Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Thursday 1 December 2016

Pengalaman Menarik Bila Join Shaklee : Life Changing

Rasanya Kak Kam dah pernah cerita tentang perubahan yang Kak Kam alami setelah join Shaklee. Tapi takpe Kak Kam cerita sekali lagi.

Dari awal join Shaklee, Kak Kam dah ada akaun facebook. Tu pun daftar sebab nak bisnes pada asalnya.  Untuk jual t-shirt muslimah.

Lepas tu upline Kak Kam ibuk Zeti Hafiza Zakaria masukkan dalam beberapa secret group super upline kat facebook. Bila baca perkongsian dalam tu rasa excited tak tahu nak habaq.

Yang paling menarik bila ramai yang duduk kat rumah je pun mampu dapat income 4-6 angka sebulan. Inilah bisnes yang Kak Kam cari-cari selama ini.

No. Ia bukan semata-mata pasal duit tapi Kak Kam dapat rasa seronoknya berada dalam group bisnes yang best dan penuh inspirasi macam ni.

Bukan belajar tentang marketing dan sales je, belajar juga tentang produk, tentang syarikat, tentang amalan rohani, tentang pengurusan masa. Pendek kata, banyaklah.

Tiap-tiap hari ada je 'makanan' untuk dihadam. Mana yang boleh diapply Kak Kam apply sebaik mungkin.

Masa nilah juga Kak Kam start melazimi zikir (istighfar, selawat, dan amalan sunat (solat dhuha, sedekah) yang lain yang ada dalam Master Checklist.

Selama hidup lebih 30 tahun ni, inilah pertama kali Kak Kam start istiqamah berzikir. Ya sebab bisnes Shaklee nilah. Sedih sungguh.

Takde blog, belajar buat blog. Ingat -ingat lupa dah. Masa tu upline suruh buat blog. Senang je rupanya sebab Kak Kam berjaya godek-godek sendiri dan terhasillah blog yang kini dah berusia 4 tahun.

Mana yang tersekat, tak reti, rujuk upline selain rujuk google. Dalam bisnes Shaklee ni, kita tak keseorangan sebab ada upline sebagai mentor. Kalau upline tak aktif, boleh rujuk super super upline.

Kak Kam asalnya pemalu. Pendiam pun ya. Tak suka jumpa orang. Tapi bila dah join Shaklee ni nak tak nak kena la belajar untuk jadi lebih peramah. Dengan customer terutamanya.

Bila pergi kelas, jumpa kawan baru, dapat pengalaman baru, rasa seronok pula. Selain dapat timba ilmu baru. Sedikit demi sedikit dapat buang sifat pemalu dan jadi lebih positif.

Macam Kak Kam cerita sebelum ni, bila duduk dengan orang lebih positif kita pun terikut dan terinspirasi sama nak jadi dan berjaya macam dia.

Kita akan push diri untuk buat apa yang dia buat juga. Kalau dia boleh buat, takkan kita tak boleh?

Kak Kam berjaya keluar dari comfort zone sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Namun banyak lagi comfort zone yang tak berapa nak comfort yang perlu dipecahkan untuk berjaya.

Last but not least, Kak Kam belajar dalam Shaklee untuk jadi orang yang tidak beralasan.
Say no to alasan.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Saturday 1 November 2014

Review Buku : Increase Your Financial IQ - Robert Kiyosaki

Saya baru saja habiskan buku Robert Kiyosaki - Increase Your Financial IQ (Edisi Bahasa Melayu). Sangat menarik! Terutamanya Bab 9 - Membangunkan Financial Genius kerana ia melibatkan minda separa sedar. Saya tak tahu macam mana nak explain tapi bila baca buku ni terlalu banyak ilmu yang saya dapat. Terutamanya berkaitan kuasa minda - something yang saya sangat-sangat minat dari dulu lagi. Banyak perkara yang saya dapat faham bila baca buku ni. 

Saya quote sedikit dalam bab ini :

Robert Kiyosaki
Quote dari Robert Kiyosaki

Saya sangat bersetuju dengan kata-kata Robert Kiyosaki tersebut. Bukan senang nak berubah jika persekitaran kita tak membantu, lebih-lebih lagi jika persekitaran kita negatif. Jadi nak tak nak, kita mesti keluar daripada persekitaran tersebut jika ingin berjaya. Memang agak sukar, tapi sekali kita dah keluar dari persekitaran negatif tersebut, fuh lega sangat rasanya. Saya pun dah alami perkara tersebut. Sebab tulah saya sokong pendapat Robert Kiyosaki 100%. 

Dan Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Sejak menyertai keluarga besar Shaklee under Group Jutawan, saya telah temui persekitaran yang sangat positif yang saya cari selama ini. Di kala rasa down dan kadang-kadang tidak tahu kepada siapa harus diluahkan, saya sering mendapat motivasi atau jawapan kepada masalah saya melalui sharing mentor-mentor dalam Shaklee. Selalu sangat terjadi macam tu. Ajaib sungguh. Tak jadi nak rasa down hehe. Kenapa mentor-mentor? Kerana bukan setakat seorang sahaja mentor iaitu upline saya, malah upline yang atas-atas lagi.  

InsyaAllah saya akan kongsikan lagi tentang buku ini. Robert Kiyosaki ada beri pendapat berkenaan Network Marketing atau dalam bahasa mudah - MLM. Nak tahu sama ada pandangannya adalah positif atau negatif? Stay tune for more updates :)

Saya Pengedar Sah Shaklee :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387 

Monday 18 August 2014

Kisah Saya dan MLM

Once upon a time.

Dulu saya tidaklah anti-MLM tapi boleh dikatakan skeptikal jugaklah.

Siap pandang rendah lagi dengan orang buat bisnes ni, lebih-lebih lagi yang berniaga kecil-kecilan.

Lagipun dalam keluarga saya berapa orang je yang terlibat dengan bisnes. 
Entah macam mana saya boleh tersuka bisnes pun tak tahu.

Mungkin hasil dari pembacaan dan juga pemerhatian sendiri. Mula bisnes dengan sahabat saya semasa di universiti dulu.

Sejak dari itu banyak jugak MLM yang saya join :

- Zhulian
- Sureco
- Uptrend
- HPA


Kalau dikira, hampir RM 1000 juga modal yang saya keluarkan untuk mendaftar kesemua tu.

Tapi nampaknya rezeki saya bukan di sini. Saya tak condemn atau kata company tu tak bagus, cuma kurang passion yang membuatkan saya tak boleh bertahan.

Cuma HPA je yang saya masih guna produknya.

Kemudian saya join Shaklee setelah yakin dengan keberkesanan dan kehalalan produknya dan juga sistemnya yang patuh syariah.

Setelah join baru saya tahu. Indah rupa dari khabar. Cerita yang best2 je saya dengar.

Dan sehingga kini saya masih lagi setia di sebalik segala cerita yang tidak enak didengar tentang Shaklee. Kerana saya tahu apa yang mereka tak tahu.

It's ok to have different opinion. Tiada paksaan. Pilihan dan jalan masing-masing.

This is my way.

"MLM sudah terbukti menjadi sumber pendapatan yang berpotensi memberikan ganjaran yang lumayan, dan cabaran-cabarannya sesuai buat kita."
-Donald Trump, Why we want you to be rich.


Nak tahu 'keindahan' berShaklee? Kena join dulu la hehe

Siti Nor Kamilah

ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Call 09-690 3059