangkan pengumpulan lemak pada hati, mencegah kerosakan hati, dan mengurangkan radang hati. Untuk penyakit diabetes pula, S.C. dapat mengurangkan tahap glukosa selepas makan14



4. Cendawan Reishi 

Cendawan Reishi dikenali sebagai 'Cendawan Kekal Abadi' dan 'Herba Ajaib' di kalangan orang Cina. Manfaat utama cendawan Reishi termasuklah mengawal atur sistem imun, antioksidan, anti-histamin, dan melindungi sel hati daripada jangkitan bakteria dan juga toksin 15,16,17. 


Apakah lagi kelebihan dan kebaikannya? Cendawan Reishi mempunyai paras polisakarida dan triterpenes yang tinggi. Tubuh manusia menggunakan polisakarida untuk tenaga dan ianya terkenal untuk meningkatkan fungsi hati, meningkatkan kesihatan usus, merangsang sistem imun, menguatkan sistem kardiovaskular dan juga sebagai agen untuk melambatkan proses penuaanSelain itu, triterpenes juga didapati berkesan untuk rawatan anti-kanser, berfungsi menyokong sistem imun, hormon, dan mengawal tekanan darah, yang seterusnya membantu mengurangkan tekanan. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya cendawan Reishi diberi penghargaan yang tinggi memandangkan manfaat yang diberikan kepada tubuh anda dalam pelbagai cara!



5. Curcumin


Curcumin mungkin tidak seindah namanya, tetapi tahukah anda ianya kerap digunakan dalam masakan India dan Asia? lni kerana curcumin merupakan bahan utama dalam rempah kunyit, dan agen penting untuk warna kuning! Walau bagaimanapun, khasiatnya bukan hanya terdapat pada warna dan rasanya sahaja, ia turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan untuk badan dan otak anda.
Tekanan oksidatif dan pengoksidaan adalah salah satu tanda aras yang digunakan oleh ahli biologi untuk menentukan tahap kesihatan. Curcumin, komponen utama kunyit, merupakan agen anti radang dan antioksidan yang bertindak pada peringkat molekul untuk membantu melawan pengoksidaan19,20.
Selain daripada ciri-ciri anti-radang dan antioksidan, curcumin menyokong kekuatan memori  dengan meningkatkan paras hormon dalam otak untuk mencetuskan pertumbuhan neuron baru dan mencegah pelbagai proses kemerosotan dalam otak.



6. Artichokes 

Anda mungkin tahu artichokes adalah sejenis makanan, tetapi ianya hanya boleh dimakan untuk tempoh masa yang singkat, dan selepas itu ia tidak seperti yang anda lihat di pasar raya! lni kerana artichokes tergolong dalam kumpulan thistle yang ditanam sebagai makanan dan bahagian yang boleh dimakan adalah putik bunga itu sendiri sebelum ianya kembang mekar.
Artichoke mempunyai khasiat yang tinggi dengan serat, asid folik, vitamin C, vitamin K dan ia berada di kedudukan ke-7 untuk kebaikan antioksidan berbanding lebih 1000 jenis makanan lain21 yang mempunyai tahap antioksidan sinarin dan silymarin yang tinggi.

Mengagumkan bukan?

Jadi, adakah anda tahu bahawa artichokes mempunyai hubung kait yang rapat dengan hati dan detoks? Organ hempedu memainkan peranan utama dalam membantu proses detoks badan kerana ia mengangkut toksin dan bahan buangan daripada hati. Artichokes bertindak sebagai diuretik dan koleretik, dimana ianya menggalakkan penghasilan air kencing dan bertindak melancarkan rembesan hempedu daripada hati. Hempedu dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu di antara waktu makan dan dikeluarkan apabila anda makan; artichokes menggalakkan pembuangan hempedu dari pundi hempedu22 . Kekurangan hempedu boleh meningkatkan masalah penghadaman dan juga risiko kerosakan sel hati serta penyakit hati. Oleh yang demikian, artichokes memainkan peranan yang besar apabila anda ingin hempedu dalam sistem tubuh anda berfungsi dengan baik dan membantu pertumbuhan semula sel hati serta fungsi pundi hempedu.

Baca sambungannya di sini :

11 Makanan Yang Bagus Untuk Detoks - Bahagian 2